Вы находитесь на странице: 1из 12

IM1101E

Faculty Of Information Management

CTU101

Fundamental Of Islam

Group Assignments

IBADAH PUASA MENJANA INSAN BERKUALITI

Prepared By

Wan Muhamad Amirul Azri Bin Azlan 2017298026

Muhamad Haziq Bin Zaidi 2017297518

Muhamad Farhan Bin Nizam 2017281632

Ummu Arifah Binti Mohd Dasuki 2017297368

Prepared For

Mohd Zuhairi Bin Safuan


PENDAHULUAN

Ibadah puasa ialah Rukun Islam yang keempat dan diwajibkan kepada semua orang Islam yang cukup syarat.
Ia diwajibkan pada tahun kedua hijrah selepas turunnya perintah solat dan zakat.Ibadah puasa mempunyai
pelbagai kebaikan. Seluruh umat islam di dunia menanti akan kehadiran bulan yang penuh barakah. Sudah
pasti kehadirannya akan disambuut dengan penuh kesyukuran kerana setahun sekali sahaja bulan ramadan
akan datang bertemu kita.Orang mukmin akan melalui bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memperolehi kelebihannya. Dia sentiasa beringat bahawa bulan yang
mulia ini adalah bulan dianugerahkan oleh Allah dengan berbagai kelebihan yang melimpah ruah, penuh
rahmat, lebih menyeluruh dan lebih sempurna.

Ramadan adalah medan tarbyiah bagi mempertingkatkan amal ibadah selain memberi keseimbangan aktiviti
seharian umat Islam yang kurang baik sebelum ini. Peranan puasa boleh disamakan dengan fungsi enjin
yang menjadi bahagian terpenting kepada kereta. Jika ia tidak diperiksa atau diselenggara secara berkala
bagaimana ia mampu berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Ada beberapa peringkat harus diberi perhatian supaya termasuk dalam golongan puasa terbaik. Ini
diingatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: Berapa ramai orang yang
berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. Peringatan ini jelas
menunjukkan kita perlu berpuasa seperti dikehendaki Islam supaya mendapat balasan Allah seterusnya
menjadikan kita orang bertakwa.

Puasa peringkat pertama, puasa orang awam yang sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak
melakukan persetubuhan ketika siang. Namun pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut,
pemikiran dan lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang
mengurangkan pahala.

Puasa peringkat kedua ialah puasa ahlul khusus iaitu mereka menahan diri daripada makan, minum dan tidak
mengikuti kemahuan syahwat serta menjaga anggota zahir lain daripada perbuatan yang keji. Namun mereka
lalai mengingati Allah. Jasad saja yang berpuasa tetapi unsur terpenting iaitu hati mereka abaikan sehingga
terus alpa terhadap Allah.

Puasa peringkat ketiga dan terbaik ialah puasa ahli khusus/ahlul marifah iaitu mereka meninggalkan semua
perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai mengingati Allah. Segala amalan dilakukan
semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadah puasa nabi dan sidikin dan
mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Konsep asas Allah mewajibkan kita berpuasa ialah supaya dapat
menjadi hamba-Nya yang bertakwa.

1|Page
1 . Ibadah Puasa

1.1 Maksud Ibadah Puasa


Puasa dari segi Bahasa ialah menahan diri dari berbuat sesuatu. Dari segi istilah ,puasa ialah menahan
diri dari sesuatu yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari
dengan syarat-syarat tertentu .

1.2 Kewajipan Ibadah Puasa


Ibadah puasa ialah Rukun Islam yang keempat dan diwajibkan kepada semua orang islam yang cukup
syarat . Ia diwajibkan pada tahun kedua hijrah selepas turunnya perintah solat dan zakat . Firman Allah
yang bermaksud ;

wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang
yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa .
(Al-Baqarah:183)

1.3 Syarat Wajib Menunaikan Ibadah Puasa

1.3.1 Islam

Puasa diwajibkan ke atas semua umat islam tidak kira muda atau tua.Walaubagaimanapun ibadah
puasa tidak diwajibkan ke atas orang kafir. Bermaksud, di dunia ini dia tidak dituntut untuk berpuasa
karena puasa adalah satu cabang yang dikira apabila dia masuk ke dalam Islam. Selagi dia tidak
masuk Islam maka tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna dia dituntut untuk berpuasa.
Adapun di akhirat, mereka akan disiksa karena kekafirannya dan karena dia meninggalkan cabang-
cabang Islam.Selain itu , seseorang yang murtad iaitu keluar dari islam , maka ibadah puasanya tidak
sah .

1.3.2 Taklif (Berakal)

Salah satu syarat sah ibadah puasa ialah berakal atau waras (tidak gila). Sekiranya , seseorang itu
berada dalam keadaan tidak waras seperti dalam keadaan mabuk , maka ibadah puasanya terbatal .
Berdasarkan Sabda Nabi S.A.W , bermaksud

Diangkat qalam daripada tiga golongan iaitu kanak-kanak , orang gila dan orang yang tidur .

2|Page
1.3.3 Baligh

Puasa tidak diwajibkan bagi anak kecil , Puasa hanya diwajibkan ke atas mereka yang sudah
mencapai usia baligh , Antara beberapa tanda baligh ialah :
Keluarnya air mani secara sedar atau saat mimpi .
Tumbuhkan bulu kemaluan .
Haid dan hamil ( khusus pada wanita )

Walaubagaimanapun ,sebahagian fuqaha menyatakan bahwa diperintahkan bagi anak


yang sudah mencapai usia 7 tahun untuk berpuasa jika ia mampu sebagaimana mereka diperintahkan
untuk solat . Jika ia sudah berusia 10 tahun dan meninggalkannya padahal mampu , maka dibenarkan
untuk memukulnya untuk tujuan mendidik dengan pukulan yang dibenarkan disisi islam .

1.3.4 Sihat

Orang yang sakit/uzur jika berdaya boleh berpuasa tetapi jika tidak mampu berpuasa maka wajib
baginya menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya manakala orang yang terlalu tua tidak
diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan membayar fidyah .

1.3.5 Bermusafir

Orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa tetapi wajib mengqada puasanya selepas bulan
ramadhan .

1.3.6 Suci

Kaum wanita yang dalam keadaan haid dan nifas haram berpuasa kerana dalam keadaan yang tidak
suci tetapi wajib diganti selepas bulan ramadhan . Puasa itu adalah ibadah maka wajib kita beribadah
dalam keadaan yang suci .

1.4 Rukun Puasa

1.4.1 Rukun puasa ada dua , iaitu yang pertama ialah Berniat .

Sahaja aku berpuasa esok hari dalam menunaikan fardhu bulan ramadhan pada tahun ini kerana
Allah SWT

3|Page
1.4.2 Yang kedua pula ialah menahan diri dari perkara-perkara yang menbatalkan puasa mulai dari terbit
fajar hingga terbenam matahari .Hal ini berdasarkan firman Allah SWT ,

Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam iaitu fajar . Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam . (Al-Baqarah ayat 187 )

1.5 Jenis-jenis Ibadah Puasa

Wajib Sunat
Puasa Ramadhan Puasa Isnin dan Khamis
Puasa Nazar Puasa Enam Bulan Syawal
Puasa Qadha Puasa Hari Arafah
Puasa Kaffarah Puasa 3 Hari Setiap Bulan.

Jenis-Jenis
Puasa
Makruh Haram
Puasa Sepanjang Tahun Puasa pada 1 Syawal
Puasa Pada Hari Jumaat atau Sabtu Hari Raya Aidiladha(10 Zulhijah)
sahaja. Puasa Sunat Isteri Tanpa Izin Suami
Hari Tasyriq (11,12,13 Zulhijah)

Wajib. Ibadah puasa ramadhan wajib ditunaikan oleh umat islam kerana ia merupakan salah satu rukun
islam .Puasa Nazar ialah janji kita kepada Allah yang harus ditunaikan selepas mendapatkan sesuatu
manakala Puasa Qadha ialah hutang puasa ramadhan yang wajib diganti dan boleh dilakukan selepas
ramadhan . Puasa Kaffarah pula ialah khusus bagi mereka yang bersetubuh di siang hari di bulan ramadhan
dan dikenakan denda berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa selang .
Sunat. Puasa sunat amatlah digalakkan kita amalkan agar kita bertakwa kepada Allah . Disamping itu ,
puasa sunat juga merupakan Sunnah Rasulullah.
Makruh. Ada beberapa hari kita tidak digalakkan berpuasa . Contohnya Hari Jumaat kerana hari tersebut
seperti hari raya mingguan bagi umat islam .
Haram. Kita tidak boleh berpuasa pada hari-hari yang tertentu seperti Allah telah tetapkan . Contohnya
Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suami kerana hak suami lebih besar daripada puasa sunat .

4|Page
1.6 Perkaraperkara yang membatalkan puasa .

1.6.1 Antara perkara yang membatalkan puasa ialah ,

Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit ( jika terlupa tidak membatalkan puasa
tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa ) .
Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka .
Keluar haid atau nifas .
Gila
Murtad ( keluar dari islam )
Mengeluarkan air mani dengan sengaja .
Bersetubuh di siang hari
Pengsan sepanjang hari .
Muntah dengan sengaja .
Melahirkan anak.
Merokok .

1.7 Perkara-perkara yang sunat ketika berpuasa .

1.7.1 Antara perkara yang sunat ketika berpuasa ialah

Menyegerakan berbuka puasa


Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manisan yang lain .
Melambatkan sahur kerana ada padanya berkat .
Memperbanyakkan membaca Alquran , berzikir , berselawat dan membuat amal kebajikan.
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin atau anak yatim .
Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat .

1.8 Perkara-perkara yang makruh ketika berpuasa .


1.8.1 Antara perkara yang makruh ketika berpuasa ialah
Keterlaluan ketika berkumur semasa berwuduk.
Tidur banyak.
Banyak bercakap perkara yang sia-sia .
Berbekam
Mandi terlalu kerap dan lama .

5|Page
1.9 Ibadah Puasa Menjana Insan Berkualiti .

1.9.1 Membentuk manusia yang bertakwa kepada Allah .

Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan
pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat islam sejagat. Puasa melahirkan sifat takwa
dengan memperbanyakkan amalan tilawah alquran , berdoa , dan ibadah sunat yang lain . Takwa
lahir di atas dasar keimanan dan suburi dengan ibadah yang dilakukan kepada Allah .

Puasa yang berjaya meningkatkan takwa seseorang dan menumbuhkan ketahanan yang positif sama
ada dari segi rohani dan jasmani. Malah puasa dapat menguji kemampuan diri dan jiwa kita bagi
menghadapi pelbagai kesulitan atau cabaran hidup manusia. Pengaruh puasa yang dapat melatih
manusia mencapai takwa bererti dapat menyiapkan diri untuk menerima kurniaan Allah menuju
kedudukan yang tinggi di dunia dan akhirat. Dalam islam, setiap ibadat yang dilakukan memerlukan
kesabaran dan ketahanan agar memperlihatkan keikhlasan dan ketakwaan hatinya untuk mencapai
keredhaan Allah. Justeru itu, oleh kerana puasa merupakan ibadat badaniah amaliah sudah pasti akan
melatih umat Islam agar tekun , tabah hati dan sabar mengerjakannya.

1.9.2 Mendidik manusia mengawal Nafsu Syahwat .

Puasa dapat menundukkan nafsu jahat dan dapat memelihara diri daripada bisikan iblis .Nafsu ialah
naluri atau perasaan yang mendorong kepada kejahatan . Keinginan hawa nafsu dan tuntutan jasmani
yang melampau juga dapat dihindarkan . Islam sentiasa mengajar umatanya berhati-hati dengan
mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan
martabat dan maruah diri. Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman, dapat
pula seseorang itu menjaga dan memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu.

Rasulullah S.A.W bersabda , ertinya: Hai pemuda , barangsiapa yang mempunyai kesanggupan
hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat
membentangi kehormatan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana
puasa dapat mengendurkan syahwat. (HR. Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai
jasmaninya ke arah keburukan .

6|Page
1.9.3 Melatih manusia untuk bersabar .

Rasulullah SAW bersabda:

Puasa itu setengah dari kesabaran. Bagi setiap perkara ada zakatnya dan zakatnya badan ialah puasa

Ramadhan adalah waktu paling tepat untuk melatih kesabaran kerana di bulan ini kita diwajibkan
berpuasa dan ibadah puasa adalah separuh dari pada kesabaran. Sabar menahan makan dan minum,
sabar untuk menahan nafsu syahwat (hubungan suami isteri di siang hari), sabar untuk menahan
amarah dan angkara murka, sabar untuk menahan jiwa dan raga dari melakukan tindakan yang dapat
mengurangi nilai-nilai dan pahala puasa, bersabar untuk bangun malam untuk qiyamulail, untuk
bersahur dan lain-lainnya.

Puasa Ramadhan merupakan media yang sangat efektif untuk melatih kesabaran. Betapa manusia
beriman selama satu bulan penuh dilatih untuk sabar serta mampu menahan diri, tidak melakukan hal-
hal yang menjejaskan pahala puasanya. Justeru kemuncak pasca ramadhan adalah dibebaskan dari api
neraka dan terbinanya muslim yang lebih kuat, bersih dan menjadi generasi yang lebih bertaqwa.

Oleh itu disepanjang Ramadhan ini mari kita tumbuh mekarkan sabar dalam jiwa kita, kita pupuk
kesabaran agar kita mampu menghadapi cabaran kehidupan hari ini dan hari esok dengan jiwa mukmin
yang penuh dengan kesabaran agar kita mampu melaksanakan perintah Allah swt. baik dalam suka
mahupun duka, dimana saja kita berada, serta mampu menjauhi maksiat atau larangan-Nya sehingga
kita menjadi muslim muttaqin.

1.9.4 Menguatkan Jasmani Dan Rohani.

Puasa menjadikan jasmani lebih sihat dan kuat di samping menguatkan rohani . Sabda Rasulullah yang

bermaksud ;

Berpuasalah agar kamu sihat

Dari segi jasmani pula , puasa boleh mengurangkan berat badan dan dapat mengurangkan penyakit
penyakit seperti kencing manis , darah tinggi ,lemah jantung dan sebagainya . Manakala dari aspek
rohani pula puasa dapat menahan diri daripada nafsu perut , nafsu jantina dan mencegah moral yang
rendah seperti mengumpat , mencaci dan sebagainya .

7|Page
Puasa sangat efektif untuk tujuan membersihkan bahagian dalam tubuh . Makan dan minum wajib
hukumnya untuk memenuhi keperluan zat seharian agar tubuh tetap hidup . Namun , makanan
tersebut juga membawa bahan toksik yang kemudiannya tertimbun dalam tubuh . Unsur toksik ini
yang menjadi beban sehingga tubuh dipaksa berkerja melampaui batas .

Akibatnya , kemampuan untuk tubuh untuk sihat ( recovery) terbatas atau perlahan . Kerana itu , kita
perlu berpuasa untuk membuang bahan-bahan toksik yang menggangu sel , jaringan ,dan organ dalam
tubuh .

Ketika kita berpuasa , terjadinya detoksifikasi iaitu proses pengeluaran zat-zat beracun dari dalam
tubuh yang bersifat total dan holistik (Menyeluruh) . Ia membersihkan tubuh badan dari bahagian
dalam terutamanya sistem pencernaan .

Selain itu berpuasa juga dapat menurunkan tekanan darah serta menurunkan kandungan lemak dan
gula dalam darah .Tambahan pula , berpuasa dapat memperbaiki fungsi hormon dan secara tak
langsung dapat meningkatkan daya tahan tubuh .

1.9.5 Merapat hubungan sesama muslimin.

Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin . Di bulan Ramadhan khususnya ,kita berpuasa pada
waktu yang sama dan berbuka pada waktu yang sama ,kita berasa lapar bersama dengan penuh
persaudaraan . Di sini , Pusat Islam iaitu masjid dan surau menjadi pusat pertemuan . Kita menjalani
ibadah berbuka puasa , sahur , dan solat sunat terawih secara berjemaah tidak kira kanak-kanak , muda
dan tua .Oleh itu ,apabila kita melaksanakan ibadah bersama-sama di rumah Allah , kita dapat
mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat .

Selain itu , umat islam dapat merapatkan lagi ikatan benang silaturahim yang longgar . Sesungguhnya
Allah SWT paling benci kepada mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan dan silaturahim .

Pada bulan puasa , kita dapat mewujudkan semangat persaudaraan islam dan membentuk perpaduan
serta memperkukuhkan kekuatan ummah .

8|Page
1.9.6 Mendidik perasaan belas kasihan terhadap fakir miskin.
Menanamkan rasa cinta kasih dan belas kasihan terhadap fakir miskin kerana dapat merasakan
penderitaan orang-orang yang kekurangan makanan atau terputus bekalan makanan kerana
ketiadaan wang yang mencukupi .Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga tentunya akan
menumbuhkan rasa simpati dan empati , kasih sayang dan belas kasihan kepada orang-orang yang
fakir miskin .

Selain itu juga mampu melatih kepekaan kita terhadap kesulitan yang orang lain hadapi di sekeliling
samaada yang kita kenali ataupun tidak . Oleh itu , gaulilah orang-orang miskin dan melihat
bagaimana sukarnya kehidupan mereka untuk memenuhi keperluan agar kita lebih mensyukuri
rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kita .

9|Page
KESIMPULAN

Sebagai kesimpilan,puasa yang sempurna dapat melahirkan insan muttaqi iaitu modal insan yang amat
bernilai dan mampu berkhidmat untuk agama Allah dengan penuh penghayatan dan mereka adalah nukleus
bagi pembangunan ummah. Inilah golongan yang berjaya dilahirkan Muhammad SAW iaitu sahabat.

Sifat serta kriteria sahabat dulu semakin terhakis kerana kehidupan hari ini berdepan pelbagai cabaran. Ada
yang gugur dengan percubaan dan ada pula yang berusaha gigih menghadapinya. Ketibaan Ramadan kali ini
adalah kesempatan terbaik untuk berusaha menggilap kembali semangat serta kesungguhan yang tertanam
kukuh dan jitu dalam jiwa dan sanubari sahabat Nabi SAW.

Kadangkala sikap menjadi penghalang daripada menjiwai tujuan sebenar berpuasa. Sikap sebahagian umat
Islam pada Ramadan ada yang bersungguh-sungguh beramal dan ada yang lalai. Masih ada antara kita yang
berpuasa sebagai adat bukan ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi
pendorong untuk melaksanakan ibadah. Ada yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak
menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu atau berkata
lucah. Ada yang mengambil ringan sahur sehingga meninggalkannya sedangkan banyak hadis menyatakan
kelebihan sahur. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh. Ibadat solat fardu dan sunat hanya
dilakukan pada Ramadan serta bersungguh-sungguh mengerjakan tarawih dan witir tetapi meninggalkan
solat fardu. Bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan ibadat pada Ramadan termasuk membaca al-Quran
untuk diri sendiri, tetapi mengabaikan pembabitan ahli keluarga untuk sama beribadah. Terlalu
membandingkan antara imam solat tarawih sehingga sampai pada peringkat mengumpat dan menghina.

Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadat hanya pada awal sehingga pertengahan Ramadan sedangkan
banyak hadis menyatakan kelebihan 10 hari terakhir antaranya lailatul qadar. Tilawah al-Quran hanya pada
Ramadan dan berakhir bersama Ramadan. Rajin membaca al-Quran, tetapi tidak berusaha memahami dan
menghayati kandungannya sebagai panduan kehidupan seharian. Bersungguh-sungguh melaksanakan puasa,
namun mengabaikan kewajipan lain seperti solat, menunaikan haji, menutup aurat, menghubungkan
silaturahim, menuntut ilmu, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran. Tidak bersimpati dan
mengambil berat terhadap saudara Islam yang mengalami penderitaan, kesusahan, kelaparan serta terus
dengan sifat bakhil dan kedekut. Mensia-siakan fadilat atau kelebihan iktikaf di masjid terutama pada 10
akhir Ramadan. Masa dihabiskan membuat persiapan 1 Syawal. Tidak salah untuk membuat persiapan tetapi
kita terlepas satu masa dan ketika yang afdal melakukan ibadat.

Ramadan ialah proses membentuk mukmin muttaqi iaitu insan paling mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini
tidak diperoleh melainkan dengan usaha dan mujahadah yang tinggi.

10 | P a g e
RUJUKAN

1. Muhd Zuhairi,Dr Russanani,Siti Fatimah,Nurizam Yusoff .2016 . Keindahan Islam . Kota Bharu .
Pustaka Aman Press Sdn Bhd .

2. Ismail Kamus,Nidzam Abdul Kadir .2008. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda
Malu Bertanya.Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn Bhd .

3. Nasarudin Haji Salleh .2009. Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan. Kuala Lumpur . Pustaka Al-Shafa

4. Hanafi Muhammad .2006 . 40 Fadhilat Puasa Ramadhan . Kuala Lumpur . Al-Hidayah

5. Abu Hamid Muhammad . 1991. Rahsia Puasa Dan Zakat . Bandung . Penerbit Karisma .

11 | P a g e

Вам также может понравиться