Вы находитесь на странице: 1из 24

SULIT

1249/3
SEJARAH
Kertas 3
Tema Umum
Nov./Dis.
2017

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN


_______________________________________________________________________________________

TINGKATAN 5
2017
________________________________________________________________________________________________
SEJARAH
KERTAS 3

1. Kertas soalan ini mengandungi satu Tema Umum.

2. Calon dikehendaki membawa dan meneliti Tema Umum tersebut dan membuat persediaan awal
sebelum hari peperiksaan.

3. Kertas soalan ini mestilah diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan.

_______________________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah


SULIT

SULIT 2 1249/3

ARAHAN KEPADA GURU

1
1. Guru hendaklah memastikan Tema Umum diberikan kepada calon enam minggu sebelum tarikh peperiksaan

2. Guru hendaklah menerangkan kepada calon tentang Tema Umum supaya calon membuat persediaan untuk
menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam sejarah 1249/3 yang akan diberikan pada hari peperiksaan.

3. Guru dibenarkan untuk membimbing calon dalam penyediaan dan pemilihan bahan rujukan sebelum hari
peperiksaan.

4. Guru hendaklah menasihati calon memilih bahan rujukan yang sesuai dan mengenalpasti kedudukan setiap
maklumat di dalam sumber supaya tidak membuang masa untuk mencari maklumat pada hari peperiksaan.

5. Guru dilarang sama sekali menyediakan jawapan kepada calon dalam apa-apa bentuk sekali pun.

6. Guru hendaklah menasihati calon agar membuat salinan sumber maklumat berkaitan yang diperoleh daripada
buku ilmiah, majalah dan surat khabar untuk menjimatkan ruang di atas meja pada hari peperiksaan.

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum dan membuat persediaan awal sebelum hari
peperiksaan.

2. Calon boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan.

3. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan Tema Umum yang diberi
sebagai persediaan menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam sejarah 1249/3

4. Calon boleh mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan
bahan-bahan lain yang berkaitan.

5. Calon dibenarkan membawa masuk dokumen seperti buku teks, bahan bacaan ilmiah, nota bertulis atau bahan
fotostat dan bahan bercetak ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

6. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa alat atau peranti elektronik ke dalam dewan/bilik peperiksaan.

7. Calon dinasihatkan supaya penggunaan bahan rujukan semasa peperiksaan tidak menganggu calon lain.

Tema Umum: Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat
kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia, British menguasai Burma (Myanmar),
Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika merampas Filipina daripada
Sepanyol, Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah


1249/3 @ 2017 Hak Cipta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan SULIT

2
TUGASAN SPESIFIK SET 1

Aspek Soalan / Tugasan Markah

Pengenalan 1. Jelaskan latar belakang imperialisme Barat di Asia 5 markah


Tenggara.

Isi dan Huraian


2. Huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia 20 markah
Tenggara
3. Kejayaan Negara Thailand mengekalkan kemerdekaan
10 markah

4. Jelaskan perubahan sistem politik di negara berikut 20 markah


selepas kemasukan penjajah Barat:
(a) Tanah Melayu
(b) Thailand
(c) Burma (Myanmar)
(d) Indonesia
(e) IndoChina
(f) Filipina

5. Pada pendapat anda, apakah bentuk penjajahan baru 10 markah


yang melanda masyarakat zaman sekarang?

6. Kesan penjajahan bentuk baru kepada masyarakat hari


ini 10 markah

7. Apakah usaha-usaha untuk menghadapi ancaman


penjajahan bentuk baru pada masa kini? 10 markah

8. Apakah iktibar yang diperoleh daripada dasar


imperialisme Barat di Asia Tenggara? 10 markah

Berikan penjelasan.

9. Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(a) Pengetahuan yang diperoleh 5 markah


(b) Nilai patriotisme yang diperoleh daripada dasar
imperialisme Barat
(c) Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa
Malaysia kekal unggul di mata dunia.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

3
TUGASAN SPESIFIK SET 2

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Jelaskan maksud nasionalisme. 5 markah

Isi dan Huraian


2. Mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan imprealis 15 markah
barat di Asia Tenggara

3. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia 20 markah


Tenggara.

4. Perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara 10 markah


sehingga Perang Dunia Ke-2

5. Gerakan nasionalisme di Thailand berbeza dengan


negara lain di Asia Tenggara 10 markah

6. Huraikan cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan 10 markah


negara.

7. Huraikan langkah-langkah untuk mengekalkan Malaysia


sebagai negara berdaulat 10 markah

8. Apakah iktibar yang diperoleh daripada kemerdekaan dan


kedaulatan negara?
Berikan penjelasan 10 markah

Kesimpulan 9. Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(d) Pengetahuan yang diperoleh


(e) Nilai patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat 5 markah
Malaysia
(f) Harapan untuk menjadikan negara Malaysia kekal
merdeka dan berdaulat

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

4
TUGASAN SPESIFIK SET 3

Aspek Soalan / Tugasan Markah

Pengenalan 1. Jelaskan maksud nasionalisme. 5 markah

Isi dan
Huraian 2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia 15 markah
Tenggara.

3. Huraikan tahap perkembangan nasionalisme di Asia 10 markah


Tenggara.

4. Gerakan nasionalisme di negara Asia Tenggara:


(a) Filipina 5 markah
(b) Indonesia 5 markah
(c) IndoChina 5 markah
(d) Burma 5 markah
(e) Thailand 5 markah

5. Usaha mengekalkan kemerdekaan lebih sukar daripada


memperjuangkan kemerdekaan. 10 markah

Berikan penjelasan.

6. Penjajahan bentuk baru yang boleh menggugat kedaulatan 10 markah


negara Malaysia.

Berikan penjelasan

7. Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi


menghadapi cabaran mengekalkan Malaysia sebagai 10 markah
negara berdaulat.

8. Apakah iktibar yang diperoleh daripada kemerdekaan dan


kedaulatan negara?
10 markah
Berikan penjelasan.

Kesimpulan 9. Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(g) Pengetahuan yang diperoleh


(h) Nilai patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat Malaysia 5 markah
(i) Harapan untuk menjadikan negara Malaysia kekal
merdeka dan berdaulat

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

5
TUGASAN SPESIFIK SET 4

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Jelaskan latar belakang imperialisme Barat di Asia 5 markah


Tenggara.

Isi dan Huraian


2. Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia 20 markah
Tenggara

3. Perbandingan sistem pentadbiran sebelum dan selepas 20 markah


kedatangan Barat.

4. Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan 10 markah


kemerdekaannya

5. Peranan pemimpin untuk mengekalkan kedaulatan


Negara 10 markah

6. Huraikan cabaran yang dihadapi Negara-negara Asia


Tenggara untuk mengatasi ancaman imperialisme bentuk 10 markah
baru.

7. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman


imperialisme bentuk baharu tersebut. 10 markah

8. Apakah iktibar yang diperoleh daripada dasar imperialisme


Barat di Asia Tenggara?
10 markah
Berikan penjelasan.

Kesimpulan 9. Sediakan kesimpulan berdasarkan perkara berikut:

(j) Pengetahuan yang diperoleh


(k) Nilai patriotisme yang diperoleh daripada dasar 5 markah
imperialisme Barat
(l) Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa
Malaysia kekal unggul di mata dunia.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

6
TUGASAN SPESIFIK SET 5

Aspek Soalan/Tugasan Markah

Pengenalan 1. Jelaskan konsep nasionalisme 5 markah

2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme:


Isi dan huraian a. Dasar penjajahan barat 5 markah
b. Pengaruh agama 5 markah
c. Sistem pendidikan 5 markah
d. Kemunculan golongan intelektual 5 markah

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara 10 markah

4. Terangkan gerakan nasionalisme 20 markah


(a) Filipina
(b) Burma
(c) Indochina
(d) Thailand
(e) Indonesia

5. Gerakan nasionalisme banyak memberi manfaat kepada


masyarakat setempat. 10 markah
Jelaskan pernayataan tersebut
6. Mengapakah semangat patriotisme masyarakat hari ini semakin
luntur? 10 markah
Berikan penjelasan

7. Apakah langkah-langkah untuk memupuk semangat nasionalis


dalam kalangan generasi muda hari ini? 10 markah

8. Apakah iktibar yang diperolehi daripada perkembangan


nasionalisme di Asia Tenggara? 10 markah
Berikan penjelasan

9. Jelaskan kesimpulan berdasarkan perkaraberikut:


Kesimpulan a. Pengetahuan yang diperolehi
b. Nilai petriotisme yang diperolehi melalui perkembangan
nasionalisme di Asia Tenggara 5 markah
c. Harapan menjadikan bangsa dan Negara Malaysia
cemerlangdanterbilang

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

7
TUGASAN SPESIFIK SET 6

Aspek Soalan/Tugasan Markah

Pengenalan 1. Latar belakang imperialisme di Asia Tenggara 5 markah

Isi dan 20 markah


Huraian 2. Huraikan faktor-faktor pencetus imperialisme barat di
AsiaTenggara

3. Bincangkan kesan imperialisme Barat di negara-negara 20 markah


Asia Tenggara

4. Jelaskan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia 15 markah


Tenggara.

5. Cadangkan langkah-langkah untuk memupuk 10 markah


semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia

6. Jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh negara kita 10 markah


selepas kemerdekaan

7. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam 10 markah


mengekalkan kedaulatan Negara dan langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut

5 markah
8. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada
Imperialisme Barat

Kesimpulan 9. Sediakan kesimpulan berdasarkan tajuk yang dikaji 5 markah

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

8
TUGASAN SPESIFIK SET 7

Aspek Perincian Markah

Pengenalan 1. Jelaskan maksud imperialisme barat di Asia


Tenggara. 5 markah

2.Terangkan perubahan politik yang dijalankan oleh 30 markah


birokrasi barat di negara berikut.

(a) Filipina
(b) Indonesia
(c) Indochina
(d) Myanmar

15 markah
3.Terangkan keistimewaan sistem birokrasi barat yang
diperkenalkan sendiri oleh pemerintah Thailand
Isi dan huraian
15 markah
4.Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap satu dan
dua di Asia Tenggara.

5.Penjajahan bentuk baru sedang melanda dalam negara 10 markah


kita pada hari ini.
Jelaskan pernyataan tersebut

6. Huraikan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman 10 markah


penjajahan bentuk baru

7. Jelaskan iktibar yang dapat diambil daripada dasar 10 markah


imperialisme dan pengenalan birokrasi barat di Asia
Tenggara.
.

8.Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang 5 markah


dibincangkan:
Kesimpulan pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih
cemerlang.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

9
Guna saya semasa hendak
menghubungkan antara isi: Selain itu,
Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
1. Maksud Imperialisme Dan Latar belakang Imperialisme Akhir sekali, Walau bagaimanapun

1. Imperialisme bermaksud dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara
lain untuk kepentingan tertentu.
2. Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
3. Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika
Latin, Afrika dan Asia.
4. Imperialisme Barat di Asia Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk
menguasai ekonomi dan mengubah sistem politik tanah jajahannya.
5. Portugal mendahului kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
6. Tujuan awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah.
7. Revolusi Perindustrian di Eropah menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit.

2. Faktor-faktor berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara @


Sebab Asia Tenggara menjadi tarikan imperialisme Barat

1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik kerana terletak di antara perjalanan China dan India
2. Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan pertanian
3. Revolusi Perindustrian di Eropah menyebabkan keperluan kepada bahan mentah yang banyak dan konsisten
yang terdapat di Asia Tenggara
4. Asia Tenggara juga kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah di Tanah Melayu, Indonesia dan Thailand kayu
jati di Burma dan Thailand
5. Penduduk yang ramai di Asia Tenggara menjamin pasaran yang luas untuk barangan keluaran kilang
6. Perluasan Imperialisme juga disebabkan oleh berlakunya persaingan antara kuasa kuasa Barat seperti Britain,
Belanda, Sepanyol, Perancis dan sebagainya. Persaingan ini menyebabkan Asia Tenggara menjadi mangsa
imperialisme baru.
7. Bagi masyarakat Barat semakin luas tanah jajahan mereka semakin tinggi status atau sanjungan yang diperoleh.
Oleh itu keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekuasaan serta kekayaan dan kehebatan negara
tersebut.
8. British dan Belanda menganggap tamadun mereka lebih maju dengan membawa slogan beban orang putih dan
mendakwa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kehidupan yang lebih sejahtera
9. Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun di mana mereka bertanggungjawab untuk
mentamadunkan orang Timur
10. Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian
kepada penduduk di tanah jajahan dan di seberang laut
11. Perluasan kuasa imperialisme Barat juga disebabkan oleh perkembangan sistem pengangkutan dan
perhubungan.
12. Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan muatan yang banyak dibawa dan juga mempercepatkan
perjalanan di antara Barat dan Timur.
13. Pembukaan Terusan Suez dan kapal berkuasa wap juga menjadikan perjalanan lebih selamat dan menjimatkan
kos.
14. Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan telegraf membolehkan kuasa penjajah memberi arahan kepada
pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan. Ahli-ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakil
mereka di Timur dengan mudah dan perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
15. Imperialisme juga berlaku disebabkan oleh masyarakat Eropah ingin memecahkan monopoli perdagangan
rempah ratus dan sutera yang selama ini dikuasai oleh orang Islam.
16. Galakan daripada pemerintah juga mendorong imperialisme berlaku terutamanya apabila golongan monarki baru
di England, Perancis dan Belanda telah mempercepatkan penjajahan.Oleh sebab itu penjajahan ini sering
dikaitan dengan kata-kata gold,glory dan gospel.

10
3. Kesan Imperialisme Barat Guna saya semasa hendak
a. Kesan ke atas politik menghubungkan antara isi: Selain itu,
Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
1. Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
tanah jajahan Akhir sekali, Walau bagaimanapun
2. Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah
jajahan
3. Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) dan pelantikan pegawai barat sebagai ketua biro. Contohnya
Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan
4. Pengenalan Undang-undang Barat seperti Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889
5. Memperkenalkan Majlis Perundangan dan sistem kehakiman barat seperti Undang-undang sistem pengutipan
cukai
6. Pengenalan Sistem Penasihat iaitu Residen British dan Penasihat British yang berperanan menasihati sultan
dalam semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu
7. Pemerintah tempatan membuat perjanjian dengan kuasa Eropah menyebabkan kekuatan mereka diiktiraf oleh
pemimpin tempatan.
8. Wujudnya syarikat berpiagam, contohnya Syarikat Hindia Timur Inggeris yang menguasai perdagangan termasuk
di Asia Tenggara

b. Kesan ke atas ekonomi

1. Asia Tenggara berperanan sebagai pembekal bahan mentah kepada keperluan masyarakat Eropah
2. Ekonomi peribumi distruktur untuk manfaat penjajah, contohnya di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan
perlombongan bijih timah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut memenuhi keperluan mereka di
Eropah
3. Pusat perdagangan di Melaka dan jalan perdagangan diambil alih oleh orang Eropah daripada pedagang Islam.
4. Buruh tempatan dieksploitasi untuk bekerja di ladang getah, contohnya sistem tanaman paksa di Jawa
5. Pengenalan sistem cukai baru telah menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan sehingga membawa
kepada penentangan, misalnya kebangkitan Tok Janggut di Kelantan

c. Kesan ke atas sosial

1. Kemerosotan pengaruh golongan agama di kalangan penduduk tempatan menyebabkan ramai menerima agama
Kristian seterusnya telah menghapuskan tamadun tempatan serta mewujudkan masyarakat baru
2. Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah seperti cara berpakaian
3. Pengenalan sistem pendidikan vernakular Melayu, Cina dan Tamil di Tanah Melayu menyebabkan tidak wujudnya
perpaduan kaum
4. Pendidikan Inggeris dikhaskan kepada golongan bangsawan di bandar menyebabkan penduduk luar bandar
terus ketinggalan dan buta huruf
5. Kemasukan buruh luar telah melahirkan masyarakat majmuk, contohnya di Tanah Melayu
6. Penjajah mengamalkan diskriminasi ekonomi yang menyebabkan penduduk tempatan kekal terlibat dalam
ekonomi sara diri dan hidup dalam kemiskinan

4. NASIONALISME DI ASIA TENGGARA THAILAND

Tahap Pertama

1. Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang
bersifat antipenjajah
2. Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puas hati rakyat tempatan terhadap
penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
3. Perkembangan pelajaran Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan
intelek di Siam.
4. Mereka yang mendapat pelajaran Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat
seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
5. Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah
menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
6. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh Guna saya semasa hendak
telah membuatkan rakyat tidak berpuas hati.
menghubungkan antara isi: Selain itu,
11
Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
Akhir sekali, Walau bagaimanapun
7. Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanamyong dan Field Marshall Phibul Shongram
pada 1932.
8. Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

Tahap Kedua

1. Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi
oleh kapitalis barat dan orang Cina
2. Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Siam. Kemarahan orang Siam
terhadap kerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina
menindas orang Siam.
3. Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China
4. Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan.
5. Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan.
6. Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja
7. Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang
bebas.
8. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negeri
Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
9. Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya mendapatkan kembali wilayah-
wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. menyatukan wilayah-wilayahnya di Indo China dan
Tanah Melayu.

5. PENTADBIRAN NEGARA THAI DI BAWAH SISTEM PEMERINTAHAN TRADISIONAL

Raja Mongkut

1 Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan
2 Selain itu penasihat Barat juga dilantik untuk melatih pegawai-pegawai tempatan.
3 Raja Mongkut juga melantik penasihat Barat dari Britain sebagai Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis
4 Manakala penasihat dari Amerika Syarikat untuk bidang kastam
5 Selain itu penasihat dari Peranchis dilantik untuk bidang ketenteraan

Raja Chulalongkorn

1. Raja Chulalongkorn pula telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat tertinggi dan Kabinet
Menteri.
2. Selain itu juruaudit dari Britain telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.
3. Pada tahun 1932, Sistem Raja Berperlembagaan telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem raja berkuasa
mutlak.

6. Perbandingan sistem pentadbiran sebelum dan selepas kedatangan barat di Asia Tenggara

Filipina
1. Sebelum penjajahan Sepanyol Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil dikenali sebagai barangay yang
diperintah oleh golongan datu manakala di selatan Filipina pula wujud kerajaan Islam.
2. Selepas penjajahan, Sepanyol telah memperkenalkan sistem pentadbiran berpusat dengan Gabenor Jeneral
sebagai pemerintah tertinggi diperingkat pusat
3. Pentadbiran wilayah diketuai oleh Ketua Datuk Bandar manakala pentadbiran bandar diketuai oleh Gabenor Kecil
4. Pentadbiran tempatan dilaksanakan di bawah sistem encomienda yang diketuai oleh Encomiendero. Dalam
sistem ini barangay digabungkan
5. Tugas Ecomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk baragay. Sistem
Encomienda dibenci oleh penduduk Filipina kerana mengenakan cukai yang tinggi dan kerahan tenaga.

Indonesia
1. Sebelum penjajahan Indonesia terdiri kerajaan yang berasingan seperti
Mataram dan Bantam. Kerajaan ini diketuai oleh raja dan dibantu oleh Guna saya semasa hendak
pembesar di mana pemerintahan tempatan diketuai Bupati/ pembesar menghubungkan antara isi: Selain itu,
daerah Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
juga, kerana, yang, untuk, kerana,
12 agar,
Akhir sekali, Walau bagaimanapun
2. Selepas penjajahan Belanda, pentadbiran pusat dan tempatan diperkenalkan
3. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab kepada kerajaan Belanda manakala
pentadbiran Tempatan dijalankan oleh pembesar tempatan tetapi dikawal oleh pegawai Belanda.
4. Penubuhan jabatan kerajaan antaranya, Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian. Belanda juga
menubuhkanDewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.
5. Penubuhan Volksraad merupakan majlis rakyat yang dianggap sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan hasil
desakan Parti Sarekat Islam.

Burma
1. Sebelum penjajahan British, Burma telah mengamalkan pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung
2. Raja dibantu oleh Majlis diraja (Huttaw), pegawai kerajaan (wun), ketua bandar (myothugyi) Pegawai diraja
(Ahmudan), pembesar tradisional (Athi). Raja menjadi penaung sami Buddha
3. Selepas British menguasai Burma melalui Perang Inggeris Burma III menyebabkan Burma diperintah oleh
Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pemerintah tertinggi di peringkat pusat
4. British juga memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma (1887) dan Akta Perkampungan Burma (1889) telah
melenyapkan pemerintahan tradisional
5. Pentadbiran Daerah diketuai oleh Pegawai Bandaran (Myo-ok) dan sistem Undang-undang barat diperkenalkan
6. Majlis perundangan dan Jabatan Perhutanan, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran ditubuhkan.

Indo China
1. Sebelum penjajahan Perancis, wilayah Indochina ditadbir kerajaan pusat yang berkuasa mutlak tetapi memberi
kuasa penuh kepada pembesar tempatan.
2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin yang dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan
kesusasteraan China.
3. Selepas penjajahan Perancis, pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada
Kementerian Tanah Jajahan di Paris dan dibantu oleh Leftenan Gabenor pemerintah wilayah naungan jajahan
4. Leftenan Gabenor dibantu oleh Residen Jeneral manakala Residen Jeneral dibantu oleh Residen Wilayah
5. Kerajaan pusat ditubuhkan dikenali sebagi Union Indochinoise (1887) yang terdiri daripada Vietnam, Kemboja
dan Loas menyertainya pada tahun 1904
6. Semua undang-undang di Indochinoise dilluluskan oleh Parlimen Perancis
7. Pentadbiran tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat tetapi perlu membayar cukai dan menyediakan
kerahan tenaga.

Tanah Melayu
1. Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
2. Semasa pemerintahan British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat
(NNS) yang diketuai oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat dan dibantu oleh Residen Kaunselor bagi ketiga-tiga
negeri tersebut
3. Pentadbiran peringkat kampung oleh penghulu dikekalkan.
4. Kemudiannya, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dibentuk terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang di bawah penguasaan Sistem Residen.
5. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) iaitu gabungan Kedah, Kelantan Trengganu, Perlis dan Johor
yang diletakkan di bawah Sistem Penasihat.
6. Residen dan Penasihat British ini diletakkan di bawah Gabenor NNS untuk menasihati Sultan dalam semua
perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
7. British juga memperkenalkan pelbagai perubahan seperti sistem kehakiman Barat, pelaksanaan sistem pungutan
cukai, pembahagian negeri kepada beberapa daerah dan penubuhan balai polis

7. Maksud nasionalisme Guna saya semasa hendak


menghubungkan antara isi: Selain itu,
1. Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara serta
gerakan membebaskan tanah air. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
2. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
tetapi juga merangkumi pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan Akhir sekali, Walau bagaimanapun
kebudayaan asing

13
8. Faktor-faktor kebangkitan/ kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara

1. Dasar penjajahan Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyar negara-negara di Asia
Tenggara kerana sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada
rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden.
2. Melalui dasar ini rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan.
3. Malah dasar ekonomi penjajah telah menindas penduduk pribumi, contohnya system polo di Filipina dan sistem
tanaman paksa di Indonesia.
4. Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang
tersendiri mereka layak berdampingan sesama mereka.
5. Selain itu, dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat
tempatan kerana golongan tersebut menguasaai bidang ekonomi.
6. Pengaruh agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh
kebudayaan Barat serta agama Kristian.
7. Kemunculan gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu serta penubuhan belia Buddha menunjukkan peranan
agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. Gerakan ini juga
memperjuangkan Pan Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat.
8. Manakala agama Kristian di Filipina telah menyatupadukan penduduk peribumi menentang kuasa Sepanyol
kerana penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
9. Karya kesusasteraan di Asia Tenggara berperanan membangkitkan nasionalisme melalui karya-karya yang
dihasilkan sebagai media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan
penjajah seterusnya membangkitkan kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air.
10. Contohnya cerpen Kerikil-Kerikil Tajam di Indonesia dan Putera Gunung Tahan di Tanah Melayu.
11. Sistem pendidikan penjajah yang pilih kasih dalam menyediakan kemudahan Pendidikan dengan mengutamakan
sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar mencetuskan nasionalisme.
12. Penjajah juga hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad kepada golongan golongan elit
dan penduduk bandar. Contohnya di Indonesia anak golongan Priyayi diberikan pendidikan yang tersendiri dan
diasingkan daripada anak orang kebanyakan yang bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.
13. Manakala di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh telah menjadi ancaman terhadap sekolah
Buddha.
14. Begitu juga di Tanah Melayu, sistem pendidikan yang dibuat oleh British menyebabkan lepasan sekolah
vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
15. Kemunculan golongan intelektual yang mendapat pendedahan falsafah Barat dan Islam di Asia Barat telah
menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara
mereka sendiri.
16. Akhirnya, mereka memimpin gerakan nasionalisme dengan menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela dan
meminta penjajah membebaskan tanah air mereka.
17. Pengaruh media masa seperti akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam
perasaan antipenjajah kepada rakyat. Contohnya Warta Malaya, Majlis di Tanah Melayu dan Tribul Indigene di
Vietnam.
18. Perkembangan sistem pengangkutan seperti pembinaan jalan kereta api dan jalan raya dapat menghubungkan
kawasan yang sebelumnya terpisah memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan berbincang mengenai
idea-idea nasionalisme.
19. Kewujudan perkhidmatan perhubungan seperti telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan
nasionalis.
20. Pengaruh luar seperti kejayaan Jepun menewaskan China dan Russia serta kejayaan Mahatma Ghandhi
mendapat kemerdekaan India daripada British telah membuka mata dan memberi inspirasi kepada para
nasionalis Asia Tenggara.

14
9. Faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu

1. Pengenalan sistem politik Barat yang telah memusnahkan sistem politik


Guna saya semasa hendak
tempatan. Contohnya, Residen mengambil alih pentadbiran daripada
pembesar tempatan. Ini telah mencabar amalan tradisi dan menjatuhkan menghubungkan antara isi: Selain itu,
maruah mereka. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
2. Perkembangan sistem pendidikan iaitu sistem pendidikan Inggeris dan juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
sekolah vernakular Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu Akhir sekali, Walau bagaimanapun
yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa. Mereka telah
menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan
British.
3. Dasar British telah menggalakkan sesiapa datang untuk melabur, berniaga, berdagang dan menetap di Tanah
Melayu. Kesannya jumlah imigran meningkat dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka
menguasai bidang perladangan getah dan perlombongan bijih timah sedangkan orang Melayu kekal dengan
pertanian padi.
4. British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung
dengan segala kekurangan. Hal ini telah memundurkan taraf hidup orang Melayu dan menjadi faktor gerakan
nasionalisme.
5. Pendudukan Jepun juga menjadi faktor kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep
Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negaranegara Asia untuk menentukan kemajuan
dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut.
6. Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan kekejaman pentadbiran Jepun menimbulkan kebencian
kepada penjajah. Lantaran semangat itu apabila British memperkenalkan Malayan Union 1946, mereka tidak
mahu dijajah oleh sesiapa pun.
7. Penguasaan Parti Komunis Malaya membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan
penyebaran ideologi komunis. PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka
membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan
konflik perkauman.
8. Kemunculan mesin cetak yang memberi kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong
penentangan terhadap British. Hal ini kerana melalui buku, akhbar dan majalah idea menentang penjajah dapat
disebarkan.
9. Gerakan Pan-Islamisme juga merupakan faktor pemangkin nasionalisme. Gerakan ini telah membangkitkan
pemahaman terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. Gerakan reformis
Islam ini dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh yang menekankan kepentingan hidup dunia dan akhirat di
samping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh disebarkan dalam majalah al-
Manar.

10. Perkembangan Nasionalisme/ Tahap Perkembangan / Ciri-ciri


a) Tahap-tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara umumnya terbahagi kepada dua tahap.


Tahap Pertama
1. Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat dan tidak
berorganisasi.
2. Isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi menjadi faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme.
3. Gerakan-gerakan nasionalisme pada tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat
dan Asia Barat.
4. Mereka lebih menekankan kesedaran politik yang menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup
mereka dibaiki.
5. Secara umumnya mereka tidak meminta kemerdekaan dengan segera.
Tahap Kedua
6. Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi.
7. Perubahan ini disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang bersifat sederhana gagal.
8. Gerakan nasionalisme tahap dua dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam
bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat yang mana mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan
penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara.
9. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan
sendiri yang berdaulat.

15
b) Perbandingan tahap perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara.

1. Tahap pertama nasionalisme di Asia Tenggara lebih bersifat penentangan


masyarakat sederhana dan setempat sebagai contoh, perjuangan Guna saya semasa hendak
Penghulu Dol Said di Naning sahaja tidak menyeluruh ke Negeri menghubungkan antara isi: Selain itu,
Sembilan. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
2. Manakala penentangan tahap kedua lebih radikal. contohnya, di Filipina.
juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
Katipunan yang dipimpin Andres Bonaficio mengadakan revolusi
Akhir sekali, Walau bagaimanapun
bersenjata menentang Sepanyol.
3. Perkembangan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara tidak
berorganisasi contohnya penentangan Raden Adjeng Kartini di Indonesia.
4. Manakala di tahap kedua berorganisasi sebagai contoh, pada tahap kedua perkembangan nasionalisme,
tertubuhnya parti Katipunan di Filipina.
5. Nasionalisme tahap pertama juga lebih kepada menerapkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk
tempatan.
6. Pada tahap pertama, isu-isu yang dimainkan pihak nasionalis adalah berkaitan isu-isu kebudayaan, agama dan
pengembalian hak-hak peribumi. Contohnya Raden Adjeng Kartini melalui karyanya Habis Gelap Terbitlah
Terang yang menggarapkan kemajuan pendidikan untuk kaum wanita di Indonesia.
7. Pada tahap kedua, mereka lebih kepada menekankan tindakan politik seperti Sarekat Islam, Parti Komunis
Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia yang lantang menuntut kemerdekaan Indonesia daripada Belanda.
8. Kesimpulannya, gerakan nasionalisme di Asia Tenggara muncul akibat daripada kegiatan penjajah Barat yang
menjarah hasil mahsul serta menjadikan pembesar-pembesar serta pentadbiran tradisional merosot dan terhapus

11. Perkembangan Nasionalisme di Filipina.

Gerakan nasionalisme di Filipina gerakan terawal di Asia Tenggara yang dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu
tahap pertama dan tahap kedua.

Tahap Pertama
1 Tahap pertama gerakan ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal yang mempunyai pengaruh
kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
2 Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti
yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
3 Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindakbalas Sepanyol, Jose Rizal telah menubuhkan LIga Filipina
pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak Kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan
sosial.
4 Kerajaan Sepanyol berasa terancam dan menangkap Jose Rizal dan membuangnya ke Dapitan di Mindanao.
5 Jose Rizal dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
6 Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada
tahap kedua.

Tahap Kedua
7 Gerakan ini bermula apabila Parti Kartipunan yang ditubuhkan oleh Andres Bonifacio telah memulakan
penentangan secara radikal terhadap Sepanyol.
8 Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
9 Kartipunan telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat.
Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut.
10 Pada tahun 1896, Kartipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol
tetapi gagal. Kartipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo pada tahun 1897.
11 Aguinaldo telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Berjaya mengusir Sepanyol pada tahun 1898.
Penyingkiran Sepanyol telah memulakan penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina.
12 Pengisyhtiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu,
revolusi diteruskan sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901
13 Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik
mengetuai Dewan Perhimpunan selepas partinya iaitu Parti Nasional menang dalam pilihanraya pada tahun
1907.
14 Pada tahun 1930-an, nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk
pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal.

16
12. Perkembangan Nasionalisme di Indonesia.
Guna saya semasa hendak
Gerakan nasionalisme di Indonesia gerakan terawal di Asia Tenggara yang menghubungkan antara isi: Selain itu,
dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
Tahap Pertama
1. Para nasionalis di Indonesia memberikan sepenuh tumpuan terhadap
Akhir sekali, Walau bagaimanapun
isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat
mengubah nasib rakyat Indonesia.
2. Raden Adjeng Kartini telah menghasilkan karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri
Jawa. Karya ini telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda
3. Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan
perhubungan yang lebih tersusun.
4. Selain itu Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini. Matlamat pertubuhan ini
adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama
Kristian.
5. Seterusnya pertubuhan ini turut membina banyak sekolah, klinik dan masjid .

Tahap Kedua
6. Gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal Sarikat Islam(SI), Parti
Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional Indonesia (PNI).
7. Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia walaupun dengan cara
kekerasan.
8. PNI di bawah pimpinan Soekarno berjaya mempengaruhi rakyat Indonesia.
9. Belanda bertindakbalas menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan mengharamkan PNI.

13. GERAKAN NASIONALISME DI BURMA/MYANMAR

Tahap Pertama
1. Gerakan nasionalime tahap pertama di Burma dicetuskan oleh golongan sami Buddha dan golongan elit
berpendidikan barat.
2. Golongan sami Buddha telah menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 yang bertujuan untuk
mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan dikalangan rakyat Burma
3. Persatuan Belia Buddha menggunakan isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalime dikalangan rakyat
Burma
4. Menjelang tahun 1916 Persatuan Belia Buddha dikatakan lebih bersifat radikal dibawah pimpinan U Ba Pe
5. Pada tahun 1920 pemimpin-peminpin Persatuan Belia Buddha telah menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-
kesatuan Burma yang lebih radikal.

Tahap Kedua
6. Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma dikatakan muncul hasil dari Laporan montagu Chelsford yang
mengatakan Burma masih belum bersedia untuk berkerajaan sendiri.
7. Pada tahun 1920 berlakunya revolusi pelajar yang membawa kepada cadangan/tuntutan penubuhan sebuah
Universiti untuk mereka.
8. Gerakan nasionalisme di Burma juga berlaku setelah wujudnya gerakan Golongan Sami Buddha melalui Majlis
AM Sangha Sametggi yang membawa kepada tercetusnya Pemberontakan Saya San
9. Pemberotakan Saya San telah diketuai oleh Saya San yang merupakan bekas Pongyi dan pemimpin di
Tharawaddy.
10. Kebangkitan semangat nasionalisme di Burma juga berlaku setelah munculnya Liga Antipemisahan yang
mengatakan pemisahan dengan India akan melambatkan kemerdekaan Burma
11. Pengenalan Perlembagaan Burma pada tahun 1935 memberi ruang kepada rakyar Burma untuk menubuhkan
kerajaan sendiri
12. Begitu juga kewujudan Golongan Thakin (siswazah university ) telah menuntut kemerdekaan Burma melalui
penubuhan Parti Dobawa Asiayone pada tahun 1935
13. Parti Dobama Asiayone tersebut dipimpin oleh Aung San, Kyam Nein dan U Nu dengan mengelarkan diri mereka
sebagai Tuan.
14. Akhir sekali, kemenangan Dr Ba Maw dalam pilihan raya pada tahun 1937 telah membolehkan beliau dilantik
sebagai Perdana Menteri pertama Burma.

17
14. Gerakan nasionalisme di IndoChina

Tahap Pertama
1. Gerakan nasionalisme tahap pertama di IndoChina tertumpu di Vietnam
yang dipelopori oleh golongan Bangsawan dan pegawai daripada
Guna saya semasa hendak
golongan Mandarin. Mereka berjuang memulihkan sistem pemerintahan menghubungkan antara isi: Selain itu,
beraja Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
2. Golongan menengah berpendidikan Barat pula memperjuangkan juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
pendidikan Barat di kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, Akhir sekali, Walau bagaimanapun
iaitu Phan Boi Chau telah memimpin satu gerakan revolusi tetapi gagal
3. Beliau kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH)
dan melancarkan pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau
kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH telah diharamkan oleh Perancis
Tahap Kedua
4. Kegagalan parti-parti politik sederhana mendapatkan kerjasama Perancis telah membawa kepada Gerakan
nasionalisme yang lebih radikal
5. Gerakan tahap kedua merupakan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam
(PKV) yang bersifat radikal
6. Perancis bertindak menangkap pemimpin VNQDD dan menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Nguyen Thai Hoc
manakala Ho Chi Minh pemimpin PKV telah melarikan diri ke Hong Kong
7. Sikap keras Perancis ini telah menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana dibawah
pimpinan Maharaja Bao Dai
8. Segala usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai telah disekat malah, baginda juga dilarang melibatkan diri dalam
gerakan nasionalisme
9. Akhirnya, Ho Chi Minh telah mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dan dilantik menjadi Presiden Vietnam Utara

15. NASIONALISME DI ASIA TENGGARA THAILAND

Tahap Pertama
1. Gerakan nasionalisme di Thailand agak berbeza daripada yang berlaku di negara lain di Asia Tenggara yang
bersifat antipenjajah
2. Nasionalisme di Thailand tahap yang pertama merupakan rasa tidak puashati rakyat tempatan terhadap
penguasaan politik oleh kerabat diraja dan penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
3. Perkembangan pendidikan Barat terutamanya sejak pemerintahan Chulalongkorn telah melahirkan golongan
intelek di Thailand.
4. Mereka yang mendapat pendidikan Barat terutamanya di seberang laut telah terdedah kepada idea-idea Barat
seperti fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan
5. Kefahaman terhadap idea demokrasi ini menyebabkan mereka berpendapat pemerintahan beraja mutlak telah
menjadi penghalang kepada pembentukan negara Thai moden.
6. Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh telah membuatkan rakyat tidak berpuashati.
7. Ini membawa kepada pertubuhan parti rakyat oleh Nai Pridi Phanomyong dan Phibul Songram pada 1932.
8. Parti ini telah melancarkan revolusi Thai pada tahun 1939 yang telah menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.
Tahap Kedua
9. Nasionalisme tahap kedua pula di Thailand disebabkan rasa tidak puashati rakyat terhadap cengkaman ekonomi
oleh kapitalis barat dan orang Cina
10. Walaupun bilangan orang Cina kecil, tetapi mereka telah menguasai ekonomi Thailand. Kemarahan orang Siam
terhadapkerajaan kerana kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyekat kegiatan orang-orang Cina
menindas orang Siam.
11. Semasa Phibul Songram menjadi perdana menteri, beliau telah meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang China
12. Phibul Songram juga telah menutup sekolah-sekolah dan akhbar-akhbar Cina juga diharamkan.
13. Penduduk peribumi digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi iaitu perdagangan dan perusahaan.
14. Jawatan tertinggi pula hanya diperuntukkan untuk penganut Buddha sahaja
15. Pada tahun 1939, Phibul Songram nama Siam ditukar menjadi Thailand yang bermaksud negeri atau tanah yang
bebas.
16. Tujuannya ialah untuk menimbulkan semangat nasionalisme bangsa di kalangan orang-orang Siam kerana negeri
Siam merupakan satu-satunya negeri di Asia Tenggara yang tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
17. Hasil kerjasama dengan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Thailand telah berjaya pendapatkan kembali wilayah-
wilayah Siam yang telah dikuasai oleh British dan Perancis. Menyatukan wilayah-wilayahnya di IndoChina dan
Tanah Melayu.

18
16 (a) Bagaimanakah Imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka di Asia Tenggara?

1. Imperialisme Barat mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkenalkan undang-undang barat dengan
memaksa pemimpin tempatan menerima undang-undang mereka.
2. Contohnya British memperkenalkan Akta Perkampungan Burma dan Guna saya semasa hendak
Akta Ulu Burma.
3. Kesannya pentadbiran tradisional telah lenyap. menghubungkan antara isi: Selain itu,
4. Imperialisme Barat juga turut mengeksplotasi ekonomi. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
5. Contohnya menguasai bijih timah diTanah Melayu dan Indonesia. juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
6. Selain itu, imperialisme juga telah memperkenalkan Sistem Tanaman Akhir sekali, Walau bagaimanapun
Paksa dan Sistem Polo
7. Bertujuan untuk mengaut keuntungan dan menindas penduduk peribumi.
8. Seterusnya memperkenalkan sistem pendidikan barat dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan
bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.
9. Contohnya golongan priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakkan.
10. Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh penjajah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.
11. Contohnya lepasan sekolah inggeris sahaja yang diberikan peluang pekerjaan berbanding sekolah Vernakular

(b) Cara kuasa Barat menangani penentangan golongan imperialisme di Asia Tenggara

1. Imperialisme Barat menangani penentangan mereka dengan bertindak menangkap pemimpin-pemimpin yang
menetang mereka.
2. Contohnya Jose Rizal yang menentang Sepanyol di Filipina dibuang negeri ke Dapitan Mindanao manakala Haji
Abdul Rahman Limbong dibuang ke Mekah.
3. Selain itu, mereka juga telah dihukum bunuh dengan kejam.
4. Contohnya Tok Janggut telah dibunuh dan dan mayatnya diarak ke seluruh Pekan
5. Kuasa Barat juga melarang Maharaja Bao Dai melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.
6. Seterusnya kuasa Barat telah menjatuhi hukuman gantung kepada penentang
7. Contohnya Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Lam dan Sepuntum telah dihukum gantung
8. Selain itu, mereka juga telah dipenjarakan
9. Contohnya Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur
10. Kuasa Barat juga telah mengadakan tandatanganperjanjian dengan pembesar tempatan.
11. Contohnya dengan Dato Syahbandar Abdullah Tunggal
12. Ada sesetengah imperialisme juga telah membakar perkampungan
13. Contohnya James Brooke telah membakar kampong Rentap.
14. Seterusnya kuasa barat juga telah memberi rumah dan pencen kepada pembesar yang menentang mereka.
15. Contohnya yang berlaku pada Penghulu Dol Said.

17. Sebab semangat nasionalisme semakin luntur

1. Semangat nasionalisme semakin luntur kerana sebahagian besar rakyat tidak pernah mengalami dan merasai
susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang
dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain-
lain lagi.
2. Selain itu, mereka dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini menyebabkan mereka
leka dan lalai dalam menghayati semangat cinta kepada negara.
3. Penyalahgunaan teknologi moden dan canggih yang dinikmati seperti kemudahan internet dan media sosial
menyebabkan semangat nasionalisme semakin berkurangan.
4. Negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. Negara kita pada masa
ini boleh dikatakan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini. Oleh itu
kemewahan dan kesenangan hidup yang dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas
kemerdekaan luntur semangat nasionalisme dalam diri mereka.
5. Selanjutnya ialah kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam
kalangan rakyat Malaysia. Bacaan ikrar yang dilafazkan hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya. Keadaan ini
menyumbang kepada sebab semangat nasionalisme semakin luntur.
6. Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu mengutamakan keseronokan yang
bertentangan dengan norma kehidupan contohnya arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan
dengan keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya semangat nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia.
7. Selain itu kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan
diri sendiri berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini Guna saya semasa hendak
menghubungkan antara isi: Selain itu,
19
Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
Akhir sekali, Walau bagaimanapun
boleh dikaitkan dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik. Rakyat sibuk
memikirkan hal masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat dan negara.
8. Fahaman politik yang berbeza juga penyumbang kepada semangat patriotism semakin luntur. Fanatiknya
terhadap pegangan ideologi parti masing-masing mendorong mereka lebih mengutamakan kepentingan agenda
peribadi daripada mengutamakan kepentingan negara.
9. Pengaruh media sosial dan internet di kalangan rakyat terutama golongan muda yang menyebarkan sesuatu isu
dan cepat mempercayai, contohnya isu berkaitan kepemimpinan negara, yang belum terbukti kebenarannya. Ini
menimbulkan kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga terhakis semangat
nasionalisme di kalangan rakyat.
10. Institusi kekeluargaan yang kurang memainkan peranan mereka dalam proses menyemai semangat patiotisme
kepada anak-anak.
11. Kurang publisiti dalam media massa tentang kepentingan semangat nasionalisme.

18. Semangat nasionalisme semakin utuh di kalangan masyarakat Malaysia hari ini, Buktikan

1. Semangat nasionalisme semakin utuh dikalangan masyarakat Malaysia hari ini, buktinya pasukan Malaysia
sentiasa berusaha memenangi acara-acara sukan yang disertainya samaada sukan di peringakat negara
mahupun /Antarabangsa seperti di acara Sukan Sea baru-baru ini.
2. Rakyat Malaysia juga sentiasa menjaga imej negara di luar negara termasuk Jemaah haji Malaysia yang sentiasa
mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi
3. Selain daripada itu juga semua warga Malaysia memastikan negara aman dan hidup bersatu padu dan benci
kepada keganasan dan kekejaman seperti mana tindakan Israel ke atas Palestin
4. Bukti seterusnya rakyat Malaysia sentiasa mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan
5. Rakyat Malaysia menyokong gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin negara dan sentiasa
menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan
6. Keutuhan semangat nasionalisme rakyat Malaysia juga dapat dilihat dalam program sukan, dimana semua kaum
memberi sokongan yang padu kepada pemain-pemain tanpa mengira latar belakang politik, agama dan kaum.
7. Komitmen yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia dalam memberi sumbangan kepada pembangunan
negara juga membuktikan semangat nasionalisme utuh dikalangan rakyat Malaysia.
8. Keuntuhan juga dapat dilihat melalui pemberian bantuan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan
bencana alam tanpa mengira kaum dan agama
9. Disamping itu rakyat Malaysia masih menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
10. Serta masih ramai rakyat Malaysia yang membeli dan menyokong barangan buatan Malaysia.
11. Keuntuhan semangat nasionalisme juga dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia dalam mendokong slogan
semangat Malaysia Boleh.
12. Akhir sekali semangat nasionalisme rakyat Malaysia dapat dibuktikan menerusi sambutan hari perayaan,
sambutan tahun baru serta ambang kemerdekaan melibatkan semua kaum.

19. CABARAN UNTUK MENGEKALKAN KEMERDEKAAN

1. Cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan di negara kita adalah berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat seperti penagihan dadah, berjudi dan sebagainya. Kesannya negara kehilangan pelapis generasi
kepimpinan dan akan menyebabkan pembangunan negara terbantut.
2. Selain itu jurang ekonomi antara kaum juga menggugat kemerdekaan negara kerana mewujudkan perasaan tidak
puas hati serta permusuhan antara kaum.
3. Pencerobohan sempadan negara oleh pihak musuh juga mengancam keselamatan negara dan boleh menggugat
kedaulatan negara kita.
4. Kemasukan pendatang asing tanpa izin juga akan menggugat keselamatan negara sebab ada antara pendatang
ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara mereka.
5. Seterusnya cabaran untuk mengekaklan kemerdekaan negara ialah masalah perpaduan kaum. Sekiranya tidak
wujud perpaduan maka negara akan kucar-kacir dan membawa kepada campurtangan kuasa luar di negara kita..
6. Selain itu negara menghadapi cabaran untuk mengukuhkan pertahanan. Negara kita kekurangan senjata moden
untuk menjaga keselamatan dari ancaman musuh.
7. Malaysia juga menghadapi cabaran untuk mengekalkan kemerdekaan kerana kurangnya penguasaan ilmu
dikalang kalangan generasi muda hari ini.
8. Selain itu masyarakat kita juga terpengaruh dengan dakyah atau ideologi Guna saya semasa hendak
yang memecahbelahkan perpaduan kaum. Contohnya Daesh, IS dan
menghubungkan antara isi: Selain itu,
sebagainya. Kumpulan Daesh bukan sahaja boleh menggugat
Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
juga, kerana, yang, untuk, kerana,
20 agar,
Akhir sekali, Walau bagaimanapun
keselamatan negara tetapi juga boleh mewujudkan permusuhan dengan negara luar apabila ada rakyat negara
ini yang terlibat dalam kumpulan itu.
9. Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tanpa mematuhi undang-undang negara boleh
mengancam keselamatan negara
10. Seterusnya campurtangan kuasa besar juga boleh mengancam keselamatan dan kemerdekaan negara
11. Selanjutnya cabaran bagi mengekalkan keamaan negara ialah kesukaran memupuk nilai-nilai patriotiesme
dikalangan generasi muda masa kini.

20. Langkah / usaha memupuk semangat nasionalisme. @ Langkah mengatasi penjajahan bentuk baru

1. Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat nasionalisme ialah dengan ibu bapa membawa
anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tugu Negara, Bandar Hilir Melaka dan muzium-muzium.
2. Ibu bapa juga boleh bercerita kepada anak-anak tentang kisah tokoh zaman dahulu membangunkan negara. Ibu
bapa boleh membelikan anak-anak buku dan DVD yang mengandungi isu-isu berkaitan patriotisme.
3. Sementara itu, Kementerian Pendidikan dapat memupuk semangat ini dengan menjadikan subjek Sejarah
sebagai subjek wajib belajar dan wajib lulus dalam peperiksaan.
4. Seterusnya guru juga dapat menerapkan elemen patriotisme melalui mata pelajaran seperti Sejarah, Sivik dan
Kewarganegaraan, Bahasa Melayu dan sebagainya.
5. Guru juga boleh melibatkan pelajar-pelajar menyertai pelbagai aktiviti seperti ucapan, pidato, bahas dan pintomin
pada bulan kemerdekaan.
6. Selain itu, pihak Kementerian melalui institusi pendidikan juga boleh menganjurkan aktiviti-aktiviti patriotisme
bersempena Sambutan bulan Kemerdekaan seperti deklamasi sajak, debat, perarakan dan lain-lain menerusi
media cetak dan elektronik.
7. Di samping itu, media massa seperti stesen televisyen dapat membantu memupuk semangat nasionalisme
dengan menyiarkan filem-filem yang mengisahkan semangat cintakan Negara. Contohnya filem Bukit Kepong
dan Sarjan Hassan.
8. Selain itu, biografi mengenai pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut dan Tun V.T. Sambanthan yang
diselitkan ketika iklan dilihat dapat menjentik hati kecil masyarakat untuk mencontohinya.
9. Antara cara lain yang dapat memupuk semangat nasionalisme ini ialah melalui contoh dan teladan yang
ditunjukkan oleh pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman
politik.
10. Hal ini dapat dilihat melalui sikap professional pemimpin-pemimpin dalam menangani isu-isu negara seperti
kemiskinan, keselamatan dan lain-lain. Contohnya dalam menangani isu keselamatan di Lahad Datu.
11. Akhir sekali, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media
massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotisme akan memberikan kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan semangat nasionalisme.

21. Bentuk imperialisme/penjajahan baru dan kesannya.

Bentuk penjajahan baru.


1. Imperialisme baru pada masa kini ialah berlaku campur tangan negara luar dalam hal ehwal politik sesebuah
negara. Kuasa besar mengambil kesempatan ke atas negara yang tidak stabil politiknya untuk campurtangan
dengan matlamat tertentu, terutama kepentingan ekonomi.Contoh di Asia Barat, Amerika campur tangan di Iraq.
2. Kuasa besar yang berpengaruh dan kuat kuasa ketenteraannya memberi bantuan ketenteraan yang berterusan
kepada negara yang lemah. Tujuannya untuk terus menguasai negara itu di sebalik selogan bantuan untuk
keamanan.Contoh kuasa ketenteraan Amerika Syarikat terus kekal di Afghanistan.
3. Selain itu mematuhi peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh kuasa besar merupakan penindasan kepada
negara kecil dan lemah. Negara lemah dipaksa mematuhi ketetapan yang dibuat tanpa diberi pilihan membela
diri. Contohnya penjenayah yang menembak jatuh kapal terbang penumpang Malaysia, iaitu MH 370.
4. Penjajahan bentuk baru juga berlaku dalam bidang ekonomi. Kegawatan
ekonomi memberi peluang negara kaya menguasai sistem kewangan Guna saya semasa hendak
negara yang lemah. Serangan matawang menyebababkan negara itu
jatuh miskin dan menanggung hutang yang banyak. Negara yang
menghubungkan antara isi: Selain itu,
menjadi mangsa terpaksa membuat pinjaman dengan IMF.Contoh Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
negara Indonesia. juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
5. Sekatan ekonomi oleh kuasa besar juga merupakan penjajahan yang Akhir sekali, Walau bagaimanapun
menindas negara yang lemah. Sekatan ini dianggap sebagai tindakan
penjenayah yang tidak berperikemanusiaan kepada rakyat yang tidak bersalah. Tiada urusan dagangan dan
kewangan atau perbankan seperti yang dikenakan terhadap Iran dan Quba.

21
6. Pelaksanaan imperialisme bentuk baru berlaku melalui era globalisasi. Globalisasi ialah cara untuk meluaskan
pengaruh kapitalis Barat ke negara dunia ketiga. Barat menguasai perdagangan, perindustrian, teknologi dan
pendidikan. Kuasa Barat mengawal pasaran,ekonomi dan mengaut untung melalui pelaburan di negara tersebut.
7. Perjanjian pelaburan yang berat sebelah menyebabkan pemodal asing menguasai ekonomi tempatan. Harga
barangantempatan ditentukan oleh kuasa besar seperti getah, minyak dan gas asli.
8. Penjajahan bentuk baru yang merbahaya ialah penjajahan minda. Berlaku melalui penyebaran budaya Barat
yang bebas seperti liberalisme, seks bebas, muzik dan dadah.
9. Selain itu berlakunya penerapan budaya asing tanpa disedari dalam masyarakat terutama generasi muda.
Mereka lalai dengan hiburan melalui filem, iklan dan media social serta dadah yang menggugat jati diri bangsa.

Kesan-kesan penjajahan bentuk baru.


1. Kesan penjajahan bentuk baru ialah negara tidak stabil yang kerap berlaku perebutan kuasa dan jawatan.
Pemimpin yang dipilih ditaja oleh kuasa asing yang ingin menguasai sesebuah negara. Contohnya kepimpinan
kerajaan Afganistan yang dibantu oleh Amerika syarikat.
2. Pemimpin yang berada di bawah pengaruh kuasa asing tidak berwibawa memerintah negara. Mereka terpaksa
megikuti arahan pihak luar yang berkepentingan dalam sesuatu perkara seperti pengaruh Amerika Syarikat di
Iraq yang ingin menguasai pengeluaran minyak.
3. Kesan jelas penjajahan bentuk baru ialah dalam bidang ekonomi. Negara kaya akan meluaskan penguasaan
ekonomi di negara yang lemah. Mereka menguasai pengeluaran bahan mentah, mengawal pasaran dan
pelaburan. Negara yang lemah terpaksa bergantung kepada mereka seperti di negara-negara sedang
membangun.
4. Selain itu kehilangan jati diri bangsa. Generasi muda leka dengan budaya asing yang disebar melalui hiburan,
fahaman liberalisme, seks bebas dan dadah.
5. Kesan lain ialah penularan budaya dan nilai Barat yang merosakkan melalui filem, drama, iklan, majalah dan
media sosial yang menyebabkan peningkatan jenayah, masalah gejala sosial dan dadah dalam masyarakat kita
hari ini.
6. Pengaruh barat yang menggugat keamanan negara ialah kebebasan bersuara tanpa menghormati dan mematuhi
undang-undang negara. Mereka menghasut kebangkitan rakyat melalui siri-siri demostrasi yang menggugat
kestabilan negara.
7. Ancaman penjajahan bentuk baru ialah perpaduan antara kaum akan runtuh. Fahaman individualisme,
perkauman dan tidak menghormati agama, bahasa dan budaya kaum lain akan meruntuhkan keharmonian hidup
rakyat berbilang kaum di negara kita.

22. SEMANGAT NASIONALISME PENTING BAGI SESEBUAH NEGARA. BUKTIKAN

1. Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta
akan negara di kalangan rakyat
2. Dengan wujudnya semangat nasionalisme sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan negara.
3. Dengan memiliki semangat nasionalisme ini juga maka rakyat berjuang bersungguh-sungguh berkorban demi
negara. Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah yang turut mengorbankan nyawa anggota
tentera kita.
4. Semangat nasionalisme juga penting bagi mengelakkan negara dari dijajah oleh negara asing. Keadaan ini
menyebabkan kedaulatan sesebuah negara dapat di kekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman
dan damai.
5. Keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian tanpa gangguan.
6. Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat mempertahankan negara dari anasir -
anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa Malaysia.
7. Rakyat akan berasa bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa.
8. Keadaan ini akan mewujudkan kestabilan dalam politik negara.
9. Secara tidak langsung akan menyekat campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita.
10. Semangat nasionalisme juga akan menyebabkan rakyat saling bekerjasama dalam memajukan ekonomi negara
11. Keadaan ini akan menyebabkan negara menjadi pusat tumpuan pelabur asing.
12. Kemasukan pelabur asing secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
13. Semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum
dan sifat tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Guna saya semasa hendak
14. Semangat nasionalisme juga membolehkan generasi muda dapat menghubungkan antara isi: Selain itu,
mengelakkan diri daripada perkaraperkara negatif seperti gejala sosial
dan vandalisme. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
15. Keadaan ini sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata dunia juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
sebagai sebuah negara yang harmoni. Akhir sekali, Walau bagaimanapun

22
23. Langkah-langkah Asia Tengara mengekalkan keamanan serantau

1. Langkah-langkah untuk mengekalkan keamanan serantau Asia Tenggara ialah dengan penubuhan Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
2. Penubuhan ASEAN mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi ekonomi, politik dan
sosial.
3. Demi untuk keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan
ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui deklarasi Kuala Lumpur, bersepakat
menghistiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).
4. Dengan penubuhan ZOPFAN negara-negara Asia Tenggara tidak bersekongkong dengan mana-mana blok Barat
atau blok Timur bagi menggelakkan campurtangan kuasa-kuasa besar.
5. Selain itu, dalam mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN 1984,telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan
zon bebas senjata nuklear.
6. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal
menggunakan perairanya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklearnya.
7. Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara
anggota dengan tidak campurtangan urusan politik negara mereka.
8. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sentisif yang boleh mewujudkan ketegangan
antara Negara.Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.
9. Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara anggota serantau tanpa
menggunakan kekerasan dan ketenteraan.
10. ASEAN juga berpegang pada prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara
negara anggota contohnya isu Rohingya.

24. Nilai Murni /ciri Patriotisme yang perlu dimiliki oleh rakyat yang merdeka.

1. Rakyat perlu menghargai dan menghayati jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara supaya
perjuangan mereka menjadi inspirasi kepada rakyat untuk memajukan negara.
2. Rakyat juga perlu mempertahankan kedaulatan negara dari semasa ke semasa agar kita dapat terus merasai
nikmat kemerdekaan.
3. Rakyat pelbagai kaum di negara ini perlu mewujudkan perpaduan agar negara terus aman dan harmoni.
4. Sebagai warganegara, kita perlu meningkatkan jati diri supaya negara kita tidak mudah dijajah semula.
5. Kita juga bertanggungjawab memastikan kestabilan politik terus kekal untuk memastikan negara i terus aman dan
makmur,
6. Selain itu, rakyat juga perlu menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan budaya keganasan supaya
keselamatan negara terus terjamin.
7. Seterusnya, rakyat perlu mempertahankan adat dan budaya tempatan yang menjadi identiti negara agar dapat
diwarisi oleh generasi akan datang.
8. Memastikan keselamatan negara terus terjamin dan mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam politik
negara agar kita dapat mentadbir negara mengikut acuan kita sendiri.
9. Kita hendaklah berusaha memastikan maruah agama, bangsa dan negara terpelihara agar tidak dicemari oleh
unsur-unsur negatif.
10. Generasi muda perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjana pembangunan
ekonomi negara.
11. Generasi muda juga perlu berfikir secara kreatif dan inovatif untuk memastikan negara terus maju setanding
dengan negara maju yang lain.

23
25. Kesimpulan/rumusan keseluruhan isi

(a) Pengetahuan yang diperoleh


Guna saya semasa hendak
1. Imperialisme membawa keburukan kepada negara yang dijajah dalam menghubungkan antara isi: Selain itu,
aspek politik, ekonomi dan sosial. Tambahan lagi, Di samping itu, Hal ini
2. Walau apapun alasannya, kehadiran imperialis Barat adalah untuk juga, kerana, yang, untuk, kerana, agar,
kepentingan ekonomi negara mereka. Akhir sekali, Walau bagaimanapun
3. Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan
sosial negara-negara Asia Tenggara.
4. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan.
5. Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah mencetuskan gerakan nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan
yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada kuasa penjajah.
6. Penjajah menggunakan apa saja cara demi mengekalkan kekuasaannya, contoh menindas penduduk peribumi
dengan mempekenalkan tanaman paksa di Indonesia.

(b) Nilai patriotisme yang diperoleh daripada dasar imperialisme Barat

1. Kita mesti taat dan setia kepada negara


2. Kita mesti memiliki jati diri yang tinggi dan tidak mudah menerima pengaruh luar.
3. Kita hendaklah berani, mempunyai semangat juang yang kental dan sanggup berkorban dalam mempertahankan
tanah air dari sebarang penjajahan asing.
4. Kita perlu mengekalkan perpaduan kaum untuk mengelakkan sebarang bentuk penjajahan.
5. Setiap rakyat bertanggungjawab menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara.
6. Kita harus berusaha mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan
tersebut dengan kemajuan.

(c) Harapan untuk menjadikan negara dan bangsa Malaysia kekal unggul di mata dunia.

1. Harapan saya agar semua rakyat Malaysia perlulah memiliki semangat cinta akan negara dengan berusaha
mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara.
2. Sebagai anggota masyarakat, kita perlu mencontohi semangat bersatu padu, kepimpinan yang kental dan
keberanian para nasionalis demi mengekalkan kemerdekaan negara.
3. Saya juga berharap agar semua kaum hidup dalam keadaan aman damai dengan saling berkerjasama antara
satu sama lain ke arah kemajuan negara.
4. Pemimpin dan rakyat perlu berkerjasama untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju

24

Вам также может понравиться