Вы находитесь на странице: 1из 7

1.

0 PENDAHULUAN

Petron Road Safety telah diadakan pada 30 September 2017. Aktiviti ini telah
dianjurkan oleh Petron dengan kerjasama pihak UTHM, JKJR, JPJ, GoodYear dan Institut
Memandu Komuniti Dinamik Sdn Bhd. Acara ini terbuka kepada pelajar UTHM sahaja.
Explorace ini telah dikendalikan oleh Encik Ezree Abdullah selaku pengelola program. Acara
ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dikalangan pelajar UTHM.

Tujuan aktiviti ini dianjurkan adalah memberi pendedahan berkenaan keselamatan


jalan raya dalam kalangan pelajar. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara
sesama pelajar. Selain itu, aktiviti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah dan
bersukan.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan sihat.


Memupuk semangat berpasukan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah.
Mengeratkan hubungan antara sesama pelajar berlainan fakulti.
Memberi pendedahan tentang keselamatan jalan raya.

3.0 PERLAKSANAAN PROGRAM

Petron Road Safety Program ini diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tempat : Dewan Tunku Mahkota Ismail UTHM

Tarikh : 30 September 2017 (Sabtu)

Masa : 7.30pg 3.00ptg

Penglibatan : Pelajar UTHM (6 Batch)


4.0 AKTIVITI PROGRAM

Pameran keselamatan daripada pihak berwajib seperti JPJ dan GoodYear.


Bermain Hula Hoop
Bermain dart dan menjawab kuiz berkaitan papan tanda jalan raya
Bermain teka silang kata berkaitan minyak enjin serta menukar minyak hitam
motorsikal.
Mengenal pasti serta menjawab persoalan tentang tayar kereta.
Menjalankan ujian memandu yang dipantau oleh JPJ
Majlis penyampaian hadiah.

5.0 DAPATAN/PEROLEHAN

Sepanjang program yang telah kami sertai, kami mendapati bahawa keselamatan jalan
raya amat penting bagi menjamin keharmonian masyarakat. Program ini telah memberi kami
pendedahan serba sedikit berkaitan dengan kejuruteraan masyarakat. Ia dapat dilihat melalui
aktiviti menjawab soalan berkaitan papan tanda jalan raya. Ini telah memberikan kesedaran
kepada kami pentingnya untuk mematuhi papan tanda di sepanjang jalan raya.

Selain itu, kami juga diajar tentang bagaimana cara untuk mengenal pasti kecacatan dan
kerosakan pada tayar kereta. Ini bertujuan untuk memberi kesadaran kepada kami semua
bahawa kepentingan penjagaan tayar untuk mengelakan daripada berlakunya kemalangan yang
tidak dijangka.

Selain pada itu juga, kami juga diberi pendedahan awal mngenai cara pertukaran
minyak hitam pada sesebuah motorsikal yang telah dibekal kan. Ternyata penggunaan minyak
hitam Petron memberi kepuasan kepada pengguna dan melancarkan perjalanan enjin supaya
lebih efisien. Penjagaan minyak hitam amat penting bg sesebuah kenderaan ini kerana minyak
hitam dapat mengekalkan prestasi enjin supaya tidak berlaku sebarang kerosakan ketika
perjalanan jauh.

Di akhir aktiviti kami di dedahkan dengan cara memandu dengan hemah bersama
jabatan pengakutan jalan (JPJ). Dalam aktiviti tersebut pihak JPJ telah mengajar kami cara
untuk mengendali kenderaan dengan keadaan yang betul seperti 3 penjuru, cara meletak
kenderaan dan juga cara menunggang motorsikal dengan keadaan berhemah.
6.0 KESIMPULAN

Kesimpulan daripada aktiviti yang disertai oleh kumpulan kami yang dianjurkan oleh
pihak PETRON Malaysia, kami berasa berbesar hati dan gembira kerana kami dapat
mempelajari sesuatu yang baru dan merasa sendiri cara bagaimana mengenal pasti tayar
kenderaan, menukar minyak hitam dan jenis-jenis minyak serta tayar yang sesuai digunakan.
Disamping itu program ini telah memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan kerana untuk
menjadi juara dalam pertandingan ini kerjasama dari semua ahli kumpulan amat diperlukan.

Kami juga dapat mengeratkan silatulrahim antara pelajar dari fakulti lain dan bertukar
pendapat masing-masing. Kami juga dapat meningkatkan ilmu dalam peraturan pemanduan
dan peraturan jalan raya supaya kami dapat menjadi pemandu yang berhemah di masa hadapan.
Akhir kata dari kami supaya UTHM atau mana-mana pihak dapat menganjurkan lagi
pertandingan seperti ini untuk pelajar dan orang ramai supaya dapat menghasilkan golongan
yang sedar akan kepentingan peraturan jalan raya dan sebagainya.
7.0 LAMPIRAN

Rajah 7.1: Poster Program

Rajah 7.2 : Gambar bersama ahli kumpulan


Rajah 7.3 : Gambar bersama kumpulan

Rajah 7.4 : Gambar Kemenangan Tempat ke 2


Rajah 7.5 : Aktiviti Hula Hoop

Rajah 7.6 : Dart dan Menjawab Kuiz


Rajah 7.7 : Menjawab soalan berkaitan tayar kereta

Rajah 7.8 : Cabaran Menukar Minyak Hitam Motorsikal beserta kuiz

Вам также может понравиться