Вы находитесь на странице: 1из 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ( PEREMPUAN ) SRI MUTIARA

JALAN AIR ITAM, 10460 PULAU PINANG


TEL: 04 2827039 FAKS: 04 - 2827367

Pengarah,
JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG
Tingkat 20, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
10300, Georgetown,
Pulau Pinang.

Melalui:
Pengetua
SMK (P) SRI MUTIARA
Jalan Air Itam
10460, Georgetown
Pulau Pinang

Tuan,

Lawatan Sambil Belajar Ke Taman Rimba Pulau Pinang

Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan berkenaan perkara
di atas.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Panitia Sains dari SMK (P) Sri
Mutiara ingin mengadakan lawatan sambil belajar bersempena tamatnya Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) ke Muzium Perhutanan Taman Rimba dan melakukan aktiviti Jungle
Tracking pada tarikh , masa dan hari seperti berikut :-

Tarikh : 2 November 2017


Masa : 9.30 pagi 12.00 tengah hari
Hari : Hari Khamis
3. Tujuan mengadakan lawatan sambil belajar ini adalah untuk mendedahkan para pelajar
supaya menghayati keindahan dan keunikan flora dan fauna melalui denai-denai yang
terdapat di dalam Hutan Simpan Teluk Bahang ini. Selain itu, para pelajar juga dapat
mengumpul maklumat berkaitan sumber hutan daripada Muzium Perhutanan. Oleh itu,
besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberi pengecualian untuk bayaran
kemasukan ke Muzium Perhutanan Teluk Bahang. Pihak kami juga ingin memohon
beberapa orang penunjuk arah untuk mengiringi perjalanan kami sewaktu melakukan Jungle
Tracking. Untuk pengetahuan pihak tuan, rombongan kami adalah seramai 72 orang
pelajar Tingkatan 3 dan diiringi oleh 3 orang guru. Senarai nama pelajar yang terlibat
disertakan di Lampiran 1.

4. Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami harapkan dan
hargai. Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak tuan tidak keberatan untuk
memaklumkan kepada kami. Sebelum mengakhiri, saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar,

_________________
Zaharah Bt ABdullah
Pengetua SMK (P) Sri Mutiara

Вам также может понравиться