Вы находитесь на странице: 1из 24

PERIBAHASA

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang
berikut

1) Mencari jalan
Maksudnya : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
Amin sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan bulanannya
supaya cukup untuk menyara seluruh ahli keluarganya.

2) Anak dagang
Maksudnya : Orang yang berhijrah ke tempat orang lain.
Anak dagang hendaklah sentiasa menjaga tingkah laku mereka kerana
kelakuan mereka sentiasa menjadi perhatian masyarakat setempat.

3) Memerah otak
Maksudnya : Berfikir dengan bersungguh-sungguh
Professor itu saban hari bertungkus lumus memerah otak untuk
memastikan penyelidikannya berjaya mendapat pengiktirafan daripada
pihak universiti.

4) Batu penghalang
Maksudnya : Rintangan atau halangan
Kemiskinan hidup tidak pernah menjadi batu penghalang bagi Amirah
untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

5) Lintah darat
Maksudnya : Peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggi
Pak Ali digelar lintah darat di kalangan penduduk kampung itu kerana
sikapnya yang suka mengambil untung yang berlebihan dalam aktiviti
perniagaannya.
Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang
berikut

1) Kacang lupakan kulit

Maksudnya : Lupa akan asal usul
Kita janganlah menjadi seperti kacang lupakan kulit umpamanya melawan
ibu bapa atau guru kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita.

2) Bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksudnya : Terlalu banyak pada sesuatu masa
Syarikat jualan langsung yang dipelopori oleh golongan bumiputera bak
cendawan tumbuh selepas hujan kerana saban hari semakin ramai yang
mendaftarkan perniagaan mereka.

3) Bagai kaca terhempas ke batu

Maksudnya : Hati yang sangat sedih
Perasaan Aina bagai kaca terhempas ke batu setelah mengetahui
kecurangan suaminya.

4) Seperti lembu dicucuk hidung

Maksudnya : Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain
Akmal seperti lembu dicucuk hidung kerana dia tidak pernah membantah
permintaan rakan-rakannya walaupun permintaan itu mennyusahkannya.

5) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

Maksudnya : Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan
orang lain yang menerima akibatnya.
Arsyad dimarahi oleh ibunya kerana keluarga mereka telah mendapat malu
akibat perbuatan buruknya itu bak kata pepatah ibarat telur sesangkak,
pecah sebiji pecah semua.

Bina satu ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap peribahasa yang
berikut

1) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Maksudnya : Kita seharusnya mengikut adat dan peraturan di tempat kita
tinggal.
Asyraf tidak menghadapi masalah dengan penduduk tempatan ketika
menetap di Belanda kerana baginya di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung.

2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

Maksudnya : Sama-sama bersusah dan bersenang.
Kita hendaklah mengamalkan sikap saling membantu dan bekerjasama
pada setiap masa bak kata pepatah bukit sama didaki lurah sama dituruni
demi merealisasikan impian yang dihajati.
3) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Maksudnya : Jika kita membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak
bersungguh-sungguh, pasti kita tidak akan mendapat hasilnya.
Arif bermati-matian menyiapkan projek pembinaan itu kerana dia sedar jika
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Maksudnya : Sesuatu kejayaan berpunca daripada usaha secara kecil-
kecilan yang akhirnya menjadi besar dan mencapai apa yang dihajati.
Amir memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sebelum memiliki
rangkaian pasaraya ternama itu kerana dia berpegang pada prinsip sedikit-
sedikit, lama-lama jadi bukit.

5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksudnya : Adat atau sesuatu yang tidak berubah tetapi tetap utuh.
Upacara bersanding dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu tak
lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana masih menjadi amalan dan
semakin popular dalam kalangan generasi muda.
Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1. Mencari jalan
2. Anak dagang
3. Memerah otak
4. Batu penghalang
5. Lintah darat

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1. Kacang lupakan kulit

2. Bak cendawan tumbuh selepas hujan
3. Bagai kaca terhempas ke batu
4. Seperti lembu dicucuk hidung
5. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.

1) Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung

2) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
3) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
4) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
5) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering
bekerjasama dalam apa jua situasi.

2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan

bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.

3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar

negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan
budaya hidup masyarakat setempat .

4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan

menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan
keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.

5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha
bersungguh-sungguh.

6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia
hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.

7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.

8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak

menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan semasa dia membuat
tempahan dahulu.

9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada

pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.

10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk

memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
SKEMA JAWAPAN

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah ini.

1. Raju dan Kumar merupakan sahabat karib sejak kecil dan mereka sering
bekerjasama dalam apa jua situasi.
Jawapan : Bagai aur dengan tebing.

2. Jauhary menyiapkan tugasan yang diberikan oleh majikannya itu dengan

bersungguh-sungguh dan dia sanggup tidak tidur semalaman.
Jawapan : Genggam bara api biar sampai jadi arang

3. Zairul tidak menghadapi sebarang masalah ketika menetap di luar

negara kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan adat resam dan
budaya hidup masyarakat setempat .
Jawapan : Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung atau Masuk
kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak.

4. Penduduk Kampung Jaya Setia sering berganding bahu dan

menyelesaikan masalah mereka bersama-sama untuk mengekalkan
keharmonian hidup yang mereka kecapi selama ini.
Jawapan : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing atau Bukit sama didaki,
lurah sama dituruni.

5. Kita tidak akan mencapai apa yang dihajati jika tidak berusaha
bersungguh-sungguh.
Jawapan : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
6. Pinjaman perniagaan Anis sudah diluluskan oleh pihak bank dan dia
hanya menunggu masa sahaja untuk menjalankan perniagaannya sendiri.
Jawapan : Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

7. Anidah sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

kerana dia mudah faham apa yang diajar oleh guru.
Jawapan : Terang hati.

8. Pelancong itu merungut apabila mendapati hotel penginapannya tidak

menyediakan segala kemudahan yang dijanjikan sebagaimana semasa dia
membuat tempahan dahulu.
Jawapan : Indah khabar dari rupa.

9. Pak Abu tidak pernah lupa untuk menyimpan sebahagian daripada

pendapatan bulanannya sebagai bekalan semasa dalam kesusahan.
Jawapan : Sediakan payung sebelum hujan.

10. Anak-anak sepatutnya dididik sejak mereka kecil lagi untuk

memastikan mereka mempunyai akhlak yang cemerlang.
Jawapan : Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

____________________________________________________________
_____
SKEMA JAWAPAN

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan
bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi
susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri
mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.

Jawapan :
1) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
2) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
3) Darah daging

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan

barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut
keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka
berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun,
isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri
dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Jawapan :
1) Lintah darat.
2) Meninggi diri.
3) Tangan terbuka.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang

pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai
walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di
tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu
mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan
kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai
yang lain.

Jawapan :
1) Genggam bara api biar sampai jadi arang.
2) Tulang belakang.
3) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya.

Semasa mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang
diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat
jawapan yang tepat. Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia
perlu berusaha dengan tekun. Walaupun letih, dia percaya bahawa
keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada
masa hadapan.

Jawapan :
1) Memerah otak.
2) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
3) Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu
besenang-senang kemudian.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua
puluh tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan
tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan
masyarakat setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah
sehebat yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya
sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana
kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.

Jawapan :
1) Anak dagang.
2) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
3) Indah khabar dari rupa.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk

membersihkan kawasan persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan
kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum
itu bertolak ansur dan hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di
taman itu yang menghadapi kesusahan, yang lain turut bersimpati dan
cuba membantu.

Jawapan :
1) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
2) Muafakat membawa berkat
3) Cubit paha kiri, peha kanan pun terasa sakit

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat.

Kampung itu terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka
juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu
projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk
mendirikan semula rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Sikap pemuda-
pemuda kampung yang suka menghabiskan masa di tepi-tepi jalan pula
amat dikesalkan kerana tidak sudi membantu walaupun telah ditegur.

Jawapan :
1) Ringan tulang
2) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
3) Muka tembok

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan. Walaupun

telah diberi teguran dan dinasihati oleh keluarga, guru dan masyarakat
pelbagai masalah sosial terus berlaku. Ada di antara remaja terbabit telah
ditangkap dan dihantar ke pusat serenti atau pusat pemulihan akhlak.
Golongan ini memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan
kedamaian. Walaupun begitu, ibu bapa dan keluarga mereka tetap tidak
berputus asa, malahan terus berusaha untuk memastikan masalah ini
dapat diatasi.

Jawapan :
1) Bagai mencurah air ke daun keladi
2) Sampah masyarakat
3) Pantang berundur sebelum berjuang

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini

dapat dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar
pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada
latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka
terasa berat untuk membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar,
penduduknya akan terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan
hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu
perkara, akan gemparlah seluruh kampung.

Jawapan :
1) Bagai aur dengan tebing.
2) Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
3) Mulut tempayan.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah

mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di
Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia
telah mendapat banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang.
Setelah beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya
menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai
kontraktor bangunan. Namun malangnya, syarikat barunya itu telah gagal
mendapat sebarang projek dan diistiharkan muflis menyebabkan dia
menjadi miskin.

Jawapan :
1) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
2) Seperti mendapat durian runtuh.
3) Yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita
bersyukur kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa
pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan
kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir
membaca. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan
teladan dalam memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah
dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah
mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang
diperoleh daripada pembacaan, mereka akan terus menjadi masyarakat
yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.

Jawapan :
1) Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
2) Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
3) Seperti katak di bawah tempurung.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya

bergantung kepada pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut
mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk
menambahkan pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak
boros berbelanja dan akan menyimpan wang untuk keperluan semasa
susah. Walau bagaimanapun, dia amat sedih apabila sampannya
dihanyutkan ombak petang semalam kerana dia terlupa untuk
menambatnya.

Jawapan :
1) Mencari jalan.
2) Sediakan payung sebelum hujan.
3) Bagai kaca terhempas ke batu.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Daud masih tidak puas hati dan terus menuntut harta pusaka peninggalan
ayahnya daripada abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata
telah dibuat. Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana
semasa ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia
tidak kisah akan harta tersebut. Sikapnya itu telah menjadikan hubungan
mereka sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga
cukup akrab.

Jawapan :
1) Bagi betis nak paha.
2) Cakap tak serupa bikin.
3) Batu penghalang

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun
iklan tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media
massa. Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa
kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli
seperti yang disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong
kosong dan tidak menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan.
Nampaknya pengunjung pulang dengan hampa kerana terpaksa pulang
tanpa membeli apa-apa barangan.

Jawapan :
1) Boleh dihitung dengan jari
2) Indah khabar dari rupa
3) Tangan kosong
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan

bantuan dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih
kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya,
jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita
seperti ibu bapa, guru dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat
keputusan dan jangan pula terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul
periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita sendiri.

Jawapan :
1) Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang.
2) Seperti kacang lupakan kulit.
3) Seperti lembu dicucuk hidung.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Semangat kejiranan masih diamalkan dalam kehidupan masyarakat

Melayu. Hubungan ini dikukukuhkan dengan aktiviti bekerjasama dan
bergotong royong sesama jiran tetangga. Mereka akan menghadapi situasi
susah dan senang bersama-sama. Amalan ini sudah sebati dalam diri
mereka kerana telah diwarisi sejak turun temurun.
Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Ismail menjalankan perniagaan runcit di kampungnya. Kebanyakan

barangannya dijual dengan harga yang tinggi kerana dia ingin mengaut
keuntungan yang lebih. Ismail juga terkenal dengan sikapnya yang suka
berbangga dengan kejayaannya dalam perniagaan. Walau bagaimanapun,
isterinya tidak bersikap sedemikian sebaliknya dia sering merendah diri
dan tidak keberatan membantu mereka yang dalam kesusahan.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Saiful bekerja di sebuah syarikat pengangkutan. Dia merupakan seorang
pekerja yang rajin dan akan menyiapkan tugasannya sehingga selesai
walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Saiful berperanan penting di
tempat kerjanya kerana dia sangat berkemahiran dan mampu
mengendalikan syarikat dengan baik. Dia sentiasa meningkatkan
kecekapannya supaya kebolehannya setanding dengan pegawai-pegawai
yang lain.
Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Syarifah merupakan seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya.

Semasa mengulangkaji pelajaran, dia akan menjawab setiap soalan yang
diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat
jawapan yang tepat. Syarifah sedar bahawa untuk meraih kejayaan, dia
perlu berusaha sehabis baik. Walaupun letih, dia percaya bahawa
keperitan yang dialaminya sekarang akan menjanjikan kesenangan pada
masa hadapan.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________
2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Aziz masih memegang status kerakyatan Malaysia walaupun sudah dua

puluh tahun menetap di England. Dia tidak menghadapi sebarang kesulitan
tinggal di sana kerana dia mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan
masyarakat setempat. Aziz mendapati kehidupan di England tidaklah
sehebat yang disangkakan sebagaimana yang sering didengarnya
sebelum ini. Namun dia terpaksa meneruskan kehidupannya di sana
kerana kontrak kerjanya masih belum tamat.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.
Penduduk Taman Perdana mengadakan gotong royong untuk
membersihkan kawasan persekitaran. Mereka bersama-sama melakukan
kerja sama ada mudah atau susah. Penduduk taman yang berbilang kaum
itu dapat menikmati hidup aman dan damai. Sekiranya ada penduduk di
taman itu yang menghadapi kesusahan, yang lain turut bersimpati dan
cuba membantu.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Kerajaan telah memilih Kampung Siantan sebagai kampung angkat.

Kampung itu terpilih kerana majoriti penduduknya rajin bekerja dan mereka
juga mudah memberikan pertolongan jika diperlukan. Dalam salah satu
projek yang dijalankan, penduduk kampung telah bersepakat untuk
mendirikan semula rumah Pak Kemat yang hampir roboh. Pemuda-
pemuda kampung yang sebelum ini suka menghabiskan masa di tepi-tepi
jalan pula telah diberi peluang untuk menghadiri kelas komputer anjuran
persatuan belia kampung itu.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________
2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Gejala sosial dalam kalangan masyarakat begitu membimbangkan.

Walaupun pihak kerajaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
telah mengadakan pelbagai aktiviti, masalah kecurian, penagihan dadah
dan gangsterisme terus berlaku. Remaja terbabit telah ditangkap dan
dihantar ke pusat serenti dan pusat pemulihan akhlak. Golongan ini
memang menyusahkan masyarakat yang cinta akan kedamaian. Walaupun
begitu, kerajaan tidak berputus asa, malahan terus berusaha untuk
memastikan masalah ini dapat diatasi. L

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Masyarakat kampung terkenal dengan semangat bekerjasama. Hal ini

dapat dilihat apabila ada majlis kenduri-kendara. Masyarakat di bandar
pula lebih mementingkan diri sendiri dan keadaan ini berpunca daripada
latar belakang hidup yang berbeza. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka
terasa berat untuk membantu. Namun, keistimewaan tinggal di bandar,
penduduknya akan terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan
hal orang lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu
perkara, akan gemparlah seluruh kampung.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Pak Salleh yang telah lama berniaga makanan di kampung telah

mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan membuka restoran di
Kuala Lumpur. Perniagaannya sangat baik kerana sejak akhir-akhir ini dia
telah mendapat banyak keuntungan hingga kehidupannya menjadi senang.
Setelah beberapa tahun, sikap tamak mula bersarang di hatinya
menyebabkan dia menutup restorannya dan melibatkan diri sebagai
kontraktor bangunan. Namun malangnya, syarikat barunya itu telah gagal
mendapat sebarang projek dan diistiharkan muflis menyebabkan dia
menjadi miskin.

Jawapan :
1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Budaya dan minat membaca hendaklah dipupuk sejak kecil lagi. Kita
bersyukur kerana sudah ada pihak yang berani tampil dengan beberapa
pendekatan sistematik bagi menimbulkan minat membaca dalam kalangan
kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun agar mereka mahir
membaca. Ahli keluarga terutamanya ibu bapa juga harus menampilkan
teladan dalam memupuk minat membaca. Sekiranya budaya ini sudah
dijadikan amalan, sudah pasti anak-anak akan mengikut jejak langkah
mereka. Masyarakat perlu sedar bahawa tanpa ilmu pengetahuan yang
diperoleh daripada pembacaan, mereka akan terus menjadi masyarakat
yang buta ilmu dan ketinggalan zaman.

Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Samad bekerja sebagai seorang nelayan kecil-kecilan. Dia tidak hanya

bergantung kepada pendapatan sebagai nelayan sahaja sebaliknya turut
mengambil upah menjahit jala yang terkoyak sebagai cara untuk
menambahkan pendapatannya. Samad juga sering beringat dan tidak
boros berbelanja dan akan menyimpan wang untuk keperluan semasa
susah. Walau bagaimanapun, dia amat sedih apabila sampannya
dihanyutkan ombak petang semalam kerana dia terlupa untuk
menambatnya.
Jawapan :

1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Daud masih tidak menuntut harta pusaka peninggalan ayahnya daripada

abang-abangnya walaupun pembahagian sama rata telah dibuat.
Perangainya itu menimbulkan kemarahan keluarganya kerana semasa
ayahnya masih hidup, Daud dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak
kisah akan harta tersebut. Sikapnya itu telah menjadikan hubungan mereka
sekeluarga terjejas walaupun sebelum ini mereka sekeluarga cukup akrab.
Jawapan :
1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________
Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Para pengunjung yang datang ke kedai lelongan itu amat sedikit walaupun
iklan tentang lelongan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media
massa. Sebahagian daripada pelanggan yang datang ke kedai itu berasa
kesal kerana barangan yang ada di situ tidak banyak pilihan untuk dibeli
seperti yang disangka oleh mereka. Jelaslah perkara itu hanyalah omong
kosong dan tidak menepati maklumat dalam iklan yang disiarkan.
Nampaknya hajat pengunjung untuk mendapat apa yang mereka hajati
pada hari itu tidak akan tercapai.
Jawapan :
1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga
peribahasa yang menggambarkan situasi yang berbeza dalam petikan ini.

Setiap indinvidu yang ingin berjaya tidak boleh hanya mengharapkan

bantuan dan simpati orang lain. Mereka perlulah berusaha dengan gigih
kerana tiada kejayaan untuk orang yang malas. Apabila sudah berjaya,
jangan pula kita melupakan jasa semua pihak yang telah menolong kita
seperti ibu bapa, guru dan pihak kerajaan. Kita juga perlu bijak membuat
keputusan dan jangan pula terlalu mengikut arahan orang lain tanpa usul
periksa atau memikirkan kesan negatifnya kepada diri kita sendiri.
Jawapan :
1)
____________________________________________________________
_________

2)
____________________________________________________________
_________

3)
____________________________________________________________
_________

Вам также может понравиться