Вы находитесь на странице: 1из 4

1

KOMPENTENSI GURU BAHASA MELAYU


DALAM PELAKSANAAN APLIKASI
WEB 2.0
Nor Amirah binti Ab Aziz
SK KampungTunku, Petaling Jaya
eleven_ruffve@yahoo.com

ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap kesediaan,
sikap dan amalan guru-guru bahasaMelayu di sekolah rendah terhadap
penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pembelajaran Bahasa Melayu.Kajian
ini dijalankan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan yang menggunakan
soalselidik sebagai instrument kajian. Responden kajian terdiri daripada 182
orang guru bahasa Melayu di 44 buah sekolah rendah di daerah Petaling
Utama, Selangor. Data kajian dianalisis dalam bentuk inferensi. Analisis
inferensi melibatkan ujian-t tidak bersandar dan korelasi Pearson. Hasil
dapatan ujian-t tidak bersandar menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan sikap guru terhadap penggunaan aplikasi Web
2.0 berdasarkan jantina. Sebaliknya, terdapat perbezaan yang signifikan
sikap guru terhadap penggunaana plikasi Web 2.0 berdasarkan jumlah
waktu mengajar. Seterusnya, hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan
bahawa wujudnya hubungan yang signifikan antara kesediaan, sikap dan
amalan guru dengan pengalaman mengajar dalam penggunaan aplikasi Web
2.0. Implikasi kajian ini ialah agar guru bahasa Melayu dapat
mempertingkat kesediaan, pengetahuan dan amalan mereka tentang
penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran bahasa Melayu. Di samping
itu, pihak pentadbir sekolah, Kementerian Pendidikan dan Jabatan
Pendidikan Negeri perlu menganjurkan lebih banyak kursus atau latihan
tentang penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam pengajaran bahasa Melayu bagi
meningkatkan tahap kemahiran dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam
kalangan guru bahasa Melayu.
Kata kunci: aplikasi Web 2.0 ,kesediaan, sikap, amalan dan guru bahasa
Melayu
2

PENGENALAN

Dalam perkembangan semasa melalui perubahan peralatan teknologi terkini,


sebahagian besar masyarakat tidak dapat lari daripada penggunaan
kecanggihan dan kecekapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Anjakan paradigma ini menyebabkan keperluan terhadap perubahan sistem
pendidikan negara tidak dapat dielakkan bagi memenuhi matlamat
masyarakat bermaklumat sejajar dengan arus pembangunan semasa (Joseph
& Wan Rozali, 2013). Justeru, sudah tiba masanya kemahiran penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuk bahasa Melayu
perlu diberi penekanan dan keutamaan. Lebih-lebih lagi dengan
perkembangan kurikulum bahasa Melayu terkini yang memerlukan
kemahiran pengaplikasian dan pemikiran yang tinggi, perkembangan ini
amat memerlukan kelestarian penggunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu yang melibatkan pemikiran secara kritis dan
kreatif melalui gabungan pembelajaran konstruktivisme, kontekstual dan
kajian kerja lapangan.

Tranformasi pendidikan negara melalui pelaksanaan Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR) dan seterusnya pengenalan kepada Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) menurut Sharifah Nor (2012) akan
berfokus kepada daya pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Proses
Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) akan berteraskan kemahiran dan
strategi berfikir yang memerlukan penggunaan kaedah yang terancang agar
dapat mengembangkan minda murid berdasarkan standard kurikulum
baharu yang telah diperkenalkan KPM(KPM2010). Dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) proses pelaksanaan
transformasi pendidikan ini memerlukan pendekatan dan strategi baharu
agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang
diperlukan dalam abad ke-21. Bertepatan dengan pengajaran abad ke 21
yang memusatkan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu elemen
utama dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi seseorang murid
khususnya. Namun, guru juga tidak terkecuali bagi menjayakan pengajaran
abad ke 21 ini. Oleh itu, guru hendaklah mempersiapkan diri dengan
kepelbagaian kaedah pengajaran yang interaktif bagi melahirkan murid
yang berinovasi, kreativiti dan kreatif disamping menjadikan proses
3

pengajaran dan pembelajaran di negara kita tidak ketinggalan jika


dibandingkan dengan negara-negara lain di luar sana. Selain daripada
melahirkan murid yang unggul, tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar
juga dapat dipertingkatkan (Chang 2001)

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), guru sebagai agen


perubahan yang mendidik dan melahirkan generasi yang akan datang adalah
bertanggungjawab untuk merealisasikan cita dan hasrat yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menggambarkan bahawa
pembangunan insan itu hendaklah secara menyeluruh iaitu seimbang dari
sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani dan menepati Wawasan 2020 yang
berlandaskan kepada Matlamat Pendidikan Negara. Bagi merealisasikan
tuntutan transformasi tersebut, pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berasaskan web dilihat sebagai satu anjakan paradigma yang mengubah
corak pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan mengintegrasikan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem pendidikan.Penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menjadi satu keperluan dalam
kehidupan masyarakat pada masa kini. Perkembangan ini telah
memudahkan manusia untuk berkomunikasi dalam proses penyimpanan dan
penyebaran maklumat, ilmu dan bahan-bahan ilmiah lain dalam bentuk teks,
gambar atau video.

Aplikasi Web 2.0 digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi


yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di sekolah khususnya. Kepelbagaian konsep dan penggunaan
aplikasi yang diterapkan dalam teknologi Web 2.0 membolehkan tujuan
sesuatu pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan baik. Menurut
Norazah (2006), penggunaan PdP berasaskan web dilihat dapat memberi
kemudahan kepada guru dalam menguruskan bahan pengajaran,
menghasilkan persekitaran yang efektif malah dapat melibatkan penyertaan
aktif dalam kalangan murid seterusnya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransang minat murid terhadap proses P&P.

Norton dan Winburg (2003) menjelaskan bahawa teknologi


maklumat dan komunikasi (TMK) mempunyai peranan penting dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jadi, penggunaan TMK di sekolah
perlu dilaksanakan bagi kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran
4

bagi menarik minat murid-murid mempelajari Bahasa Melayu seterusnya


meningkatkan pencapaian mereka. Kesimpulannya, peranan dan
tanggungjawab guru terhadap keperluan masyarakat, khasnya masyarakat
Malaysia ialah mendidik pelajar-pelajar supaya mereka menjadi generasi
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme dan
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara. Oleh itu
penerapan teknologi maklumat dalam sistem pendidikan dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada abad ini.

Вам также может понравиться

  • Penggunaan Plickers Dalam Bilik Darjah
    Penggunaan Plickers Dalam Bilik Darjah
    Документ3 страницы
    Penggunaan Plickers Dalam Bilik Darjah
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Objektif 1
    Objektif 1
    Документ6 страниц
    Objektif 1
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Model BM Set 1
    Model BM Set 1
    Документ13 страниц
    Model BM Set 1
    Anonymous PCb1cMwxB7
    100% (1)
  • Buku Program Mykasih
    Buku Program Mykasih
    Документ2 страницы
    Buku Program Mykasih
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Perayaan - Perayaan Di Malaysia
    Perayaan - Perayaan Di Malaysia
    Документ15 страниц
    Perayaan - Perayaan Di Malaysia
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Latihan Baharu
    Latihan Baharu
    Документ6 страниц
    Latihan Baharu
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Tuisyen Bahasa Melayu PDF
    Tuisyen Bahasa Melayu PDF
    Документ1 страница
    Tuisyen Bahasa Melayu PDF
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • RPH Minggu 37
    RPH Minggu 37
    Документ4 страницы
    RPH Minggu 37
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Sinonim Antonim
    Sinonim Antonim
    Документ4 страницы
    Sinonim Antonim
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Pecutan Akademik Set 1
    Pecutan Akademik Set 1
    Документ8 страниц
    Pecutan Akademik Set 1
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Latihan Kertas Pemahaman
    Latihan Kertas Pemahaman
    Документ7 страниц
    Latihan Kertas Pemahaman
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • BM Pemahaman
    BM Pemahaman
    Документ11 страниц
    BM Pemahaman
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Blogspot
    Blogspot
    Документ9 страниц
    Blogspot
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Artikel
    Pengenalan Artikel
    Документ1 страница
    Pengenalan Artikel
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Modul Insaniah
    Modul Insaniah
    Документ22 страницы
    Modul Insaniah
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Laporan Kem Kecemerlangan UPSR
    Laporan Kem Kecemerlangan UPSR
    Документ6 страниц
    Laporan Kem Kecemerlangan UPSR
    Anonymous PCb1cMwxB7
    100% (1)
  • Buku Program
    Buku Program
    Документ34 страницы
    Buku Program
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • RPH Minggu 29
    RPH Minggu 29
    Документ14 страниц
    RPH Minggu 29
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Isu PDP Abad Ke 21
    Isu PDP Abad Ke 21
    Документ3 страницы
    Isu PDP Abad Ke 21
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет
  • Kursus Ge2143 - Sosiolinguistik Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
    Kursus Ge2143 - Sosiolinguistik Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
    Документ5 страниц
    Kursus Ge2143 - Sosiolinguistik Dalam Pendidikan Bahasa Melayu
    Anonymous PCb1cMwxB7
    Оценок пока нет