Вы находитесь на странице: 1из 5

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2008

TARIKH: 18 APRIL 2009 (SABTU)


TEMPAT: DEWAN TERBUKA, SMK BUKIT JALIL

Masa Aturcara Skrip Catatan


7.30 Pendaftaran Pastikan pelajar dan ibu bapa yang telah mendaftar mengambil tempat di
dewan.
8.30 Ketibaan VIP Sidang Hadirin yang dihormati.
*apabila
mendapat Mengumumkan Ketibaan Yang Dihormati Tuan Inspektor Khairul Fairuz B
isyarat VIP Radzuan, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Cheras,
telah sampai yang akan bergerak menuju ke medan kawad untuk menerima tabik hormat.
Hadirin diminta berdiri.
Azzri akan memberikan tabik hormat

- slps tabik Hadirin hadirat


hormat Bagi melahirkan rasa kecintaan kita kepada negara, marilah kita sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku.

-slps Dengan ini memohon Ketua Perbarisan untuk melaporkan anggota kawalan
nyanyian kehormat dan seterusnya bersedia bagi pemeriksaan perbarisan.

-slps Seterusnya, Ketua perbarisan memohon kebenaran untuk meninggalkan medan.


pemeriksaan
perbarisan

VIP akan menuju ke dewan terbuka dan mengambil tempat di dewan.


8.40 VIP duduk Terus dengan tarian selepas sahaja VIP duduk.

Selesai tarian Terima kasih diucapkan kepada penari-penari SMK Bukit Jalil.
Begitulah tadi persembahan dari pelajar-pelajar SMK Bukit Jalil, dengan
persembahan mereka Tarian Sumazau di bawah bimbingan Pn Noraida Bt Md
Idrus.

Kata-kata Yang Dihormati Inspektor Khairul Fairuz B Rodzuan, Pegawai Perhubungan


aluan Sekolah, IPD Cheras,
Yang Dihormati, Encik Raymond Chow, YDP PIBG SMK Bukit Jalil,
Yang Berusaha, Pn Hasnah Bt Hamid, Pengetua SMK Bukit Jalil,
Pn Maznah Bt Saat Penolong Kanan Petadbiran,
Pn Low Kwan Mok, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Selina Ooi Abdullah, Penolg Kanan Ko-Kurikulum,
Barisan Ketua-ketua Bidang, Para Ibu Bapa, Guru-guru dan pelajar yang
diraikan dan dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Sekapur Sirih Pembuka Bicara,


Buat Tetamu Yang Ramah Mesra,
Anugerah Cemerlang Dirai Bersama,
Semoga Majlis Diberkati Yang Esa.
Para Hadirin Yang Dihormati Sekalian,
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya dapat
kita berkumpul bersama-sama pada pagi nan indah ini untuk meraikan hari
Anugerah Cemerlang SMK Bukit Jalil kali ke-___. Untuk makluman hadirin,
Majlis Hari Anugerah Cemerlang ini merupakan acara tradisi untuk meraikan
kejayaan pelajar-pelajar dalam bidang akademik. Sesungguhnya kedatangan
anak-anak tuan-tuan dan puan-puan ibarat datang dengan harapan, pulang
dengan kejayaan.

Dari Johor pergi ke Pahang,


Singgah sebentar beli berangan,
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dikeji jangan.

Kami bagi pihak pengurusan amat mengalu-alukan kedatangan Yang Dihormati


Inspektor Khairul Fairuz B Rodzuan, dan kami ucapan setinggi-tinggi terima
kasih atas kesudian beliau menghadirkan diri dan seterusnya menyempurnakan
Majlis Anugerah Cemerlang 2008. Kehadiran Tuan Inspektor Khairul Fairuz
menambah indah dan seri majlis kami.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada hadirin yang dihormati


kerana turut sama memeriahkan majlis Anugerah Cemerlang kali ini.
Sesungguhnya beradanya tuan-tuan dan puan-puan di sini menunjukkan
kesungguhan dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan dalam usaha untuk
melahirkan pelajar yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
-pasrtikan
ustaz telah Seterusnya Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
bersedia hormatnya menjemput Ustaz Amir Khan Shah B Ahmad untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan..
-Selesai doa
Amin, amin ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ustaz Amir Khan Shah
B Ahmad atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita akan mendapat keberkatan
Ilahi.
-Slps ucapan
terima kasih Sebagai pembuka tirai, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
kpd ustaz Berusaha, Puan Hasnah Binti Hamid, Pengetua SMK Bukit Jalil untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan dengan segala hormatnya.
-Slps ucapan
pengetua Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hasnah Binti Hamid di
atas ucapan beliau yang penuh bermakna sebentar tadi.
-Slps ucapan
terima kasih Hadirin dan hadirat sekalian,
kpd pengetua Majlis kita diteruskan dengan mempersilakan YDP PIBG SMK Bukit Jalil,
Encik Raymond Chow Peng Yan untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan dengan hormatnya.
-Slps ucapan
YDP PIBG Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Encik Raymond Chow
atas ucapan beliau sebentar tadi.
-Slps ucapan
terima kasih Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan, tanpa melengahkan masa, majlis
kpd YDP dengan suka citanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Inspektor
PIBG Khairul Fairuz B Rodzuan,
Untuk menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan majlis Hari
Anugerah Cemerlang SMK Bukit Jalil Kali ke-__ ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

-Slps ucapan
VIP
Buah longan beli sekati,

Buat makan diatas titi,

Pesanmu tuan kami ingati,

Jadi azimat di dalam hati

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan Inspektor Khairul Fairuz
B Rodzuan atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


- Slps ucapan Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menghayati
terima kasih bait-bait sajak duet akan disampaikan oleh saudara ______________________
kpd VIP bersama dengan saudari ______________________________________ dengan
persembahan sajak mereka yang bertajuk_______________________________.
Dipersilakan.

-Selesai
persembahan Begitu puitis dan syadu sekali sajak yang disampaikan. Diharapkan agar hadirin
sajak dapat menghayati sajak sebentar tadi.

Anak kucing berkejar-kejar,


-TQ kpd
peserta sajak Berkejar-kejar di tengah halaman,

Berkat usaha rajin belajar,

Hadiah dan sijil menjadi ganjaran.

Kini tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu upacara penyampaian anugerah


kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
akademik.

Kita mulakan acara penyampaian hadiah pada pagi ini dengan acara
Selarikan Penyampaian Hadiah Anugerah Kecemerlangan kategori Kedudukan Pelajar
dengan Terbaik dan juga Mata Pelajaran Terbaik.
peserta dan
sijil
Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis menjemput Puan Pengetua, Puan
Hasnah Binti Hamid, untuk mengiringi dan mempersilakan Tuan Inspektor
Khairul Fairuz B Rodzuan untuk menyampaikan anugerah.

Majlis mempersilakan...

Hadirin sekalian, bagi kategori kedudukan pelajar terbaik untuk menengah


rendah, pelajar yang layak menerima hanya pelajar yang lulus semua
matapelajaran yang diambil.

SILA RUJUK LAMPIRAN

Anugerah seterusnya ialah pelajar cemerlang PMR 2008 iaitu yang


mendapat keseluruhan A.

Sila rujuk lampiran untuk senari pemenang

Seterusnya, Kita teruskan dengan penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang


SPM 2008.

Sila rujuk lampiran senarai pemenang

Akhir sekali ialah Anugerah Panitia Cemerlang 2008

sila rujuk lampiran senarai pemenang

Pihak majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih Yang Dihormati Inspektor
Khairul Fairuz B Rodzuan atas kesudian beliau menyampaikan anugerah kepada
para penerima.

Buka Emas Intan Permata,

Biar disanubari kekal bertakhta,

Walaupun tak seberapa sudilah terima,

Semoga ingatan kekal selama-lama,

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kami kepada Tuan Inspektor
Khairul Fairuz B Rodzuan , dijemput Yang Berusaha Puan Pengetua untuk
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada beliau.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum majlis Anugerah Cemerlang SMK Bukit Jalil 2008 ini melabuhkan
tirainya, Bagi pihak majlis sekali lagi, kami merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada para hadirin terutamanya kepada Yang Dihormati Inspektor
Khairul Fairuz B Rodzuan kerana sudi bersama-sama kita pada pagi ini.
**jika perlu nyanyikan lagu negaraku..

Sebelum majlis Anugerah Cemerlang ini melabuhkan tirainya, hadirin diminta


berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

lagu negaraku

Hadirin yang dihormati dengan berakhirnya lagu Negaraku itu tadi, maka
tamatlah sudah majlis Anugerah cemerlang SMK Bukit Jalil 2008. Bagi pihak
majlis kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Dihormati Inspektor Khairul Fairuz B Rodzuan kerana sudi bersama-sama kita
pada pagi ini.

Mahligai Indah dijaga sentiasa,

Mawar berseri harum melata,

Cantik disanggul si anak dara,

Kami berdua insan biasa,

Salah silap maaf dipinta,

Harap hadirin tidak terluka.

Segala kesilapan besar atau kecil, kami mohon ampun dan maaf kerana yang
baik dan benar itu datangnya dari Tuhan dan yang salah itu, terbitnya dari
kelemahan kami sendiri.

Melambai-lambai si pohon lalang,

Turut menari pepohon celagi,

Selesai sudah majlis terbilang,

Tahun hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini, majlis mempersilakan Pn Pengetua untuk menjemput dan


mengiringi Tuan Inspektor Khairul Fairuz B Rodzuan untuk melawat ke bilik
pameran yang bertempat di Pusat Sumber Sekolah.

Hadirin sekalian dijemput ke jamuan yang telah disediakan di kantin.

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh..

Вам также может понравиться

  • Borang Kebenaran Ibu Bapa
    Borang Kebenaran Ibu Bapa
    Документ1 страница
    Borang Kebenaran Ibu Bapa
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Trigonometri
    Trigonometri
    Документ17 страниц
    Trigonometri
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Borang Kebenaran Ibu Bapa
    Borang Kebenaran Ibu Bapa
    Документ1 страница
    Borang Kebenaran Ibu Bapa
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Bab 11 Penjelmaan
    Bab 11 Penjelmaan
    Документ4 страницы
    Bab 11 Penjelmaan
    Dewi lutfiana Sari
    Оценок пока нет
  • Google Classroom Untuk Murid
    Google Classroom Untuk Murid
    Документ17 страниц
    Google Classroom Untuk Murid
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Tapak U1 P 2019 Baru
    Tapak U1 P 2019 Baru
    Документ29 страниц
    Tapak U1 P 2019 Baru
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Bab 11 Penjelmaan
    Bab 11 Penjelmaan
    Документ4 страницы
    Bab 11 Penjelmaan
    Dewi lutfiana Sari
    Оценок пока нет
  • Latihan Penilaian Awal Tingkatan 2
    Latihan Penilaian Awal Tingkatan 2
    Документ2 страницы
    Latihan Penilaian Awal Tingkatan 2
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • RPH Men Rendah
    RPH Men Rendah
    Документ2 страницы
    RPH Men Rendah
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Hari Orientasi Ting 1 2016
    Hari Orientasi Ting 1 2016
    Документ5 страниц
    Hari Orientasi Ting 1 2016
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Dokumen Murid
    Dokumen Murid
    Документ3 страницы
    Dokumen Murid
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Jadual PPT 2018
    Jadual PPT 2018
    Документ8 страниц
    Jadual PPT 2018
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Aktiviti Kumpulan Kadaran
    Aktiviti Kumpulan Kadaran
    Документ2 страницы
    Aktiviti Kumpulan Kadaran
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Majlis Restu Ilmu PT3 2015
    Majlis Restu Ilmu PT3 2015
    Документ3 страницы
    Majlis Restu Ilmu PT3 2015
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Aktiviti Individu Kadaran
    Aktiviti Individu Kadaran
    Документ2 страницы
    Aktiviti Individu Kadaran
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Book Review 2012
    Book Review 2012
    Документ3 страницы
    Book Review 2012
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • PK 05-1 Agihan Tugas Penyedia-Penggubal Soalan 2019
    PK 05-1 Agihan Tugas Penyedia-Penggubal Soalan 2019
    Документ21 страница
    PK 05-1 Agihan Tugas Penyedia-Penggubal Soalan 2019
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Tepi
    Tepi
    Документ1 страница
    Tepi
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Ringkasan Perancangan Aktiviti Krs 2015
    Ringkasan Perancangan Aktiviti Krs 2015
    Документ7 страниц
    Ringkasan Perancangan Aktiviti Krs 2015
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Hari Orientasi Ting 1 2016
    Hari Orientasi Ting 1 2016
    Документ5 страниц
    Hari Orientasi Ting 1 2016
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Cover Fail
    Cover Fail
    Документ3 страницы
    Cover Fail
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Skrip Perhimpunan Hari Pertama SMKBJ 2015
    Skrip Perhimpunan Hari Pertama SMKBJ 2015
    Документ3 страницы
    Skrip Perhimpunan Hari Pertama SMKBJ 2015
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • RPT Mat Ting 1 2015
    RPT Mat Ting 1 2015
    Документ26 страниц
    RPT Mat Ting 1 2015
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Hari Anugerah Cemerlang 2008 Latest
    Hari Anugerah Cemerlang 2008 Latest
    Документ5 страниц
    Hari Anugerah Cemerlang 2008 Latest
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Pre Pat 1 T4
    Pre Pat 1 T4
    Документ5 страниц
    Pre Pat 1 T4
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Penanda Buku
    Penanda Buku
    Документ1 страница
    Penanda Buku
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Contoh Skop PPT Add Maths SPM 2016 p1 & p2
    Contoh Skop PPT Add Maths SPM 2016 p1 & p2
    Документ1 страница
    Contoh Skop PPT Add Maths SPM 2016 p1 & p2
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • 1 Whole Number
    1 Whole Number
    Документ7 страниц
    1 Whole Number
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет
  • Carta Gantt
    Carta Gantt
    Документ1 страница
    Carta Gantt
    CT Adibah Ismail
    Оценок пока нет