Вы находитесь на странице: 1из 2

SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2)

JALAN DATUK KERAMAT


54000 KUALA LUMPUR Tel : 03-4256 6711
Faks : 03-4256 6722
Emel : la.wba0007@btpnkl.edu.my
Ruj. Kami : SKDK(2) 700-7/3/1/1(19)

Tarikh : Mac 2017

Jabatan Kerja Awam


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Tuan/ Puan

MEMOHON SUMBANGAN BATU BATA DAN PASIR UNTUK TAMAN PRASEKOLAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prasekolah Datok Keramat (2), akan mengadakan gotong royong mengikut
ketetapan berikut :

Tarikh : 1 April 2017 ( Sabtu )


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Taman Permainan Prasekolah

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan batu bata berserta pasir untuk menaik taraf
kawasan permainan murid prasekolah. Besarlah harapan kami, agar pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur datang
untuk ukuran keluasan tapak terlebih dahulu.

4. Untuk pengetahuan tuan/ puan, pihak prasekolah sedang berusaha mewujudkan suasana taman
prasekolah yang bersih, indah dan ceria untuk murid-murid yang bermain pada setiap hari pada waktu pagi.

5. Kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan dalam memberi sumbangan tersebut, pihak sekolah
mengucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(MOHD. RASHED BIN SAHRONI)
Guru Besar
SK Datok Keramat (2)
54000 Kuala Lumpur
SEKOLAH KEBANGSAAN DATOK KERAMAT (2)
JALAN DATUK KERAMAT
54000 KUALA LUMPUR Tel : 03-4256 6711
Faks : 03-4256 6722
Emel : la.wba0007@btpnkl.edu.my
Ruj. Kami : SKDK(2) 700-7/3/1/1(21)

Tarikh : April 2017

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Cawangan Titiwangsa

Melalui :
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Datok Keramat (2)

Tuan/ Puan

MEMOHON MEMINJAM PERALATAN UNTUK GOTONG ROYONG

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prasekolah Datok Keramat (2), akan mengadakan gotong royong mengikut
ketetapan berikut :

Tarikh : 8 April 2017 ( Sabtu )


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Taman Permainan Prasekolah

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon meminjam peralatan seperti:

I) Cangkul = 10
II) Bakul = 5
III) Pongkes = 5
IV) Kereta sorong = 5

4. Kerjasama dan keprihatinan tuan/ puan dalam memberi pinjaman tersebut, pihak sekolah mengucapkan
terima kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

..................................
Shamsul Amri Bin Bakri
Pengerusi Permuafakatan
Pewaris Prasekolah
SK Datok Keramat (2)
54000 Kuala Lumpur

Вам также может понравиться