Вы находитесь на странице: 1из 15

SUMBER: WWW.JOMRIA.

COM/

http://iddacaknabahasa.blogspot.my/p/koleksi-karangan.html

http://www.slideshare.net/namiwind5/karangan-fakta-upsr

COPY TERUS TANPA EDIT IDEA DAN AYAT.PERLU EDIT JIKA ADA KESALAHAN.

KOLEKSI KARANGAN FAKTA

1. CARA MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA

Isu-isu yang berkaitan dengan keluarga kerap dibincangkan dalam majalah keluarga dan
televisyen. Isu-isu ini dibincangkan kerana ingin memberi panduan kepada ibu bapa dalam
membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pada pandangan saya, semua ibu bapa wajar
melengkapkan diri dengan ilmu mendidik anak-anak agar dapat membentuk sebuah keluarga
bahagia. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.

Cara yang utama dalam membentuk sebuah keluarga bahagia ialah dengan mengamalkan
nilai sayang-menyayangi dalam keluarga. Sesungguhnya, nilai sayang-menyayangi ini akan
merapatkan hubungan kekeluargaan. Oleh itu, ibu bapa mesti menyayangi anak-anak sepenuh hati.
Manakala anak-anak juga mesti menyayangi ibu bapa mereka dengan sepenuh hati di samping
mendengar segala nasihat mereka.

Selain itu, dalam keluarga mesti ada sikap menghormati antara ahli keluarga. Sikap hormat-
menghormati ini akan dapat mengelakkan konflik dalam keluarga. Oleh itu, anak-anak mesti
menghormati ibu bapa pada setiap masa dengan tutur kata dan perbuatan yang balk. Anak yang
lebih muda pula wajar menghormati abang atau kakak yang lebih tua.

Kesihatan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga
bahagia. Ibu bapa mesti memastikan kesihatan ahli keluarga berada dalam keadaan yang baik. Aka
terdapat ahli keluarga yang sakit, ibu bapa mesti segera membawa mereka ke hospital untuk
mendapatkan rawatan. Aspek kebersihan dalam rumah dan persekitaran juga perlu diambil berat
oleh ibu bapa dan anak-anak.

Selain menyediakan keperluan asas, ibu bapa juga mesti memberikan pelajaran kepada
anak-anak. Pelajaran amat penting kepada anak-anak kerana anak-anak yang berpelajaran tinggi
akan mendapat pekerjaan yang baik. Ibu bapa juga perlu memberikan anak-anak pendidikan agama
dan moral bagi membentuk sahsiah diri yang baik. Sesungguhnya, keluarga yang berpelajaran tinggi
dapat membantu pembangunan negara.

Pembentukan keluarga yang bahagia akan memberikan kesan positif kepada masyarakat dan
negara. Pada pendapat saya, dalam membentuk sebuah keluarga bahagia, ibu bapa dan anak-anak
mesti saling memahami dan bertanggungjawab. Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan
dalam membentuk keluarga bahagia dengan mengadakan Kempen Keluarga Bahagia melalui media
massa seperti stesen televisyen dan radio.
2. KEBAIKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Lawatan sambil belajar adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan guru untuk
melawat sesuatu tempat. Lawatan ini biasanya dilakukan pada cuti sekolah dan hujung minggu.
Pada kebiasaannya ramai pelajar berminat untuk menyertai program lawatan sambil belajar yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Sebenarnya terdapat beberapa kebaikan membuat lawatan sambil
belajar.

Kebaikan pertama membuat lawatan sambil belajar ialah pelajar dapat menambahkan ilmu
pengetahuan. Lokasi lawatan sambil belajar adalah di tempat yang tidak pernah dikunjungi oleh
pelajar. Kebiasaannya pelajar dibekalkan dengan buku catatan dan digalakkan membuat pertanyaan
kepada pegawai bertugas di tempat yang dilawati. Tempat-tempat yang sering menjadi tempat
lawatan ialah muzium, syarikat percetakan akhbar, kilang-kilang serta bangunan kerajaan.
Pengetahuan yang diperolehi ini biasanya lebih kekal lama kerana pelajar menggunakan pelbagai
deria untuk mendapatkan maklumat.

Di samping itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberikan pengalaman kepada pelajar.
Pembelajaran melalui pengalaman ini dapat memberi kesan yang mendalam kepada pelajar.
Sesungguhnya pengalaman yang dilalui semasa lawatan sambil belajar tidak dapat dijual beli dengan
wang ringgit.

Lawatan sambil belajar juga membolehkan guru menerapkan nilai-nilai murni di kalangan
pelajar. Amalan nilai-nilai murni sememangnya penting kepada pelajar agar mereka dapat menjadi
pelajar yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni ini boleh diterapkan oleh guru pengiring secara
langsung atau tidak langsung. Antara nilai-nilai murni yang boleh diterapkan oleh guru ialah
mematuhi peraturan, menepati masa, bekerjasama dan sebagainya. Contohnya, kemalangan jalan
raya yang ditemui oleh pelajar semasa dalam perjalanan pula akan memberi kesedaran kepada
pelajar agar mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Selain itu, lawatan sambil belajar juga dapat memberi semangat kepada pelajar untuk
belajar dengan lebih rajin. Bagi sesetengah pelajar, mereke memerlukan suasana yang sebenar bagi
mendorong mereka untuk belajar. Sewajarnya tempat-tempat yang dapat memberi motivasi kepada
pelajar secara langsung dan tidak langsung menjadi fokasi utama lawatan.

Bagi guru, lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah pengajaran kepada pelajar.
Pengajaran dalam kelas kadang-kadang membosankan pelajar. Dengan adanya program lawatan
sambil belajar, pelajar akan berasa seronok di samping mendapat pengalaman baru. Bagi mencapai
objektif pengajaran melalul lawatan, guru mestilah membuat persediaan yang rapi sebelum dan
semasa lawatan. Setelah lawatan selesai, sewajarnya pelajar disuruh menulis laporan lawatan atau
membuat karangan tentang pengalaman semasa lawatan.
3. PERPADUAN KAUM

Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Isu
perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi
memupuk perpaduan kaum di negara kita.

Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini
kerana ibu bapa boleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa
mesti menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-menghormati terhadap
jiran berbilang kaum. Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak
menziarahi rumah jiran tetangga.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara
nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada wujudnya
masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk
memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang
tentang sesuatu perkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklaniklan yang
membawa mesej perpaduan kaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana tentang kebaikan
perpaduan kaum.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan
kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan
perpaduan kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yang melibatkan
pelbagai kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program
sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak
kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program
yang boleh memupuk perpaduan kaum. Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan
program yang baik ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh
menangkap individu yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum.
4. AKTIVITI MASA LAPANG

Masa lapang yang tidak diisi dengan kerja-kerja yang berfaedah akan merugikan seseorang.
Sesungguhnya masa itu amat berharga seperti emas. Oleh itu, kita tidak harus membazirkan masa
dengan begitu sahaja. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan untuk mengisi masa

Membaca adalah aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita mempunyai masa lapang.
Aktiviti membaca banyak faedahnya kepada kita. Di samping dapat menambahkan pengetahuan,
kita juga dapat memperbaiki penguasaan bahasa dan menambahkan perbendaharaan bahasa.
Antara bahan bacaan yang sesuai dibaca pada masa lapang lalah akhbar, majalah dan buku-buku
agama atau motivasi.

Menanam pokok hiasan di halaman rumah juga merupakan aktiviti masa lapang yang baik.
Rumah yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan akan mencantikkan lagi pemandangan rumah
tersebut. Di samping itu, udara di sekeliling rumah menjadi lebih bersih dan segar. Antara pokok
hiasan yang boleh ditanam ialah pokok bunga kertas, bunga raya dan pokok puding.

Di samping itu, aktiviti beriadah juga sesuai untuk mengisi masa lapang kita. Aktiviti beriadah
boleh kita lakukan di taman permainan atau di tepi pantai. Aktiviti riadah juga boleh mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan ahli keluarga jika dilakukan
bersama-sama ahli keluarga. Antara aktiviti riadah lalah berjoging, menunggang basikal dan
berenang di tepi pantal. Dalam melakukan aktiviti riadah, aspek keselamatan perlu diutamakan.

Masa lapang kita juga boleh diisi dengan memancing ikan. Di samping mengisi masa lapang,
aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mendapat ikan untuk dijadikan makanan keluarga.
Lazimnya, aktiviti memancing juga membolehkan seseorang mempraktikkan nilai kesabaran dalam
kehidupan. Aktiviti memancing ikan boleh dilakukan di tepi pantai, di tepi sungai dan di kolam. Jika
dilakukan bersama keluarga, pasti hubungan kekeluargaan menjadi semakin erat.

Menziarahi keluarga dan saudara-mara juga merupakan aktiviti yang boleh kita lakukan pada
masa lapang. Kehidupan masa kini yang semakin sibuk menjadikan hubungan kekeluargaan semakin
longgar. Aktiviti menziarahi keluarga akan dapat merapatkan semula hubungan kekeluargaan. Hari
yang sesuai untuk aktiviti ziarah ialah pada hujung minggu atau cuti umum. Aktiviti ziarah-
menziarahi begini dapat mewujudkan keluarga bahagia.
5. KEBAIKAN TABIAT MEMBACA

Membaca amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil.Banyak bahan bacaan yang mudah
diperoleh seperti buku,majalah ,surat khabar dan lain-lain.Terdapat banyak kebaikan yang boleh
diperoleh apabila kita rajin membaca.

Antara kebaikan membaca ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Bahan-bahan yang
boleh kit abaca untuk menambahkan pengetahuan ialah buku, majalah dan surat khabar.
Pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan boleh digunakan untuk menjalani kehidupan
seharian. Sebagai contoh, pengetahuan kita tentang pemakanan seimbang membolahkan kita
mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat agar tubuh kita akan menjadi sihat.

Selain itu, membaca juga membolehkan kita mengisi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah. Setiap orang memiliki masa lapang pada setiap hari. Jika kita tidak menggunakan masa
lapang yang kita miliki dengan baik, kita akan rugi. Oleh itu, ibu bapa perlu mendorong anak untuk
membaca apabila ada masa lapang dan sebaik-baiknya ibu perlu membaca bersama anak-anak.

Kebaikan lain aktiviti membaca ialah dapat mencerdaskan minda kita. Malalui pembacaan,
minda akan memproses maklumat yang dibaca dan dapat mengingat apa yang dibaca dalam jangka
masa yang lama. Rangsangan pada minda ini njuga akan mencerdaskan minda kita. Minda yang
cerdas akan dapat mengeluarkan idea-idea baru dan dapat berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.

Di samping itu, dengan membaca juga membolehkan seseorang pelajar lulus dalam
peperiksaan dengan cemerlang. Terdapat beberapa mata pelajaran yang memerlukan pelajar banyak
membaca seperti mata pelajaran Sejarah, Geografi dan Bahasa Malaysia. Dengan banyak membaca,
pelajar akan dapat mengingati dan memahami sesuatu topic atau tajuk dengan baik. Pelajar yang
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi.

Kebaikan membaca seterusnya ialah kita dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Nilai-nilai murni ini terpupuk dalam diri secara tidak langsung atau secara tidak langsung.
Nilai-nilai murni yang akan terpupuk dalam diri ialah nilai menghargai masa dan kerajinan. Sikap rajin
membaca ini juga akan menjadi contoh kepada orang lain dan secara tidak langsung dapat
merangsang orang lain untuk turut sama mengamalkan budaya.
6. SEMANGAT KEJIRANAN

Adakah anda mengetahui dan mengenali siapakah jiran anda? Umumnya, jiran adalah orang
yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang atau tetangga. Hidup berjiran memerlukan
semangat kejiranan. Semangat kejiranan ini merujuk kepada tahap keakraban dalam hubungan
sesama jiran. Pada masa kini semangat kejiranan amat jelas kelihatan dalam masyarakat luar bandar
jika dibandingkan masyarakat bandar. Apakah kebaikan semangat kejiranan dalam kehidupan kita?

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat bantuan jika kita
menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedla maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat
lari daripada perkara luar dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita
menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling cepat dapat membantu
kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau
hospital bagi mendapatkan rawatan.

Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan tempat tinggal kita.
Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran
kita mendapati ada orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu kita
tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada musim perayaan, jika kita pulang ke
kampung untuk menziarahi rumah saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat
membantu menjaga rumah kita.

Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita dalam menjayakan
majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan kadangkala memerlukan bantuan jiran di
sekeliling kita. Dengan adanya bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya
dilaksanakan.

Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di tempat tinggal kita
dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan menasihati anak mereka agar tidak
melakukan perkara negatif yang boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara
berbahaya di kawasan kejiranan

Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat perpaduan dalam


kalangan rakyat dalam negara kita. Perpaduan yang terjalin akan membolehkan rakyat hidup dalam
keadaan aman dan damai.

Jelaslah semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri sendiri, penduduk
setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat yang lebih besar lalah semangat kejiranan ini dapat
mendorong terjalinnya hubungan baik antara kaum dan membawa kepada perpaduan kaum.
7. KEBAIKAN BERSUKAN

Di sekolah aktiviti sukan merupakan salah satu cabang dalam kegiatan kokurikulum. Antara
contoh aktiviti sukan ini seperti bola sepak, bola jaring, badminton, hoki dan renang. Selain itu,
aktiviti sukan juga meliputi olahraga seperti acara padang dan acara balapan. Kebiasaannya aktiviti
sukan ini diadakan pada waktu petang. Terdapat beberapa kebaikan mengadakan aktiviti sukan di
sekolah.

Kebaikan aktiviti sukan ialah pelajar dapat menyihatkan badan. Badan yang sihat amat
penting untuk mencerdaskan minda. Minda yang baik akan dapat membantu pelajar dalam
pelajaran. Apabila pelajar terlibat dalam aktiviti sukan, jantung mereka dapat berfungsi dengan baik.
Oleh itu, aktiviti sukan ini perlu dilakukan dengan berterusan oleh pelajar, pasti mereka dapat
mengelakkan daripada penyakit berbahaya.

Kebaikan aktiviti sukan di sekolah juga ialah dapat mengisi masa lapang pelajar dengan
aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang tidak diisi dengan perkara yang berfaedah akan
menyebabkan pelajar membazirkan masa mereka. Biasanya pelajar mempunyai banyak masa lapang
di sebelah petang. Jika tiada aktiviti sukan, pelajar cenderung untuk menghabiskan masa lapang
mereka dengan menonton televisyen, tidur atau melepak di luar rumah. Secara tidak langsung,
aktiviti sukan di sekolah telah dapat mengurangkan kegiatan yang berunsur negatif di kalangan
pelajar.

Selain itu, aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu acara sukan.
Dalam pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu
acara. Pihak sekolah akan memilih pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di peringkat
daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Bakat-bakat baru ini juga akan berpeluang untuk
melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Malaysia. Kebanyakan atlet dan ahli sukan yang ada di
negara kita bakatnya dicungkil melalui pertandingan sukan di peringkat sekolah.

Selain itu, aktiviti sukan di sekolah juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
Sebenarnya amalan nilai-nilal murni ini penting kepada pelaiar bagi membantu mereka menjadi
pelajar yang cemerlang. Banyak nilai murni yang boleh dipupuk secara langsung atau tidak langsung.
Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai bekerjasama, kerajinan, bertanggungjawab dan mematuhi
peraturan. Amalan nilai-nilai murni ini membolehkan mereka menjadi peiajar yang baik di sekolah
mahupun di rumah.

Kebaikan seterusnya aktiviti sukan di sekolah ialah dapat memupuk perpaduan di kalangan
pelajar. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, perpaduan kaum amat penting dan ia perlu
dipupuk dari awal. Dengan menyertal aktiviti sukan, nilai toleransi dan nilai berkerjasama antara
kaum dapat dipupuk kepada semua pelajar. Dengan wujudnya perpaduan kaum, pasti negara akan
terus aman dan bertambah maju serta dapat dijadikan contoh oleh negara-negara lain.
8. ALAM SEKITAR

Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan paparan dalam surat
khabar. Hal ini kerana alam sekitar di negara kita didapati semakin tercemar. Isu pencemaran alam
sekitar ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara yang boleh
dilakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menjaga kebersihan alam sekitar ialah
setiap individu atau rakyat di negara ini. Setiap individu atau rakyat mestilah mempunyai kesedaran
tentang kepentingan alam sekitar. Contohnya kita mesti bertindak untuk melaporkan kepada pihak
berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar jika ternampak pihak tertentu mencemarkan alam sekitar.
Sesungguhnya alam sekitar yang bersih dan ceria akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan
sihat dan sejahtera.

Selain individu, pihak masyarakat juga boleh memainkan peranan penting. Masyarakat
mestilah mengamalkan nilal-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai murni yang perlu
diamalkan ialah nilai cintakan kebersihan sungai dan laut. Masyarakat juga mesti mengelakkan diri
daripada melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan alam sekitar terutama pada
musim panas.

Pihak pengusaha industri atau kilang juga boleh memainkan peranan dalam menjaga
kebersihan alam sekitar. Pengusaha industri atau kilang mestilah memastikan bahan buangan tidak
dibuang ke dalam sungal atau laut. Bahan-bahan buangan kilang mestilah dihantar ke tempat yang
dikhaskan oleh pihak kerajaan. Selain itu, jika kilang mereka mengeluarkan asap, asap tersebut
mestilah dirawat teriebih dahulu bagi menjaga kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, pengusaha pertanian juga boleh memainkan peranan yang penting.
Pengusaha pertanian tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membakar hutan untuk membuka
kawasan pertanian yang baru. Bahan kimia seperti baja dan racun serangga yang digunakan pula
hendaklah sentlasa dipantau supaya tidak memasuki sungal yang boleh menyebabkan air sungai
tercemar. Semua tong racun serangga juga hendaklah dibuang di tempat yang dikhaskan oleh pihak
berkuasa.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Hal
ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan dan kuasa undang-unclang. Pihak kerajaan
boleh mengeluarkan perbelanjaan tertentu untuk membersihkan kawasan tertentu, khususnya
kawasan kunjungan pelancong. Jika terdapat pihak yang sengaja mencemarkan alam sekitar, plhak
kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang yang tegas.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Kebersihan alam sekitar perlu dijaga setiap masa kerana alam sekitar yang bersih menggambarkan
sikap rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Pada pendapat saya, semua pihak mesti berganding
bahu untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan ceria boleh menjadi aset
kepada negara dalam memajukan sektor pelancongan.
Karangan Fakta : Faedah Menyertai Aktiviti
Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang. Dengan
menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal
atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak
dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap
petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli
jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan
belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar
daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan
mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap


persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesamakita.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum.


Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.
Karangan Fakta : Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri
dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita
peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh


badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan
sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam
tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu
ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan


menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira
umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-
taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini
akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama


sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili
pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi
mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama
sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita


bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia
masyarakat yang cerdas dan cergas
KARANGAN UPSR (fakta) : Cara Menggunakan
Masa dengan Berfaedah
SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang " Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah"

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah
"Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa
sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti.
Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.

Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya


dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong,
berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi
yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.

Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak
saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca.
Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel,
majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak
mungkin daripada bahan bacaan ini.

Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang


dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu
bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka
mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung
dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya


tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu,
uruslah masa dengan bijak.
KARANGAN UPSR (fakta) : Kepentingan Kelas
Tambahan

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di


luar waktu persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan
seakan-akan menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula
beranggapan kelas tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-
anak.
Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini
boleh diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat
menjimatkan kos perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula
terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri.
Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak
latihan tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab
soalan. Kaedah ini juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu
pengalaman kepada murid untuk menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya.
Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas tambahan berupaya memberikan
satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi peperiksaan pula.
Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih
kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih
tumpuan kerana kelas ini tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak
membantu murid-murid sederhana dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam
sesuatu mata pelajaran.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa
dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu
sekolah biasa menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal
atau kacang hantu. Ini dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak
sihat seperti melepak dan menghabiskan masa menonton televisyen.
Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu
bapa harus menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan
masa depan mereka cerah.
KARANGAN UPSR : Cara-cara Membalas Jasa Ibu
Bapa
SOALAN :
Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu bapanya.
Berikan pendapat kamu, cara-cara yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua
orang tua kita.
--------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan
dikandung ibu, dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan
penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh.

Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai
cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar
bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu mampu
menggembirakan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya
dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita.

Kita juga sebagai anak yang baik sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang
mulia. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka
perli didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung
perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit,
bagai dihiris dengan sembilu.

Kita juga haruslah bersikap tangan terbuka membantu mereka. Seharian mereka
bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka
membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat
bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok
bunga dan sebagainya.

Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas


kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi
apa yang kita inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang
mahal-mahal dan sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita
dengan kemampuan orang lain. Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita
tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.
Segala perit jerih mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya
upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.
KARANGAN UPSR (fakta) : Cara-cara menjaga
Kesihatan Diri
SOALAN : Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.
Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam
keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan
kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara lain yang mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti
mandi dan memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling
rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa
sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat.
Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang
banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik.
Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu
memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan
penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.
Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat
awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus


dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja
menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang
penuh ceria kepada diri dan keluarga.
Karangan Fakta: Faedah Membaca
Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan
anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca
seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini
boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.

Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca


dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam
pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya,
menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak
langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi
kebanggaan ibu bapa serta guru-guru.

Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita
membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara.
Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di
Johor dan sebagainya.

Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat
setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh
menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat
menghilangkan rasa penat.

Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri
kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak
langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh,
vandalisme dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah
tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca
adalah rakyat yang berilmu.

Вам также может понравиться