Вы находитесь на странице: 1из 42

PERANCANGAN

BANDAR & WILAYAH


DI MALAYSIA:
PENGENALAN & KONTEKS

Nota kuliah ini disumberkan sepenuhnya oleh: Foto-foto disumberkan sepenuhnya oleh:
http://www.slideshare.net/aidafazihrah/sistem-pentadbiran-perancangan-bandar Google images (kata kunci town planning)
2.1 peringkat kerajaan persekutuan

2.2 peringkat kerajaan negeri

2.3 peringkat kerajaan tempatan

1.0 pengenalan
2.0 sistem pentadbiran perancangan bandar
3.0 kesimpulan
1.0 PENGENALAN
Perancangan (dalam konteks perancangan Bandar) persembahan
fizikal tentang sesuatu seperti peta, lukisan dan lain-lain ATAU
sebagai kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang
teratur untuk mencapai sesuatu objektif.

Perancangan bandar proses menyusun atur sesuatu kawasan


berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di
samping kawalan ke atas proses pembangunan.

Di sektor awam Jabatan Perancangan Bandar dan Desa


Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa
Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan
berkenaan.
1.0 PENGENALAN

Sistem kerajaan di Malaysia berasaskan federalisme ada tiga peringkat.

1. Kerajaan Persekutuan Ditubuh menerusi proses pilihanraya umum


2. Kerajaan Negeri
3. Kerajaan Tempatan (KT)

KT ditubuh sec demokratik selepas Perang Dunia Kedua kekecohan tahun


1960an kerajaan mansuhkan sistem pilihanraya untuk KT

Kini, Kerajaan Negeri berkuasa melantik Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis untuk
sesebuah KT menurut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing-masing.

Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan


negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan
kerajaan tempatan.

Kesemua tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan antara pihak berkuasa-pihak
berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-
undang semasa.

Khususnya perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan
begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan yang
diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri ( isu
pemansuhan).

Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas
dan kuasa setiap pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah.
1

2
2.1 Peringkat Kerajaan Persekutuan
Sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya
melibatkan aspek:

1. Penggubalan dasar
2. Perancangan
3. Pelaksanaan
4. Penyelarasan
5. Penilaian
Penggubalan dasar
Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk
memastikan tujuan dan matlamat (usaha-usaha perancangan) ke arah mencapai
matlamatnya bolehlah diadakan.

Kabinet membentuk dasar-dasar awam


Negara.

Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua


Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan
memberi nasihat dan membantu Kabinet
menggubal dasar-dasar tersebut.
Penggubalan dasar
Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri (isu pengurusan
air Selangor) dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau
Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang
melibatkan menteri-menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di
kalangan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dasar-dasar penting peringkat Majlis Raja-raja untuk pertimbangan.

Dasar-dasar kebangsaan tanah, kewangan, KT dan agama akan dibincangkan


oleh *majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan
Persekutuan.

Dianggotai* wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut


termasuklah Majlis Negara Kerajaan Tempatan.
1
MNKT penasihat dan akan membolehkan
pertukaran fikiran antara kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri.

Dasar yang dikeluarkan oleh MNKT dianggap


perlu kepada wakil-wakilnya dikeluarkan
mesti diikut dan digunapakai.

Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel


95E Perlembagaan Persekutuan tidak perlu
mematuhi dasar MNKT itu sekiranya tidak
mahu.

Sumber: Phang (1989)


Parlimen lulus Akta Pilihanraya KT 1960 pindah
1960an seliaan pilihanraya dari Knegeri Shjaya Phraya

Parlimen lulus Akta Ibu Kota Persekutuan


1960 KL sebagai ibu kota persekutuan

1963 PBT ada di Bandar dan kawasan Desa tambah kompleksiti

1971 Federal susun semula KT khidmat > cekap

1973 Akta Kerajaan Tempatan (peruntukan sementara)


Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973
Peranan utama:

1. Merancang dan melaksanakan dasar dan program Kementerian


Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat
dasar pembangunan negara. 2
2. Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada
semua rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah
3. Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu
menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan
persekitaran yang selesa dan indah
4. Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran
yang cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta
benda
5. Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal,
sosial, ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan
Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976
6. Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia
pembangunan landskap seluruh negara
7. Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua
peraturan yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara
ini mengikut Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508)
Perancangan
Setiap agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan
perancangan pembangunan (1) rancangan tahunan dan (2) Rancangan
Lima Tahun.

Perancangan agensi-agensi yang terletak di bawah satu kementerian


disatukan perancangan bagi seluruh kementerian.

Negeri setiap agensi bertanggungjawab menyediakan rancangan


masing-masing.

Diteliti dan diperiksa oleh UPEN menyediakan perancangan negeri


untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis
Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri.
Di bawah aktiviti perancangan, JPBD (Semenanjung
Malaysia) berperanan memastikan perancangan 3
kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah
yang sempurna

JPBD memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya


di tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri
dan tempatan seperti berikut :
1. Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan
yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah,
2. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang
dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172);
3. Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen
melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian
perancangan, piawaian dan prosedur perancangan,
4. Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan
spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan,
5. Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi
kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur
Negeri, Rancangan Tempatan Daerah,
6. Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah
yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa.
Perlaksanaan
Perlaksanaan
Agensi yang sediakan rancangan pembangunan secara automatik
melaksanakan rancangan tersebut menjalankan program atau projek
tertentu.

Perancangan tumpuan peringkat atas, pelaksanaan tumpu bawah


peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung.

Tapi sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat


diselesaikannya dikemukakan kepada pihak ibu pejabat.

Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang


disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara.
Rancangan Fizikal Negara (RFN) suatu pernyataan
bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi
menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan
pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia.

RFN diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara


pada 26 April 2005.

Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini


perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan
dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di
seluruh Semenanjung Malaysia
Antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah:

1. Pembentukan kerangka spatial negara.

2. Peningkatan daya saing ekonomi negara.


Pemodenan sektor pertanian.
Pengukuhan pembangunan pelancongan.
Pengurusan petempatan manusia.
Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar.
Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.

3. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian


Penyelarasan
Penyelarasan

Merupakan peringkat yang penting menentukan kejayaan dan


kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Penyelarasan bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan


pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam
pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan.

Di peringkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah UPEN dan


pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas
cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan
perhubungan dan kerjasama yang rapat.
Penilaian
Penilaian

Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu


program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang
menjadi sasaran.

Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai


perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin
kejayaan yang lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang.
Yuhuuuuu.

Selesai part
KERAJAAN
PERSEKUTUAN!
2.2 Peringkat Kerajaan Negeri

Pembentukan dasar-dasar awam negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


anggotanya ahli-ahli Dewan Undangan Negeri + dibantu pegawai kanan kerajaan,
iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga menubuhkan


jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji dahulu sesuatu dasar
sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Rancangan 5 Diserah kepada UPEN, Dikumpul dan dinilai di Kenalpasti dan cadang
tahun Jab Perdana Menteri peringkat negeri projek peringkat kawasan
Mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan perancangan dari bawah dan
perancangan dari atas diamalkan di negara ini. Ini bermakna kedua-dua peringkat
kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting dalam perancangan
dan pembangunan sesebuah negeri itu.

Di peringkat negeri menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu


negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur
majunya sesebuah daerah itu.

Kerajaan Negeri dapat menentukan daerah atau wilayah yang patut dan sesuai
menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira
kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan.
Jawatankuasa
Perancang Negeri
1
Jawatankuasa
Perancang Negeri
Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) ialah:

1. menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah;


2. menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas;
dan
3. mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan
metodologi berhubung dengan perancangan bandar.
Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri:
Jawatankuasa
memberi arahan kepada pihak berkuasa Perancang Negeri
perancang tempatan (PBPT) dan arahan itu mesti
dipatuhi (s. 4(5));

mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran tempatan (s.


4(7));

tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)). Peruntukan ini amat
luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian
dan seterusnya sediakan sesuatu Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan
rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan
tanah. Kekurangannya ialah proses "perancangan" itu mungkin tertutup dan tidak
terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan Pembangunan Negeri ini
juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan
orang ramai.
JPBD Negeri
2

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu,
jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri,
Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.

Antara fungsi jabatan ini adalah;

Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal
perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah;
Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di
bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172),
Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan kawalan perancangan
tanah dan bangunan,
Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai perancangan
bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah
Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas
pelaksanaan rancangan pemajuan;
Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan kerajaan
negeri; dan
Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah.
Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya Akta Perancangan
Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang tempatan.
Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur
Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama
ada yang diarahkan atau atas inisiatif jabatan,
Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan,
Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai perancangan bandar
dan desa.
Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan
Rancangan Struktur Negeri kepada peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta
Pindaan 2001 (Akta A 1129),
Rancangan Tempatan
Daerah
disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12
hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan (PBPT)
TOR Kenalpasti Kawasan RKK

Rancangan Kawasan
Khas
Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),
kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK
adalah disediakan diperingkat Pihak Berkuasa
Perancangan Tempatan
Yuhuuuuu.

Selesai part
KERAJAAN
NEGERI!
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan

kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia


bermaksud kerajaan di kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar
atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa
kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan
mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada
kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat
ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.

Definisi KT oleh Malcolm W. Norris (1980) di dalam Phang Sistem Kerajaan Tempatan di Malaysia
Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa tiap-tiap pihak berkuasa
tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa
perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s.
5(1)).

PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi


sebahagian daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan
pihak berkuasa perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN
boleh melantik seorang atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)).

Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan perlantikan Pegawai-


Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar kawasan
Majlis-Majlis Bandaran.
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan

Apa beza?

PBT PBPT
PBT PBPT
Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau
pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera pentadbiran
yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil tindakan perancangan
(seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang) ia bertindak sebagai
suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di sebaliknya PBPT tidak boleh
bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti mengutip cukai, memungut sampah,
mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan
tetapi mengguna nama pihak berkuasa tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon
kebenaran merancang daripada PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau
Pinang. Surat kelulusan kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP
(MPPP letterhead).
2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan

Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan


diberi melalui s. 19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang
kecuali PBPT mesti mendapat kebenaran merancang.

Permohonan untuk kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s.


21(1)).
3.0 Kesimpulan

Вам также может понравиться