Вы находитесь на странице: 1из 1

Kebiasaannya guru-guru menggunakan kaedah chalk and talk untuk mengajar sesuatu mata pelajaran.

Kaedah ini lebih tertumpu kepada guru sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat (Hamm
dan Adams, 1994). Sebaliknya keadaan ini tidak berlaku dalam pembelajaran berpusatkan murid,
dimana pelajar adalah autonomi dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju
proses pembelajaran. Dalam satu perbandingan antara pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Johnson (1989), telah mengatakan bahawa pelajaran berpusatkan murid lebih memotivasikan pelajar
untuk berkerjasama antara satu sama lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.