Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Kenal pasti dan lengkapkan jadual jadual mentafsir soalan di bawah. PENYATAAN SOALAN
Contoh soalan : ISU
Sejak akhir-akhir ini [ masalah sosial dalam kalangan remaja ] semakin
meningkat dan membimbangkan banyak pihak
AYAT TUGASAN
Huraikan [ langkah langkah untuk mengatasi masalah ini.]
Penyataan soalan Sejak akhir akhir ini masalah sosial dalam kalangan remaja
semakin meningkat dan membimbangkan banyak pihak
1. Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia
ini tentang isu . ( isu karangan ).
2. Umum mengetahui bahawa ( isu). semakin hari semakin serius/ kritikal/
berkurangan/ meningkat/ membimbangkan.
3. Seandainya kita terus leka dan memandang remeh terhadap isu ini pasti ( kesan)
4. Persoalannya mengapakah hal/masalah/fenomena sedemikian berlaku?
5. Siapakah yang harus dipersalahkan? .. ( masukkan peribahasa yang
sesuai. Cth tepuk dada Tanya selera)
6. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan
pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar
umbi.
B.Perenggan Isi
ISI PERTAMA
1. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa.. ( ayat tugasan). ialah..
( isi 1 / apa)
2.Hal ini demikian kerana . ( huraian / mengapa )
3.Sekiranya dipraktikkan akan ( bagaimana/kesan)
4. Sebagai analoginya .( masukkan contoh )
5. Hal ini menyebabkan . ( huraian contoh )
6. Persis kata peribahasa Melayu,
7. Natijahnya,.. ( kesimpulan kecil/ penutup isi)
ISI KEDUA
ISI KETIGA
ISI KEEMPAT
1. Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain..( ayat tugasan )ialah ( isi empat
/apa)
2. Hal ini demikian kerana huraian isi/mengapa)
3 . ..huraian / bagaimana ...
4. Sebagaimana yang kita sedia maklum,.( masukkan contoh)
5. Oleh hal yang sedemikian..(huraian contoh )
6. Bak kata peribahasa atau ungkapan menarik jika ada
7. Tentulah ..( kesan jangka panjang/kesimpulan kecil )
ISI KELIMA
1. Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah
( ayat tugasan ).. ialah ( isi 5/apa)
2. Buktinya ialah( huraian isi /mengapa ).
3. Hal ini dilakukan kerana ( kesan jangka pendek )..
4. Tamsilnya..
5. Jelaslah bahawa. huraian contoh )
6. Persis kata mutiara..
7. Nyatalah.(kesan jangka panjang/kesimpulan kecil)
c.Kesimpulan
1. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama ibarat ke bukit
sama didaki ke lurah sama dituruni mengatasi / menyokong isu _________ini.
2. Jika tidak kita akan *dipandang rendah / dipandang tinggi oleh negara lain.
3. Semoga kita akan dapat melahirkan masyarakat / negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
Soalan: Terdapat sebilangan remaja yang menghabiskan masa lapang mereka dengan melepak
dan merempit. Sebahagian remja pula terjebak dalam gejala sosial seperti menagih
dadah dan pergaulan bebas.
Huraikan langkah langkah untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja.
Contoh karangan
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap penjuru dunia
tentang masalah sosial dalam kalangan remaja seperti merempit, melepak , penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas dan sebagainya. Umum mengetahui bahawa masalah sosial dalam
kalangan remaja semakin membimbangkan. Seandainya kita terus leka dan memandang
remeh terhadap isu ini pasti usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada
tahun 2020 pasti akan menjadi omomg kosong sahaja. Persoalannya mengapakah masalah
sedemikian berlaku? Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada prnyakit yang tiada
penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan
secara berterusan agar masalah ini boleh diatasi hingga ke akar umbi.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, antara tindakan yang boleh
diambil untuk mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ialah melalui peranan ibu
bapa dan keluarga. Hal ini demikian kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para
remaja banyak dihabiskan di rumah terutamanya sewaktu cuti persekolahan. Ibu bapa
sewajarnya memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak remaja. Sebagai
analoginya ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang
dihadapi dan berusaha untuk membantu mereka menyelesaikannya atau dengan kata lain ibu
bapa adalah pakar rujuk kepada anak anak semasa di rumah. Hal ini menyebabkan anak
anak akan berasa diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa mereka. Bak kata mutiara
anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Tegaslah,perhatian dan kasih sayang daripada
ibu bapa amat penting dalam usaha menangani masalah sosial dalam kalangan remaja.
Sesungguhnya, selain ibu bapa, pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga perlu
memainkan peranan yang signifikan dalam menangani masalah ini. Hal ini tercetus kerana
para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat yang perlu diberikan perhatian.
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa jika masyarakat mendapati terdapat remaja
yang melakukan perbuatan negatif, mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara
berhemah. Dengan kata lain, pihak masyarakat setempat perlu menjadi mata dan telinga dalam
membentuk tingkah laku remaja. Contoh yang ketara paling dekat dengan kita ialah masalah
vandalisme. Justifikasinya, sekiranya masalah ini berlaku, masyarakat boleh menegur para
remaja yang melakukan masalah tersebut dengan berhemah dengan harapan remaja akan
lembut hati dan makan nasihat. Bertepatanlah dengan kata-kata mutiara iaitu tunjuk menjadi
telaga budi, ajar menjadi suluh hati. Dengan keadaan sedemikian sekiranya masyarakat
setempat sentiasa ambil cakna terhadap permasalahan remaja, masalah ini akan dapat diatasi.
Umum mengetahui bahawa antara langkah yang pragmatik untuk menangani masalah
sosial dalam kalangan remaja ialah peranan pihak media massa. Dalam konteks ini, media
massa perlu memainkan peranan yang berkesan dalam mempengaruhi hati dan minda para
remaja. Media massa seperti televisyen, radio,Internet ataupun media cetak yang merupakan
perantara yang paling dekat dengan jiwa remaja perlu menyiarkan program program yang
boleh memberi kesedaran kepada remaja terutama dalam usaha remaja mencari jati diri
mereka. Misalnya program seperti Rancangan realiti Imam Muda atau Ustazah Pilihan amat
berguna kepada remaja kerana melalui program ini terdapat info yang amat berguna untuk
remaja.Oleh hal yang demikian pemilihan progam yang berkualiti dapat memberi banyak
faedah dan pihak media massa sewajarnya tidak menjadikan remaja sebagai alat untuk
mengaut keuntungan semata mata tetapi menjadi wadah penting untuk menjana remaja yang
berwawasan.Yang pasti, masalah sosial dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya
pihak media massa sama- sama bahu - membahu memainkan peranan dan tidak hanya
memikirkan keuntungan sahaja.
Tidak dapat dinafikan dari perspektif yang lain, pihak kerajaan juga boleh memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerana
pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan
dan boleh menggubal undang undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan
dilaksanakan secara berterusan agar segala nilai nilai murni yang cuba diterapkan melalui
program ini akan diamalkan oleh para remaja. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN )
yang telah dianjurkan oleh kerajaan adalah satu program yang baik kepada remaja. Hal ini
demikian kerana melalui program ini, remaja akan mempunyai jati diri, nilai moral yang
tinggi dan taat kepada agama, bangsa dan negara. Pujangga ada berkata, Pemuda Harapan
Bangsa, Pemudi Tiang Negara. Oleh itu, remaja yang dilahirkan ialah remaja yang boleh
menjadi modal insan yang berguna untuk membangunkan negara pada masa akan datang.
Namun demikian, satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah, antara langkah
menangani masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan agensi kerajaan seperti
Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah antara agensi yang aktif
menjalankan pelbagai program untuk menarik minat para remaja. Kementeria Belia dan Sukan
bertanggungjawab menjadikan remaja dan belia di Malaysia berkualiti dan seterusnya berjaya
menjana kemajuan negara.Tamsilnya, Program Rakan Muda merupakan antara program yang
dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.Jelaslah bahawa melalui program ini remaja
telah dibentuk agar mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji sesuai dengan pembentukan
modal insan kelas pertama kerana remajalah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara.
Nyatalah sekiranya pihak Kementerian Belia dan Sukan aktif menjalankan pelbagai program
yang berguna untuk remaja, nescaya remaja akan terhindar daripada anasir-anasir yang
negatif.
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama sama ibarat
kebukit sama didaki kelurah sama dituruni berusaha untuk mengatasi masalah yang beronal
dalam kalangan remaja kita. Jika tidak kita akan dipandang rendah oleh negara lain. Semoga
kita akan dapat melahirkan remaja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Negara amat
mengharapkan remaja yang berkualiti dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Namun begitu bak kata peribahasa, tepuk dada tanya selera. (812 patah perkataan)
CONTOH 2
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut.
Panjang huraian anda antara 200-250 patah perkataan.
Pendahuluan Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong
dari serata dunia. Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi
yang besar untuk membangunkan sektor pelancongan. Atas dasar
inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor
pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah
dengan memperkenalkan keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak
kenal maka tak cinta.
Kesimpulan Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah
melakukan pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku
rakyat Malaysia, tugas kita adalah menjaga keindahan alam semulajadi
yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita
yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah
pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.
Contoh Karangan
Malaysia ialah sebuah negara yang sering menjadi tumpuan pelacong dari serata dunia.
Hal ini menyebabkan Malaysia mempunya potensi yang besar untuk membangunkan sektor
pelancongan. Atas dasar inilah kerajaan telah berusaha untuk mempromosikan sektor
pelancongan di Malaysia melalui pelbagai cara. Antaranya adalah dengan memperkenalkan
keistimewaan Malaysia kerana kata orang tak kenal maka tak cinta.
Antara keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia dan menjadi tarikan utama pelancong
ialah keindahan alam semulajadinya. Keindahan gunung ganang, bukit- bukau dan pulau
pulau yang terdapat di Malaysia telah menarik jutaan pelancong datang ke Malaysia setiap
tahun. Contohnya Gunung Kinabalu, Tanah Tinggi Cameron Highlands, Pulau Langkawi, dan
Pantai Cherating memukau pelancong dengan panoramanya yang indah. Selain itu terdapat
juga tarikan lain iaitu bangunan bersejarah dan bangunan berkembar Petronas (KLCC).
Malaysia juga terkenal dengan keunikan budayanya yang juga boleh menjadi tarikan
kepada pelancong. Keunikan budaya ini adalah disebabkan oleh masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Pelancong dapat melihat kepelbagaian perayaan di Malaysia
seperti Perayaan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan
sebagainya. Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bukan sahaja
menampilkan kebudayaan yang pelbagai, bahkan mewujudkan pelbagai jenis makanan
tempatan.
Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah melakukan
pelbagai usaha untuk memajukan sektor pelancongan. Selaku rakyat Malaysia, tugas kita
adalah menjaga keindahan alam semulajadi yang terdapat di Malaysia. Dengan keizinan
Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa kita akan dapat meningkatkan jumlah
pelancong yang datang ke Malaysia pada masa yang akan datang.
CONTOH KARANGAN A : JADUAL
KERTAS 1 (1103/1)
CONTOH 2:
Lihat jadual di bawah ini dengan teliti. Huraikan faktor-faktor penyebab kemalangan jalan
raya dengan berdasarkan data yang terdapat dalam jadual tersebut. Panjang huraian anda
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Faktor paling dominan ialah ialah faktor manusia. Sejumlah 94.18% atau 502 kes
kemalangan disebabkan kecuaian, terbabas, dilanggar kenderaan lain dan memandu terlalu laju.
Terdapat pengguna jalan raya yang tidak mahu mengubah sifat negatif semasa berada di jalan
raya. Slogan Pandu Cermat Jiwa Selamat semakin tidak dipraktikkan. Pengguna-pengguna
jalan raya tidak menghiraukan kesihatan fizikal mereka, keadaan kenderaan sebelum memulakan
perjalanan, tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan serta memandu secara
tidak berhemah. Mereka memandu laju, sering berkhayal, membrek secara mengejut, melanggar
lampu merah dan menggunakan telefon bimbit. Mereka bukan sahaja seolah-olah tidak sayang
nyawa melayang tetapi tidak peduli penderitaan yang terpaksa ditanggung ahli keluarga. Lebih
malang lagi jika kecuaian menyebabkan perlindungan insurans tidak diberikan. Bukan sahaja
tiada pampasan kepada keluarga yang tinggal malah kematian mereka ibarat mati katak sahaja.
Semua pengguna jalan raya menyedari bahawa malang tidak berbau. Ironinya, mereka tidak
pula tidak mengamalkan slogan Berhati-hati di Jalan Raya, Ingatlah Orang Yang Tersayang.
Jelaslah, kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang tidak mahu
mengubah sifat negatif dalam diri mereka.
Faktor persekitaran pula ialah jalan licin, jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Faktor
ini akan menyebabkan kemalangan biarpun pemandu berhati-hati dan kenderaan dalam keadaan
baik kerana pesan orang tua-tua malang tidak berbau.Walaupun daripada 533 kes yang dikaji,
hanya 24 kes kemalangan disebabkan faktor ini namun pemandu mesti berhati-hati kerana
peribahasa ada menasihati kita agar sediakan payung sebelum hujan. Faktor persekitaran ini
sangat berkait rapat dengan faktor alam. Apabila hujan lebat, kemalangan lebih mudah berlaku
kerana jalan raya menjadi licin. Keaadaan menjadi semakin serius sekiranya pemandu tidak
memandu secara berhemah dan jalan berliku-liku atau bercerun curam. Suasana berkabus dan
ketiadaan lampu jalan akan menyebabkan pengguna jalan raya melanggar lubang di atas jalan
kerana jarak penglihatan terhad. Selain itu, kedudukan jalan raya yang berhampiran dengan
hutan juga boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes
kemalangan yang berpunca daripada kegagalan pengguna jalan raya mengelak binatang liar
seperti musang, monyet dan ular yang melintas jala secara tiba-tiba. Terdapat juga kemalangan
yang disebabkan kegagalan pemandu menyedari kehadiran haiwan ternakan penduduk di
kawasan berhampiran seperti lembu dan kambing. Di samping itu, kemalangan juga berpunca
daripada sikap tidak bekerjasama pihak swasta untuk membantu kerajaan mengurangkan kes-kes
kemalangan jalan raya. Pihak swasta seperti pengendali lebuh raya dan pihak pengiklanan tidak
menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan papan tanda tentang keadaan
persekitaran di kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk memberi amaran atau peringatan
pengguna yang menggunakan laluan tersebut. Jelaslah, factor persekitan turut menjadi punca
berlakunya kemalangan jalan raya.
Konklusinya, semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing
dalam usaha mengelakkan kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana
jalan raya di Malaysia terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara. Semua pihak janganlah
hanya pandai menuding jari kea rah orang lain seperti yang terdapat dalam lagu rakyat Bangau
Oh Bangau kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain
itu, kita juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah
bahawa tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan
semata-mata. Sebaliknya, semua pihak mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai
usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan Raya.
Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan tetapi
jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti semua usaha itu
menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan bahawa, kita boleh
memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk minum
air.Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi untuk
mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama menjayakan
pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Hal ini demikian kerana, firman Allah
dalam Surah Ar Rad, Ayat: 11 ada menyebut Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, slogan
Pandu Cermat Jiwa Selamat perlulah menjadi panduan dan amalan semua rakyat Malaysia
semasa berada di jalan raya.
Why/How? 3-7 Ibu bapa yang bertutur secara sopan dan menghormati orang lain
(Mengapa akan memberi gambaran yang baik kepada anak-anak tentang
/ Bagaimana cara berkomunikasi yang berhemah dalam kehidupan seharian.
contoh teladan Sekiranyanya ibu bapa sering menziarahi jiran tetangga / sanak
dapat menjayakan saudara dan membawa anak-anak bersama-sama dengan
amalan ini) mereka, sudah pasti amalan mulia ini dapat dipupuk dalam diri
anak-anak kerana kata peribahasa bagaimana acuan, begitulah
Kata-kata kuihnya. Selain itu, sikap mulia ibu bapa seperti sering
menarik/Peribahas bersedekah dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong
a akan mendorong anak-anak agar melakukan amalan yang sama.
Hal ini demikian kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu
bapalah yang mencorakkan mereka. Selain itu. hal ini juga
bertepatan dengan ajaran Confucius iaitu Kepimpinan
Melalui Teladan. Sebaliknya, jika ibu bapa tidak mengamalkan
budaya berbudi bahasa dalam kehidupan seharian seperti
bertutur secara kasar, tidak menghormati orang lain dan bersikap
seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing sudah pasti
sukar bagi mereka menasihati anak-anak agar berbudi bahasa
kerana mereka kelihatan tidak ubah seperti ketam menyuruh
anaknya berjalan lurus.
Why/How? 3-7 Usrah/tazkirah selepas solat Maghrib atau Subuh dapat memberi
(Mengapa pengetahuan dan kesedaran kepada anak-anak tentang
/ Bagaimanakah kepentingan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan mereka.
aktiviti dan Lawatan ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak
program dapat yatim, rumah golongan istimewa dan rumah warga emas dapat
menjayakan memupuk rasa empati, nilai tanggungjawap dan keprihatinan
amalan ini) untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik .Ibu bapa
yang kesuntukan masa untuk mengadakan aktiviti-aktiviti
Kata-kata mestilah mempunyai inisiatif untuk memotivasikan anak-anak
menarik/Peribahas agar menyertai program-program yang dianjurkan oleh pelbagai
a pihak lain. Namun begitu, aktiviti atau program yang dijalankan
mestilah benar-benar menarik dan dilaksanakan scara sistematik.
Program-program yang dianjurkan mestilah dapat menarik minat
anak-anak seperti melibatkan ikon tersohor seperti Datuk Dr Hj
Mohd Fadzillah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus kerana kata-
kata mereka dapat mempengaruhi ribuan peminat yang
ISU mendengarnya. Ibu bapa juga mestilah menyedarkan anak-anak
bahawa semua program yang dilaksanakan tidak mendatangkan
apa-apa makna sekiranya mereka tidak mahu bekerjasama
menjayakannya. Ibu bapa mesti memberi kesedaran kepada
anak-anak bahawa kita boleh menarik lembu ke sungai tetapi
tidak boleh memaksa lembu itu minum air. Selain itu, dalam
Surah Ar Rad Ayat:11 Allah berfirman Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah
nasib mereka sendiri.
+CONTOH/BUKTI DARIPADA MANA MANA SUMBER
Why/How? 3-7 Ibu bapa mestilah memberikan perhatian dan kasih-sayang yang
(Mengapa secukupnya kepada anak-anak agar mereka berasa disayangi.
/ Bagaimana Hal ini demikian kerana, anak-anak yang berasa disayangi lebih
perhatian dan mudah mendengar kata, contohnya agar sentiasa berbudi bahasa.
kasih-sayang dapat Ibu bapa mestilah memantau tingkah laku anak-anak, di luar
menjayakan rumah khususnya kerana tutur kata dan tingkah laku mereka
amalan ini) seringkali dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya. Sekiranya,
rakan-rakan mereka sentiasa bertutur dan berkelakuan secara
Kata-kata sopan sudah pasti anak-anak juga akan bersopan dalam
menarik/Peribahas pergaulan. Sebaliknya, jika kawan-kawan mereka bersikap
a biadap dan sering mengeluarkan kata-kata kesat sudah pasti
anak-anak juga bersikap sedemikian. Hal ini bertepatan dengan
kata-kata tokoh motivasi terkenal tanah air, Dr Dr Hj Mohd
Fadzilah Kamsah iaitu anak-anak kita ialah siapa kawan-
kawan mereka. Selain itu, Ibu bapa juga mestilah menasihati
anak-anak agar bijak memilih rakan sebaya kerana pepatah
Arab ada menyebut bahawa berkawanlah dengan pembuat
minyak wangi agar kamu terpalit bau wanginya itu dan
janganlah berkawan dengan tukang besi agar bau busuk
besi terbakar tidak melekat padamu. Di samping itu, ibu bapa
mestilah menasihati anak-anak tentang kepentingan menjadikan
amalan berbudi bahasa ini sebagai budaya hidup dengan penuh
rasa kasih sayang tanpa sedikit pun rasa jemu kerana lazimnya
anak-anak mengambil masa yang lama untuk menerima sesuatu.
Datuk Dr Hi Mohd Fadzilah Kamsah juga ada mengingatkan
bahawa untuk menasihati seseorang, kita mestilah
mengulan-ulang nasihat yang sama sebanyak 200 kali.
Kini, semua orang harus menerima hakikat bahawa jalan raya di bandar
besar sudah tidak mampu lagi menampung jumlah kenderaan yang semakin
bertambah. Di Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya dikatakan terdapat lebih
kurang sejuta buah kenderaan memasukinya setiap hari. Banyak faktor yang
menyumbang kepada kesesakan ini. Salah satu puncanya ialah tidak keseimbangan
pada kadar pertambahan antara jumlah kenderaan dengan pertambahan keluasan
jalan raya. Setiap hari jumlah kenderaan bertambah sedangkan penambahan
keluasan jalan raya boleh dikatakan amat perlahan. Ketidakseimbangan ini
menjadikan kepadatan kenderaan di jalan raya semakin tinggi. Kesesakan juga
menyebabkan pengeluaran asap kenderaan yang terkumpul dari kenderaan telah
mengumpulkan gas karbon monoksida dan gas dari penyaman udara mencemar
udara apabila cecair penyejuk yang digunakan melepaskan kloroflourokarbon
(CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon.
Lihat rajah di bawah dengan teliti . Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam
memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.
Menjadi Mengunjungi
suri teladan perpustakaan dan
Ilmu buku
pameran
keibubapaan
Tidak dapat disangkal jua , ibu bapa mempunyai peranan penting dalam
memupuk budaya membca dalam diri anak-anak dengan mengukuhkan ilmu
parenting skill dalam diri ibu bapa. Ibu bapa seharusnya memantau pembacaan
anak-anak. Negara maju seperti negara China, ibu bapa adalah nadi kepada budaya
membaca dalam diri anak-anak. Rakyat negara China akan sentiasa memantau dan
memastikan anak-anak mereka membaca walaupun sebuah buku dalam sehari.
Usaha ini membuahkan hasil dan melahirkan anak-anak yang suka membaca dan
sentiasa berfikir di luar kotak. Sikap ini seharusnya menjadi ikutan ibu bapa di
Malaysia bak aforisme Melayu ,yang baik menjadi ikutan, yang buruk
menjadi teladan.
Sudah terang lagi bersuluh, peranan ibu bapa amat penting dalam
memupuk budaya membaca anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah orang
yang paling hampir dan memahami anak-anak. Selain itu, ajaran agama juga amat
menitikberatkan ibu bapa supaya mendidik anak-anak sejak kecil lagi. Malah ibu
bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan budaya hidup anak-anak.
Seandainya corak yang dilakarkan itu cantik maka cantiklah cara kehidupan anak-
anak.
Bahagian B
( 100 markah )
( Masa yang dicadangkan : 1 jam 30 minit )
Soalan:
Analisis soalan:
Kata kunci : Mata pelajaran Sejarah
Kehendak soalan : Kepentingan mata pelajaran Sejarah
Jenis karangan : Syarahan
Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis . Yang Berusaha,Tuan Haji Azmi bin
Zulkefli, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 24, Yang Dikasihi Puan
Noor Hamiza bin Hang Tuah,Pengerusi Panita Sejarah, guru-guru, dan rakan
pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya
merakamkan rasa penghargaan saya di atas kesudian pihak sekolah member
peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk Kepentingan Mata
Pelajaran Sejarah. Bagi saya, undangan ini merupakan penghargaan pihak sekolah
terhadap penglibatan saya di dalam Persatuan Sejarah Sekolah.
Negara kita didiami oleh rakyat berbilang kaum, dengan kaum terbesar
Melayu, Cina, dan India. Kepelbagaian kaum dengan anutan agama yang berbeza
dan corak budaya seharian yang berlainan tidak menjadi masalah untuk
berkomunikasi , saling mengerti, bertolak ansur, dan berdaya saing untuk
memaknakan kemerdekaan tanah air. Kecuali peristiwa yang berlaku pada 13 Mei
1969, sepanjang waktu melalui kehidupan dengan aman dan damai. Hal ini
berpunca mereka mengerti asal usul mereka, hak masing-masing, dan peranan
perlu dimainkan di dalam Negara ini. Semuanya dirakamkan dalam mata pelajaran
Sejarah. Orang Melayu sedar, sebahagian daripada mereka dari Kepulauan
Indonesia, orang Cina mengerti mereka dari Tanah Besar China, dan orang India
juga faham mereka dari negara India. Pengertian yang diperoleh menerusi mata
pelajaran Sejarah menjadikan mereka dapat mengelakkan rasa ini bagi
menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini agar tidak
tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak
tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai satu bangsa, yakni
Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang
sama iaitu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara
maju yang lain.
Rasanya sudah panjang saya menyampaikan syarahan pada pagi yang mulia
ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi,
Dari runtuhnya Kota Melaka,
Kehebatan Putrajaya kita dirikan;
Sejarah melakar detik merdeka,
Keharmonian hidup mampu dikekalkan.