You are on page 1of 1
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E TEN Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan TEA RVSIA 82604 PUTRAJAYA ; Tel : +603-88849586 (Aras 3} ++603-88840370 (Aras 4) Faks : +603-88849315 Laman Web : www.moe.gov.my MALAYSIA Rujukan Kami: KPM,600-14/1/65 guo->-C1) Tarikh 5 Op Disember 2016 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg, Datuk /Tuan, MENANGANI KES KERACUNAN DI KANTIN SEKOLAH Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kes keracunan makanan di kantin sekolah di seluruh negara. Usaha-usaha untuk mengurangkan kes-kes keracunan di kantin sekolah hendaklah diberi keutamaan. 3. Walaupun usaha-usaha telah dipertingkatkan dengan penjagaan kebersihan dan penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah, namun bilangan kes keracunan di kantin sekolah masih tinggi 4. Mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K Kebangsaan Bil, 1/2016 pada 30 Mei 2016 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Timbalan Menteri Pendidikan 1 telah memutuskan supaya kantin sekolah yang diberi gred C dan ke bawah oleh pihak Kementerian Kesinatan Malaysia tidak disambung kontrak dan disenarai hitam selama setahun 5. Sehubungan dengan ini, kerjasama YBhg. Datuk/Tuan adalah dimohon untuk memastikan semua Pengetua dan Guru Besar yang menguruskan peroléhan kontrak kantin sekolah mematuhi arahan ini 6. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua serta Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan. Sekian. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yal wurut perintah. a HAJ-AMINUEINBIN ADAM Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia “1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” Si