Вы находитесь на странице: 1из 6

FACULTY OF ENGINEERING TECHNOLOGY

UUW235
HUBUNGAN ETNIK

AKTIVITI 5

NAMA : MUHAMMAD ANAS BIN AHMAD SARBINI


NO MATRIK : 171362344
KOD PROGRAM : RY32 ROBOTIK DAN AUTOMASI
HASIL PEMBELAJARAN VIDEO

L01 : Perlembagaan Persekutuan

A) Menjelaskan definisi dan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan?

Jawapan :

Pada pendapat saya, berdasarkan video di atas, perlembagaan membawa maksud undang-undang
dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara. Perlembagaan Persekutuan merupakan
undang undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan merupakan salah satu daripada rukunegara iaitu
Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan dibangunkan dan dipersetujui oleh tiga kelompok etnik yang
terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.

Sejarah perlembagaan di Tanah Melayu ini telah wujud sebelum kedatangan penjajah British. Kita
telah mempunyai undang-undang seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.
Selepas Perang Dunia Kedua, Malayan Union telah diperkenalkan. Kesannya, tentangan besar daripada
kaum Melayu kerana orang Melayu merasakan kedudukan istimewa mereka terancam dan kuasa raja-
raja Melayu dihapuskan. Maka, terbentuklah persepakatan antara Melayu dan British. Orang-orang
Melayu dan raja -raja Melayu mula mendapat semula kedudukan istimewa mereka. Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mula detik kerjasama melalui proses pilihanraya 1955. Orang Melayu,
Cina dan India berkongsi kuasa untuk memenangi pilihanraya melalui Perikatan. Hasilnya, Perikatan
memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Oleh itu, Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu. Bermulalah
proses menuntut kemerdekaan. Akhirnya, hasil Perjanjian London 1956, Suruhanjaya Reid ditubuhkan
untuk menggubal perlembagaan. Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan untuk menyemak semula
cadangan yang telah dicadangkan. Permuafakatan terbentuk dan persetujuan tercapai. Sebagai hasilnya,
orang Melayu memberi kerakyatan yang berbentuk jus soli kepada orang bukan Melayu dan orang
Melayu menerima Islam sebagai agama rasmi persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan Perkara 153 serta institusi raja-raja Melayu. Akhirnya
dipersetujui dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.

Perlembagaan Persekutuan mempunyai banyak kepentingan. Salah satu kepentingan tersebut


ialah mewujudkan suatu bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang adil, sistematik dan
berkesan. Selain itu, mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh badan yang
mentadbir dan memerintah negara. Seterusnya, mewujudkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan
berintegriti yang menekankan kuasa rakyat dalam sistem demokrasi. Dalam konteks yang lebih luas,
Perlembagaan Persekutuan juga dapat mengawal dan memantau pentadbiran sesebuah kerajaan
selaras dengan prinsip perlembagaan. Selanjutnya, menjelaskan hak dan peranan serta tanggungjawab
rakyat sebagai warganegara. Selepas itu, menjamin perlembagaan dan kesinambungan sesebuah negara
bangsa dimana rakyatnya mempertahankan kedaulatan. Akhir sekali, menjamin keamanan,
keharmonian, kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara.
Kesimpulannya, Perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan kaum dia Malaysia.
Perlembagaan persekutuan penting bagi menjamin keamanan, kestabilan serta keharmonian
negara. Semua rakyat Malaysia seharusnya menghayati apa itu erti Perlembagaan Persekutuan kerana
itu adalah salah satu cara untuk menunjukkan bahawa kita menyintai negara kita sendiri. Ini juga dapat
dijadikan contoh kepada negara lain khususnya negara yang sedang membangun seperti Malaysia.

(B) Menjelaskan sikap akomodatif yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan
Perlembagaan Pesekutuan

Seterusnya, video ini juga berkisar tentang permuafakatan etnik semasa penggubalan perlembagaan.
Hasil Permuafakatan awal di antara UMNO-MCA bermula dalam menghadapi pilihanraya Majlis
Bandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Kerjasama ini telah membuahkan kemenangan 9 kerusi
daripada 12 yang dipertandingkan. Kerjasama ini diteruskan di peringkat Majlis Bandar Johor, Kedah dan
Negeri Sembilan. Beberapa rundingan meja bulat telah diadakan bermula 3 Februari 1953 di antara
UMNO dan MCA. Tunku meletakkan syarat bahawa MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf bahawa
negara ini adalah negara Melayu dan segala keutamaan terletak kepada orang Melayu. Dasar ini
dipersetujui oleh MCA dan akhirnya terbentuk Perikatan UMNO-MCA.

Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957, perkara 160(2) telah mentakrifkan Melayu sebagai seseorang
yang beragama Islam, mengamalkan budaya Melayu, bertutur dalam menggunakan bahasa Melayu dan
lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari
merdeka telah bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Bagi perkara 152
Perlembagaan Persekutuan pula, ia telah memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
bagi maksud rasmi. Selain itu, perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak. Seterusnya, dalam Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama persekutuan.
Namun begitu, agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan dan setiap agama
berhak menubuh dan menyelenggara institusi agama masing-masing.
(C) Membahaskan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia

Berdasarkan video diatas, ianya menjelaskan tentang tiang seri hubungan etnik di Malaysia. Tiang seri ini
merupakan sesuatu yang penting seperti tiang pengukuh kepada sesebuah rumah, dimana terdapat 4
unsur tiang seri itu sendiri menjadi pengukuh. Antara 4 unsur penting itu ialah Institusi Raja-raja Melayu,
agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak. Selain itu, maksud bagi kontrak sosial juga turut disertakan didalam video ini. Kontrak sosial
bermaksud suatu persetujuan yang tidak direkodkan antara Orang Melayu dan Orang Bukan Melayu
sewaktu mereka menggubal perlembagaan dahulu. Orang Bukan Melayu diberi hak kewarganegaraan
yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Orang Melayu pula diberi peruntukkan dalam perlembagaan
mengenai agama Islam, Bahasa Melayu, serta kedudukan istimewa Raja-raja Melayu.
Dalam Perlembagaan Persekutuan pula, tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja. Hal ini bermaksud kedudukan Raja-raja Melayu adalah kukuh. Seterusnya, mengenai
agama Islam yang sering menimbulkan konflik dalam masyarakat. Terdapat banyak konflik timbul
tentang agama Islam sebagai agama persekutuan dan ia boleh disebarkan kepada orang bukan Islam
manakala orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Namun
begitu, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa agama Islam sebagai
agama persekutuan dan agama lain bebas diamalkan di mana-mana bahagian persekutuan.
Walaupun Perlembagaan boleh dipinda demi kepentingan rakyat dan negara, tetapi terdapat beberapa
perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi
Persekutuan, kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, kedudukan
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dan soal berkaitan kerakyatan.
negara ini adalah negara Melayu dan segala keutamaan terletak kepada orang Melayu. Dasar ini
dipersetujui oleh MCA dan akhirnya terbentuk Perikatan UMNO-MCA.
Kuiz :

Вам также может понравиться