You are on page 1of 2

1.

Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik bagi

Murid-Murid Sekolah Rendah di sekitar Bandar Kuching. Ini kerana dalam struktur
bilik darjah tradisional, proses pengajaran pembelajaran matematik lebih
menekankan penghafalanformula dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan
peperiksaan danpengajaran yang berpusatan guru. Dengan itu, adalah penting
untuk guru Matematik mencari satu titik perseimbangan dalam mempelbagaikan
strategi pengajarannya agar murid-murid dapat menghayati keindahanMatematik
dalam proses pembelajaran konsep dan kemahiran Matematik.
Ini seterusnya dapat membantu murid mengakplikasikan kemahiran dan
pengetahuan matematik dalam kehidupan sehari-hari kerana penguasaan
pengetahuan matematik merupakan pemangkin kejayaan setiap insan dalam era
teknologi ini.

2. Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Geografi


Tingkatan Satu Topik Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar

Penyelidikan tindakan kelas digunakan sebagai pemangkin yang boleh


mempercepatkan kefahaman dan kemampuan guru tentang pembelajaran
koperatif (Dyson 2002). Pembelajaran koperatif dijalankan dengan saling
membantu dalam kumpulan bagi mencapai prestasi akademik serta memberi
penghargaan kepada setiap ahli kumpulan dan bersikap positif terhadap pelajaran
(Hill & Hill 1993; Johnson & Johnson 1991; Manning & Lucking 1991; Slavin 1995).
Penggunaan pembelajaran koperatif diharapkan dapat memberi kesan kepada
tingkah laku positif pelajar untuk meningkatkan pencapaian geografi serta
meningkatkan kemahiran kolaborasi pelajar.

3. Amalan Pembelajaran Koperatif di Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Teknik


Dan Vokasional Di Tiga buah Sekolah Teknik di Selangor

Proses pengajaran yang berkesan dan dijalankan dalam suasana sihat dan
bersemangat akan dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.
Pembelajaran koperatif melibatkan permuafakatan yang menitikberatkan aktiviti
setiap individu di dalam kumpulan di mana mereka bekerja bersama-sama untuk
kebaikan kumpulan mereka. Pembelajaran koperatif juga dilihat sebagai suatu
usaha ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar dan kemahiran kognitif
(Slavin,1984). Usaha kerjasama akan wujud selepas saling kenal-mengenali di
mana ia akan membawa kepada saling bantu-membantu di antara satu sama lain.
Ini bertepatan dengan tujuan pembelajaran koperatif di mana setiap pelajar yang
berbeza di antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, sikap,tingkah laku,
bakat dan kebolehannya akan berkongsi idea sesama mereka dan bekerjasama
dalam mempelajari kemahiran atau melaksanakan suatu tugas. Sifat paling penting
bagi pembelajaran koperatif ialah kejayaan seseorang pelajar akan
membantu rakan-rakan lain untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran masing-
masing. Bila tersebutnya pembelajaran koperatif, golongan pendidik ini hanya
menganggap ia sebagai pembelajaran berkumpulan sahaja. Meskipun pada
dasarnya, pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran berkumpulan, tetapi
bukan semua pembelajaran berkumpulan itu bolehdianggap sebagai pembelajaran
koperatif (Johnson, Johnson & Holubec, 1988; 1990; Smyser, 1998).

4. MENGKAJI HUBUNGAN DI ANTARA PEMBELAJARAN KOPERATIF


(KEMAHIRAN GENERIK) DENGAN KEMAHIRAN MENGGUNAKAN E-
PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR YANG MENGAMBIL SUBJEK
TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN DI FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI,
JOHOR

Salah satu strategi dan model pembelajaran adalah strategi pembelajaran


kooperatif (cooperative learning). Pembelajaran kooperatif merupakan strategi
3 pembelajaran yang akhir-akhir ini menjadi perhatian dan dianjurkan para ahli
pendidikan untuk digunakan.

5. KEBERKESANAN PEMBELAJARAN KOOPERATIF


UNTUK MENINGKATKAN MOTIVASI PELAJAR DALAM
PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Masalah ini boleh dikategorikan sebagai masalah besar yang memerlukan pelajar
itu didisplinkan oleh pihak berkuasa di sekolah, ataupun sekadar masalah
masalah gangguan kecil yang sememangnya mengganggu pembelajaran dan
pengajaran di bilik darjah. Melalui strategi-strategi Pembelajaran Kooperatif,
pelajar-pelajar didapati lebih bermotivasi untuk belajar dan bertanggungjawab
atas pembelajaran mereka sendiri.

6. PERBANDINGAN KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN


KOPERATIF DAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL DALAM
PEMBELAJARAN KURSUS STATISTIK KAJIAN PELAJAR DIPLOMA
AKAUNTANSI, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesnan
penyampaian sesuatu pengajaran serta pencapaian objektif secara optimum.
amalan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada amalan pembelajaran
berpusatkan pelajar, misalnya dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan.
Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara
satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri.