Вы находитесь на странице: 1из 43

Nukilan : Marlia Ramli.

ISI KANDUNGAN :

1. Pengenalan Diri

2. Kepelbagaian Pelaburan Wang kita, Kitalah Tentukan

3. Isteri Merangkap Menteri Kewangan Keluarga

4. Plan B Seorang Wanita

5. Dana Kecemasan

6. Cadangan Menghadapi Cabaran Rumah Pertama

7. Tips Mencari CINTA versi Saya

8. Jimat Kos Menyambut Bayi Dalam Keluarga

9. Rumah Pertama Kami

10. Beli Rumah Tanpa Payslip?

11. Mencantikkan Skor CTOS

12. Biar Apapun, Dalam Hidup Pilihlah Kebaikan

13. Kesilapan Kewangan Saya

14. Cara Saya Menjaga Kekemasan Rumah

15. Tips Kewangan Mudah di Tahap Tadika

16. 12 Cara Saya Mendidik Anak Mengurus Wang

17. Cara Mudah Membina Kerjaya

18. Simpanan Asas KWSP

Nukilan : Marlia Ramli.


PENGENALAN DIRI:

Sedikit mengenai saya. Nama saya Marlia Ramli. Saya berusia 35 tahun. Saya seorang yang bersize
comel, isteri dan juga ibu kepada sepasang anak. Saya amat meminati topik kewangan semenjak
kecik. Kebetulan hobi saya adalah menulis.

Sehingga jemari ini menulis, saya telah bebas daripada segala hutang jahat. Antara beberapa
matlamat yang telah berjaya saya capai adalah bebas daripada hutang pendidikan (PTPTN) yang
bernilai hampir RM50,000 lapan tahun lebih awal. Saya juga telah menyelesaikan hutang jahat
saya iaitu kereta Toyota Vios berharga hampir RM90,000 sebelas bulan lebih awal.

Alhamdulillah, dengan bantuan Allah, saya berjaya memiliki beberapa unit rumah undercons yang
bakal diwariskan untuk anak-anak tercinta. Oh ya, saya menjadi Head Of Section IR/ER di sebuah
syarikat swasta sebelum genap usia 30 tahun. Jawatan saya sekarang adalah HR Manager di
sebuah sektor swasta. Kini, saya amat focus kepada matlamat paling utama yang masih belum
tercapai iaitu bersara di usia 45 tahun. Insyaallah

Dah HR Manager kenapa tak tulis pasal kerjaya, pengambilan pekerja, perancangan kehidupan dan
akta kerja? 13 tahun saya bekerja, bosan le asyik bercakap hal profesion je. Berjam- jam bekerja
dari 8.30 pagi hingga 6.00 petang saya bercakap hal ehwal kerjaya. Lima hari seminggu pulak tu!
Tapi saya ada juga selitkan beberapa hal berkaitan dengan kerjaya buat manfaat si anak muda.

Selalu saya tekankan bahawa saya ini bersikap mak-mak. Saya gemar menulis dalam bentuk story
telling. Ya, disamping saya ini ilmunya sedikit, saya gemar menganggap pembaca berada di depan
mata. Maka, konsep penulisan saya adalah motivational stories bersesuaian dengan kerjaya saya.

Dan sebagai wanita, hati saya terusik bila melihat wanita lain selalu menjadi mangsa akibat
kurangnya ilmu dalam menjana pendapatan dan mengurus wang. Disebabkan itu saya terpanggil
untuk berkongsi perspektif dalam kewangan sebagai seorang wanita.

Semoga usaha kecil saya dapat membantu wanita untuk menjadi Menteri Kewangan dalam
keluarga. Insyaallah

Kalau ikhlas berkongsi ilmu, kenapa e-catatan ini dijual? Kerana saya tuliskan semua penulisan saya
dengan hati. Sungguh-sungguh saya kenangkan kisah keluarga dan kehidupan saya. Jika saya beri
percuma, saya tidak pasti bagaimana pembaca akan menghargainya. Pada kadar RM9.00 e-catatan
ini, setiap jualan sebanyak 10% akan saya sedekahkan sebuah rumah anak yatim. Insyaallah

Mohon doa anda.

Salam Sayang,
Marlia Ramli

Nukilan : Marlia Ramli.


KEPELBAGAIAN PELABURAN - WANG KITA, KITALAH TENTUKAN.
Bak kata Warren Buffet, individu yang melabur di pelbagai cabang adalah tidak focus. Kerana
mereka tidak tahu apa yang mereka mahu. Mereka ini pelabur rojak.
Saya dan arjuna beta bersetuju tentang focus pelaburan. Tetapi kami tetap tidak focus dan labur
ke pelbagai cabang. Kami pelabur rojak.
Ehh! Nampak sangat kami tak tahu apa yang kami mahu kan? Dah le rojak, degil pulak tu! Hehe
Tak kisahlah yang penting setiap pelaburan pastikan beserta matlamat yang jelas. Matlamat kami
sebagai pelabur bilis adalah mahu mengimbangi untung rugi.
Lagipun, ilmu kami tidaklah banyak. Kami takut rugi yang terlalu besar. Maka, kami imbangkan
dengan kepelbagaian agar pelaburan sentiasa stabil.
Ini kerana kami serius tentang bersara muda. Kami mahu travel, focus kepada ibadat dan
menghabiskan masa lebih banyak untuk saling menyintai di usia 45 tahun.
Lainlah kalau pakar yang kaya raya tahap billionaire cam Warren Buffet. Relax je beliau focus satu
cabang ye tak?
Pelabur bilis cam kami suami isteri berpegang kepada mazhab tidak meletak telur di dalam sebuah
bakul. Berikut adalah beberapa cabang pelaburan beserta matlamat mudah yang mungkin anda
mahu pertimbangkan:

1- Rumah atau hartanah


Tujuannya adalah semoga anak-anak tidak perlu menyewa bila dah kahwin nanti. Cam acah-acah
hadiah perkahwinan anak le. Sementara tentulah bagi penyewa tolong bayarkan. Setakat ni
alhamdulillah penyewa kami tidaklah culas dalam membayar sewa bulanan. Dapatlah sedikit
tambahan pendapatan.

2- ASBF dan ASBF2


Buat, terminate, buat terminate selepas 3-5 tahun. Sebagai tool bertujuan untuk mengumpul
modal pelaburan lain. Ada yang guna ASBF pair dengan pembelian rumah, dana pendidikan atau
pelaburan lain-lain.

3- SSPN
Adalah untuk tabung pendidikan anak-anak. Sebolehnya anak-anak tidak perlu meminjam PTPTN
untuk belajar nanti. Tetapkan target tahunan contohnya minimum RM6,000 setahun. Haa.. dapat
rebate cukai hingga RM6,000 ni. Banyak boleh dapat refund income tax ni

Nukilan : Marlia Ramli.


4- AHB/PNB
Sedikit sebagai dana kecemasan. Tidak terlalu mudah dikeluarkan, dan tidaklah begitu susah juga.
Manalah tahu jika berlaku sebarang kecemasan. Tapi janganlah banyak sangat jumlahnya. Cukup
untuk kecemasan sudah. Minimum 3 bulan dan maksimum 12 bulan gaji cukuplah. Lebihannya
elok labur ke cabang lain. Kang nampak angka terus nak renovate rumah pula. Hehe.. Lagi satu,
jika mampu usahalah penuhkan akaun ASB Ting anak-anak.

5- Tabung Haji
Dengan niat untuk menunaikan rukun Islam. Sebolehnya genapkan RM1,300 dan terus mendaftar.
Atau gunakan penyata KWSP untuk daftar. Lepas tu slow-slow tambahkan jumlah mengikut
kemampuan. Target biar ada RM15,000 spare di situ. Manalah tahu rezeki dapat panggilan ke sana
di usia muda. Buka juga TH anak2 dan daftarkan Haji untuk mereka.

6- KWSP akaun 1 ke unit trust


Sebagai dana persaraan yang sebolehnya hanya akan dikeluarkan pada usia 60 tahun atau jika ajal
biar waris yang keluarkan untuk meneruskan kehidupan. Sebolehnya, wang akaun 1 ini usah
disentuh melainkan dah tiba umur benar-benar mahu bersara.

7- KWSP akaun 2
Rollingkan sehabis daya melalui pengeluaran ansuran pembayaran rumah secara bulanan atau
pembayaran hutang pendidikan. Atau penyelesaian baki pinjaman perumahan. Ada peruntukan
lebih, park la kat mana-mana pelaburan yang kadar nya lebih daripada pulangan KWSP.

8- Emas dan Perak.


Pastikan ada juga sedikit emas perak sebagai tool perlindungan inflasi. Simpanlah emas perak di
bank bagi tujuan keselamatan. Bagi saya, kecairan emas sedikit lambat dan harganya naik turun
terlalu cepat. Kelebihannya saya fikir sesuai sebagai penyimpan nilai bagi mengurangkan risiko
ancaman inflasi. Dan impact simpanan emas adalah dalam tempoh long term. Maka simpanlah
selama yang boleh ya Selamatkan wang tunai daripada bocor.

9- Pelaburan Penyelesaian Hutang


Asingkan sedikit wang terpijak, bonus atau pendapatan kedua dengan tujuan membayar ansuran
hutang bank lebih banyak. Ini membantu mempercepatkan penyelesaian hutang. Tamatkan
riwayat semua hutang jahat cam kereta, personal loan, credit card. Kalau mampu selesaikan juga
hutang pendidikan. Dah tak de hutang, pasti boleh saving at least 30%-70% daripada pendapatan.
In fact kalau dah ada passive income atau pendapatan kedua bolehlah saving 100% pendapatan
kan?

Nukilan : Marlia Ramli.


10- Pelaburan Pengalaman.
Kes kami pulak, sejak awal perkahwinan setiap 4-6 bulan sekali cuba diaturkan cuti-cuti Malaysia.
Dan sejak 5 tahun lepas kami tambahkan lagi untuk setiap 3 tahun sekali ke luar negara. Local trip
kekalkan 2-3 kali setahun. Kami mahu anak-anak melihat betapa luasnya dunia. Terpulanglah
kepada kemampuan masing-masing. Kalau yang kaya raya bolehlah setiap tahun ke oversea. Kalau
kedekut cam kami, oversea trip 3 tahun skali cukup lah. Next trip 2019 insyaallah ke New Zealand
lah kita? Ameen..

11- Pelaburan ilmu


Ini terpaling penting sebenarnya. Beli buku, bayar cikgu atau hadiri seminar. Barulah kita tahu apa
yang kita buat. Mungkin tidak sama dengan kawan, tapi yang penting kita jelas dengan matlamat
diri kan? Saya jarang hadiri seminar. Bagi saya agak sukar nak jumpa seminar yang bersesuaian
bagi pelabur rojak cam saya ni. Lagipun hari-hari jumpa cikgu merangkap bos saya di pejabat.
Alhamdulillah rezeki juga tu dapat bos yang sudi mendidik. Ya, sebolehnya sediakan peruntukan
untuk beli buku dan bayar guru.

12- Pelaburan akhirat


Harta kita bukanlah tentang berapa yang kita ada. Tapi tentang berapa yang kita kongsikan.
Wajibkan diri membayar zakat dan peruntukan sedekah. Sedikit tak apa, pastikan ada. Nak lagi
bagus, zakat itu biarlah lebih daripada yang diwajibkan ke atas pendapatan. Barulah berkat dan
membiak kan? Berganda-ganda tu ha..

13- Kesimpulan
Elakkan diri kaya dengan wang tunai dalam kehidupan harian. Takut bocor. Secara peribadi kalau
purse saya terjatuh mesti rakan pulangkan dengan simpati. Sebab dalamnya memang tak de
banyak cash. Tak apalah, bila nak focus persaraan perlulah sekarang hidup sengkek di bawah
kemampuan kan?

So, anda boleh pilih mahu jadi pelabur yang focus atau melabur rojak di pelbagai cabang?
Terpulanglah Dalam adab mencari ilmu, kita bukanlah mahu berbahas. Kita cuma mahu ambil
yang baik, dan buang yang buruk.

Jangan biarkan sesiapa yang lain tentukan matlamat kehidupan kita pula. Lakukan apa saja
pelaburan tapi sertai juga dengan matlamat ya

Jangan biarkan neraca kawan menentukan kehidupan kita. Kemampuan tidak sama, jumlah gaji
dan pendapatan juga berbeza. Biarlah wang kita, kitalah tentukan.

Nukilan : Marlia Ramli.


ISTERI MERANGKAP MENTERI KEWANGAN KELUARGA
Izinkan saya ulang siar kisah saya memulakan hidup dan menjalankan tugas sebagai akauntan
keluarga bagi menguruskan cabaran-cabaran kewangan diawal perkahwinan.
Gaji bersih kami suami isteri : RM2,500/sebulan.
Umur : 23 tahun berkahwin dan 24 tahun menjadi ibu
Tempat tinggal : Bandar besar dengan segala-galanya memerlukan DUIT
Rasanya fresh grad sekarang pendapatan laki bini RM4,000 sebulan sebab standard gaji permulaan
RM2,000 bagi fresh graduate in the market now.
Jom balik ke 12 tahun lepas:
1- Rumah Sewa
Kahwin je kami terus menyewa sendiri. Ya kami dipelawa mak cik Arjuna Beta yang baik hati
untuk tinggal bersama beliau (suami isteri tiada anak). Terima kasih Mak Nah. Tapi disebabkan
berpegang kepada mind set dah kahwin, sila berdikari maka kami menolak secara baik. Kos
menyewa di bandar besar bukanlah murah bagi kami yang bergaji kecik ni. Bermula dari hari
pertama kawin, saya menetapkan matlamat bahawa saya nak melakukan simpanan sekurang-
kurangnya pada kadar tiga bulan sewa rumah. Saya mulakan dengan mengasingkan minimum
RM50 sebulan. Caranya? Saya dapat melalui pemotongan belanja makanan ringan dan kurangkan
pembelian barangan yang tidak perlu. Syukur sesangat sebab Arjuna Beta bukan perokok. Banyak
boleh jimat tu Penting memiliki tiga bulan kadar wang sewa. Sekurang-kurangnya untuk
menjamin kemampuan kita mendapatkan tempat untuk berteduh. Insyaallah

2- Kereta
Waktu tu bayaran kereta wira biru Arjuna Beta RM400 sebulan. Maka saya sediakan kadar envelop
bernilai RM800 termasuk kos petrol, penyelengaraan dan tol. Kalau terkurang, saya akan top up
secepat mungkin. Sebab kekadang akan berlaku situasi di mana kereta rosak, kemalangan dan
sebagainya. Maka dari situ saya sentiasa pastikan ada system envelop untuk mengawal
penggunaan kereta. Saya? Tak de kereta diawal perkahwinan. Tumpang je kereta encik suamiku.
Adik-adik kena ingat, kos kereta bukan sekadar bayaran bulanan tapi ia datang bersama dengan
kos disebalik tabir. Caranya? Kami suami isteri hantar Kak Long (umur 2 bulan) ke rumah Nenek
Jay di Batu Caves dengan menaiki kereta. Tinggalkan kereta di Batu Caves, rempit dengan motor
ke tempat kerja di Sungai Buloh. Jimat toll, jimat petrol. Dan melalui penjimatan itu saya letakkan
di dalam saving envelop kereta.

Nukilan : Marlia Ramli.


3- Suasana Condusive, Kemas Dan Teratur
Saya adalah jenis yang sangat mementingkan privacy dan sentiasa cuba mewujudkan suasana yang
condusive, bersih dan selamat untuk Awliya. Almaklumlah dengan kes-kes sumbang mahram dan
penderaan seksual kanak-kanak, saya sangat tegas bab-bab lelaki masuk rumah. Rumah saya
memang tidak terlalu open untuk sesiapa saja keluar masuk dengan mudah. Sebagai ibu, saya cuba
meningkatkan privacy environment untuk anak dara saya. Walaupun sekadar rumah sewa, saya
juga pastikan rumah sentiasa bersih, lap semua cermin tingkap, cuci kipas seminggu sekali dan
hiaskan rumah dengan kasih sayang. Saya tak beli frame gambar atau pokok bunga dik..
Daripada membazir belasan ringgit, saya guna creativity. Print gambar kahwin dan gambar anak
lekatkan pada dinding. Tampal riben-riben lebihan hantaran kahwin sebagai hiasan. Kotak-kotak
terbuang, saya balut dengan kain terpakai atau kertas pembalut buku untuk dijadikan meja.
Tetamu kagum dik tengok tahap kreatif merangkap kedekut saya. hehe Dari sini saya
menjimatkan puluhan ringgit dan mulakan simpanan pendidikan anak

4- Mengumpul Down Payment Untuk Pembayaran Rumah


Makan kat luar kosnya mahal. Di awal perkahwinan kami cuma makan di luar sebulan sekali pada
budget tidak melebihi RM50. Dan 29 hari yang lain, saya akan bangun seawal 4 pagi masak bekal
untuk Arjuna Beta dan saya bawak ke pejabat. Kalau makan kat tempat kerja paling kurang hangus
RM10 sekali makan kan?
So, saya bajet bahan mentah RM5 sehari untuk masak dan kami bawa bekal ke office. Menu?
Jangan pening-pening. Saya tampalkan menu di dinding bagi dua minggu dan ulang balik selepas
dua minggu. Hari ni nasi tomato, esok nasi lemak, lusa nasi berlauk, tulat nasi goreng Penjimatan
dari bekal makanan saya saving untuk downpayment beli rumah. Jimat RM5 x 2 x 29 = RM290
sebulan. Lepas 12 bulan dah boleh top up bayar deposit rumah kos rendah.

5 - Menambahkan Pengetahuan Kerja Dan Mencari Peluang


Saya secara aktif sentiasa mencari kerja yang lebih baik. Memang sangat mencabar usung resume
ke hulu hilir untuk mendapatkan pekerjaan bergaji lebih besar. Selepas beberapa bulan mencuba,
saya tersedar tak mungkin dapat gaji lebih selagi pengetahuan kerja saya di takuk lama. Maka
bermula dari itu saya mula menyibuk di office bantu senior buat kerja. Bila ada yang maternity
leave saya minta bos letakkan tugas senior itu di bahu saya secara percuma. Saya tak minta elaun
tambahan sebab saya cuma fokus mencari peluang untuk memegang tugas tersebut dan belajar
secara percuma. Selepas itu secara mudah saya mendapat kerja di tempat lain dengan kenaikan
purata 20%-30%.

Nukilan : Marlia Ramli.


Dan pernah saya dapat offer hampir 70% daripada gaji asal selepas bertambah pengetahuan kerja.
Hari ini pendapatan telah meningkat beberapa kali ganda dalam tempoh 13 tahun. Ini adalah
kenapa saya selalu tekankan supaya jangan komplen bila terbeban dengan kerja. Lagi banyak kerja,
lagi banyak peluang untuk kita belajar secara percuma. Lebihan kenaikan gaji, saya tak tukar gaya
hidup secara drastic tapi saya mula buat tabung pelaburan melalui hartanah. Terkadang saya
perati, yang dok komplen pasal kerja masih lagi tak resign2 dan cari kerja lain Comfort kan
sebenarnya kekal kat sesebuah tempat? Pastu bila tak dinaikkan pangkat, komplen gaji kecik, bos
makan kucing, kawan sekerja jahat, kerja penat bla bla bla

6- Menyumbang Kepada Masyarakat


Saya berpegang kepada jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Kalau tengok dalam TV atau
suratkhabar pasal anak-anak yatim atau miskin, saya cepat-cepat ambil nombor akaun tertera.
Esoknya masuk office saya terus transfer RM5 ke akaun tersebut. Nampak kecik kan RM5? Time
tu sebulan saya budget RM30 bersamaan RM1 sehari untuk bagi kat anak-anak yatim. Dan amaun
ini bertambah selari dengan peningkatan pendapatan. Zakat lagi lah amat dipentingkan. Jangan
tunggu gaji besar baru nak potong zakat. Cam saya selalu cakap, kalau rasa rezeki sempit,
bersedekah pada yang memerlukan. Sebab saya yakin doa orang miskin dan anak yatim sangat
dimakbulkan. Saya jarang sedekah kat anak-anak yang parent dah kaya-kaya tuh. Tambahan kalau
yang mak ayahnya pesen dua tiga piring Astro kat rumah. Maksudnya? Korang pikirlah sendiri
Malas saya nak cakap banyak part ni. Takut digelar ostazah facebook lak.. hahaha

7- Komunikasi & Hiburan


Rumah saya masa tu tak dipasang internet. Sebab bagi saya tak menjadi keperluan sedangkan di
office dah ada internet. Masa di rumah saya gunakan sepenuhnya untuk focus kepada Arjuna Beta
dan Kak Long. Telefon pula kami suami isteri guna prepaid Maxis maksimum RM30 sebulan.
Selalunya tak habis guna sebab kami sentiasa berdekatan dan tak perlu guna telefon. Kalau di
tempat kerja, kami cuma SMS dan email antara satu sama lain. Tapi mak selalu gak le komplen
sebab saya jarang tepon. Kalau tepon pun cakap kejap-kejap je. Hampeh punya anak!
Zaman tu mana ada whatapps dik Astro? Terkadang saya ternganga bila rumah pasangan lain
siap ada Astro premium. Bukan satu tapi dua tiga piring lagi tuh.. Rumah saya sejak dulu sampai
sekarang tak pernah ada Astro. Sedangkan Njoi pun tak ada juga. Tak perlu kot sebab saya tak
gemar anak menghadap TV 24 jam. Paling best pun Kak Long tengok drama TV3 seminggu sekali
sambil adjust2 arial. Settle. Lagipun anak-anak saya dibenarkan tengok TV hanya pada weekend je
dik Pada waktu lain Double A sibuk menangkap dinosaur, membantu Ultraman, menyelamatkan
dunia, mencipta kapal terbang juga melukis. Kat sini saya jimatkan RM100-RM200 untuk

Nukilan : Marlia Ramli.


penggunaan alat komunikasi dan hiburan. So budget sini pun saya letakkan kat simpanan bagi
pelaburan hartanah.

8- Mengajar Anak Mengenal Wang Seawal Mungkin


Sejak kecil Kak Long tak diajar untuk membeli mainan. Double A (anak-anak saya Awliya dan Aqil)
hanya akan dapat mainan pada hari lahir atau bila mereka mencapai sesuatu yang cemerlang. Saya
selalu terapkan tentang pembaziran dan pengurusan kewangan. Tapi mana fun hidup budak-
budak tanpa mainan kan? Jadinya kotak-kotak susu saya lukis, gunting dan hiaskan sebagai
mainan. Double A rasa teruja dan happy uolls Hingga hari ini, ketika kawan-kawan seusia memiliki
dan mengadap ipad/handphone, Double A selamba je main kejar-kejar atau lukis-lukis. Di rumah
kami hingga sekarang cuma ada satu ipad berusia 8 tahun yang retak seribu menunggu belah.
Itupun dapat percuma masa lucky draw.
Bagi Double A, hal sebegitu bukan masalah besar. Double A lebih berminat menyepak bola, main
gunting-gunting, kaler dan tampal Dan jangan terkejut bila diusia 10 tahun, Kak Long dia mampu
membeli buaian bernilai ratusan ringgit dan mampu menyediakan kos persiapan sambutan
birthday adiknya. Sebab Kak Long memang sentiasa memastikan setiap hari adalah saving day.
Dan perkara biasa bila Double A terus bagi envelop raya kat saya sebab diaorang tak dilatih
menggunakan duit raya untuk beli mainan. Kak Long pula setiap bulan menyerahkan sebahagian
daripada saving dia untuk saya simpan ke tabung university (RM10 sebulan). Melalui kaedah ini
saya menjimatkan puluhan ringgit yang terbazir untuk mainan dan saya tukarkan duit tu untuk
membeli peralatan mewarna, vitamin, susu serta supplement berkhasiat untuk pemakanan anak-
anak.

Nukilan : Marlia Ramli.


PLAN B SEORANG WANITA

Saya menulis post ini sebab percaya semua arjuna yang baca penulisan saya adalah budiman :

anda sedang berusaha menjadi hebat dan cuba menghadiahkan sedikit harta untuk isteri
anda sedang bersungguh untuk mendidik isteri jelita anda supaya celik pelaburan
anda telah berhenti berfikir bahawa wanita cuma perlu diceruk dapur
anda tidak menganggap pandangan wanita perlu ditongsampahkan
anda mengasihani wanita lemah dan ingin melindungi jelita anda
anda ingin mendidik isteri jelita dengan ilmu wang dan pelaburan
anda ingin melatih isteri jelita supaya mampu berdikari

Tahniah arjuna! Jika anda melakukan mana-mana yang di atas, terbukti anda lelaki mulia.

Isu plan B atau Exit Plan adalah taboo dikalangan masyarakat Kita diajar jangan sebut benda yang
buruk, takut-takut menempah bencana. Semasa kecik kalau disebut hal-hal buruk, terus mak cubit
mulut dan cakap issshhh. minta simpang malaikat 44.

Maka kita membesar dengan pemikiran positive dan mengelak dari berfikir perkara yang buruk.
Malangnya bila kita tidak berfikir perkara buruk, kita mungkin cenderung untuk tidak membuat
perancangan bagi sebarang kemungkinan.

Minta simpang malaikat 44 Saya harap 4D di bawah tidak berlaku pada sesiapa. Tapi saya
terpaksa sebut juga kat sini sebagai peringatan semua wanita:

D yang pertama adalah untuk death. Biasa kan kita dengar suami kawan kita lepak minum di
mamak, tetiba balik rumah heart attack dan meninggal. Isu kematian pasangan membuatkan
setiap wanita perlu melakukan exit plan. Manalah tahu jika diuji menjadi ibu tunggal secara tiba-
tiba. Belajarlah ilmu faraid, maka anda akan sedar betapa jumlah tinggalan untuk isteri tidak
seberapa. Usahlah mempersoalkan ketentuan Allah duhai arjuna budiman bersegeralah mendidik
wanita jelita anda untuk berdikari menjana gaji semasa arjuna sihat sejahtera. Ini akan membantu
wanita melindungi zuriat anda jika ditakdirkan ajal menjelma. Inalillah.

D yang kedua adalah untuk disability. Bagi yang belum tahu, saya bekerja sebagai HR Manager di
sebuah syarikat swasta. Selama belasan tahun bekerja, saya telah melihat pelbagai kes
kemalangan. Ada yang cedera biasa atau ada yang hilang upaya. Jika berlaku situasi arjuna ditakdir
hilang upaya, wanita perlu gagah dan menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan
keluarga. Apa? Insuran dan SOCSO ada? Walaupun ada, latihlah wanita mengurus wang dengan
berhemat supaya peruntukan jumlah pampasan boleh diguna secara pintar. Maka arjuna
budiman, bersegeralah mendidik wanita jelita untuk bijak wang dan membina exit plan agar anda
dan keluarga terjaga jika arjuna gagah hilang upaya.

Nukilan : Marlia Ramli.


D yang ketiga adalah untuk departure. Saya terpaksa highlight juga perkara ini. Biasa dengar kan
pasangan curang tak kira isteri atau suami? Tapi disebabkan saya wanita, saya menulis bagi pihak
isterilah ye Katakanlah suatu hari nanti arjuna mula tersenyum-senyum sorang, tiba-tiba kacak
bergaya dan wangi ibarat bunga, tidakkah kita terfikir sesuatu yang aneh sedang berlaku? Tetiba
handphone diletak password, menjawab telefon di dalam toilet, tidakkah kita terasa pelik?
Katakanlah tetiba arjuna kita membuat keputusan untuk berubah angin? Katakan tetiba arjuna kita
asik memuji kejelitaan Neelopa? Maka sebagai ibu, wanita jelita perlu sediakan exit plan agar hidup
tidak menjadi lilin sengsara dan anak-anak tidak menderita.

D yang terakhir untuk divorce.


Ini adalah D yang paling kontroversi. Wanita jelita perlulah di sisi suami seumur hidup dalam susah
senang hingga ke Jannah. Tapi manalah tahu, masa kahwin dulu pinggang wanita bersaiz kerengga,
di masa sekarang pinggang bersaiz lori treler. Manalah tahu dulu body seseksi Mercedez tetiba
bertukar menjadi size ambulan. Bukan semua arjuna boleh menerima perubahan sebegini. Maka,
exit plan akan membantu wanita jelita. Menangislah sayang, tapi cepat-cepat kesat air mata dan
bangkit semula. Janganlah kerana kita tidak mampu menjana pendapatan, maka ibu hilang
kelayakan untuk memiliki hak penjagaan anak-anak. Ini tentulah akan mendukacitakan kita.
Sudahlah jatuh ditimpa tangga, suami pula dilari Neelopa, anak tidak diperoleh hak untuk dijaga.

Seriously saya menulis untuk peringatan sendiri. Sebab saya ini isteri dan punya anak yang perlu
dilindungi.

Tapi tak perlu bersedih dengan 4D di atas sampai stress tak tidur malam Cuma berjaga-jagalah

Belajarlah perlahan-lahan.
Berkawan dan luaskan minda
Minta arjuna bijaksana tolong beri didikan.
Terima hakikat, akal kita tidak sehebat arjuna
Mohonlah simpati arjuna untuk mengajar kita berdikari
Ingatkan diri, kita ini wanita lemah.
Kita ini bukan puteri raja, maka berusahalah sahabat.

Nukilan : Marlia Ramli.


DANA KECEMASAN

1- Rupanya ramai yang kurang jelas tentang dana kecemasan dan ini sedikit mengejutkan saya.

2- Maka, jadual di atas adalah anggaran kasar kadar dana kecemasan bagi seorang fresh graduate
pada kadar gaji RM2,500.00.

3 - Dana kecemasan ini adalah asas kewangan di fasa pertama diajar oleh guru saya. Bina dana
kecemasan sebelum memulakan sebarang pelaburan. Bina pertahanan kewangan barulah mula
menyerang pelaburan!

4 - Apa itu dana kecemasan? Bayangkan saja jika esok kita kehilangan pekerjaan, ditimpa bencana
atau hilang upaya. Kita tidak lagi mampu menjana wang dan tiada pendapatan pasif pula.

5 - Berapa lama kita mampu bertahan? Tempoh dan proses bertahan itu digelar dana kecemasan.
Dana yang membantu kita meneruskan hidup dalam situasi kecemasan.

6 - Berapa kadarnya? Minimum 3 bulan. Nak selesa, 6 bulan. Nak tidur nyenyak, 9 bulan.
Selebihnya laburkan supaya wang bekerja untuk wang.

7 - Tapi kalau yang bertahun-tahun hidup bergaji mahu berhenti kerja bagi melakukan perniagaan,
saya cadangkan 12 bulan.

8 - Apa pentingnya dana kecemasan? Sangat penting! Ini bagi memastikan kita tidak hutang Along
jika berlaku isu kesihatan, hilang upaya, kemalangan atau musibah. Dengan adanya dana
kecemasan, kita tidak akan korek lubang untuk menutup lubang.

9 - Boleh kah mula melabur jika belum punya dana kecemasan? Tanpa minimum 3 bulan saya
kurang galakkan. Ianya berisiko tambahan jika ilmu kurang di dada.

Nukilan : Marlia Ramli.


10 - Kerana konsep melabur adalah terkadang untung dan terkadang rugi. Dana kecemasan ini
adalah plan B di saat pelaburan dilanda kerugian.

11 - Tapi jangan salah faham. Pelaburan dan rumah pertama untuk didiami adalah berbeza. So,
buat kira-kira samada perlu beli atau tinggal menyewa.

12 - Mohon ingat juga. Pengiraan sesetengah sifu bagi kadar dana kecemasan adalah berdasarkan
kepada pendapatan bersih atau jumlah belanja.

13 - Namun saya berpegang kepada mazhab pengiraan kadarnya daripada jumlah pendapatan
kasar.

14 - Ya, kepentingan dana kecemasan bergantung juga kepada kehidupan peribadi masing-masing.
Dalam kewangan, mulakan satu persatu agar terdidik menjadi pelabur yang relax2 sudah...

15 - Kalau yang bujang, keperluan nilai dana kecemasan mungkin tidaklah sebesar individu
berkeluarga. Yang sakit mungkin kadarnya lebih besar berbanding yang sihat.

16 - Tak kisah berapa kadar dan mazhab pengiraan, saya fikir semua rakan harus punya dana
kecemasan. Sangat-sangat penting untuk punya dana kecemasan!

17 - Simpanlah di Tabung Haji atau ASB agar diri tidak pecah amanah. Pendosa kewangan selalu
ter"guna" dana kecemasan untuk bayar roadtax dan persekolahan anak. Tabiat ini sungguh
berbahaya.

18 - Kerana perkara yang boleh dirancang seperti perbelanjaan perayaan, road tax, persekolahan
hatta perkahwinan bukan sesuatu yang kecemasan!

19 - Kecemasan bermaksud sesuatu diluar jangka atau bencana. Yang mungkin menyebabkan kita
bakal mati sebelum mati akibat korek lubang tutup lubang hingga terbelit hutang memeningkan
kepala.

20 - Bermulalah sekarang. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang bencana. Ini bukan perkara
enteng duhai sahabat mulia.

21- Oh ya... Dana kecemasan cumalah usaha kita semata-mata. Selebihnya berdoa dan bertawakal
lah kerana kita punya Allah.

Nukilan : Marlia Ramli.


CADANGAN MENGHADAPI CABARAN RUMAH PERTAMA.

Kekadang saya berjumpa rakan-rakan lama masih ada yang menyewa diusia 30-an. Dan mereka ini
merupakan pemilik kereta hot and cool. Time berwhatapps pergghhh! Punya la updated iPong
sampaikan malu saya nak kuarkan henpon Nokia 3310 saya ni.

Belum citer bab pemakaian anak dan percutian keluarga lagi. Ada pula yang masih single dengan
komitment yang tidak lagi besar tapi belum memiliki rumah pertama. Malangnya pula usia sudah
meningkat ke 30-an. Siap bagitahu betapa beruntung dan selesanya tinggal di kuarters kerajaan.
Ada yang plan untuk tinggal di rumah pusaka di masa bersara nanti.

Dalam hati saya tertanya-tanya juga apakah sebab musabab kita belum memiliki rumah pertama?

Adakah individu yang belum memiliki rumah akan terus menanti dengan harapan harga rumah
akan turun atau membeli berdasarkan kemampuan kewangan yang ada?

Apakah penyebab menjadikan pembelian rumah ini satu 'ketakutan'?

Berikut adalah beberapa factor yang saya fikir merupakan cabaran dalam pembelian rumah.

Harga Rumah Terlalu Tinggi Dan Tak Selari Dengan Gaji.


Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) menyatakan harga rumah 4.4 kali lebih tinggi
berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia. Harga rumah secara amnya meningkat
saban tahun sebanyak 15% atau lebih. Kenaikan ini lebih cepat berbanding kenaikan gaji setiap
tahun.

Cadangan : Masih banyak juga rumah kos rendah dalam pasaran. Yang penting adalah bagaimana
kita melihat aspek rumah pertama. Kalau kita impikan rumah bertanah di Klang Valley sebagai
rumah pertama, bersedialah untuk marahkan kerajaan, mengutuk menteri dan menghina pelabur.
Pilihan kedua untuk rakyat marhaen seperti kita adalah tingkatkan productivity pekerjaan dan cari
pendapatan tambahan. Seriously no choice! Kita boleh buat kempen pakai baju kuning, merah
atau oren. Tapi hakikatnya kita masih tetap perlu berusaha untuk membina kehidupan sendiri.
Issskkkk (kesat airmata)

Kurang Nampak Peluang


Pada 2014, purata gaji rakyat Malaysia ialah RM6,833 bagi penduduk bandar dan RM3,831 bagi
penduduk luar bandar. Bilangan Bumiputera mewakili 68.6% daripada jumlah penduduk di negara
ini tetapi malangnya pemilikan hartanah bumiputera tidak mencapai 40%. Disebabkan persaingan
pada 2011 hingga 2014, pemaju berlumba-lumba menawarkan pelbagai pakej seperti rebate dan
pulangan tunai. Namun, masih ramai pembeli rumah pertama gagal ambil kesempatan ini
berikutan kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan pemilikan kediaman.

Nukilan : Marlia Ramli.


Cadangan : Banyakkan membaca dan pastikan anda tahu isu-isu semasa yang berlaku dalam
pasaran hartanah. Sentiasa beramah mesra supaya penulis ilmu sedar kewujudan anda. Ini tidak...
Setiap post anda memilih untuk jadi silence reader dan senyap je membaca. Like pun tidak, komen
dan share apatah lagi. Tetiba anda PM tanya soalan. Dah tentu la penulis kurang rajin nak layan
silence reader. Maklumlah, tak berapa nak mesra kan? Kan? Kan?

Permohonan Pembiayaan Ditolak


Umm lenguh jemari runcing saya membebel. Terdapat individu yang gagal membeli rumah
pertama disebabkan permohonan pembiayaan ditolak. Pada 2015 hampir 50% daripada
permohonan pembiayaan rumah ditolak. Dalam kebanyakan masa, sebabnya adalah kadar
komitmen hutang sedia ada terlalu tinggi, sangkut pinjaman pelajaran, tunggakan pembayaran
ansuran pinjaman kereta atau peribadi. Ini adalah fakta. Memang dah budaya dalam masyarakat,
asalkan ada payslip mula la nak beli kereta, nak kahwin guna personal loan, over spend credit card
dan bercuti di Hawaii. Rasa hipster la sangat selfie di obersee.

Cadangan : Hidup di bawah kemampuan, bayar PTPTN dan elakkan personal loan walau atas apa
sebab sekalipun. Takyah la nak acah-acah best berwelfie di restoran mahal. Potong segala
perbelanjaan yang tidak perlu duhai sahabat.

Kurang Membuat Kajian


Ini tentulah kes tersontot dan menyontot. Saya ada juga menerima kisah sedih beberapa rakan
kita yang tersontot semasa membeli rumah. Sebelum membeli pastikan anda kaji dulu latar
belakang syarikat yang menawarkan pembelian. Kalau beli rumah ada syarat kena pandai baca
Quran, dapat menunaikan umrah percuma atau harga gila kentang murah, mohon fikir sepuluh
kali. Lagi satu mohon kaji risiko kawasan rumah seperti ancaman tanah runtuh, kadar jenayah,
banjir dan lain-lain. Ketidakfahaman proses pembelian ini menyebabkan ramai pembeli ditipu atau
tertipu. Dilaporkan 20,000 broker haram berleluasa di pasaran mencalar reputasi dan
mengganggu periuk nasi lebih kurang 2,000 ejen hartanah berdaftar.

Cadangan : Hentikan gossip artis, cukuplah dengki mendengki. Dekati insan berilmu dan tuntutlah
ilmu supaya kita lebih peka cara mengkaji kawasan rumah yang ingin dibeli. Wang cumalah alat.
Tapi yang membantu kita dalam pembelian rumah adalah ilmu. Semak broker atau REN samada
mereka ini berdaftar atau sebaliknya.

Pelabur Adalah Orang Yang Tamak Haloba


Terkadang saya mengopi dengan beberapa rakan yang sangat sukakan pelaburan. Kami tergelak
besar bercerita tentang ostazah fesbok atau whatapps ini. Mereka ini tidak sukakan ilmu
bermanfaat, merasakan sesiapa yang berkongsi ilmu adalah golongan yang menunjuk-nunjuk dan
selalu keluarkan statement mengelirukan. Selalu sangat citer pasal jangan kejar dunia, jangan

Nukilan : Marlia Ramli.


tamak haloba, sabar syukur dan harta adalah fitnah bagai. Ada kengkawan pelabur saya yang
sedikit nakal stalk FB mereka ini kemain lagi astro 2-3 piring, kereta berjenama hot cool, upload
gambar percutian luar negara dan sangat gemarkan hiburan. Kenapa hiburan dipuja sedangkan
pelaburan dituduh pula gila dunia pula? Yang lagi best ada yang meniaga benda RM5 jual RM50
tak pula dikira kapitalis dan tamak? Bila fikir-fikir balik mungkin teknik pemasaran la kot ya? Ada
yang jenis nak perkenalkan perniagaan, upload la hadis dan gelar pelabur bab*. Fuuuhhh!!! Terus
femes dan ramai pengikut bersimpati lalu beli produk mereka. Malangnya kalau ada anak muda
bersikap begini nescaya pelabur tidak sudi berkongsi ilmu dengan anda. Maka rugi lah kerana
hilang peluang untuk mendapat direct coaching secara percuma

Cadangan : Saya tak de cadangan sebenarnya. Isu hasad dengki ni 100% bergantung kepada hati
pemilik. Sentiasa bina circle positive dan tinggalkan rakan yang negative. Arjuna beta selalu
berpesan, jika ingin menjadi luarbiasa, elakkan pengaruh orang biasa di dalam diri. Jauhi mereka
bagi melindungi kebijaksanaan minda.

Kesedaran Lambat Datang


Masalahnya kita hanya mengambil tahu sesuatu isu bila perlu sahaja. Kita tidak suka mengambil
ilmu selain apa yang kita mahu. Terkadang saya perati juga sesetengah individu bersikap terlalu
taksub kepada satu cabang pelaburan. Ini memungkinkan kita rugi akibat terlepas peluang
pelaburan yang lain. Di samping itu, kita mungkin berada dalam zon selesa dan tidak berminat
untuk mencuba. Sepatutnya ketika di university lagi kesedaran kewangan dan pelaburan perlu
dipupuk agar bila tiba masanya kita bersedia. Terkadang lagi sebulan nak beli rumah baru kelam
kabut nak cari modal, nak cari ilmu dan nak faham proses. Last-last kelaut lah kesilapan bertimpa-
timpa.

Cadangan : Jangan hadkan ilmu pelaburan anda. Buka minda dan belajar seawal usia. Sesiapa yang
ada anak, adik atau anak-anak saudara yang masih belajar, share atau tag lah mereka dengan post
ilmu yang bermanfaat. Nanti tak de la dapat gaji pertama terus beli kereta hot and cool kan?

Tidak Rela Keluar Dari Zon Selesa


Ya untuk membeli rumah pertama bukanlah mudah. Kita terpaksa mengorbankan keseronokan
muda, membuat kajian, mencari ilmu dan hidup di bawah kemampuan. Mana best kan hidup
cenggini. Balik kampung tentulah dipandang rendah sebab kita akan kelihatan biasa-biasa sahaja.
Lagi pula bagi yang tak cukup modal, anda terpaksa mengorbankan masa melepak tengok drama
Korea dan membuat dua kerja. Selama saya belajar kewangan ini ramai saya jumpa rakan yang
mengorbankan keseronokan muda semata-mata untuk membeli rumah seawal usia. Ramai juga
yang terpaksa disisihkan keluarga kerana menolak menjadi penjamin pinjaman. Dan bukan ramai
yang sanggup memiliki mind set hidup susah dan disisihkan sesiapa kan? Kan? Kan?

Nukilan : Marlia Ramli.


Cadangan : Elakkan untuk merasa hidup selesa. Andai kita ini tinggal di kuarter kerajaan atau
tinggal di rumah suami, sentiasa berusaha juga untuk memiliki rumah sendiri. Ini kerana dah
banyak post saya tuliskan mengenai nasib malang wanita jika kehilangan tempat bergantung.
Sebagai wanita yang sayangkan wanita, saya fikir kita semua perlu sentiasa bersiap siaga kerana
langit tidak pernah selalunya cerah.

Buat adik-adik kesayangan saya yang masih di university, sila ambil langkah berjaga-jaga agar tidak
perlu menghadapi cabaran untuk membeli rumah pertama. Bak kata sifu, belajarlah cara hidup
daripada orang yang pernah jatuh. Ini mampu menggelakkan kita merasa sakitnya luka. Maka bila
ada sesiapa berkongsi nasihat, dengarlah sayang. KENAPA DEGIL untuk mengikut gelodak hati
pula?

Saya harap cadangan saya yang tidak beberapa pandai ini sedikit sebanyak membantu anda
menangani CABARAN MEMBELI RUMAH PERTAMA.

TIPS MENCARI CINTA VERSI SAYA


Kenapa saya namakan tips CINTA? Kenapa bukan tips cabinet dapur, tips kipas syiling, tips ayam
paprik, tips periuk kera atau tips engsel pintu?
Adohaiii. Dah nama pun tips dari wanita yang romantic dan berjiwa pink. Tak kan nak guna tips
engsel pintu pula Tips periuk kera lagilah tak sesuai.
Kisah di bawah diadaptasi daripada kisah benar kehidupan saya sekeluarga. TIPS MENCARI CINTA
VERSI SAYA ini khas untuk newbies yang baru mula melabur atau pelabur kecik tepian pantai cam
saya.
Pelabur jerung mohon berenang di laut dalam ye. Saya segan dan tersipu malu pada anda yang
hebat.

C Cipta Peluang Dengan Segera:


Buat anda yang fresh grad, cipta peluang pekerjaan dan peluang pelaburan secepat mungkin.
Abaikan kengkawan hipster yang konon nak berehat dulu kat rumah la, nak travel acah2 selfie kat
obersee bagai Cari kerja secepat mungkin. Ini penting sebab anda perlukan payslip enam bulan
untuk membeli rumah. Tak mampu beli rumah? Okay, anda perlukan payslip tiga bulan gaji untuk
buat loan ASB. Lepas setahun dua terminate loan ASB combine dengan KWSP akaun 2 sebagai
modal beli rumah pertama.

Nukilan : Marlia Ramli.


Semua orang faham, zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Saya cadangkan mula mohon
jawatan bawahan dulu guna sijil SPM. Tak kisah la kerja gomen atau swasta. Sambil bekerja anda
berpeluang belajar persekitaran kerja dan mencari jodoh secara percuma. Sementara tu,
mohonlah juga jawatan lain yang lebih sesuai dengan kelayakan. Sambil menyelam, minum air.
Percayalah dik, peluang tak datang bergolek. Ianya perlu dicipta. Masih belum cukup wang
deposit? Buat kerja part time di pejabat macam menjual makanan.

I Impian Wajib Sebesar Dunia:


Masa saya fresh grad 13 tahun lepas, gaji saya lebih kurang RM1.5k Bersih tolak EPF, SOCSO,
PTPTN, zakat dan sedekah saya dapat la bersih dalam RM1.2K Gaji arjuna beta pun lebih kurang
sama. Kalau ikut logic hidup di KL anak sorang time tu, dah tentu saya dan suami tak mampu beli
rumah kan? Lepas setahun kahwin, saya tulis impian saya besar-besar dan lekatkan di tempat yang
senang nampak. Saya letak lima matlamat. Salah satu yang saya tulis adalah satu hari nanti kami
suami isteri nak beli tiga buah rumah di Klang Valley menyamai bilangan ahli keluarga saya waktu
tu. Alhamdulillah matlamat tu tercapai dalam tempoh kurang dari 9 tahun. Tapi bukan tiga
rumah, malah lebih sikit dari tiga rumah. Dan ianya beberapa tahun lebih awal daripada target
yang saya tetapkan.
Ini yang orang jawa panggil the power of dream. Selagi kita focus kepada impian yang besar,
insyaallah lambat laun akan tercapai juga. Saya selalu ingatkan diri, si miskin (macam saya) yang
berusaha dan berjiwa besar pasti akan tercapai matlamat.

N Nur Kan Hati Dan Buka Minda


Ustaz cakap Nur tu maksudnya Cahaya. Haaaa tu la maksud saya bersihkan hati dan elakkan
perasaan dengki mendengki macam Bani Melayu serdak kuih bernama Tipah. Bila orang kongsi
gambar percutian dikata menunjuk bahagia. Bila orang kongsi gambar makanan dikata menunjuk
kaya. Paling best, bila orang berkongsi hartanah atau kewangan dituduh kejam, tamak, kapitalis
dan periuk kera. Tuduhan sebegitu amatlah kejam duhai sahabat jelita rupa tapi kurang jelita
hatinya Siapalah kita untuk menghukum kehidupan orang lain.
Entahlah nasib Orang sudi berkongsi ilmu tanpa bayaran, bersyukurlah. Ilmu percuma pun
berkira, lagi nak menjerit ntah apa-apa. Bagi mencapai matlamat, terangkan hati dengan cahaya
pemikiran positif dan belajarlah berbaik sangka. Dalam konsep pelaburan, hanya ilmu mampu
menyelamatkan banyak keadaan. Banyakkan membaca dan dekati orang yang berilmu. Merendah
diri dan tanyalah soalan untuk belajar. Ular yang menyusur akar tak pernah hilang bisanya Time
ular nak patuk, selamba je dia keluarkan taring. Haaa kan mendapat!

Nukilan : Marlia Ramli.


T Tetapkan Pendirian
Hari ni saya membebel mintak anda melabur, anda pun melabur. Esok abam zuhud cakap pelabur
adalah kapitalis kejam dan pembunuh orang miskin anda mula goyang. Tak leh camtu sayangku
yang manis jelita. Anda kena tetapkan pendirian. Jangan biarkan sesiapa menentukan matlamat
hidup anda. Percayalah, dalam mencapai matlamat, yang menghalang akan lebih ramai dari yang
menyokong. Yang menghukum akan lebih ramai dari yang mendorong. Maka, dalaman kena kental
untuk menetapkan pendirian. Saya cadangkan anda tulis di kertas lima matlamat yang ingin dicapai
dan tempoh masa tertentu. Lekat kat cermin.
Masa anda tengok cermin, beritahu diri saya nak jalan terus dan tak akan pandang belakang. 3
tahun pertama perkahwinan, hidup keluarga saya memang tahap miskin lagi sedih Berjimat di
sana sini. Makan telur sepapan sebulan. Digelar kedekut piang tu dah biasa di telinga jelita saya ni.
Apa nak buat, saya memang perlu berjimat sebab kita ini bukan anak raja. Berjimatlah kalau itu
yang perlu dibuat bagi mencapai matlamat. Kalau sesiapa minta jadi penjamin pinjaman bank,
tetapkan pendirian bahawa ianya berisiko dan boleh membahayakan matlamat. Mungkin mereka
akan merajuk. Maafkan saja mereka kerana mereka belum faham matlamat anda. Sesiapa boleh
menilai apa saja tapi dipengakhiran yang menghukum adalah Allah cuma Ewaaahhh munyi cam
ostazah fesbok tak?

A Andai Gagal, Kenalpasti Sebab Untuk Terus Mencuba


Gagal? Itu biasa dik Siapa yang tak pernah gagal? Gagal memang la sakit tapi percayalah tempoh
kegagalan adalah proses yang menarik. Kenapa? Sebab semasa kita menangis kegagalan, kita akan
lebih matang. Kita akan lebih mengenali siapa di sisi dan siapa yang menjauh. Masa saya gagal
dulu, saya balik rumah dan pandang muka anak saya. Saya terfikir, ya Allah, kalau aku tak bangkit
melawan kesedihan ini, maka aku berdosa pada anak aku Cewaaahhh ala-ala drama Korea
sangat. Maka selepas mengeluarkan dialog drama dan mengusap rambut anak, saya tebalkan
muka dan terus berusaha. Walaupun kelat, saya paksakan diri untuk senyum sentiasa supaya anak
dan suami gembira. Andai gagal, setkan sesiapa saja sebagai idola sebab untuk anda bangun
semula. Idola anda mungkin Allah, ibu bapa, suami, anak, boypren, cleaner skolah, tukang masak
atau saya jelita otak Eh?
Dan tamatlah tips mencari CINTA versi ciptaan saya. Pasni kalau tips CINTA dah femes, ada yang
memandai ngaku dia yang reka cipta saya sumpah jadi periuk kera. Haha

Nukilan : Marlia Ramli.


JIMAT KOS MENYAMBUT BAYI DALAM KELUARGA
Saya bukan lah banyak pengalaman sebab saya hanya punya Double A. Sorang umur 11 tahun,
sorang lagi 4 tahun. Jarak mereka 7 tahun kerana kegilaan saya mengejar cita-cita. Alhamdulillah,
mendapat sepasang cahayamata sudah cukup melengkapkan rumahtangga kami.
Pakaian
Saya beli sikit je. Sebab masa lahir je baby, bertimpa-timpa kawan dan saudara mara bagi hadiah.
Cam kasut tak perlu beli. Bukannya baby berjalan pun. Sarung tangan dan kaki pun sama. Seminggu
lepas lahir barulah review yang mana tak cukup untuk dibeli. Terselamat lah wang daripada
pembaziran
Breast Feeding
Walaupun kita ini bekerja cuba tekadkan hati nak fully breastfeed. Ianya sangat berkhasiat untuk
kesihatan baby. Kalau ibu yang bekerja, anda perlu beli pum. Tak pe, beli yang berkualiti dan sedikit
mahal. Cam kes saya, arjuna beta hadiahkan double pump Medela. Jimatkan masa saya yang selalu
busy di pejabat. So, buat arjuna mulia di luar sana, semasa isteri mengandung, dah boleh buat
tabung untuk hadiahkan isteri breast pump yang berkualiti. Berkepuk-kepuk pahala anda nanti.
Lepas dua tahun complete penyusuan ibu, iklankan kat mudah.com. Jual balik. Duit tu tabungkan
ke akaun bayi. Spare botol susu juga tapi tak perlu banyak. Sebab sepanjang tempoh maternity
leave ibu bekerja perlu melatih bayi minum susu melalui botol.
Formula Milk Feeding
Kang ada yang over sensitive cakap tak mampu nak breastfeed nak wat camne? Tak mampu nak
breasfeed camne nak jimat? Okay tak pe.. Beli susu formula size kecik dulu. Cuba dapatkan pack
percubaan yang percuma di hospital untuk monitor kesesuaian baby. Tak de la terbazir kalau susu
formula tu tak sesuai dengan baby. Dah jumpa susu formula yang sesuai baru beli size besar. Tapi
tak perlu beli banyak2. Monitor kesesuaian bayi sebab terkadang hari ni sesuai esok mungkin tak
sesuai. Dah membazir stock yang banyak tu.
Barangan Terpakai
Barangan seperti stroller, buaian dan baby seater tak perlu la beli jenama baru semuanya.
Membazir dik Beli je second hand. Banyak website dan FB yang menjual barangan bayi terpakai
tapi masih elok dan berkualiti. Anda boleh berjimat 30% hingga 50% berbanding barangan baru.
Makanan Bayi
Bayi sebelum 6 bulan jangan diberi makan. Mematuhi nasihat doctor dalam penjagaan bayi adalah
sangat penting. Ini bertujuan bagi mengekalkan kesihatan anak di tahap maksimum. Selepas 6
bulan, masak dan bekalkan makanan bayi ke taska. Ianya lebih menyihatkan, kurang gula dan jimat.

Nukilan : Marlia Ramli.


Lampin
Cam kes Awliya dulu saya terpaksa pakaikan jenama mahal disebabkan kulitnya yang agak
sensitive. Tapi bila time Aqil ni pulak, kulitnya memang 100% tak de masalah. Maka kami pakaikan
lampin jenama yang murah sahaja. Dengan pengawasan rapi, kulit Aqil tak pernah ada masalah
dan dapatlah kami melakukan penjimatan di situ.
Kesihatan
Seperti dalam pelaburan, saya selalu guna konsep mencegah risiko lebih baik daripada mengubati
risiko. Maka Double A dilatih untuk minum Scott Emulsion dan vitamin C seawal umur setahun
hingga sekarang. Scott Emulsion pula yang pure minyak ikan yang warna putih. Saya tak de bagi
perisa oren bagai sebab terlalu manis dan ada gula. Dengan izin Allah, minyak ikan dan vitamin
membantu lindungi anak dari mudah mendapat jangkitan demam selsema kat taska. Al
maklumlah, kos ubat klinik bukannya murah. Kos pencegahan lebih murah berbanding kos
rawatan.
Simpanan
Sejak mengandung di hari pertama saya menggunakan konsep tiga ringgit sehari. Sepanjang
mengandung 9 bulan 10 hari saya selalunya berjaya saving dalam RM850. Pastu bersambung pulak
perjuangan menabung selama enam bulan selepas anak lahir yang jumlahnya lebih kurang RM540.
Di campur pula dengan wang pemberian rakan dan saudara kepada cahaya mata yang baru lahir,
jumlah simpanan pertama anak yang masuk ke akaun Ting pada usia enam bulan akan bernilai
RM2,000++
Kenapa saya saving tiga ringgit sehari? Sebab tiga digit mewakili MAMA LOVE YOU. Semoga
Double A tahu bahawa sejak mengandung mama sentiasa cinta dan ingatkan mereka. Selamanya

Nukilan : Marlia Ramli.


RUMAH PERTAMA KAMI

Ini gambar rumah pertama kami. Tapi bukan atas nama saya. Atas nama arjuna beta. Cuma segala
modal dan bantuan kewangan adalah daripada saya. Dan memang disengajakan letak nama arjuna
beta dahulu atas asbab beberapa perancangan kewangan kami di masa depan. Rumah ini dibeli
pada usia 24 tahun.

Kenapa bukan wang arjuna beta? Kerana waktu tu kami sama-sama miskin bandar. Gaji sama-
sama kecik sebab pekerjaan kami tidak mengikut kelayakan. Tapi tak apalah, gaji kecik pun asalkan
pekerjaan halal. Lakukan saja pekerjaan part time bagi menambah pendapatan.

Yang saya sangat hormati sang suami adalah beliau sentiasa berusaha melengkapkan belanja.
Hatta kami terpaksa mencatu belanja di sini sana, beliau sentiasa berusaha menunaikan nafkah
keluarga. Saya ditugaskan sebagai menteri kewangan mengurus aliran wang pendapatan kami
berdua. Dan gaji saya waktu itu ada juga ditambahkan serba sedikit yang mana tidak cukupnya.

Ya, tentulah seciput gaji arjuna beta habis diguna belanja harian. Dan gaji saya dikumpul sedikit
demi sedikit sejak hari pertama kahwin. Impian kami adalah untuk memiliki rumah pertama seawal
usia. Maka, sebab itulah guna wang saya. Dan kami gunakan nama suami kerana kami dah plan
pengunaan nama saya bagi rumah kedua merangkap rumah impian. Long term planning kata
omputih.

Waktu tu kami survey rumah subsale tapi rasa diri cam tak mampu. Mahal dik nak bayar deposit
dengan gaji ciput miskin bandar kami waktu tu. Kemudian tengok rumah lelong, tapi tak berani
beli sebab wang simpanan tak banyak dan ilmu pun tiada. Lurus dan tak reti nak fikir pun. Ye la,
kahwin pun di usia muda seawal 23 tahun.

Nak try beli rumah penakut sangat. Bila duit tak banyak maka hati jadi "kecil". Tanpa wang
simpanan yang kukuh, jiwa jadi tidak berani. Ketika itu bukanlah mudah mencari motivasi juga ilmu
kerana ketiadaan FB dan internet yang terhad. Harapkan belajar daripada guru seperti bos, beli

Nukilan : Marlia Ramli.


buku, rakan sekerja dan saudara mara je la. Dan bukan semua orang bermurah hati untuk kongsi
ilmu secara percuma. Tu yang bermula beli rumah undercons bersize kecil pada rebate 10%.

Masuk je rumah baru ni, beria-ria kami cat dan hias mengikut warna yang kami suka. Walaupun
rumah kecil kami hiasi setiap sudut dengan kasih sayang dan rasa cinta. Cukuplah untuk kami yang
ketika itu hanya punya seorang anak. Rumah kecil pun bahagia juga! Yang penting kekal bercinta.
Ewahh!

Inilah rumah pertama kami yang kecil. Antara bertandang, ada juga yang mencebik muka. Graduan
universiti di rumah sempit semata-mata? Tak kelas langsung!

Sang suami hatinya kental. Beliau selamba derk je dengan kata-kata sebegitu rupa. Tapi saya
terlebih mengada menyorok dalam tandas sambil menangis. Sudahlah bergaji kecil, lalu dipandang
rendah pula. Ikat perut dan kawal kewangan tak perlulah cerita. Basah hujan merempit adalah
kisah biasa.

Senjata arjuna beta adalah doa, doa dan doa. Sungguh-sungguh doa dan tak tahu bagaimana kami
mula dapat tawaran pekerjaan dengan gaji yang lebih setimpal dengan kelayakan. Pendapatan
mula meningkat seiring dapat anak pertama. Inilah rezeki anak. Beberapa tahun kemudian setelah
bertukar kerja dan dinaikkan jawatan, kami bukan lagi si miskin bandar. Gaji kami suami isteri tiba-
tiba Allah jadikan cukup untuk membeli rumah idaman hati.

Oh ya, rumah yang dalam gambar ni sekarang dah berusia lebih 10 tahun. Umur dibeli adalah 24
tahun. Disewakan kepada pasangan muda sebagai keutamaan dengan niat nak memudahkan
kehidupan mereka juga. Walaupun rumah kecil, dapatlah menjana seciput pendapatan pasif
secara bulanan. Syukur dengan rezeki anak-anak. Dapat juga tambahkan zakat juga sedekah.

Buat adik-adik semua. Biarlah dipandang hampeh oleh manusia. Yang penting Allah akan
merancang yang sebaiknya buat sesiapa yang diingini. Martabat kita bukan di mata manusia, tapi
di mata Yang Esa.

Maka duhai anak muda yang disayangi. Saya cuma nak beritahu, jangan malu miliki rumah pertama
yang kecil saja.

Berusahalah beli rumah seawal usia. Mulakan kehidupan dengan impian yang kecil dahulu ya...
Kemudian barulah sedikit demi sedikit memiliki rumah impian pula.

Jangan peduli dihina sesiapa. Jika rasa susah, tirulah arjuna beta. Doa secara spiritual selepas solat
dan doa secara material melalui usaha. Jangan jadi lemah seperti saya. Selalu sangat menyorok
dalam tandas sambil menangis luka. Kalah drama Korea!

Nukilan : Marlia Ramli.


Inilah kisah tidak seberapa daripada keluarga saya. Dan INILAH SYURGA KECIL kami suatu masa
dulu.

Semoga memberi motivasi buat anak muda ya. Moralnya, jangan malu beli rumah kecil sebagai
rumah pertama. Biar rumah kecil tapi bukan rumah sewa! Yang penting, kekalkan bercinta ya.

Janjilah bahawa anda tak menganggap penulisan sebegini seolah-olah menunjuk-nunjuk pula.
Niatnya sekadar memberi motivasi. Takutlah saya kalau dianggap menayang pula. Astafirullah
Gayat hati pula rasa.

Oh ya, saya ini tidak banyak ilmunya. Sebab itulah sebagai HR, saya gemar menulis dalam bentuk
motivational story telling. Diharapkan dapat menyentuh hati kerana saya sentiasa menulis dengan
hati. Semoga sedikit memberikan kita jariah juga pahala.

BELI RUMAH TANPA PAYSLIP?


Ceh! Selalu cakap citer pasal orang yang makan gaji je. Habis! Kami suami isteri saudagar kuih dan
penjual roti jala ni camne pulak? Payslip pun tak de. Camne kami nak membina harta? Camne kami
nak dapatkan kelulusan pinjaman perumahan? Apa daaa saya ni
Alaaa comelnya la saudagar kuih dan penjual roti jala kesayangan saya ni. Baiklah tuan puan
yang kacak lagi budiman. Ini ada beberapa cara yang anda boleh pakai jika anda ini ingin
mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman perumahan tapi anda tidak mempunyai slip gaji.
Lets check it out!

1- Daftar Perniagaan
Daftar perniagaan anda dengan SSM dan pastikan anda membuat taksiran pendapatan anda
dengan LHDN setiap tahun. Ini akan menyakinkan bank untuk memberikan pinjaman. Bank ingin
memastikan betul ke perniagaan anda ini wujud dan sejauh mana kapasiti kemampuan anda
menjana pendapatan.

2- Bina Rekod Dengan Bank


Ramai yang recommend buat kad kredit untuk bina rekod hutang yang masih suci dan murni. Tapi
bagi saya credit card mampu mencemarkan kesucian pengurusan kewangan jika tersalah guna.
Maka saya gemar cadangkan anak muda buat ASB Loan sebaik mula bekerja. Jaga rekod

Nukilan : Marlia Ramli.


pembayaran selama 6 bulan 12 bulan. Ada beberapa bank cam Maybank dan CIMB menganggap
ASB Loan sebagai pendapatan tambahan. Pastikan rekod pembayaran cantik kerana bank sentiasa
menilai karakter dan disiplin pembayaran. Ini meninggikan lagi peluang untuk bank meluluskan
pinjaman perumahan anda.

3- Uruskan Pendapatan Secara Pintar


Jika anda ada business sendiri, tetapkan gaji bulanan dan carum KWSP secara konsisten. Elakkan
sekadar transfer gaji anda secara online dengan jumlah yang tidak menentu. Ini akan menjadikan
bank kurang yakin. Kalau nak lagi cantik, buat payslip dan cop syarikat ke atas payslip sebagai bukti
sokongan. Di mata bank, anda memiliki dua pendapatan tetap iaitu pendapatan gaji dan juga
caruman tetap KWSP.

4- Elakkan Personal Loan Dan Car Loan


Anak muda wajib elakkan personal loan dan car loan sebelum melakukan permohonan beli rumah.
Ini akan meninggikan DSR dan mengurangkan peluang untuk bank meluluskan pinjaman
perumahan. Dah banyak kali dah saya yang tua ni membebel. Personal Loan dan Car Loan adalah
hutang yang kejam dan jahat duhai adik yang pintar lagi budiman.

5- Rumah Pertama Adalah Alat Pelaburan


Ramai anak muda mengimpikan rumah bertanah size padang bola sebagai rumah pertama.
Tersangat rugi di usia muda menanggung hutang semata-mata untuk impress bakal mentua.
Relax2 suda. Rumah pertama sepatutnya menjadi alat pelaburan. Beli rumah pertama di bawah
kemampuan dan sewakan. Hasil sewaan yang di cop LHDN boleh menjadi pendapatan tambahan.
Beberapa ketika kemudian, rumah pertama anda akan menjadi mesin ATM dalam bentuk gandaan.
Time tu ikut suka andalah nak beli rumah pelaburan kedua atau rumah bertanah size padang bola.

6- Bersihkan Rekod CCRIS


Ingat kancil Bank sentiasa melihat rekod pembayaran hutang anda selama 12 bulan. Maka, dalam
tempoh itu pastikan rekod anda suci murni tanpa rekod lewat bayar. Jangan ada nombor dalam
kotak-kotak rekod hutang kecuali nombor 0. Jika CCRIS terpapar digit selain angka 0, ini
bermakna anda ini sejenis hamba Allah yang kurang pintar mengurus hutang dan juga pendapatan

Nukilan : Marlia Ramli.


bulanan. Lagi satu, PTPTN jangan lupa. Klu PTPTN tak bayar, confirm masuk CCRIS. Kalau masuk
CCRIS, confirm permohonan tak lepas. Jangan main2 dengan PTPTN. Kecil2 cili padi tau!

7- Pastikan Ada Simpanan Tetap


Setiap bulan, seperti rakan yang makan gaji, anda wajib asingkan simpanan secara tetap. Ini
memerlukan anda berdidiplin selama 6-12 bulan. Anda boleh photostat buku akaun sebagai
sokongan kepada permohonan perumahan anda. Bank memang sangat memuja pemohon yang
memiliki sikap menabung secara berdisiplin.

8- Lebih Muda, Lebih Bagus


Tahukan anda bahawa bank amat meminati peminjam muda? Disebabkan saya ini tidak pandai,
saya selalu menulis ala-ala newbies. Focus pembaca saya adalah Double A dan adik2 muda untuk
membeli rumah seawal usia. Pengalaman saya suami isteri tidaklah banyak sebab kami hanya
memiliki beberapa unit rumah sahaja sekarang. Dulu sebelum usia 27 tahun, kami hanya membeli
dua unit rumah bertanah. Terasa sangatlah rugi! Sepatutnya dengan ilmu mungkin kami patut
memiliki sekurang-kurangnya empat rumah sebelum berusia 27 tahun. Ini kerana jika membeli
hartanah di usia muda, peminjam berpeluang mendapat pembiayaan dalam tempoh maksimum.
Maka kadar bayaran bulanan akan lebih rendah dan memberikan peluang untuk kita beli rumah
pelaburan seterusnya!
Dan banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan bagi membuatkan bank jatuh cinta dan meluluskan
pinjaman perumahan walaupun tanpa payslip. Tentulah ini memerlukan disiplin dan kesungguhan
daripada lubuk hati yang paling dalam.

Nukilan : Marlia Ramli.


MENCANTIKKAN SCOR CTOS

Gambar ini adalah contoh markah yang dipaparkan oleh CTOS.

Secara amnya, rekod CTOS yang baik akan berada dalam lingkungan markah 697 hingga 850.
Namun ini bukanlah bermakna skor yang rendah itu adalah skor buruk. Apabila pemberi
pinjaman/bank menilai permohonan pinjaman atau kredit baru, pegawai mungkin mengambil
beberapa factor lain sebagai aspek pertimbangan selain daripada skor credit.

Janganlah risau aduhai rakan. DSR bukanlah satu-satunya factor penentu kelulusan pinjaman
rumah anda. Asalkan kena caranya, DSR bukanlah masalah besar.

Namun, jangan ingat ianya tidak penting pula. Dalam kebanyakan masa, record CTOS memainkan
peranan yang agak penting bagi membantu anda mendapatkan kelulusan pinjaman. Dalam sebuah
meeting, saya sempat berjumpa dengan Sales Manager yang bekerja di CTOS Data System Sdn
Bhd.

Menurut Ms. Jeanie, pemberi pinjaman berlesen dan Along berdaftar juga sudah mula
menggunakan perkhidmatan CTOS bagi lebih mengenali tabiat pembayaran pemohon pinjaman.
Haaaa Jangan ingat bank je guna CTOS. Di masa depan, Along pun tak mau tolong andai kita ini
tidak mengurus kewangan dengan baik.

Secara dasarnya, memiliki skor kredit yang tinggi dalam CTOS memberikan anda peluang yang
lebih cerah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman.

Alaaa.. susah la camni kan? Semakin nipis la peluang kita nak menambah harta melalui pembiayaan
bank. Okay.. saya faham kerisauan anda. Sebagai sahabat yang sangat menyayangi anda, maka
saya share sedikit cara mudah untuk menjadikan skor CTOS anda kelihatan kacak lagi jelita.

Nukilan : Marlia Ramli.


1- Jangan Lewat

Pastikan bayar setiap hutang sekurang-kurangnya pada kadar jumlah minimum tepat pada
masanya. Sekiranya due date 1hb, pastikan pembayaran dilakukan sehari dua lebih awal.

2- Jangan Ponteng

Anda perlu pastikan pembayaran setiap bulan tiada yang tertunggak. Sekiranya terdapat bayaran
bulanan yang terponteng, rekod CTOS akan naik nombor selain 0. Maka, tak kacak jelitalah skor
anda. Ini mengurangkan peluang untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman.

3- Jangan Melebih-Lebih

Semak kemampuan diri dan berpijak di bumi nyata. Meminjam melebihi kemampuan anda akan
memungkinkan skor menjadi rendah. Mohonlah pinjaman perumahan yang bersesuaian dengan
pendapatan anda. Ini kerana, system CTOS melihat anda sebagai individu yang tidak realistic dalam
mengatur kewangan.

4- Jangan Mengada

Pastikan anda hanya memohon kad kredit baru jika anda benar-benar memerlukan. Jangan
mengada asal didekati oleh salesman di pasaraya, laju je anda sign untuk borang permohonan.
Memiliki kad kredit tanpa kawalan akan menjerumus anda kearah perbelanjaan melebihi
kemampuan.

5- Jangan Lari

Anda kenal siapa anda. Jangan lari dari masalah jika anda selalu lewat bayar, kerap bergaduh
dengan pasangan, mempunyai rekod yang buruk dalam berhutang malah disenaraikan dalam
senarai orang bangkrap. Percayalah, rekod anda tak akan terpadam dengan sendiri melalui kuasa
ajaib. Segera dapatkan bantuan seperti AKPK dan Jabatan Insolvensi. Agensi sebegini ditubuhkan
untuk membantu individu yang memiliki kewangan kategori tenat.

6- Jangan Memandai-Mandai

Mengakulah jika kita ini belum pandai. Jangan nak acah-acah memandai pula. Carilah ilmu
kewangan. Berhentilah tonton drama fantasi Tukang Cuci berkahwin Putera Raja. Berhentilah
membaca novel seram atau cinta. Berhentilah follow Fesbok gossip retis. Itu semua racun
kebijaksanaan minda. Follow, like, share ilmu bermanfaat. Jangan membenci ilmu. Jangan
membenci sesiapa yang post ilmu bermanfaat. Di luar sana sangat ramai orang yang berjaya. Tapi

Nukilan : Marlia Ramli.


berapa ramai yang sanggup berkongsi resepi pencapaian mereka dengan kita? Berapa ramai yang
sudi menasihat secara percuma? Kebanyakan gemar berkongsi percutian gah, kereta mewah atau
skim cepat kaya semata-mata Sila tepuk dada tanya hati. Maka mulai sekarang, hargai sesiapa
saja yang sanggup memberi ilmu bermanfaat. Barulah berkat setiap kesedaran yang diperolehi.

Insyaallah Jika anda mampu mematuhi langkah mudah di atas, skor anda akan cantik dan
memudahkan anda untuk mendapatkan kelulusan pembiayaan.

BIAR APAPUN, DALAM HIDUP PILIHLAH KEBAIKAN

Terkadang yang paling menakutkan saya adalah bila kita terlalu mengejar kemewahan, kita
melupakan nilai murni, adab, kesopanan dan hati yang baik. Maka, saya selalu berharap agar kita
semua sering mengutamakan juga segala yang baik-baik agar bahagia hendaknya hidup. Kerana
kita ini bukanlah hanya hidup di dunia tapi juga hingga akhirat sana.

Biar Simpan Sedikit Asalkan Mencuba.

Ye la, biasa kita dengar anak muda sering beritahu betapa keciknya gaji hingga tak mampu
menabung minimum 10%. Tak pe dik, kalau camtu mulakan saja 5% dan naikkan seiring dengan
peningkatan gaji. Kalau asal bonus je nak melaram tukar sport rim, memang la sampai bila-bila
simpanan langsung tiada. Rugilah kita!

Biar Busuk Di Mata Asalkan Poket Berada.

Aisshh mana boleh kan? Kalau tak letak iFon atas meja masa lepak mamak memang tak sah la.
Malu kot kalau ketinggalan zaman. Ummm... Kena buang pemikiran camni duhai sahabat. Trend
gadget sentiasa bertukar, tapi kalau minda masih terjajah lambat laun kehidupan menjadi barah.
Biarlah kita hidup di bawah kemampuan semata-mata asalkan poket kita bahagia.

Biar Lambat Asalkan Bermula.

Ala kak... Saya dah lambat dah. Dah kerja 3 taun saving zero, PTPTN tak bayar, CCRIS dah tentulah
hancur berkecai... Betul tu sahabat, tapi selagi tak mula ubah selamanya kekal begitu. Saya selalu
fikir, cari je la pendapatan tambahan dan potong perbelanjaan. Lebihan wang cantikkan saja CCRIS.
Lepas 12 bulan CCRIS cantik baru mulakan pelaburan. Pelabur sejati bersikap relax - relax suda
kan?

Nukilan : Marlia Ramli.


Biar Perkara Kecil Tetapi Ianya Penting.

Terkadang kita malas nak menabung sebab fikirkan gaji seciput dan tidak berbaloi. Padahal yang
sikit ni la bakal jadi puluhan, ratusan, ribuan dan seterusnya. Potong rancangan berbayar, tukar
data plan internet ke lebih murah, kawal penggunaan elektrik, hilangkan tabiat merokok dan lain-
lain. Potongan perkara kecil sebegini bakal memberikan kita peluang membina tabung yang lebih
penting nilainya.

Biar Susah Jangan Menadah-Nadah.

Ya, semua orang pernah melalui zaman kesusahan. Hatta ditimpa kemalangan, kesihatan juga
ujian. Time ni dana kecemasan adalah bantuan pernafasan kewangan kita. Biarlah kita ini susah
tapi pastikan tangan kita tidak ditadah - tadah. Seawal tahun pertama kerja mulakan membina
dengan setengah bulan, sebulan, dua bulan hinggalah enam bulan ke 12 bulan dana kecemasan.
Selagi kita mencari jalan, alasan bukanlah menjadi cabaran.

Biar Kurang Jangan Hingga Lupa Memberi.

Di zaman ini kita selalu fikirkan asalkan kaya baru berzakat. Padahal rezeki kita adalah apa yang
dikongsi dengan golongan memerlukan. Nak kaya, tapi menggigil bila sesekali belanja kawan. Nak
murah rezeki, tapi bakhil untuk kenyangkan anak dan juga isteri. Sedekah pula biarlah dalam
konteks yang lebih meluas. Kalau bukan dalam wang ringgit, buatlah kelas mengajar memasak ke,
menjahit ke atau kewangan ke. Mengajarlah hatta cuma sebaris ilmu. Jangan tunggu pandai baru
berkongsi tapi kongsilah sehingga pandai. Memberikan kasih sayang, menyenangkan hati rakan
serta menyuntik motivasi sahabat juga adalah sedekah. Biar kita ini kurang wang, kurang ilmu dan
kurang bahagia. Namun sebarkan saja kekayaan dalam konteks yang lebih meluas. Dunia akan
lebih aman dan indah. Percayalah!

Biar Dilukai Jangan Lupa Pada Allah

Saya faham, bila susah hati kita mudah jadi sensitive dan rasa rendah diri. Duhai anak muda yang
saya sayang, ingatlah bahawa kita sentiasa punya Allah. Camne dipandang haprak pun, Allah dah
cakap kita ini merupakan makhluk sebaik-baik kejadian. Maka camne terluka pun janganlah
rendahkan martabat dengan menjauhkan diri daripada pencipta. Lagi kurang amalan kita, semakin
sempitlah rezeki dan semakin hilanglah keberkatan dunia. Bila rasa bersalah dan keseorangan,
mohon bantuan Allah. Ini bermakna Allah rindu rintihan dan rayuan kita duhai sahabatku sayang.

Nukilan : Marlia Ramli.


KESILAPAN KEWANGAN SAYA
Disebabkan saya selalu post tip-tip mudah keluarga kami, jangan ingat kami suami isteri tak penah
silap. Banyak kesilapan yang saya dan arjuna beta pernah buat dalam kewangan. Maklumlah,
kahwin di usia mentah, usia 24 tahun dah jadi mak ayah, maka terkial-kial belajar mengenal dunia.
Time tu guru dan mentor pun belum ada. Maka tidak mustahil kami pernah terbabas dan
melakukan beberapa kebodohan dalam kewangan :

Kesilapan Pertama : Pembelian Kereta


Kesilapan ni berlaku pada tahun ketiga perkahwinan. Waktu tu gaji saya dah meningkat hampir
tiga kali ganda berbanding awal perkahwinan. Maka terasa macam gaji terlebih-lebih pula. Tetiba
terus nampak kereta Wira biru tersangatlah tak comel. Dengan sepantas kilat kami berganding
bahu buat kebodohan dengan membeli kereta baru berjenama import full spec yang hot dan
cool time tu berharga RM90,000. Sejak hari itu bermulalah pembayaran saya keluarkan
RM860.00 sebulan. Kalaulah kami kekal memandu Wira En Fuad dengan bayaran RM400.00, baki
RM460.00 boleh dilaburkan melalui ASB Loan atau hartanah selama beberapa tahun. Memang
silap!

Kesilapan Kedua : Renovate Rumah


Kesilapan ini berlaku pada tahun kelima perkahwinan. Sejurus kami mendapat kunci rumah kedua
iaitu rumah corner lot dua tingkat. Disebabkan excited sangat kami tidak melakukan perancangan
yang teliti dan tak sedar dah menghabiskan hampir RM100,000.00 tunai untuk syiling, grill, dapur,
laundry, cat, cabinet, barangan baru dan segala-galanya. Macamlah dah tentu nak pencen di situ.
Daripada menghabiskan wang tunai sebanyak itu sepatutnya kami membeli rumah sub sale atau
dua buah rumah lelong RM50,000 dan disewakan bagi menjana passive income. Memang silap!

Kesilapan Ketiga : Tidak Berguru


Kami bermula diusia muda belajar mengurus kewangan tanpa bantuan sesiapa. Saya ada la ikut
beberapa step mak saya sebab beliau wanita pintar dalam bab pengurusan kewangan keluarga.
Selebihnya saya ikut kepala dan pemahaman sendiri. Akhirnya sejak saya kerja kat sebuah MNC di
Subang Jaya, director saya adalah individu pertama yang jadi sifu saya yang rasmi. Sekarang ni saya
dah ada beberapa sifu dan saya memang sentiasa patuh kepada garis panduan sifu-sifu saya. Ye
la.. kalau kita ni bodoh, tak perlulah sombong pula kan? Bila dah mula berguru, barulah tersedar
betapa banyaknya peluang yang kami dah terlepas. Hakikatnya kalau betul-betul berilmu, tak perlu

Nukilan : Marlia Ramli.


umur 33 tahun untuk capai beberapa matlamat kewangan. Mungkin sebelum 30 tahun dah
tercapai. Memang silap!

Kesilapan Keempat : Tak Ada Maknanya.


Eeeehhh Dah tak de maknanya nak silap kali keempat Selepas tiga kesilapan yang bernilai
hampir RM200,000 ditambah dengan pembaziran usia muda dalam tempoh 5 tahun, kami telah
lakukan post mortem dan berjanji tidak akan buat kesilapan yang sama lagi. Bagi membuat
pelaburan kami berpegang kepada prinsip leverage. Bagi pembelian kereta dan renovate
rumah, kami hanya akan lakukan by using OPM- Other People Money. Sekarang ini rumah kami
selamba je pagar hijau yang pemaju pasang sejak asal Dulu ada terfikir nak upgrade pagar tapi
Allah tolong jadikan kami busy time tu Lepas terkenangkan kesilapan lepas, saya berjanji pada
diri, cukuplah! Serik!

CARA SAYA MENJAGA KEKEMASAN RUMAH

Pada usia 27 tahun saya dan suami telah berjaya membeli rumah idaman hati hasil berjimat dan
mengikat perut. Bukanlah rumah mewah cuma double stories corner lot. Dapatlah anak-anak
bermain dan berpijak di tanah.

Betul, bila anak-anak tengah membesar sangat susah nak kekalkan kebersihan dan kekemasan
rumah. Cam pasangan lain yang stay kat KL, kami suami isteri keluar umah 6.30 pagi balik umah
7.30 malam setiap hari.

Tapi sejak mula kahwin sampai sekarang, kami sangat mementingkan keselesaan dunia kecil
kami. Bagi kami biar rumah tidaklah mewah, yang penting kemas dan selesa.

Nukilan : Marlia Ramli.


Berikut adalah amalan atau tips mudah yang kami lakukan setiap hari supaya rumah sentiasa
sedap mata kami pandang :

1 - Kemaskan katil setiap pagi. Bantal selimut segala dikemaskan. Jangan biarkan bersidai
seharian.

2 - Jadikan tabiat untuk berus tandas dan lantai bilik air semasa mandi. Asalkan mandi je beruslah
tandas juga bilik air yang mana patut.

3 - Mendobi, menjemur, melipat dan iron pakaian diwaktu malam. Jangan ada bakul letak
pakaian. Terus lipat simpan dalam almari.

4 - Segera lap kotoran dan minyak selepas masak. Jangan tangguh. Lagi bertangguh, kekotoran
lagi susah disental.

5 - Vakum dan mop lantai dapur selepas dinner. Jadikan kebiasaan. Jika dah terbiasa, tak akan
wujud istilah susah dan malas.

6 - Susun kusyen sofa sebelum naik ke tingkat atas. Tak mau senget2... Wajiblah ada KPI
walaupun sekadar kusyen je kan? Hehe

7 - Kemas bilik anak semasa teman anak belajar. Terapkan didikan dengan anak-anak tentang
kebersihan. Anak yang terbiasa akan faham nanti.

8 - Segera cuci pinggan mangkuk setiap kali digunakan. Jangan biarkan hatta sebatang sudu
terbiar dalam sinki.

9 - Menabung. Ehhh! Apa kaitannya? Tentulah ada kaitannya. Pastikan sentiasa ada dana
kecemasan untuk terus repair jika rumah berlaku kerosakan.

Nampak macam penat tapi sebenarnya sangat mudah sebab kami membahagikan tugas secara
rutin.

No. 1-3 arjuna beta buat, no 4-7 tugasan akak dan no. 8-9 dilakukan secara giliran.

Lagipun bila dilakukan setiap hari, kuantiti tugas adalah ringan dan tidak membebankan. Berat
sama dipikul, RINGAN SAMA DIJINJING.

Nukilan : Marlia Ramli.


TIPS KEWANGAN MUDAH DI TAHAP TADIKA

Fokus membina dana kecemasan pada masa kritikal - berpeganglah Motto pengakap `Sentiasa Sedia'

Bila menabung, gunakan teknik beregu suami isteri tercinta bergabung meletup seperti Adam Stacy

Lebihan dana kecemasan, beli harta sebenar elak wang diperam dalam simpanan - savers is a loser

Hutang boleh membantu anda membina harta - semak rekod CTOS dan bina hutang berakhlak mulia

Mulakan pelan pelaburan secara berkala - labur di tempat yang pulangan tinggi berbanding FD

Cash is king - dengan cinta anda boleh beli kasih sayang, dengan duit anda boleh beli rumah

Kejahilan adalah dosa kewangan - baca buku dan bertegur sapalah dengan orang berilmu.

Kawal kewangan dengan ketat - bak kata pepatah, she who has the gold makes the rule

Uruskan hutang piutang secara pintar - utamakan hutang kecil berfaedah tinggi dulu

Cinta itu buta tapi manusia bermata - bila bab kewangan usah menyerahkan segala

Didik anak mengenal wang - Jangan benarkan anak membesar mengabihkan boreh

Unfriend kawan tidak sependapat - hujah mereka akan mengelirukan semangat

Unfollow gossip dan kawan negative - ianya meracun kebijaksanaan minda

MENDIDIK ANAK MENGURUS WANG

Selaku ibu yang masih belajar saya dengan rendah diri berkongsi sedikit bagaimana Double A didedahkan
dengan ilmu pelaburan dan kewangan. Namun awal-awal saya memohon maaf jika terdapat bahasa yang
dianggap menunjuk-nunjuk atau tidak sesuai digunapakai oleh anda di luar sana. Tak gitu?
Muuaahhciked! Ehhh! Haha!

1- Tanggungjawab Terhadap Wang

Kajian membuktikan anak cenderung untuk copy paste sikap ayah dan ibu. Bila sang ayah memberi nafkah
bulanan kepada si ibu, adalah dicadangkan supaya beri di hadapan anak-anak. Ceritakan pada mereka
bahawa wang datang bersama tanggungjawab. Beritahu mereka bahawa setiap arjuna wajib menunaikan

Nukilan : Marlia Ramli.


nafkah bulanan kepada bidadari rumah. Dan ibu pula wajib berterima kasih kepada sang ayah di hadapan
anak-anak. Jangan mengomel tidak cukup la, nafkah sedikit lah, arjuna tak kacak seperti Aaron Aziz la..
Haha! Didik anak agar berterima kasih atas setiap tanggungjawab yang ditunaikan. Ajar juga mereka
mengenal risiko dan kaedah menangani cabaran dalam perhubungan.

2- Bina Pemahaman Tentang Konsep Gaji.

Bila kita mendapat gaji sebutkan di hadapan anak-anak bahawa gaji ini perlu diasingkan dalam simpanan
bagi tujuan pelaburan. Mendidik anak2 untuk menyimpan 10% adalah terlalu sedikit bagi melindungi masa
depan ahli keluarga yang melebihi empat orang. Sekurang-kurangnya set kan dalam minda mereka bahawa
gaji perlu diasingkan 15%-50% sebulan sebagai simpanan dan permulaan pelaburan

3- Hidup Dibawah Kemampuan

Alamak! 10% pun tak boleh simpan camna nak simpan 15%-50%? Mudah saja. Didik keluarga hidup di
bawah kemampuan. Berbelanja tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan. Double A memang
hidupnya sederhana tidak ada gaya anak Engineer apatah lagi Manager. Double A tidak mempunyai
handphone atau ipad seperti rakan sebaya. Adalah sebiji ipad tua di rumah kami yang diperolehi ketika
cabutan bertuah. Itu pun penggunaannya sangat dikawal selia. Game dan permainan hanya diperolehi
sempena hari jadi atau jika ada pencapaian cemerlang. Tak apa lah mama dan papa ini asalnya orang
kampung. Biarlah Double A juga merasa sedikit sebanyak nilai hidup yang sederhana. Pakaian mereka juga
kebanyakannya dibeli di pasaraya biasa. Asalkan selesa okay what?

4- Libatkan Anak-Anak Dalam Perbualan

Ketika makan dan di dalam kenderaan adalah masa terbaik untuk memupuk minat anak-anak mengenal
wang. Benar, mereka akan bertanyakan soalan yang mungkin menganggu perbualan anda suami isteri.
Tenang-tenang dan bergembiralah untuk melayan soalan mereka. Melalui itu anda sebenarnya sedang
memupuk minat mereka bagi menjadi celik wang dan pelaburan. Ayah ibu perlu mengetahui bahawa anak
kecil mampu menilai dan faham mengenai wang seawal dua tahun. Maka, diwaktu kecil kita patut mula
mendidik ilmu kewangan terhadap anak bagi menambahkan umat celik wang.

5- Didik Anak Jadi Pelabur Berbanding Penyimpan Wang

Saya dan arjuna beta sentiasa membawa Double A ke kelas hartanah, pelaburan atau kewangan. Ini bagi
memudahkan mereka terbiasa dengan pemahaman bahawa tidak perlu menyimpan wang terlalu banyak.
Wang perlu ditukar kepada asset sebenar atas factor keselamatan supaya ia tidak bocor dan kalis inflasi.
Dan Double A juga terbiasa melawat rumah sewa, terlibat dalam sessi bertemu lawyer untuk sign SNP,

Nukilan : Marlia Ramli.


persekitaran sales gallery, show unit dan lain-lain. Sentiasa ingatkan anak-anak tentang kerugian yang
ditanggung setiap saat jika menyimpan wang tunai terlalu banyak.

6- Every Day Is A Saving Day.

Sediakan tabung recycle yang dibuat sendiri dari balang kuih yang percuma di dapur. Biar anak hias
mengikut kreativiti atau printkan gambar matlamat mereka di balang tersebut. Jangan beli tabung cantik
semata-mata untuk menabung. Ianya akan misleading anak bahawa perlu membelanjakan wang sebelum
memulakan simpanan. Setiap pagi Awliya akan asingkan wang belanja sebelum beliau membeli di kantin
sekolah.

7- Wang Raya Bukan Untuk Dijoli.

Saya terapkan dalam pemikiran Double A bahawa duit raya adalah pendapatan dan bukan wang percuma.
Mereka perlu bekerja untuk mendapatkan duit raya. Mereka perlu berakhlak baik, tidak mengadap i-pad,
makan kuih dengan sopan dan bersalam sambil mencium tangan sanak saudara sebelum dihulurkan duit
raya. Itu semua bukan mudah bagi kanak-kanak! Maka 80% duit raya perlu ditabungkan untuk tujuan
pelaburan. 20% lagi Double A boleh gunakan untuk self reward yang selalunya berakhir di KFC atau mainan
di Kedai 2 Ringgit. Adalah biasa sebaik saja menerima envelop raya, Double A tidak membuka envelop tetapi
terus serahkan kepada ibu untuk urusan rekod dan simpanan. Mereka faham bahawa membuka envelop
di hadapan pemberi adalah sikap yang kurang sopan.

8- Pastikan Anak Mengerti Penggunaan Kad Kredit Dan Belanja

Biasakan mendidik anak untuk beli makanan jajan mereka seperti biskut, koko crunch dan air kotak hanya
di musim gaji. Tiba-tiba anak akan menjadi terlebih pintar dan cakap alaaaaibu kredit kad kan hado?.
Ehh!! Haha.. Anak mungkin terfikir bahawa bila ada kad kredit seolah-olah kita mempunyai wang tersedia
yang boleh diguna bila-bila masa. Maka, secara perlahan-lahan kita sepatutnya mendidik tentang
bahayanya kad kredit. Kad kredit adalah api kecil yang boleh digunakan bagi memasak hidangan lazat tetapi
jika tersalah kawal boleh membakar jari. Didik anak bahawa kad kredit adalah wang bank yang kita guna
secara berhutang. Ketika berjalan-jalan di pasaraya dan supermarket, jangan terlalu ikutkan kemahuan
anak. Ini akan merbahayakan kewangan kita di masa depan. Biarlah anak menangis berguling sekali pun, di
masa depan dia akan terbiasa dan terdidik bahawa instant buying atau pembelian tidak terancang adalah
dosa kewangan. Percayalah, hari ini kita mungkin mampu menuruti kemahuan anak, tapi jika diturutkan
secara keterlaluan, lambat laun sang anak akan meminta sesuatu yang di luar kemampuan kita. Ingat! Kita
sedang membentuk jati diri seorang pelabur wang dan bukan pelebur wang!

Nukilan : Marlia Ramli.


9- Elakkan Beri Barang Percuma.

Seperti yang pembaca saya tahu, di tahun 2016 Allah telah melimpah kasih bagi saya membelikan dua unit
service apartment dan SOHO sebagai tabung pendidikan Double A (semoga Allah jadikan kami golongan
bersyukur dan merendah diri). Setiap hari saya ingatkan mereka bahawa unit tersebut bukan percuma.
Mereka perlu mengamalkan konsep sewa beli dengan saya. Dan ada beberapa syarat lain sebelum mereka
menjadi pemilik sah unit tersebut. Insyaallah saya akan kongsikan syaratnya dalam next post jika anda
berminat. Setiap hari saya tanamkan di dalam minda mereka tentang syarat yang ditetapkan bagi
membentuk corak pemikiran sedari kecil. Anak-anak perlu diajar bahawa tiada benda percuma di dunia ini.
Sedangkan menyuap nasi ke mulut juga ada step dan adabnya.

10- Bina Circle Pintar

Saya memang sejak dulu kurang berminat dengan Melayu serdak kuih yang pesen mendengki dan bersedih
melihat kejayaan orang lain. Sehingga hari ini saya masih tidak faham mengapa kita menjadi hilang
keyakinan diri bila melihat kejayaan orang lain. Padahal kita boleh memilih untuk menjadikan kisah tersebut
sebagai sumber inspirasi. Saya selalu ingatkan Double A untuk mendekati rakan yang lebih berjaya dan
belajar sebanyak mungkin. Menjauhi dan mencemburui kejayaan orang lain hanya akan mengagalkan hidup
sendiri. Sila galakkan anak untuk sentiasa berada dalam kelompok insan positive yang pintar. Jika dekat
dengan penjual bunga, anak akan mendapat tempias harum wanginya. Jika dekat dengan penjual oren,
anak akan mengenal masam manisnya buah. Jika dekat dengan golongan pintar, anak akan mendapat
sedikit kebijaksanaan dan adab belajar.

11- Wang Tidak Boleh Dibawa Ke Kubur

Sepohon kayu, daunnya rimbun. Lebat bunganya serta buahnya Ehh! Alamak! Ternasyid pulak!
Ampunnn Saya sentiasa beritahu Double A bahawa gaji yang diperolehi mestilah bersih ditolak zakat. Saya
juga tekankan bahawa wajibnya allocate peruntukan khas untuk sedekah. Tanpa peruntukan khas, sedekah
akan menjadi tidak konsisten dan ini akan menjadikan rezeki kurang cantik. Mohon ingatkan anak-anak
bahawa wang bukanlah matlamat. Wang cuma alat yang digunakan untuk memudahkan kehidupan. Tidak
lebih dan tidak kurang. Jangan korbankan kepercayaan keluarga semata-mata kerana kepentingan diri dan
wang. Itu adalah dosa kewangan yang sukar diampunkan!

12- Dan Yang Paling Penting, Jangan Terlalu Laju.

Ibu dan ayah seharusnya mengingatkan diri supaya tidak memaksa terlalu laju. Perlahan-lahan mendidik
ilmu kewangan secara berperingkat. Elakkan dari memaksa dan menakutkan anak-anak. Gunakan
pendekatan komunikasi secara memujuk dan curahkan sepenuhnya ilmu yang anda ada secara perlahan-
lahan. Insyaallah jika mulakan di usia 2 tahun, anda akan nampak hasilnya ketika anak mula bersekolah
tadika atau darjah satu.

Nukilan : Marlia Ramli.


CARA MUDAH MEMBINA KERJAYA?

Saya faham zaman ini zaman yang mencabar. Memang ramai anak muda lepasan ijazah menghadapi
kesukaran mendapatkan pekerjaan. Saya sendiri melihat jangankan degree, pelajar Master juga
menghadapi cabaran untuk memperoleh pekerjaan.

Maka, saya yang belum pandai ingin berkongsikan sedikit cara untuk membantu anda mendapatkan
pekerjaan dan cara asas membina kerjaya. Diharap cadangan di bawah membantu anda yang mulia.

1- Mulakan Awal

Dalam kebanyakan masa, anak muda hanya mula serius mencari pekerjaan selepas convo. Ada yang lagi
best siap rehat-rehat lepak di Krabi update Instagram seminggu dua. Umm.. saya faham anda tentu ingin
release tension setelah penat belajar bertahun-tahun kan? Tapi saya cadangkan risik kerja seawal tiga bulan
sebelum tamat tahun akhir. Ini kerana selagi hidup tiada istilah release tension. Nanti bila penyata PTPTN
datang di saat pekerjaan belum ada, tension anda akan kembali juga. Dah bekerja, kumpul duit barulah pegi
release tension ke mana saja dan updatelah Instagram selfie di bawah pepohon kelapa. SMILE.

2- Resume Adalah Cinta Pandang Pertama

Saya ini bukanlah banyak pengalaman. Kerjaya saya dalam bidang HR baru 13 tahun cuma. Sejak lima tahun
yang lepas, saya mengawal selia team pencarian calon pekerja a.k.a recruitment dan juga IR/ER. Terkadang
kita semua kena ingat, HR adalah manusia biasa. Mohon jangan hantar resume sependek bulu jagung.
Susah kami nak faham apa yang anda ingin sampaikan. Kekadang alamat pun guna short form. Gambar pula
hitam putih atau gaya acah-acah peace tepi pantai yang lebih sesuai di letak dalam Fesbok berbanding
resume.

Tujuan resume dihantar adalah untuk membuatkan HR jatuh hati. Sila hantar gambar ukuran passport yang
professional. Barulah HR sudi proses permohonan anda untuk ke peringkat seterusnya. Alamat email juga
seharusnya berbunyi professional seperti nama penuh yang dieja dengan huruf teratur. HR terkadang gelak
bila tengok email penghantar resume. Dengan tulisan besar keciknya siap letak email nama samaran seperti
panglima macho, teruna kecewa, mawar berduri atau bulan terluka Adoiii.. ini hantar resume cari kerja
ke cari jodoh ya? Alamat email melambangkan tahap professional si penghantar juga. Kalau tengok resume
pun HR dah rasa kelakar, confirm la tak jatuh cinta pandang pertama kan?

3- Temuduga Adalah Sessi Dating Yang Penting

Saya mohon bagi sesiapa yang akan menghadiri temuduga, sila sikat rambut, pakai kasut bertutup dan
jangan sesekali pakai jeans. Sebolehnya untuk lelaki pakai neck tie dan bagi wanita pula elakkan memakai
pakaian terlalu berbunga-bunga macam ke rumah kenduri. Make up pula janganlah sampai di tahap retis.
Jaga penampilan dan perlihatkan kesederhanaan. Pastikan datang seawal 15 minit sebelum sessi

Nukilan : Marlia Ramli.


temuduga. Selalunya HR bersama dengan Ketua Jabatan akan dipertanggungjawabkan untuk interview
anda. Kurangkan bercakap dan dengar soalan dengan berhati-hati. Jangan lain yang ditanya, lain yang
dijawab. Sila jaga eye contact dan body language. Pastikan anda kawal perlakuan dan elakkan gelak
yang berdekah-dekah. Pengalaman saya dulu, ada calon siap sendawa durian dalam bilik interview.
Pengsan!

4- Jawapan Biar Logik

Seriously soalan-soalan biasa bakal membunuh anda di bilik interview jika tiada persediaan rapi. Persiapkan
diri dengan bacaan isu semasa, website company dan sedikit kajian tentang tugasan kerja. Pastikan anda
mampu menjawab soalan contoh seperti :

Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?

Jawapan : beritahu mereka bahawa anda telah tengok web site syarikat, bla..bla.. kaitkan sedikit dengan
isu semasa dan beberapa idea yang anda nampak sebagai peluang penyelesaian masalah.

Kenapa anda ingin bekerja di syarikat kami?

Jawapan : Jangan sebut pasal wang gaji semata-mata. Sebut tentang betapa hebatnya syarikat dan anda
ingin menyumbang yang terbaik bagi memajukan syarikat. Mohon jangan syok sendiri cerita pasal
kehebatan diri. Kang orang yang interview jawab ada aku kesah? Dah tak pepasal menangis dalam bilik
interview.

Apakah matlamat kerjaya anda dalam tempoh lima tahun lagi?

Jawapan: beritahu bahawa anda ini jenis setia dan malas nak tukar-tukar kerja. Anda harap dapat
membangunkan diri bersama-sama syarikat. Jangan sesekali beritahu selepas lima tahun nak kahwin dan
ikut suami ke Singapore atau lepas lima tahun nak bersara buat business sendiri. Confirm tak dapat keja!

5- Jangan Terlalu Demand

Jika kita ini memang superstar yang ada skill tertentu dan memiliki pengalaman kerja yang menakjubkan,
silakan saja demand pakej benefit dan gaji. Nak minta personal driver pun boleh. Dalam konsep pengurusan
di syarikat swasta, majikan tidak kisah berbelanja. Tapi pekerja perlu memastikan pulangan timbal balik
dalam bentuk berganda kepada majikan. Namun jika kita adalah fresh graduate yang ingin memulakan
kerjaya, mohon terima saja dulu sebarang bayaran yang ditawarkan. Yang penting dapatkan pekerjaan dulu.
Elakkan demand gaji, jangan demand bidang kerja, tidak sesekali demand persekitaran. Pendek kata,
mohon jangan demand apa-apa. Bila dah dapat kerja baru buktikan kemampuan anda. Kerja rajin-rajin,
bina hubungan baik dengan rakan sepejabat, dekati boss untuk menimba ilmu dan minta peluang untuk
lakukan tugasan yang lebih banyak.

Nukilan : Marlia Ramli.


6- Soft Skill Dan Communication Skills

Kita semua tahu, setiap hari masalah yang dihadapi di pejabat berbeza-beza. Walaupun kita ini jenis
pembengis dan makan kucing, tapi di pejabat cuba bersikap professional sehabis daya. Sentiasa kekalkan
budi bahasa dan bersikap tenang-tenang aja. Saya faham, terkadang anda ini engineer muda yang mengejar
dateline Manager. Tetiba operator selamba saja cuti tanpa memberi muka. Tenang-tenang ya Kalau perlu,
tarik lengan baju dan relakan hati kerja di lapangan sementara cukup tenaga kerja. Bincanglah juga dengan
Manager anda agar dapat penyelesaian yang lebih baik. Percayalah, Manager anda pasti suka jika anda
menunjukkan komitment dan skill penyelesaian masalah. Jangan sesekali merungut, berkira kerja dan
tenaga. Bagi anda yang bujang, jangan acah-acah nak balik on time dan melepak di mamak. Datang kerja
sejam lebih awal dan balik kerja sejam lebih lewat.

7- Hargai Guru Anda

Boss adalah guru. Walaupun kekadang mereka cerewet dan bersikap pelik-pelik, terima sahaja dengan
redha. Jangan takut atau benci Manager hingga menjauhkan diri. Itu strategi yang salah. Cuba fikir Tentu
Manager anda punya rahsia hingga membolehkan dia duduk di kerusi sana? Apa kata anda dekati bos anda,
belajar dan lihat. Kekadang benda kecil seperti cara bos bercakap telefon, membalas email dan menyemak
dokumen juga memungkinkan anda menimba ilmu baru. Seperti mana anda menghormati guru, hormati
bos anda selayaknya. Jadilah orang kepercayaan bos. Bila bos pergi bercuti, pastikan dia tidak risaukan
urusan pejabat selagi ada anda. Anda mestilah berkemampuan sebagai asset syarikat bagi mengambil alih
tugas boss jika beliau tiada di pejabat. Insyaallah bila ada peluang kenaikan pangkat, pasti bos tidak berfikir
dua kali untuk menamakan anda. Jarang berlaku bos menamakan pekerja yang tidak disukai untuk naik
pangkat. So, pandai-pandailah berbaik dengan bos anda. Bagi sesiapa yang dapat bonus di awal tahun,
jangan lupa tuliskan email kepada bos atas penghargaan syarikat kepada anda. Ingat tau Ini bukan bodek,
tapi ini adalah strategi pintar dalam kerjaya.

SIMPANAN ASAS KWSP

Ada si gadis cantik yang bercita-cita untuk membina kewangan kukuh di masa depan. Ketika pulang bercuti
di kampung, saya sempat berborak dengan si cantik ini selama 15 minit dan menjawab serba sedikit
pertanyaan beliau mengenai pelaburan KWSP Akaun 1.

Dan berikut adalah sedikit sebanyak perbincangan saya bersama beliau.

Amaun simpanan KWSP yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 30% daripada jumlah lebihan simpanan
asas Akaun 1.

Formula bagi mendapatkan amaun yang boleh dilaburkan = (Baki dalam Akaun 1 - Simpanan Asas) x 30%

Amaun minima pengeluaran sebanyak RM1,000.00.

Nukilan : Marlia Ramli.


Contohnya :

Leha berusia 26 tahun.

Simpanan asas bagi Leha adalah RM17,000

Jumlah amaun dalam akaun 1 Leha adalah RM21,000

Maka lebihan simpanan asas adalah RM4,000.

Nilai yang Leha boleh laburkan adalah RM4,000 X 30% = RM1,200.

Patut ke laburkan ke institusi pengurusan dana?

Semenjak tahun 1952 hingga 2015, purata dividen KWSP adalah 5.93%. Pada tahun 2015, dividen KWSP
adalah 6.4%. Secara puratanya institusi pengurusan dana memberikan nilai dividen yang lebih tinggi dalam
jangkamasa yang lama. Malah anda boleh memilih pelaburan yang patuh shariah. Seperti juga pelaburan
lain, risikonya tetap ada. Jika tidak yakin, anda boleh menghentikan pelaburan dana tersebut dan pulangkan
kembali ke akaun KWSP pada bila-bila masa yang anda inginkan.

Sebagai pelabur, kita telah menangani risiko dengan hanya mengeluarkan 30% daripada lebihan simpanan
asas. Maka, kenapa tidak berani mencuba risiko serendah ini?

Simpanan asas adalah jumlah dalam akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi memastikan ahli
memperoleh simpanan minimum RM228,000 ketika berusia 55 tahun. Ianya adalah bersamaan RM950
sebulan selama 20 tahun bagi membiayai keperluan asas persaraan.

Sila ambil perhatian bahawa simpanan asas tidak boleh dikeluarkan hingga pencarum mencapai umur 55
tahun.

Anda juga boleh memilih untuk laburkan ke mana-mana institusi yang dilantik oleh KWSP. Terdapat hampir
30 institusi berdaftar yang dibenarkan oleh KWSP. Mereka ini terdiri daripada Syarikat Pengurusan Unit
Amanah, Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan juga Lembaga Tabung Haji.

Ya Saya juga telah melaburkan sebahagian daripada simpanan KWSP akaun 1 ke dalam dua buah institusi
pengurusan dana yang berbeza. Saya kini sedang merangka untuk memilih syarikat pengurusan dana yang
ketiga di masa hadapan.

Mengapa hingga tiga syarikat?

Tiada paksaan dalam pemilihan pengurus dana dan ianya bergantung kepada keberanian anda. Seperti yang
anda ketahui, saya ini penakut. Maka penakut akan sentiasa mempelbagaikan bakul untuk menyimpan telur
bagi mengimbangkan risiko keuntungan dan juga kerugian.

Nukilan : Marlia Ramli.


PENUTUP

Saya fikir cukuplah setakat ini dulu. Terima kasih kerana sudi membaca catatan saya! Semoga
segala usaha kecil ini dalam membimbing wanita juga anak muda menjadi lebih celik wang.
Dan semoga tiada sesiapa pernah mengulangi beberapa kesilapan kewangan yang pernah saya
lakukan dahulu.

Dan saya doakan semua anda bukan setakat kaya, namun juga bahagia sentiasa! Salam sayang
daripada sahabat yang sentiasa mendoakan anda.

Semoga berjumpa lagi!

Marlia Ramli

Nukilan : Marlia Ramli.

Вам также может понравиться