Вы находитесь на странице: 1из 6

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

1.2.1 Pendahuluan

Apakah yang dimaksudkan dengan Jadual Penentuan Ujian (JPU)?, JPU merupakan jadual yang
dibentuk oleh para guru terlebih dahulu sebelum para guru mula membina soalan-soalan ujian untuk
diuji kepada pelajar. Pembinaan soalan-soalan ujian ini adalah berdasarkan kepada kandungan
objektif kurikulum yang diajar. Oleh itu, soalan-soalan ujian yang dibina dapat mengukur
sejauhmanakah matlamat objektif kurikulum tercapai.

Disamping itu, pembentukan JPU ini dapat membantu guru menentukan jenis-jenis dan bilangan
item/soalan yang perlu dibina berdasarkan topik-topik yang diajar. Menurut Bhasah Abu Bakar, JPU
merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina (Bhasah Abu Bakar, 2003: 47). Jesteru itu,
beberapa kriteria perlu dilakukan dalam proses penyediaan jadual berkenaan. Dengan ini, beberapa
langkah dalam pembentukan Jadual Penentuan Ujian (JPU) diterangkan mengikut langkah-langkah
yang diambil.

1.2.2 Langkah-langkah Yang Diambil Dalam Pembinaan JPU

1.2.2.1 Peringkat 1

Pada peringkat ini, kumpulan kami mengaplikasikan pembelajaran koperatif (Ramlah Jantan, 2004:
143), iaitu setiap ahli kumpulan perlu bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil berdasarkan
aktiviti-aktiviti yang telah distruktur dengan baik. Perbincangan kumpulan diadakan untuk
menentukan tahap atau tingkatan yang perlu diadakan ujian sebelum mendapatkan sukatan
kurikulum pelajaran dan buku teks berkenaan. Hal ini, adalah untuk memudahkan perancangan
dalam pembentukan JPU. Pembahagian jadual dibahagikan kepada dua kategori iaitu jadual yang
mengandungi maklumat-maklumat bilangan item mengikut aras kemahiran konitif dan jadual kedua
mengandungi maklumat-maklumat tentang pembahagian kedudukan item mengikut sistem
penomboran soalan ujian.

1.2.2.2 Peringkat 2

Hasil daripada perbincangan, penyediaan sukatan kurikulum pelajaran dan buku teks disediakan
sebagai asas permulaan bagi penyediaan JPU. Sukatan kurikulum pelajaran yang menjadi tumpuan
kami ialah sukatan pelajaran Tingkatan Empat (8.3) iaitu Pembentukan Kerajaan Islam dan
Sumbangannya. Justeru itu, perbincangan dijalankan sekali lagi bertujuan untuk pengagihan jumlah
soalan yang akan dimuatkan dalam jadual berkenaan. Dalam jadual pertama, enam aras kemahiran
iaitu, Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian yang terdapat dalam
Taksonomi Bloom (Kamarudin Husin, 2004: 129-130). Jumlah item soalan yang disediakan sebanyak
40 item. Penyusunan item-item ini berdasarkan kepada kepentingan kandungan kurikulum sukatan
pelajaran bagi tingkatan berkenaan. Disamping itu juga, bertujuan untuk mencapai matlamat
objektif pengajaran selepas selesai sesi pengajaran oleh guru dalam jangka masa setahun atau dua
sesi.

1.2.2.3 Peringkat 3

Pada peringkat ini, penyediaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) disediakan. Dalam jadual berkenaan,
dimasukkan maklumat-maklumat seperti topik-topik pelajaran selama dua sesi (setahun), aras-aras
kemahiran konitif, bilangan yang diperlukan pada setiap aras, jumlah item untuk setiap topik, jumlah
keseluruhan item/soalan dan peratusan item-item berkenaan. Perkara berkenaan dapat dilihat
dalam jadual pertama yang dibentuk.

1.2.2.4 Peringkat 4

Pada peringkat ini, maklumat yang terdapat dalam jadual pertama dimasukkan ke dalam jadual
kedua. Kemasukan maklumat jadual pertama ke dalam jadual kedua adalah berbeza dari segi
bentuk, iaitu jadual pertama mengandungi kuantiti item/soalan bagi setiap kemahiran, manakala
jadual kedua mengandungi nombor-nombor setiap item yang terdapat dalam kesemua kemahiran
yang disenaraikan. Setiap penomboran yang diberikan dalam jadual kedua mempunyai satu objektif
iaitu berkaitan dengan objektif peperiksaan. Objektif ini dapat membantu dalam
penyediaan/pembinaan soalan.

1.2.2.5 Peringkat 5

Pada peringkat ini, sekali lagi perbincangan diadakan. Perbincangan ini, adalah bertujuan untuk
menentukan bilangan item/soalan yang perlu disediakan dalam peperiksaan yang akan dijalankan.
Penetapan bilangan item ini penting bagi mengukur pencapaian pelajar selepas menjawab
item/soalan ujian berkenaan. Di samping itu juga, bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar
dari aspek matlamat objektif peperiksaan berkenaan.

1.2.2.6 Peringkat 6

Pada peringat akhir ini, semakan semula dilakukan bagi setiap jenis item/soalan yang sudah
ditetapkan sepanjang perbincangan dan pembentukan JPU. Penyemakan terakhir ini amat penting
kerana untuk memastikan, adakah setiap item berkenaan dapat menepati matlamat objektif
peperiksaan tercapai. Sekiranya terdapat kelemahan dalam pembentukan JPU ini, pengemaskinian
harus dilakukan semula.

Penutup
Proses dan pembentukan JPU amat penting dalam penyediaan item/soalan pepertiksaan kepada
para pelajar. Ini kerana, kewajaran dan keabsahan item/soalan yang dibina dapat mencapai
matlamat objektif peperiksaan. Tambahan pula, ianya dapat membantu pengagihan item/soalan
mengikut enam kemahiran konitif dalam Taksonomi Bloom dapat diaplikasikan.

Pendahuluan
Jadual Penentu Ujian (JPU) merupakan satu blue print yang dapat membantu
guru-guru menyediakan soalan-soalan ujian mengikut kriteria-kriteria yang
ditentukan untuk menyediakan satu ujian yang mempunyai keutuhan dan kesahan
yang tinggi. Oleh itu, setiap ujian yang disediakan oleh guru memerlukan
perancangan yang rapi.

Jadual Penentuan Ujian mengenal pasti objektif dan kemahiran yang


akan diuji dan pemberatan yang akan diberikan kepada setiap kemahiran. JPU juga
memberi gambaran tentang jumlah soalan serta aras kemahiran dalam satu ujian.
Justeru itu, guru-guru perlu mereka sebuah JPU sebelum membina item-item soalan
dalam sebuah ujian.
JPU biasanya mengandungi bilangan soalan yang mengikut aras
kesukaran soalan berdasarkan Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan,
kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian yang akan diuji.

2.0 Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian


JSU menyenaraikan aras-aras kemahiran yang akan diuji dalam sebuah ujian iaitu
sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Taksonomi Bloom ialah satu panduan yang diguna dalam JSU dimana guru-guru
mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid mengikut penyoalan aras rendah
kepada penyoalan aras tinggi. Kesemua tahap perlu diberi penekanan. Dengan itu,
guru seharusnya memberi ruang supaya terdapat soalan untuk setiap tahap.
Pembinaannya juga sangat bergantung pada isi pelajaran. Sesetengah tajuk
mempunyai lebih banyak isi daripada tajuk lain. Oleh itu, lebih banyak butiran perlu
disediakan untuk tajuk tersebut. Rasionalnya ialah perwakilan isi penting untuk
meningkatkan kesahan penilaian. JSU seharusnya mengandungi data yang berikut,
iaitu jumlah soalan bagi setiap kandungan, tahap kemahiran dan jenis soalan.

Rajah 2.1 :Peringkat-Peringkat Taksonomi Bloom


Secara umumnya, enam aras ini boleh digunakan untuk membina dua set item ujian
: item aras rendah (menguji pengetahuan, kefahaman dan aplikasi) dan item beraras
tinggi (menguji analisis, sintesis dan penilaian). Adalah penting mengambil perhatian
bahawa item beraras tinggi bukanlah item sukar. Sebenarnya, item beraras tinggi
berkehendakkan calon menggunakan kemahiran berfikir yang lebih kompleks atau
beraras tinggi berbanding dengan item beraras rendah. Aras item atau kemahiran
yang dipilih akan diuji harus padan dengan objektif ujian dan perkembangan kognitif
pelajar. Walaubagaimana pun, item-item yang menggunakan kemahiran berfikir aras
tinggi digalakkan.
Rajah 2.2 :Pengiraan Bilangan Item Mengikut Topik
Jumlah soalan bagi setiap topik dikira :
= Jumlah Masa X Jumlah Soalan
Jumlah Masa Keseluruhan

Rajah 2.3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN TAHUN 4

Penutup
JPU berperanan penting untuk membina soalan ujian dan peperiksaan. Individu atau
mereka yang berkaitan dengan ujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu
bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan
kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada uijan yang sedemikian tidak
layak digunakan bagi tujuan pemulihan, pengkelasan atau bimbingan.Oleh itu,
penekanan yang sewajarnya perlu diberi perhatian terhadap objektif pembelajaran,
dan prosedur penilaian supaya kualiti soalan dan pengurusan carta pentadbiran
ujian dan peperiksaan dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati semua
pihak yang terlibat.

Вам также может понравиться