Вы находитесь на странице: 1из 6

RAHSIA

MESYUARAT JAWATANKUASA DAKWAH DAN SEBARAN


MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ)

KERTAS KERJA
CADANGAN KOLOKIUM DAKWAH KEPADA PEGAWAI TERTINGGI
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) DAN
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ)
_______________________________________________

1.0 MUQADDIMAH
Kertas cadangan Kolokium Dakwah kepada Pegawai Tertinggi MAINJ dan JAINJ
dikemukakan kepada Mesyuarat pada hari ini bertujuan mendapatkan
pandangan dan kelulusan dan seterusnya diangkat kepada Mesyuarat MAINJ
bagi mengadakan satu kolokium yang bertujuan melahirkan para daie yang
berwibawa seterusnya dapat menyampaikan dakwah secara berkesan

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Menjunjung titah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar
mengenai kewajaran dan keperluan menghantar pegawai-pegawai
tertinggi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Agama
Islam Negeri Johor(JAINJ) mengikuti kolokium dakwah dan berwibawa
dibawah seliaan MAINJ.

2.2 Negeri Johor, didalam mempertahankan konsep Ahli Sunnah Wa Al-


Jamaah (ASWAJA) aliran Al-Asyairah dan al-Maturidiah dan dengan
cabaran semasanya sudah semestinya mempunyai kader-kader,
pendakwah-pendakwahdan tokoh-tokoh yang mampu mendepani cabaran
ini secara sistematik, berkesan dan berwibawa seterusnya

RAHSIA 1
RAHSIA

2.3 Pendakwah yang berjaya sentiasa bersedia pada setiap masa serta
mempunyai kefahaman yang mendalam dan kepakaran dalam perkara-
perkara berikut;
1. Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya
2. Al-Hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya
3. Sejarah khususnya sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat baginda.
4. Ilmu berkaitan Maqasid Al-Syariah
5. Ilmu Bahasa Arab
6. Pengajian kitab-kitab Turath
7. Ilmu tentang teknik untuk berdakwah atau menjadi pemidato yang
baik

3.0 VISI DAN MISI

3.1 VISI

" Mengekalkan Kehebatan Dakwah, Tradisi Islam dan Amalan-amalan


Sunnah di Negeri Johor "

3.2 MISI

" Ke Arah Melahirkan Para Daie Yang Berketerampilan Mampu


menghadapi Cabaran-cabaran Semasa"

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan pendakwah yang mempunyai pengetahuan berkaitan ASWAJA


yang mampu menyampaikan hujah-hujah dengan tepat dan dapat
diterima

RAHSIA 2
RAHSIA

4.2 Melahirkan pendakwah yang mempunyai kemahiran menyampaikan


dakwah secara berkesandengan teknik-teknik yang sesuai.

4.3 Masyarakat dapat menerima pencerahan dan penerangan samada


melalui ceramah, forum, diskusi dan lain-lain

4.4 Melahirkan sebanyak mungkin pendakwah yang berketerampilan serta


pelapis-pelapisnya dibawah MAINJ dan JAINJ.

4.5 Melahirkan pendakwah yang menguasai ilmu-ilmu di dalam perkara 2.3

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN KOLOKIUM DAKWAH

5.1 Dicadangkan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dilantik sebagai


konsultan (juru runding) bagi melaksanakan program ini.

5.2 Kolokium ini akan dilaksanakan dengankerjasama di antara MAINJ


dengan Universiti Islam Negeri Sultan Thaha Saifuddin, Jambi, Kepulauan
Riau, Republik Indonesia keranamereka mempunyai kepakaran khusus
dalam bidang ini.

5.3 Kerjasama ini akan dimeterikan melalui satu MoU yang perlu
ditandatanganiantara MAINJ dengan Universiti Islam Negeri Sultan Thaha
Saifuddin, Jambi.

5.4 Mengenengahkan konsep, kaedah dan metodologi terkini dalam bidang


dakwah dan sebaran.

5.5 UIN Sulthan Thaha Saifuddin dicadangkan menyusun modul dan strategi
serta cadangan pensyarah-pensyarah, pakar-pakar dan Kiyai-kiyai yang

RAHSIA 3
RAHSIA

mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing untuk


menjalankan dan merealisasikan program ini.

5.6 Program ini dan perjalanannya perlulah mendapat persetujuan daripada


MAINJ dan Kerajaan Negeri Johor.

5.7 Cadangan pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:


5.7.1 Program ini akan berjalan selama sebulan (berterusan) melalui dua
kumpulan (sesi).
5.7.2 Seramai 50 Orang (25+25) yang terdiri daripada pegawai-pegawai
tertinggiMAINJ, JAINJ,Ketua-Ketua Bahagian, Kadi-kadi
Daerah,dan Pegawai-Pegawai Kanan akan mengikuti program ini.

5.8 Tajuk atau Silibus yang dicadangkan adalah seperti berikut:


5.8.1 Ilmu yang berkaitan dengan hari-hari kebesaran Islam yang
meliputi Maulidurrasul SAW, Maal Hijrah, Nisfu Syaaban, Isra`
Mikraj dan lain-lain.
5.8.2 Ilmu-ilmu yang berkaitan Fahaman Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah
5.8.3 Ilmu-ilmu berkaitan aliran-aliran pemikiran yang bercanggah
dengan fahaman ASWAJA seperti Liberalisme, Pluralisme, Syiah,
Wahhabi dan lain-lain
5.8.4 Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tawasul dan tabarruk serta
istighasah
5.8.5 Ilmu-ilmu yang popular dalam fahaman ASWAJA seperti Sifat 20,
5.8.6 Pencerahan terhadap fahaman-fahaman yang bercanggah dengan
ASWAJA seperti Fahaman Tauhid Tiga Uluhiyyah, Rububiyyah dan
asma` dan sifat
5.8.7 Pencerahan kepada isu merokok, syisya dan sebagainya
5.8.8 Isu-isu berkaitan tradisi Islam seperti berzanji, tahlil
5.8.9 Berkhutbah atau ceramah di masjid-masjid terpilih
5.8.10 Perbincangan bersama tokoh-tokoh atau badan-badan agama

RAHSIA 4
RAHSIA

5.8.11 Peserta menyediakan laporan lengkap kepada UIN dan MAINJ


5.8.12 Lawatan ke institusi-institusi agama seperti Nahdatul Ulama
dan
pesantren

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1. Implikasi kewangan bagi pelaksanaan Kolokium Dakwah kepada Pegawai


Tertinggi MAINJ dan JAINJ adalah dianggarkan berjumlah RM200,000.00.
Implikasi kewangan ini meliputi bayaran konsultasi, tambang, penginapan
dan sebagainya.

6.2. Namun begitu, implikasi kewangan ini adalah tertakluk kepada kadar kelulusan
yang diberikan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sama ada wujud
pertambahan atau pengurangan kos.

7.0 PERAKUAN

Adalah dengan hormatnya dipohon perakuan daripada Ahli Mesyuarat MAINJ akan
perkara-perkara berikut :

7.1 Bersetuju dengan pelaksanaan Kolokium Dakwah kepada Pegawai


Tertinggi MAINJ dan JAINJ sebagaimana dijelaskan pada perenggan 2
hingga 5.

7.2 Bersetuju melantik MARSAH sebagai konsultan bagi kolokium ini.

7.3 Bersetuju dengan cadangan pelaksanaan sebagaimana yang disebutkan


dalam perkara 5.0

RAHSIA 5
RAHSIA

7.4 Bersetuju dengan implikasi kewangan sebagaimana yang diluluskan oleh


Kerajaan Negeri Johor mengikut jabatan masing-masing sebagaimana yang
disebutkan dalam perkara 6.

8.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat melahirkan pendakwah yang berketerampilan, berwibawa


dan mampu untuk menarik perhatian dengan berkesan.

Bahagian Dakwah
Jabatan Agama Islam Negeri Johor

2016

RAHSIA 6

Вам также может понравиться