Вы находитесь на странице: 1из 3

Contoh Menulis Idea Karangan – Langkah Mengawal Kedatangan

Pendatang Asing
Jun 10, 2007 — mindabahasa

          Salah satu langkah utama menangani kedatangan pendatang asing ialah mengehadkan pergantungan kepada
buruh asing. Bilangan mereka yang semakin besar kini menimbulkan pelbagai masalah sosial dan keselamatan.
Melalui kaedah baru pengambilan pekerja asing dalam sektor-sektor tertentu mengikut negara sumber yang
diluluskan kerajaan, kita berharap selepas ini pihak berkuasa akan mampu memantau kehadiran dan pergerakan
warga asing di negara ini. Kita bukannya tidak mengenang jasa dan sumbangan tenaga kerja asing dalam sektor
pembinaan dan perkilangan serta beberapa sektor perkhidmatan yang lain. Sebaliknya, mereka juga harus
memahami bahawa inilah strategi yang terpaksa dilaksanakan supaya selari dengan keputusan kerajaan untuk
mengurangkan jumlah pekerja asing dan mengawal kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Dengan
mengehadkan penyertaan pekerja asing dalam sektor perladangan dan pembantu rumah,  mudahlah rakyat serta
pihak berkuasa mempersoal dan mengambil tindakan segera ke atas kehadiran rakyat asing yang tiada permit kerja
dalam sektor-sektor yang ditetapkan oleh kerajaan. Malah melalui dasar kerajaan yang kini tidak membenarkan lagi
anak-anak pekerja asing bersekolah di sekolah kerajaan mungkin dapat menyedarkan pendatang asing bahawa masa
sudah tamat bagi mereka menikmati kemudahan yang sepatutnya untuk warganegara ini sahaja. Jelasnya, pihak ejen
dan majikan yang mengambil pekerja asing perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tanggungjawab mereka adalah untuk mengingatkan para pekerja asing di bawah jagaan mereka tentang sistem
budaya bermasyarakat dan mematuhi undang-undang negara ini kerana di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.
Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada negara  ini.
Posted on 28 Februari, 2008 by admin

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa
berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul
masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang
ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah
menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras
kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa
bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan
sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan
dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan
asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga,
wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini
merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka
melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.
Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan
rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah
taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia
ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa
dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata
canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah
akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat
demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan
mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan
sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat
yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga
disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan
pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah
perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan
pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.
Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan
sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,
pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini.
Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta
pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang
mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah
pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana
gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita
sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak
antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual
barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-
raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan
teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat
kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka,
terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani
masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

Вам также может понравиться