Вы находитесь на странице: 1из 11

Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al- Quran

Saturday, October 01, 2011 Man Mala

Kali ini kita akan pelajari bagaimana cara mudah mencari muka surat dalam Al- Quran. Al-
Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi
Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua
amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja?
Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf
diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri
bukan diciptakan manusia).

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang
menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat
tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.
Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita,
adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... Related Posts : Tazkirah
Anda sedang membaca artikel Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al- Quran dan link url
bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.my/2011/10/cara-mudah-mencari-muka-
surat-dalam-al.html. Semoga artikel Cara Mudah Mencari Muka Surat Dalam Al- Quran ini
bermanfaat buat anda.

Read more: http://manmala.blogspot.com/2011/10/cara-mudah-mencari-muka-surat-


dalam-al.html#ixzz4xKDMHTpJ

Cara Mudah Mencari Surah Dan Juzuk Al-


Quran..!!!





.
Sebagai seorang Rasul, Nabi Muhammad telah diberi mukjizat-mukjizat yang
membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila berlalu masanya, tidak
dapat disaksikan oleh orang-orang terkemudian, kecuali satu mukjizat yang ditinggalkan
menjadi pusaka warisan kekal hingga ke hari kiamat, yang menjadi harta berguna
untuk umat manusia seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.







) ( .
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Rasulullah , bahawa Baginda bersabda: Aku tinggalkan
dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan
sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan
sunnah Rasulullah.
.
Peninggalannya itu ialah Kitab Allah Al-Quran yang diwahyukan kepadanya dan As-
Sunnah yang meliputi, perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan
larangannya).
Kitab Al-Quran yang telah ditinggalkan dengan penyusunan kemas sebegitu rupa adalah
sunnah dan ilham daripada Allah Azza Wa Jalla kepada Rasulullah untuk kita semua
umatnya.
.
Keajaiban Angka 2
Tip dan rahsia yang ingin dikongsikan kali ini adalah cara untuk mengetahui dan menghafal
muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan
menggunakan formula matematik ringkas, antum dapat menguasai muka surat setiap juzuk
Al-Quran.
Tahukah antum semua keajaiban angka 2? Dan tahukah antum bahawa setiap permulaan
juzuk al-quran akan berakhir dengan angka 2 ini dibelakangnya. Mari kita
sama2buktikannya
.
.
Bagaimanakah caranya?
.
Contoh 1
Jika antum ingin mengetahui Juzuk 4 di halaman atau muka surat ke berapa?
Caranya:
4-1 = 3,
Maka 3 perlu didarab dengan 2;
Jadi 3 x 2 = 6
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 6.
Maka, Juzuk 4 adalah pada muka surat 62.
.

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 4 bermula pada muka
surat atau halaman 62. Menarik bukan?
.
.
Contoh 2
Jika antum tahu pertengahan Surah Yassin pada permulaan Juzuk 23 dan terlupa pula di
muka surat ke berapa:
Cara mengetahuinya;
23-1 = 22,
Maka 22 perlu didarab dengan 2
Jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 44.
Maka, Juzuk 23 adalah pada halaman atau muka surat 442.
.
.
Contoh 3
Jika antum ingin mengetahui permulaan Juzuk 30 yang mengandungi surah lazim di muka
surat ke berapa:
30-1 = 29,
Maka 29 perlu didarab dengan 2
Jadi 29 x 2 = 58
Letakkan no 2 selepas jawapan hasil darabnya ~ 58.
Maka, Juzuk 30 adalah pada halaman atau muka surat ke
582.
.
.
Jika digunakan kaedah yang sama, Juzuk 5 akan terdapat pada muka surat ke 82 dan boleh
juga diketahui dari contoh 1 bahawa Juzuk 4 pada muka surat 62 akan berakhir sebelum
permulaan Juzuk 5 (muka surat ke 82). Iaitu jumlah setiap juzuk adalah sebanyak 20
halaman atau muka surat.
.
Subhanallah! Semoga antum semua dapat kongsikan info yang menakjubkan ini kepada para
sahabat dan saudara2 yang lain agar sama2 dapat memanfaatkan dan berpanjangan
pahalanya.
.
.


Asma ul-Husna

Allah: ( ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci serta
wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.

Adapun nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu
dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang Maha Mulia.

.
.

Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:

1. Ar-Rahmaan: ( ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan


pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya


sesuai dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan


kepada seluruh makhlukNya.

6. Al-Mumin: ( ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah


dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-
benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu


memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu


mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki
keadaan seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang


melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga
yang menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari: ( ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu


mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk,


memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeda dengan lainnya. (Al-Khaaliq
adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya
itu. Al-Baari ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir
ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

14. Al-Ghaffaar: ( ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-
dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya


serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak


kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai
rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

18. Al-Fattaah: ( ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung


penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-Aliim: ( ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada
satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu
mengambil nyawa atau mempersempit nezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

21. Al-Baasith: ( ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat,
iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /


Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri
dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang
selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan
kaum yang bertaqwa.

24. Al-Muiz: ( ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi


Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan
memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya


dan musuh ummat Islam seluruhnya.

26. As-Samii: ( ) Maha Mendengar.

27. Al-Bashiir: ( ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang
menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga
tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

29. Al-Adl: ( ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu
mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31. Al-Khabiir: ( ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang
tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

33. Al-Adzhiim: ( ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu
keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-


hambaNya.

35. Asy-Syakuur: ( ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang
banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-Aliy: ( ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai
tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa
pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

37. Al-Kabiir: ( ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga
segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-
hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang
berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu


memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana
kesempurnaan sifat-sifatNya.

42. Al-Kariim: ( ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa
diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang
mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja
yang berdoa padaNya.

45. Al-Waasi: ( ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada


segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi


kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala
kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal
dan keadaan.

48. Al-Majiid: ( ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan
dan keutamaan.

49. Al-Baithu: ( ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan


kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur
masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

51. Al-Haq: ( ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan,


yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan
mereka itu.

53. Al-Qawiy: ( ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan
yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-
Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55. Al-Waliy: ( ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua


kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian
pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh
pujian dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun
tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

58. Al-Mubdi: ( ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang
melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Muiid: ( ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu


menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap
sesuatu yang berhak hidup.

61. Al-Mumiit: ( ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa
yang hidup.

62. Al-Hay: ( ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya,
AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya
langit dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja
yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat
kayaNya yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya
dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).

66. Al-Waahid: ( ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu
selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( ) Maha Menentukan.

71. Al-Muqaddim: ( ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan


sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih
waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha


Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari
yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua
yang maujud.

74. Al-Aakhir: ( ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya
segala sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan
dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga
tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah,
iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

78. Al-Mutaaalii: ( ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.

79. Al-Bar: ( ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak
membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada


orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang
bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82. Al-Afuw: ( ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan


orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih
sayangNya.

84. Maalikul Mulk: ( ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan /


Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit,
bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan
iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha
Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan
kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan


pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan
keadilanNya.

87. Al-Jaami: ( ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan


berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia
pada hari pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat
mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan,
iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja
yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

90. Al-Maani: ( ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela
hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha


Pemberi bahaya, iaitu dengan rnenurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

92. An-Naafi: ( ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meratalah kebaikan yang


dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.

93. An-Nuur: ( ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya
sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk,
iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan
terjaga kehidupannya.

95. Al-Badii: ( ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga
tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

96. Al-Baaqi: ( ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal
setelah musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin,


iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada
seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang
digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan
tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
.

Вам также может понравиться