Вы находитесь на странице: 1из 9

[SEJARAH TAHUN 4] 2017

Bahagian A : Soalan Objektif

(40 markah)

Arahan : tiap-tiap soalan diberikan empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih SATU
sahaja jawapan yang betul.

1. Antara yang berikut yang manakah bukan kaedah mengkaji sejarah?

A. Kaedah arkeologi
B. Kaedah bertulis
C. Kaedah artifak
D. Kaedah lisan

2. Di manakah anda boleh melihat tinggalan sejarah berikut?

Peta Lama
Artifak Zaman Prasejarah
A. Istana Negara
B. Muzium Negara
C. Memorial negara
D. Perpustakaan Negara

3. Bagaimanakah perasaan jati diri dapat dipupuk di peringkat sekolah?

A. Menjadi pengawas
B. Mempelajari sejarah
C. Menyertai aktiviti kokurikulum
D. Melibatkan diri dalam kerja amal

4. Apakah peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita?

A. Pembukaan Melaka
B. Peristiwa penjajahan British
C. Pengisytiharan kemerdekaan
D. Perasmian bangunan sekolah

5. Apakah kepentingan mengetahui salasilah keluarga?

A. Memupuk nilai murni


B. Mewujudkan kemesraan
C. Membentuk keluarga bahagia
D. Mengetahui asal-usul
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

6. Apakah panggilan bagi abang mengikut Asli Semai?

A. Appa
B. Amma
C. Tenik Keral
D. Tenik Kerdol

7. Apakah aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan ahli keluarga?

A. Bermain komputer
B. Membasuh pakaian
C. Makan malam bersama
D. Berkunjung ke rumah jiran

8. Apakah yang harus dilakukan oleh Lim jika ingin keluar berjumpa rakannya?

A. Diam
B. Tunduk
C. Meminta izin
D. Meninggikan suara

9. Bagaimanakah benua dan lautan terbentuk?

A. Pembentukan ais
B. Pergerakan glasier
C. Penurunan suhu bumi
D. Pembentukan Pentas Sunda

10. Pencairan air batu yang berterusan menyebabkan aras laut naik tiga meter lebih tinggi
berbanding aras laut pada

A. Zaman Glasier
B. Zaman Logam
C. Zaman Air Batu
D. Zaman Prasejarah

11. Pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran akan menyebabkan berlakunya

A. Jerebu
B. Tsunami
C. Kemarau
D. Tengkujuh
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

12. Kaca dan tin boleh diguna semula melalui proses

A. Tebus guna
B. Gali dan cari
C. Kitar semula
D. Rawatan moden

13. Tokoh terbilang bermaksud seseorang yang ________ dan dikenang sepanjang zaman.

A. Istimewa
B. Kaya
C. Berkuasa
D. Berjaya

14. Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri tokoh terbilang?

A. Berpengaruh
B. Amanah
C. Berwibawa
D. Mesra

15. Apakah golongan yang berada pada peringkat paling bawah dalam susun lapis masyarakat
Melaka?

A. Hamba
B. Rakyat
C. Pedagang
D. Laksamana

16. Pembesar yang mengetuai angkatan tentera laut ialah

A. Bendahara
B. Laksamana
C. Temenggung
D. Penghulu Bendahari

17. Mengapakah Sultan Melaka menerima kedatangan pedagang dari luar negara?

A. Menjamin keamanan
B. Mengelakkan peperangan
C. Memajukan perdagangan
D. Mengembangkan agama Islam
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

18. Bagaimanakah Sultan Melaka meluaskan jajahan takluknya?

A. Mengahwini puteri dari negeri lain


B. Meminta bantuan dari negera China
C. Melantik ulama sebagai wakil pemerintah
D. Menawarkan bantuan ketenteraan dan kewangan

19. Apakah jawatan pada masa kini yang boleh disamakan dengan jawatan Bendahara Melaka?

A. Perdana Menteri
B. Ketua Polis Negara
C. Yang di-Pertuan Agong
D. Ketua Angkatan Tentera

20. Apakah keistimewaan yang dimiliki oleh Laksamana Melaka?

i. Berani
ii. Taat setia
iii. Bijaksana
iv. Jujur dan peramah
A. i, ii dan iii
B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. ii,iii dan iv
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

Bahagian B : Soalan Subjektif

(60 markah)

1. Berdasarkan garis masa dan gambar berikut, nyatakan peristiwa sejarah tersebut.

Persetujuan Pengumuman Pembentukan Rombongan Pengisyiharan


Kemerdekaan Kemerdekaan Malaysia Kemerdekaan Kemerdekaan

18 januari 1956 a)

8 Februari 1956 b)

20 Februari 1956 c)

31 Ogos 1957 d)

16 September 1963 e)

(10 markah)
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

2. Gariskan jawapan yang betul.

a) Kemudahan awam yang disediakan merupakan sumbangan kerajaan yang tidak ternilai
kepada rakyat untuk kegunaan (bersama, persendirian).

b) Masyarakat setempat mempunyai (usaha, tanggungjawab) menjaga kemudahan awam


yang disediakan.

c) Tempat rekreasi seperti taman permainan kanak-kanak boleh dibersihkan secara


(paksaan, gotong-royong).

d) Kita tidak boleh merosakkan kemudahan awam kerana tindakan ini salah di sisi undang-
undang dan (merugikan, menguntungkan) semua pihak.

e) Membuat laporan jika kemudahan awam di tempat anda rosak merupakan amalan
(bermoral, bernilai).

f) Kawasan persekitaran yang bersih dan indah akan membuatkan kita dapat hidup dengan
(selesa, sederhana).

g) Kita boleh menghubungi (Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Telekom Malaysia Berhad)
jika telefon di rumah kita rosak.

h) Jika bekalan di rumah kita terputus, kita boleh menghubungi (Tenaga Nasional Berhad,
Jabatan Kerja Raya).

i) Di sesetengah taman perumahan, terdapat (dewan, bilik) orang ramai untuk kemudahan
penduduk di situ.

j) Kerajaan membina klinik desa dan (sekolah, hospital) yang menawarkan kemudahan
perubatan dan kesihatan kepada rakyat.

(10 markah)
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

bersopan-santun ketua mematuhi ziarah-menziarahi Mengasuh

kebenaran biodata kembangan kelahiran Tunduk

a) Ibu, bapa, datuk dan nenek adalah sebahagian daripada anggota keluarga
__________________________.

b) Bapa adalah ____________________ keluarga yang menjaga keselamatan dan


kesejahteraan keluarga.

c) Maklumat diri seseorang dipanggil sebagai __________________.

d) Sebagai anak, kita perlu __________________ nasihat ibu bapa serta ahli keluarga yang
lebih dewasa.

e) Amalan ____________________ melambangkan keperibadian kita yang mulia.

f) Amalan _______________________ dapat meningkatkan kemesraan antara ahli keluarga


yang tinggal berjauhan.

g) ___________________ menyebabkan anggota keluarga berkembang dan bertambah.

h) Ibu bertanggungjawab ___________________ dan memberikan kasih sayang kepada


anggota keluarga.

i) Kita perlu meminta ____________________ ibu bapa sebelum keluar rumah.

j) Ketika berjalan di hadapan orang yang lebih tua kita perlu ___________________ dan
berjalan dengan hormat.

(10 markah)
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

4. Gambar berikut menunjukkan glasier dan pergerakan glasier. Tandakan ( ) pada jawapan
yang betul.

(10 markah)
[SEJARAH TAHUN 4] 2017

5. padankan maklumat di bawah dengan tokoh-tokoh yang betul.

Penasihat peribadi sultan. Laksamana

Menjaga keselamatan perairan Bendahara


Kesultanan Melayu Melaka.

Menerima sembah demi Penghulu Bendahari


mengukuhkan kedaulatan raja.

Menjaga bangunan dan harta Sultan


kerajaan.

Menyelesaikan kes-kes Temenggung


jenayah.

(10 markah)

6. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan () bagi pernyataan yang salah

a) Parameswara adalah raja kerajaan Melayu dari Palembang ( )

b) Parameswara dan pengikutnya berjaya menewaskan Majapahit ( )

c) Semasa di Temasik Parameswara berjaya membunuh Temagi ( )

d) Parameswara pernah mendirikan istana di Muar ( )

e) Parameswara menyerang Melaka semasa di Muar ( )

(10 markah)

SOALAN TAMAT

Вам также может понравиться