Вы находитесь на странице: 1из 9

KEPENTINGAN MENTOR MENTEE

Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk

membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik. Pelajar

bertanggungjawab untuk memahami dan memenuhi keperluan kurikulum pengajiannya dan hendaklah

mendapatkan nasihat sewajarnya. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi

kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

Mengikut program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari

itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor. Pelajar dan mentor

hendaklah berjumpa/membuat pertemuan apabila perlu untuk berbincang mengenai program pengajian dan

hal-hal lain yang berkenaan.

TANGGUNGJAWAB MENTOR

Menyimpan salinan rekod kemajuan akademik pelajar


Menemui pelajar di bawah jagaannya dan memberi penerangan umum mengenai sistem
persekolahan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan hal pembelajaran dan seterusnya mengikuti

serta mengawasi pencapaian pelajar.

Memaklumkan kepada pihak pentadbiran dari semasa ke semasa tentang prestasi dan masalah
pelajar

Menasihat dan membantu pelajar dalam menyediakan rancangan pembelajaran.


Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik atau peribadi melalui bimbingan, dorongan
dan nasihat sewajarnya.

Berusaha mencari alternatif bagi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar di
bawah pengawasannya.

Merujuk kepada pihak-pihak lain yang berkaitan seperti kaunselor, doktor, guru mata pelajaran dan
sebagainya.

Merancang serta memantau aktiviti mentee


Guru - guru membimbing pelajar yang kadang kadang di kenali dengan bahasa yang
mudah sebagai anak angkat.Segala aspek pembelajaran pelajar ini di ambil perhatian oleh
mentor atau ibu bapa angkat.Pelbagai pendekatan digunakan oleh guru - guru dalam
proses mentor mentee yang fokus utamanya membimbing,memberi semangat dan
mendorong pelajar - pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan

PROGRAM MENTOR MENTEE PMR 2003


SMK BERANGAN, 16200,TUMPAT, KELANTAN DN

1. PENGENALAN
Merupakan suatu program yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang
berbentuk hubungan antara pelajar yang dikawal sebagai mentee manakala tenaga
guru sebagai mentor. Antara hubungan mentor dan mentee ialah:

1.1 Sebagai ibubapa angkat kepada anak angkat

1.2 Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor

1.3 Hubungan ibubapa angkat dengan ibubapa pelajar

1.4 Hubungan ibubapa angkat dengan kaunselor,guru tingkatan dan mata pelajaran

2. ORGANISASI SISTEM MENTOR

Para pelajar PMR dibahagikan kepada 17 kumpulan yang dibimbing oleh 17 orang
guru yang bertindak sebagai mentor. Di mana tugas mentor adalah mengambilalih
tugas ibubapa pelajar di sekolah tersebut.

3. OBJEKTIF

Program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:

3.1 Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar PMR agar mencapai
kejayaan cemerlang

dalam peperiksaan seperti yang ditargetkan.

3.2 Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar
yang bermtivasi tinggi,

berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi.


3.3 Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar.

3.4 Membina hubungan yang lebih baik antara guru dengan ibubapa pelajar.

3.5 Mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah pelajar termasuk


masalah

keluarga,peribadi dan pelajaran.

3.6 Memberikan pengetahuan tentang bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut
minat dan kebolehan

yang sesuai dengan potensi pelajar.

4. KUMPULAN SASARAN
4.1 Seramai 154 orang pelajar PMR dijadikan mentee.

4.2 Melibatkan seramai 17 orang guru sebagai mentor dan dikawal selia dan
selaraskan oleh Kaunselor

Pelajar.

5. TANGGUNGJAWAB MENTOR
Tanggungjawab mentor ialah:

5.1 Susun atur perjalanan pengendalian sesi. Dari segi peralatan, kedudukan
berbentuk bulatan , face to

face, dan keperluan sampingan yang lain.

5.2 Gabungjalin secara sempurna semasa sesi perkenalan, perbincangan dan


tentang pengalaman semasa

sesi berlangsung, rumusan sesi dan penutup.

5.3 Wujudkan suasana berbentuk keberanian dalam pembelajaran, keterbukaan,


kemesraan sehingga

dengan sendiri mencuba dan mendorong kemahiran baru dan mempertingkat


kemahiran.

5.4 Bertindak sebagai motivator yang berciri-ciri sebagai seorang yang boleh
dipercayai,

bertanggungjawab dan berpengetahuan.

5.5 Menjadi contoh kepada kemahiran yang hendak dipraktikkan.

5.6 Sentiasa mengingatkan matlamat program, mengaitkan teori dan pengalaman


mentee.
5.7 Mewujudkan komunikasi berkesan antara mentor dan mentee, dengan ini
mentee tahu dengan jelas

arahan yang diberikan dan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing.

5.8 Sensitiff dan peka tentang wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada
dari segi pertanyaan,

keperluan dan cara gaya berfikir.

5.9 Seharusnya enjoy himself dan seharusnya mentor mempelajari sesuatu dan
mendapat manfaat dari

program yang dijalankan.

6. PANDUAN MENTOR

6.1 Buat persediaan rapi, dengan ini mentee akan mengetahui matlamat program
yang dijalankan.

6.2 Bina ruang untuk mengenali mentee dan mentee mengenali mentor seterusnya
bentuk satu kelompok

pembelajaran yang rileks agar sebarang masalah dapat dibincang dengan dengan
pebuh keterbukaan

oleh kumpulan.

6.3 Berikan suasana yang cukup selesa kepada mentee untuk mereka berasa
selamat berkongsi

perasaan/pengalaman masing-masing.

6.4 Beri arahan dengan jelas, jangan biarkan mentee tertentu sahaja mendominasi
pengalaman dalam

sesuatu perjumpaan.

6.5 Memberi sepenuhnya ruang untuk mentee turut serta dalam perbincangan
kumpulan dan penyataan

pengalaman.

6.6 Perhatikan gerak non verbal(bahasa badan) dan sentiasa menyoal balas mentee
terhadap kefahaman

dan persepsi mereka terhadap kejadian kelompok.


6.7 Biarkan mentee berasa dipunyai oleh kumpulan dan mereka mempunyai
kumpulan.

6.8 Sentiasa bersemangat dan beri tumpuan kepada apa yang sedang berlaku.

6.9 Tunjukkanminat yang mendalam kepada kumpulan dan sentiasa bertanyakan


pandangan ahli kumpulan.

6.10 Jadilah pendengar yang cukup aktif.

7.PENGISIAN PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE YANG DICADANGKAN

SESI PERKARA KAEDAH PELAKSANAAN


1 Perjumpaan Perjumpaan khas dan perasmian majlis
mentor pelancaran mentor-mentee peringkat sekolah
dengan
ibubapa
mentee dan
majlis
penyerahan
mentee
2 Penerokaan Memperkenalkan latar/belakang diri
kendiri
Mewujudkan kemesraan
Potensi diri
Ciri-ciri negatif dan positif mentee
Semakan
pencapaian Perbincangan keputusan peperiksaan akhir tahun
peperiksaan akhir
tahun lepas
3 Kemahiran edah Belajar yang berkesan
Belajar
Mencatat nota

membaca

mengingat

ulangkaji

Merancang ppembinaan matlamat diri

4 Pengurusan Membina jadual pengurusan diri


Masa
Merancang kesesuaian masa dengan subjek dan jumlah jam
untuk belajar

5 Masalah Kenalpasti punca masalah


Akademik
Cadangan penyelesaian

6 Peluang Asrama penuh PMR


melanjutkan
pelajaran IPTA dan SPM

Matrikulasi

7 Persediaan Persiapan asas


Menghadapi
Peperiksaan Senaraikan tugasan penting menghadapi peperiksaan

Persiapan kerohanian

8 Kerjaya Bidang Kerjaya yang kian mencabar

Kelulusan yang diperlukan

Pemilihan subjek yang sesuai untuk pembinaan kerjaya yang


diidamkan
9 Keputusan Analisispeperiksaan pertengahan/percubaan/pra
Peperiksaan PMR

Kaedah betul jawab soalan dan aspek latihan ulangkaji


10 Persiapan Amanat Penting
Akhir
Peperiksaan
11 Mohon Restu Solat Hajat

Dorongan/galakan

Вам также может понравиться