Вы находитесь на странице: 1из 4

MENANAM SAWIT

DEFINASI

Menanam sawit adalah satu proses menanam anak benih dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu,
cukup umur, dan pada keadaan cuaca yang sesuai dengan menggunakan teknik yang betul.
OBJEKTIF

Mempastikan anak sawit yang tumbuh akan bermutu dan produktif.


Mengelak dari berlaku kerosakan (transplanting shock) dan kematian semasa menanam.
Mengadakan pokok sawit yang seragam pertumbuhannya dan tiada kerja-kerja menyulam dijalankan.
Memperolehi hasil ekonomik yang tinggi dan berkekalan

PIAWAIAN
Saiz lubang tanaman mesti 10 cm lebih lebar dan dalam daripada ukuran polibeg.
Baja Phosphate (CIRP) sebanyak 500 gm ditabur di dalam lubang tanaman.
Anak benih ditanam di dalam keadaan yang tegak dan 2.5 cm di bawah paras tanah keliling.

PERALATAN DAN BAHAN


Anak Benih.
Baja fosfat batuan.
Kereta sorong atau bakul kandar.
Cangkul menggali.
Bekas dan penyukat baja.
Pisau tajam.
Beg baja kosong.
Kayu pemadat.

PANDUAN PRODUKTIVITI

Produktiviti kerja menanam bagi seorang bekerja selama 8 jam (manday) bergantung kepada kaedah lubang digali
dan kemahiran pekerja

Kaedah Gali Lubang Pokok / Manday


Manual 70 80
Jentera 100 120

KAEDAH
Pengkelasan tugasan untuk menggali lubang, mengangkut anak sawit , membaja dan menanam diagihkan kepada
kumpulan berasingan.
Pokok dibawa dari tepi jalan ke tapak tanaman dengan menggunakan kereta sorong, bakul atau dipikul dengan
bahagian pucuk di atas
Anak benih dikendalikan dengan sempurna supaya tiada berlaku kerosakan(transplanting shock) semasa
pemindahan ini, kekalkan anak benih di dalam keadaan sihat dan subur seperti di semaian
Kerosakan anak benih yang dikendalikan dengan kasar seperti polibeg dan bebola tanah pecah, pucuk anak benih
patah dan anak benih tercabut dari polibeg. Kerosakan ini akan menyebabkan pertumbuhan anak benih terbantut.
Lubang digali di atas pancang tanaman yang telah ditentukan dan pastikan di dalam garisan yang lurus dan di dalam
barisan tanaman.
Penghantaran anak benih dari tepi jalan ke tapak penanaman digalakan menggunakan minitrektor sekiranya
bersesuaian.
Lubang tanaman boleh digali dengan cara manual atau menggunakan jentera.
Saiz tanaman yang sesuai bagi anak benih sawit ialah 45 x 45 x 60 cm.
Lubang tanaman yang digali mempunyai tebing vertikal (tidak mengecil di bahagian bawah).
Taburkan fosfat sebanyak 500 gm di dalam lubang sebelum menanam.
Polibeg dikeluarkan dengan memotong dibahagian bawah dahulu dan diletakkan ke dalam lubang, kemudian
dipotong bahagian tepi untuk menarik keluar polibeg.
Masukan anak benih ke dalam lubang di dalam keadaan yang tegak dan keadaan bebola tanah tidak pecah atau
dipotong.
Anak perlu ditanam dengan kedalaman pangkal anak benih 5 cm lebih rendah daripada paras permukaan tanah
sekitarnya.
Lubang perlu dikambus semula di keliling anak benih dengan cermat dan padat, pastikan tanah yang dikambus itu
gembur dan tidak berketul besar.
Hujung cangkul boleh digunakan untuk memadatkan tanah di sekeliling kawasan kosong di antara anak benih dengan
tanah di sekitarnya.

KAWALAN
Polybeg yang digunakan ditanggalkan dari bebola tanah sebelum menanam anak benih.
Tidak memotong atau memecahkan bebola tanah semasa kerja menanam dijalankan.
Anak benih sawit dikendalikan dengan cermat dengan mengekalkan kesuburan anak benih seperti di semaian.
Lubang tanaman perlu 10 cm lebih daripada ukuran bebola tanah.
Panduan Pembajaan Sawit Untuk Pekebun Kecil (2)

Rajah 1: Bagi pokok matang, baja ditabur di semua kawasan kebun

Sambungan dari artikel,


Panduan Pembajaan Sawit Untuk Pekebun Kecil (1)

Jenis dan Kadar Penggunaan Baja


Kerjasama antara MPOB dan syarikat pengeluar baja tempatan telah mengeluarkan dua formulasi baja sebatian yang
sesuai digunakan secara umum oleh pekebun kecil yang tidak mendapat kemudahan analisis tanah tanah dan daun.
Pertama, baja MPOB F1 (10% N, 5.4% P2O5, 16.2% K2O, 2.7% MgO, 0.5% B2O3) untuk kegunaan tanah pedalaman.
Kedua, baja MPOB F2 (10.7% N, 9.1% P2O5, 17.3% K2O, 1.4% MgO, 0.5% B2O3) untuk kegunaan tanah pesisir pantai
atau lanar laut.
Pada masa ini, MPOB masih dalam proses mengenal pasti formulasi dan syarikat untuk mengeluarkan baja MPOB F3
bagi kegunaan tanah gambut. Sementara menuggu MPOB F3, pekebun kecil di tanah gambut disyor untuk
menggunakan baja MPOB F1 dengan tambahan baja tunggal.
Kadar penggunaan baja berkenaan untuk tanah pedalaman, lanar laut dan gambut adalah seperti di Jadual 1.

Kekerapan Membaja
Bergantung pada umur pokok, kekerapan membaja adalah tiga kali setahun semasa pokok berumur antara satu
hingga empat tahun dan dua kali setahun selepas pokok berumur lebih daripada empat tahun.

Perletakan Baja
Penempatan baja yang berkesan bergantung pada umur pokok dan topografi tanah. Ini kerana pada prinsipnya baja
perlu ditabur di kawasan di mana terdapat akar pemakanan yang banyak dan aktif.
Pokok sawit berumur dua tahun ke bawah, akar pemakanan berada di dalam lingkungan 2 m daripada pangkal
pokok. Manakala pokok yang berumur tiga hingga lima tahun, akar pemakanan berada dalam lingkungan 4 m dari
pangkal pokok.
Oleh yang demikian, bermula dari selepas menanam sehingga pokok sawit berumur satu tahun, baja hendaklah
ditabur di bawah kanopi daun. Bagi pokok sawit yang berumur antara satu hingga dua tahun, baja ditabur di dalam
lingkungan 1.5 2.5 m dari pangkal pokok.
Manakala, bagi pokok berumur antara tiga hingga lima tahun baja ditabur dalam lingkungan antara 1.5 m hingga 4.0
m dari pangkal pokok. Syor di atas adalah bagi pokok sawit yang ditanam di tanah rata dan di atas teres.
Bagi pokok matang melebihi umur lima tahun, pertumbuhan akar pemakanan telah berada di seluruh kawasan
terutama di dalam kawasan perletakan pelepah (Rajah 1). Untuk kawasan tanah rata ke beralun, tabur lebih banyak
baja di sepanjang perletakan pelepah dan sedikit di keliling kanopi daun.
Bagi sawit yang ditanam di atas teres, baja boleh terus diletak di keliling pokok dan sepanjang teres bagi
mengelakkan kehilangan baja melalui hakisan.
Tabur baja di kawasan perletakan pelepah

Dalam keadaan di mana pokok sawit matang berada di atas tapak tanaman (platform) yang kecil atau teres yang
kurang lebar dan sudah terhakis, pekebun kecil boleh menanam baja dengan kedalaman 121 182 cm di beberapa
tempat di keliling kanopi daun. Alternatif ini adalah lebih baik sekiranya baja ditabur sahaja kerana lebih terdedah
kepada hakisan.
Walau bagaimanapun, bagi pokok sawit belum matang, kaedah pembajaan yang berkesan ialah menabur baja di
bawah kanopi daun.

Masa dan Persediaan Sebelum Membaja


Masa yang sesuai untuk membaja adalah pada musim sederhana lembap. Musim terlalu kering (kemarau) tidak
sesuai kerana baja memerlukan air untuk terurai sebelum ia diserap oleh pokok melalui akar.
Musim yang terlalu basah (hujan) juga kurang sesuai kerana banyak baja akan hilang dilarikan air terutama di
kawasan cerun atau melalui larut resap di kawasan tanah rata yang mempunyai kandungan pasir yang tinggi.
Kawasan yang hendak ditabur baja hendaklah terlebih dahulu dibersihkan dari semua rumpai kerana rumpai akan
bersaing untuk mendapatkan baja dengan pokok sawit.

Kesimpulan
Pembajaan yang berkesan merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan hasil sawit. Sekiranya
pembajaan dijalankan dengan sempurna dan menggunakan baja yang berkualiti dan seimbang dengan pengurusan
ladang yang baik, hasil ladang yang telah sedia tinggi boleh terus dikekalkan dan hasil yang rendah boleh
dipertingkatkan.
Oleh kerana kos baja pada masa ini agak mahal, pekebun kecil mesti menggunakan baja dengan berhemah melalui
pemilihan jenis baja yang sesuai, penggunaan kadar, kekerapan dan perletakan baja yang betul serta menggunakan
bahan organik yang terdapat secara percuma atau murah dari kilang sawit untuk pembaikan semula tanah.

Вам также может понравиться