Вы находитесь на странице: 1из 17

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS

PERTUKARAN PENGETUA-'MAJLIS SEIKHLAS HATI,


SETULUS BUDI & LAMBAIAN KASIH
Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia.

Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan Tuan Haji Abdullah bin Mohd. Yusof,
Pengetua SMK Seri Raub, Yang berusaha GPK Pentadbiran, Hajah Rodeyah binti Ahmad, GPK
HEM, Encik Zainal Abidin bin Eya, GPK Kokurikulum, Encik Abdul Rahman bin Sani, Guru-guru
Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru Cemerlang, guru-guru, AJK PIBG , rakan-rakan serta hadirin warga
dewan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat
bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Hadirin Warga Dewan yang Dihormati,

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Ritcher iaitu seorang penulis masyhur
dari Jerman ada menyatakan bahawa "man feelings are always purest and most glowing in the hour
of meeting and farewell". Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.

Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Pengetua yang amat
kami sayangi dan kasihi. Pada kami, Tuan Haji Abdullah bukan sahaja sebagai seorang Pengetua
tetapi ibarat seorang bapa dalam sebuah keluarga besar SMK Seri Raub.

Hadirin yang Dihormati,

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want
to lost. Itulah pengetua kita, Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusoff, lembut, tenang namun tetap tegas
dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai
Tuan Pengetua kita.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan
kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik
buat para pelajar. Saya sering melihat beliau memantau keadaan pelajar di dalam kelas terutamanya
kelas-kelas peperiksaan. Tindakan beliau telah menarik perhatian saya. Hal ini membuktikan bahawa
beliau amat mengutamakan pelajar-pelajar di SMK Seri Raub supaya sentiasa fokus terhadap
pembelajaran di dalam kelas.

Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan
bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah
kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SMK Seri Raub.
Sebagai seorang pengawas, saya berasa bangga dan terharu apabila beliau sanggup bersama-
sama dengan barisan pengawas semasa mengadakan aktiviti Kem Kepimpinan di Kem Sangka, Ulu
Sungai yang lalu.

Warga Dewan yang Dikasihi,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Seri Raub merakamkan setinggi-tinggi
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Abdullah bin Mohd Yusoff yang tidak pernah
mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami pelajar-pelajar SMK
Seri Raub. Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Tuan Pengetua.
Semoga Tuan Pengetua akan terus mengekalkan usaha-usaha murni beliau dalam membentuk
sahsiah diri yang mulia kepada para pelajar di sekolah baharu nanti.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah
akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti.
Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.

Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Ayahanda Tuan Pengetua dengan anak-
anak didik dan warga SEMESRA akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur
tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.

Pulau Pandan jauh ke tengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Buah pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan;
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
In shaa Allah kita akan berjumpa lagi.

Salam kemaafan kami hulurkan,


Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt.

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERTUKARAN GURU BESAR CIKGU
NAZARUDIN Terima kasih Pengerusi Majlis.. Yang Diraikan Encik Nazarudin, Guru Besar SK
Bakap Indah, Yang Dihormati _______________________________ Yang Dipertua PIBG Yang
Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Shukri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Puan Halimah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Zainudin ,guru-guru serta
rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT
kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis
perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Para Hadirin Yang Diraikan dan
Dikasihi Sekalian, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika
bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini,
kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada
kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di
Sekolah Kebangsaan Bakap Indah ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cikgu Nazarudin.
Sepanjang tempoh perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Bakap Indah, beliau telah
banyakmenyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di sekolah
ini. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus
ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali
sebagai seorang yang berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik buat para
pelajarnya. Hadirin dan Hadirat sekalian, pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid murid
SekolahKebangsaan Bakap Indah merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada Cikgu Nazarudin yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan
waktu demi kami, anak- anak muridmu.
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu
Nazarudin serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan
ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang
hilang akan tetap kekal menjadi kenangan abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan
Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.Sekian, terima
kasih.
Terima kasih Puan Pengacara Majlis, Yang berusaha, Puan Hajjah Wan Norini bt Wan Hamat, GPK
Pentadbiran, SMK Bukit Goh Ustaz Mohd Anuar bin Mohd Amin, GPK HEM, SMK Bukit Goh Encik
Awang Mahadi bin Ali, GPK Kokurikulum, SMK Bukit Goh Encik Wan Ludin bin Wan Ali, YDP PIBG,
SMK Bukit Goh Yang diraikan, Encik Mohd Azmi bin Othman, Mantan Pengetua SMK Bukit Goh Guru-
Guru, Kakitangan serta para pelajar SMK Bukit Goh yang dikasihi sekalian Alhamdulillah, setinggi-
tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan
majlis perpisahan Encik Mohd Azmi bin Othman, Pengetua yang kita kasihi di majlis yang penuh
bermakna pada pagi ini. Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan
kerana telah memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis yang penuh
bermakna ini. Saya bagi pihak warga pendidik sekolah ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Azmi bin Othman yang sudi meluangkan masa bersama-
sama kita pada pagi ini walaupun mempunyai tugasan yang sangat sibuk, yang difahamkan beliau
baru sahaja balik dari China. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Wan Ludin bin Wan Ali yang
dapat turut serta bersama kita dalam majlis yang mulia ini. Dalam salah satu tulisan karya agung
Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa,
Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell Setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan
menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana
perpisahan dengan Tuan Pengetua yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya, Encik Mohd Azmi ini
bukan sahaja pengetua, tetapi pemimpin dalam keluarga besar SMK Bukit Goh. Masa begitu pantas
berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita
tidak terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita.
Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Encik Mohd Azmi bin Othman, sebagai pengetua di SMK
Bukit Goh. Sesungguhnya, pemergian beliau memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita
kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi Tuan
Pengetua yang kita kasihi ini. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan mengenai peribadi yang kita raikan pada hari ini. Encik Mohd Azmi bin Othman
telah memegang jawatan sebagai Pengetua di SMK Bukit Goh selama 4 tahun 16 hari iaitu mulai
tahun 2011 hingga September 2015. Perwatakan beliau yang sentiasa tenang, memuliakan tetamu
dan sentiasa tersenyum amat sesuai dengan kata orang tua-tua, Jika kita senyum selalu, mesti
orangpun akan senyum. Jika ada orang marah, kita pun tetap senyum, akhirnya mereka pun akan
senyum juga dan inilah yang menjadi perwatakan mithali beliau sepanjang di SMK Bukit Goh.
Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan pengetua kita ini di SMK Bukit Goh, beliau telah banyak
menyumbangkan jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan pembangunan SMK Bukit Goh
samada dari segi akademik, kokurikulum, keceriaan dan Bina Insan . Beliau bukan sahaja seorang
yang berjiwa rakyat, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kemajuan
pendidikan di SMK Bukit Goh melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang
berhati murni, malah pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. Beliau sentiasa berusaha
membentuk elemen persekitaran ceria untuk membina keseronokan bekerja untuk para guru kerana
happy teachers are productive teachers dan sebaliknya productive teachers are happy teachers.
Tidak terkecuali para pelajar dengan adanya Auditorium Al Falah, Surah-surah Al Quran dan kata-
kata semangat di persekitaran sekolah. Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni
tersebut sebagaimana sabda Rasulullah: Barangsiapa menunjukkan
seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat ganjaran Sebagaimana ganjaran orang yang
melakukannya. (Riwayat Muslim) Kepimpinan Encik Mohd Azmi selama memimpin dan menerajui
SMK Bukit Goh telah pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan
kepimpinan beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga SMK Bukit Goh amat berbangga sekali
kerana sempat menerima pimpinan beliau. Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kita semua,
namun dengan ketokohan, kecermerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu
suntikan semangat dan azam yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SMK Bukit Goh dalam
meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa
isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Hadirin dan Hadirat sekalian,
Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want
to lose. Itulah Encik Mohd Azmi bin Othman yang kita sama-sama raikan pada pagi ini. Beliau
sangat mesra dan mengambil berat tentang kebajikan semua pelajar. Sikap beliau yang berdedikasi,
passionate terhadap tugas dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsip dan pada masa yang
sama memiliki homurous sense. Malah juga dikenang sebagai pengetua yang begitu down to
earth dan memahami. Ketika krisis air yang melanda Felda dan Sekolah, beliau turut serta turun
padang. Ketika ketiadaan elektrik di blok G dan H, beliau menyingsing lengan menangani situasi ini.
Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan sentiasa berusaha
mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi masalah dan kesusahan
adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga SMK
Bukit Goh. Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk
memberikan bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu
urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga
SMK Bukit Goh. Hadirin dan Hadirat sekalian, Kini, SMK Bukit Goh kehilangan seorang pengetua yang
berwibawa, berjasa, dan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan mereka amat
dirasai oleh semua kita warga SMK Bukit Goh. Bak kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang
kanberganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Pastinya selepas ini, kita semua akan
merindui gelak tawa dan senyuman Encik Mohd Azmi. Dengan hati yang berat, perpisahan dengan
tuan pengetua yang kita kasihi ini, kami relakan jua dan Insya Allah, persahabatan kita tidak akan
terhenti di sini dan akan terus berpanjangan. Memories last forever, never do they die. Friends
stay together, never say goodbye.. Semoga persahabatan ini menjadikan kita golongan yang diberi
perlindungan arasy Allah pada hari yang tiada perlindungan melainkan Allah.
Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu mereka kerana Allah dan
berpisah juga kerana Allah (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada kesempatan ini,
saya bagi pihak guru-guru SMK Bukit Goh merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Encik Mohd Azmi bin Othman di atas sumbangan dan komitmen beliau
sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Bukit Goh. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Encik Mohd Azmi bin Othman, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa
dan negara Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung
adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun khusus
untuk Tuan Pengetua yang kita kasihi, Encik Mohd Azmi bin Othman Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung, Jasa baktimu tetap dikenang, Budi baikmu tetap disanjung. Asap api
embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu
Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan; Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan. As One Chapter Ends Another Begins For You Enjoy All
The Things You've Been Looking Forward To Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd
Azmi bin Othman. Sekian, Terima Kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wa barakatuh.
Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

UCAPAN YDP PIBG SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR

ASSALAMUALAIKUM W.W.T.. SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALA


YSIA.
YANG DIHORMATI DAN YANG DIRAIKAN, ENCIK AZNI B. DAUD, GURU BE
SAR SK SELABAK .
YANG BERUSAHA, ____________________________________________
___________________________________________________________
__________________________________________________________
PPD HILIR PERAK,

YANG BERUSAHA, PN RAMLAH BT TAN , GURU PENOLONG KANAN KURIK


ULUM, SK SELABAK,
PUAN NOOR AZWA BT ABDUL,GURU PEOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN MOHD NAJIB BIN WAZIR,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM sk selaba
k,
Pegawai-pegawai dari JPN Perak, pegawai-pegawai dari PPD Hilir Perak,
Guru besar - guru besar, barisan guru-guru Penolong Kanan ,
Jawatankuasa Pengelola Majlis Jasamu Di Kenang,Guru-guru,
BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG, dan para pelajar sekalian.

Saya SEBAGAI YDP PIBG SK SELABAK, ingin mengambil kesempatan ini u


ntuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana telah mendapat
khidmat pentadbiran dan perjalanan pengurusan sekolah ini daripada Tn
Guru besar . Beliau adalah seorang pentadbir yang sangat dedikasi dan ti
dak pernah lokek memberi bantuan dan sokongan kepada PIBG . Sehing
ga ke saat ini, beliau masih bekerja keras melunaskan amanah yang diber
ikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan lancar selepas penin
ggalannya. Encik Azni yang kami kenali mempunyai wawasan yang jelas
dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan murid-
murid di sekolah ini. Beliau seorang yang berhemah, berterus terang, da
n mempunyai pengetahuan dalam pengurusan sekolah dan akademik.

Sebagai teraju utama sekolah ini, beliau banyak memainkan perana


n demi meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah. Kami berharap, s
emua usaha ini akan diteruskan oleh guru besar baharu yang akan menga
mbil alih tampuk kepimpinan beliau nanti. Usahlah bimbang,Kami di sini,
walau bersama siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan tetap cekal
dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi memastikan k
esinambungan kecemerlangan sekolah dan anak-anak didik di sini..
Walaupun pengalaman saya bekerja bersama En Azni masih baru s
etahun jagung, namun dapat saya rasakan bahawa beliau memang seora
ng guru besar yang sangat perihatin terhadap guru-
guru dan murid sekolah ini. Beliau sering mengutamakan kebajikan guru-
guru serta sentiasa terbuka dengan buah fikiran anak buahnya. Tahniah s
aya ucapkan kerana beliau berjaya menjadi dirinya sendiri selama menera
jui SK Selabak.
Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, b
ukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada murid-
murid Sek. Keb. selabak. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat men
ghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh tn guru bes
ar. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pen
gorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh beliau sepanjang b
erkhidmat di sini. BAgaimanapun, dapat kami selam akan perasaan En Az
ni yang masih terlalu sayangkan sekolah ini. Jika diberi peluang, tentu sa
haja beliau ingin menyambung menggalas tanggung jawab yang dirasaka
n masih belum selesai. Namun apakan daya, beliau telah sampai ke pena
mat sebagaimana yang telah termaktub dalam syarat perkihdmatanya.

Encik Azni guru besar yang kami raikan,

Inilah yang dikatakan, Umpama berkayuh telah sampai di muara


Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,
Tn guru besar telah menamatkan perkhidmatannya dengan jaya se
kali. Malah daam keadaan kesihatan beliau yang masih gagah dan kuat. T
ahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya sehingga ke noktah terak
hir.
Saya mewakili seluruh ibu bapa dan penjaga murid, ingin menga
mbil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari tuan
andai ada antara kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tin
gkah laku. Maafkan kami jika ada perlakuan dan tutur bicara kami yang
menyinggung perasaan tuan. Segala jasa bakti tuan sepanjang berkhidm
at di sekolah ini akan kami kenang selagi hayat di kandung badan. Semo
ga tn guru besar akan lebih tenang dan berbahagia bersama keluarga terc
inta selepas bersara ini. Kami juga doakan beliau akan selalu sihat dan le
bih sejahtera menjalani kehidupan tanpa memikirkan bebanan kerja. Bere
hatlah dan nikmatilah hidup ini dengan gembira.Untuk encik Azni, dengar
kan pantun dari saya.
Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuan umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang
Sekian sahaja ucapan dari saya, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhi
dayah, wassalamualaikum W.B.T

UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA PERSARAAN GURU BESAR


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,

Yang diraikan Guru Besar SK Selabak, Encik Azni bin Daud

YANG BERUSAHA, PN RAMLAH BT TAN , GURU PENOLONG KANAN KURIK


ULUM, SK SELABAK,
PUAN NOOR AZWA BT ABDUL,GURU PEOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN MOHD NAJIB BIN WAZIR,PENOLONG KANAN KOKURIKULUM sk selaba
k,

Sidang hadirin yang dihormati,

Saya Ku Arif Ridzuan b Ku mohd Rizal mewakii semua murid sk selabak d


engan rendah hati memohon izin untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Tanpa kita sedari, masa berlalu dengan begitu pantas. Tempoh _____
____________________ dirasakan umpama semalam sahaja. Kini, kita
sudah berada di hujung hari persaraan, Maka,hari ini merupakan hari ter
akhir kita untuk bersama Tbn Guru besar sk selabak yang hebat ini.

Begitu hiba rasanya untuk kami berpisah dengan guru yang amat dedikasi
dan prihatin untuk mendidik serta mengasuh kami. Namun demikian, apa
lah daya kita untuk menghalang waktu untuk terus berlalu, lantaran setia
p pertemuan pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Justeru itu, wala
upun berat hati untuk berpisah, kenyataannya perpisahan itu pasti akan h
adir.

Guru-guru yang dikasihi dan dihormati,

Jasa dan bakti tn guru besar terlalu banyak buat kami semua. Tidak a
kan terbalas dengan wang ringgit dan harta benda untuk segala bakti yan
g beliau curahkan kepada kami. Pastinya akan kami kenang selama-
lamanya selagi jantung dan nadi ini masih berdengup dan berdenyut. Pad
a kesempatan ini, saya mewakili rakan-
rakan ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan dari hujung
rambut sampai ke hujung kaki kepada tn guru besar yang dikasihi. Hany
a Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan bakti yang telah tua
n abadikan kepada kami.

Maka dengan ini sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untu
k mengucapkan jutaan terima kasih kepada tn guru besar yang telah men
tadbir sekolah ini malah membimbing kami selama ini dan maafkanlah se
gala kesilapan dan kesalahan kami. Kepada rakan-
rakan pula, ingat dan ikutlah pesanan dan nasihat yang pernah tn guru be
sar berikan kepada kita.Semoga kita akan terus membina kecemerlangan
dan terus berbakti kepada ibu bapa kita serta masyarakat dan negara. Gu
nakanlah segala ilmu yang telah guru-
guru kita curahkan untuk melayari alam remaja dan seterusnya dewasa d
engan penuh ketabahan, keimanan dan ketakwaan.

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.

Untuk itu, kami mendoakan agar tn guru besar sentiasa sihat sejahtera di
alam bersara nanti serta berbahagia bersama keluarga tercinta.

Sekian sahaja ucapan dari saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabaro


katuh

TEKS UCAPAN TUAN PPD HILIR PERAK


SEMPENA PERSARAAN ENCIK AZNI BIN DAUD
27 MEI 2016
Bismillahhirahmannirahim
Assalamualaikum wbt,
Salam sejahtera, salam 1Malaysia dan Salam Hilir Perak No 1

Yang diraikan Guru Besar SK Selabak, Encik Azni bin Daud


Yang di hormati YDP PIBG SK Selabak, Encik Saifuddin bin H
ussein,
Yang Berusaha Pegawai-pegawai dari JPN Perak, pegawai-
pegawai dari PPD Hilir Perak,
Guru besar - guru besar,
Barisan guru-guru Penolong Kanan Sk Selabak,
Jawatankuasa Pengelola Majlis Jasamu Di Kenang,
Tetamu-tetamu jemputan dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNy


a, saya dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ya
ng bermakna ini. Terima kasih kepada pihak sekolah diatas je
mputan ini dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana
telah merancang dan menguruskan majlis ini. Tujuan kita berk
umpul di SK Selabak pada pagi ini adalah khusus untuk meraik
an persaraan wajib bagi Encik Azni bin Daud, guru besar SK S
elabak yang sangat kita hormati.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil Jabatan Pendidikan
Negeri Perak merangkap Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Hi
lir Perak, ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepad
a Encik Azni bin Daud diatas perkhidmatan beliau selama 38 ta
hun dalam bidang pendidikan.
Tentu banyak memori suka duka yang telah beliau lalui sepanj
ang tempoh tersebut. Mungkin dalam ucapan beliau nanti kita a
kan mendengar cerita pengalaman pahit manis sepanjang kari
er beliau sebagai seorang pendidik.
Secara peribadi, saya igin mengucapkan tahniah kepada insan
yang kita raikan pada hari ini kerana pada hemat saya, beliau b
eroleh kesihatan yang sangat baik walaupun sedang berada da
lam kategori usia emas. Syukur alhamdulillah.
Doa dan harapan kita semua agar Allah swt memberkati kehid
upan beliau. Semoga beliau berada dalam ruang waktu yang la
pang untuk beribadah, diberi kesihatan yang baik, kesejahteraa
n dan kegembiraan bersama keluarga tercinta.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepa
da ketuanya. Seperti mana sebuah kapal diterajui nakhodanya
, sepanjang 5 tahun Encik Azni menerajui sekolah ini, banyak
peningkatan dan kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah. Pa
da tahun 2012, sekolah ini berjaya menerima anugerah PIBG C
emerlang Peringkat Kebangsaan. Tahniah dan syabas. Dalam
pengetahuan saya, beliau merupakan seorang ketua yang disa
yangi dan dihormati oleh anak-
anak buahnya. Setahu saya juga, SK Selabak banyak berubah
wajah sejak kehadiran beliau terutama dari segi prasarana sek
olah yang semakin ceria yang mampu meningkatkan proses pe
mbelajaran dan pengajaran warga sekolah
Akhir kata bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hlir Perak, sek
ali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kep
ada Encik Azni b Daud kerana dedikasi, komitmen dan kerja ke
ras beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai seorang p
endidik dan sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Kepada baris
an pentadbir dan guru-
guru SK Selabak, saya berharap amanah yang beliau tinggalk
an digalas dengan baik. Teruskan perjuangan mengurus dan m
endidik anak bangsa.
Sekian.
Wabillahit taufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

TEKS UCAPAN PK PENTADBIRAN


SEMPENA PERSARAAN PN TAN
MOI YAN, PENGETUA SMK KULAI
BESAR
Written by Noraini Mohd Nor on 12 November 2014.

Assalamualaikum wbt.

Yang berbahagia Tuan Hj Ishak bin Mahbob, Pegawai Pendidikan Daerah


Kulai
Yang diraikan Puan Tan Moi Yan, Pengetua SMK Kulai Besar
Yang dihormati En. Samsol Kamal bin Mat Nasir, Yang Dipertua PIBG SMK Kulai
Besar dan ahli jawatankuasanya
Tuan-tuan Pengetua, guru-guru penolong kanan, guru-guru kanan mata
pelajaran, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya, saya diberi
ruang dan peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis
yang penuh makna ini. Selamat datang dan terima kasih
kerana tuan-tuan dan puan-puan sudi hadir dalam majlis ini yang
diadakan khusus untuk meraikan persaraan Puan Tan Moi Yan, pengetua yag
sangat kami hormati.

Hadirin sekelian,
Saya sebagai wakil warga SMK Kulai Besar, ingin mengambil kesempatan ini
untuk menyatakan betapa kami sangat berbangga kerana dapat
berkhidmat di bawah pentadbiran Puan Tan. Beliau adalah seorang
pentadbir yang sangat dedikasi dan tidak pernah lokek memberi tunjuk ajar
kepada kami. Sehingga ke saat ini, Puan Tan masih bekerja keras melunaskan
amanah yang diberikan kepadanya bagi memastikan semuanya berjalan
lancar selepas peninggalannya. Puan Tan yang kami kenali mempunyai
wawasan yang jelas dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan murid-
murid di sekolah ini. Beliau tegas, berterus terang, cekap dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam pengurusan sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,


Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada
ketuanya. Seperti mana sebuah kapal diterajui nakhodanya, sepanjang 3
tahun 3 bulan Puan Tan menerajui sekolah ini, banyak peningkatan dan
kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah. Ia tidak mudah bagi Puan Tan dan
tidak mudah juga bagi kami, tetapi kami semua dapat melakukannya
dengan bimbingan dan tunjuk ajar Puan Tan. Sebagai teraju utama, beliau
banyak memainkan peranan demi meningkatkan kecemerlangan
sekolah. Kami berharap, semua usaha ini akan diteruskan oleh pengetua
baharu yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan sekolah ini. Kami guru-
guru di sini, walau bersama siapa pun kami bernaung khidmat, kami akan
tetap cekal dan tekal melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin bagi
memastikan kesinambungan kecemerlangan sekolah kami.

Puan Tan yang kami raikan,


Saya mewakili seluruh warga SMK Kulai besar, ingin mengambil kesempatan
ini menyusun jari sepuluh memohon kemaafan dari puan andai ada antara
kami yang tersilap kata, terkhilaf bicara dan tersalah tingkah laku. Maafkan
kami jika ada perlakuan dan tutur bicara kami yang menyinggung perasaan
puan. Segala jasa bakti puan sepanjang berkhidmat di sekolah ini akan kami
kenang selagi hayat di kandung badan.

Puan Tan,

Terima kasih Puan Pengacara Majlis, Yang berusaha, Puan Hajjah Wan Norini bt Wan Hamat, GPK
Pentadbiran, SMK Bukit Goh Ustaz Mohd Anuar bin Mohd Amin, GPK HEM, SMK Bukit Goh Encik
Awang Mahadi bin Ali, GPK Kokurikulum, SMK Bukit Goh Encik Wan Ludin bin Wan Ali, YDP PIBG,
SMK Bukit Goh Yang diraikan, Encik Mohd Azmi bin Othman, Mantan Pengetua SMK Bukit Goh Guru-
Guru, Kakitangan serta para pelajar SMK Bukit Goh yang dikasihi sekalian Alhamdulillah, setinggi-
tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat
dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan
majlis perpisahan Encik Mohd Azmi bin Othman, Pengetua yang kita kasihi di majlis yang penuh
bermakna pada pagi ini. Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan
kerana telah memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis yang penuh
bermakna ini. Saya bagi pihak warga pendidik sekolah ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Azmi bin Othman yang sudi meluangkan masa bersama-
sama kita pada pagi ini walaupun mempunyai tugasan yang sangat sibuk, yang difahamkan beliau
baru sahaja balik dari China. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Wan Ludin bin Wan Ali yang
dapat turut serta bersama kita dalam majlis yang mulia ini. Dalam salah satu tulisan karya agung
Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa,
Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell Setiap
pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan
menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana
perpisahan dengan Tuan Pengetua yang kita amat sayangi dan cintai. Pada saya, Encik Mohd Azmi ini
bukan sahaja pengetua, tetapi pemimpin dalam keluarga besar SMK Bukit Goh. Masa begitu pantas
berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita
tidak terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita.
Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan Encik Mohd Azmi bin Othman, sebagai pengetua di SMK
Bukit Goh. Sesungguhnya, pemergian beliau memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita
kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi Tuan
Pengetua yang kita kasihi ini. Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang Lembut, tenang dan berjiwa rakyat. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan mengenai peribadi yang kita raikan pada hari ini. Encik Mohd Azmi bin Othman
telah memegang jawatan sebagai Pengetua di SMK Bukit Goh selama 4 tahun 16 hari iaitu mulai
tahun 2011 hingga September 2015. Perwatakan beliau yang sentiasa tenang, memuliakan tetamu
dan sentiasa tersenyum amat sesuai dengan kata orang tua-tua, Jika kita senyum selalu, mesti
orangpun akan senyum. Jika ada orang marah, kita pun tetap senyum, akhirnya mereka pun akan
senyum juga dan inilah yang menjadi perwatakan mithali beliau sepanjang di SMK Bukit Goh.
Sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan pengetua kita ini di SMK Bukit Goh, beliau telah banyak
menyumbangkan jasa terhadap kemajuan, perkembangan dan pembangunan SMK Bukit Goh
samada dari segi akademik, kokurikulum, keceriaan dan Bina Insan . Beliau bukan sahaja seorang
yang berjiwa rakyat, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kemajuan
pendidikan di SMK Bukit Goh melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang
berhati murni, malah pengorbanan beliau tiada tolok bandingnya. Beliau sentiasa berusaha
membentuk elemen persekitaran ceria untuk membina keseronokan bekerja untuk para guru kerana
happy teachers are productive teachers dan sebaliknya productive teachers are happy teachers.
Tidak terkecuali para pelajar dengan adanya Auditorium Al Falah, Surah-surah Al Quran dan kata-
kata semangat di persekitaran sekolah. Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas usaha murni
tersebut sebagaimana sabda Rasulullah: Barangsiapa menunjukkan
seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat ganjaran Sebagaimana ganjaran orang yang
melakukannya. (Riwayat Muslim) Kepimpinan Encik Mohd Azmi selama memimpin dan menerajui
SMK Bukit Goh telah pun membuktikan bahawa beliau adalah tokoh yang berwibawa dan
kepimpinan beliau tiada tandingannya. Kami, sebagai warga SMK Bukit Goh amat berbangga sekali
kerana sempat menerima pimpinan beliau. Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kita semua,
namun dengan ketokohan, kecermerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu
suntikan semangat dan azam yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SMK Bukit Goh dalam
meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa
isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Hadirin dan Hadirat sekalian,
Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want
to lose. Itulah Encik Mohd Azmi bin Othman yang kita sama-sama raikan pada pagi ini. Beliau
sangat mesra dan mengambil berat tentang kebajikan semua pelajar. Sikap beliau yang berdedikasi,
passionate terhadap tugas dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsip dan pada masa yang
sama memiliki homurous sense. Malah juga dikenang sebagai pengetua yang begitu down to
earth dan memahami. Ketika krisis air yang melanda Felda dan Sekolah, beliau turut serta turun
padang. Ketika ketiadaan elektrik di blok G dan H, beliau menyingsing lengan menangani situasi ini.
Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan sentiasa berusaha
mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi masalah dan kesusahan
adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga SMK
Bukit Goh. Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk
memberikan bantuan apabila diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu
urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga
SMK Bukit Goh. Hadirin dan Hadirat sekalian, Kini, SMK Bukit Goh kehilangan seorang pengetua yang
berwibawa, berjasa, dan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan mereka amat
dirasai oleh semua kita warga SMK Bukit Goh. Bak kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang
kanberganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Pastinya selepas ini, kita semua akan
merindui gelak tawa dan senyuman Encik Mohd Azmi. Dengan hati yang berat, perpisahan dengan
tuan pengetua yang kita kasihi ini, kami relakan jua dan Insya Allah, persahabatan kita tidak akan
terhenti di sini dan akan terus berpanjangan. Memories last forever, never do they die. Friends
stay together, never say goodbye.. Semoga persahabatan ini menjadikan kita golongan yang diberi
perlindungan arasy Allah pada hari yang tiada perlindungan melainkan Allah.
Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu mereka kerana Allah dan
berpisah juga kerana Allah (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada kesempatan ini,
saya bagi pihak guru-guru SMK Bukit Goh merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Encik Mohd Azmi bin Othman di atas sumbangan dan komitmen beliau
sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Bukit Goh. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan
melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Encik Mohd Azmi bin Othman, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa
dan negara Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung
adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun khusus
untuk Tuan Pengetua yang kita kasihi, Encik Mohd Azmi bin Othman Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung, Jasa baktimu tetap dikenang, Budi baikmu tetap disanjung. Asap api
embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu
Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan; Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan. As One Chapter Ends Another Begins For You Enjoy All
The Things You've Been Looking Forward To Kami ucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd
Azmi bin Othman. Sekian, Terima Kasih. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wa barakatuh.

______________________________________________________________________________
Pada kesempatan ini saya bagi pihak guru-guru SMKB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Encik Leong Kum Loy atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh
perkhidmatan di SMKB.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap pantun
khusus untuk Tuan Pengetua yang kita kasihi.

Вам также может понравиться