Вы находитесь на странице: 1из 4

SEKOLAH KEBANGSAAN LANEH,

LUBOK MERBAU, KUALA KANGSAR


PERAK

KERTAS KERJA
MINGGU SAINS
2016

ANJURAN :
JAWATANKUASA
PANITIA SAINS
SK LANEH, LUBOK MERBAU
KERTAS KERJA MINGGU SAINS 2016
ANJURAN :
JAWATANKUASA PANITIA SAINS 2016
SK LANEH, LUBOK MERBAU 33010 K.KANGSAR PERAK

Pendahuluan
Sains merupakan subjek teras dan penting untuk dikuasai oleh murid-murid sekolah.
Matlamat sekolah ingin melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam pencapaian mereka
dalam matapelajaran secara menyeluruh termasuklah dalam Sains. Di samping pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas murid-murid juga perlu menerapkan dalam diri mereka
kepentingan Sains dalam kehidupan seharian. Justeru itu, Panitia Sains telah merancang
program Minggu Sains bagi memupuk minat murid terhadap matapelajaran Sains. Pelbagai
program telah dirancang untuk murid-murid terlibat dengan aktif.

Objektif
1. Dapat menyemai dan memupuk sikap tolong-menolong di kalangan murid-murid yang
cerdas, sederhana dan lambat.
2. menanam minat bagi matapelajaran Sains agar mudah difahami serta dikuasai.
3. Melakukan perubahan dalam diri demi peningkatan akademik melalui program yang
dijalankan
4. Dapat menyelesaikan masalah harian dengan mudah dan cepat.

Rasional
1. Menanam dan memupuk semangat bantu-membantu dan tolong- menolong di antara
satu sama lain.
2. Menghapuskan sikap mementinhgkan diri sendiri
3. Memberi dorongan dan pujian kepada murid yang cerdas.
4. Meningkatkan penguasaan murid dengan penggunaan Sains dalam kehidupan seharian

Penganjur Program
PANITIA SAINS 2016

Sasaran

Pelajar SK Laneh

Tarikh dan Tempat

Tarikh : 7 November 14 November 2016


Hari : ISNIN - JUMAAT
Masa : WAKTU SAINS / PERHIMPUNAN
Tempat : SK Laneh

Jawatankuasa Induk

Pengerusi : Pn. Shahrida bin Yunus


(Guru Besar SK Laneh)

Timbalan Pengerusi 1 : En. Zainal Abidin bin Anjang Ahmad


(PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : Pn.Wahidah bt Mohd Kamil


(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En. Nordin bin Repiai


(PK Kokurikulum)

Setiausaha : Khairul Shahmi bin Asli

Bendahari : Ahmad Johari bin Dawod

Ahli Jawatankuasa : Semua guru Sains

JADUAL PERLAKSANAN AKTIVITI


AKTIVITI CATATAN
PERASMIAN PERHIMPUNAN PAGI
Guru Besar merasmikan Minggu Sains
(Pendekar Tangan Berapi)

AKTIVITI MINGGU SAINS KISMIS MENARI


BELON MAGIK
JAMBATAN WARNA
SUSU MAGIK
BUNGA API DALAM JAR
TELUR TERAPUNG

MENJEJAK MAKLUMAT & WAKTU KOKURIKULUM


TEKA SILANG KATA

HADIAH PERHIMPUNAN PAGI (PENUTUPAN MINGGU SAINS)

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil AKTIVITI BAHAN NILAI


1 PERASMIAN Sabun sunlight, portable penunu RM 133.05
bunsen, kertas A4 warna, kotak,
pencucuh api
2 KISMIS MENARI Minuman berkarbonat (sprite),
kismis
3 BELON MAGIK Belon, cuka, botol plastic, soda
penaik
4 JAMBATAN WARNA Pewarna makanan, tisu
5 SUSU MAGIK Susu cair, pewarna makanan,
kapas, pinggan kertas
6 BUNGA API DALAM JAR Minyak masak, pewarna
makanan, jar
7 TELUR TERAPUNG Garam, Pewarna makanan, telur
8 MENJEJAK MAKLUMAT Kertas A4
9 TEKA SILANG KATA Kertas A4
10 HADIAH JOHAN, KEDUA, KETIGA RM 241.30
JUMLAH RM 374.35

SUMBER PENDAPATAN

BIL BUTIRAN PENDAPATAN JUMLAH


1 Duit Panitia Sains RM 374.35

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.
(En Khairul Shahmi bin Asli) (Pn. Shahrida binti Yunus)
Setiausaha Minggu Sains Guru Besar SK Laneh

Вам также может понравиться