Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
KM 5, JALAN SEREMBAN,
71000 PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
TAHAP / LEVEL L3
NAMA CALON
CANDIDATES NAME
TARIKH / DATE
Muka : 1
NO. KOD / CODE NO. ETN5032/K01/P(1/7)
Drpd : 6
PENJADUALAN AKTIVITI SUB-ORDINAT (SCHEDULE SUB-ORDINATES ACTIVITIES)
1.1 PENGENALAN
Secara amnya, terdapat dua jenis rancangan iaitu rancangan strategik dan rancangan operasional.
Rancangan ini merupakan tindakan terperinci yang diperlukan untuk mencapai objektif tertentu
didalam rancangan strategik. Skopnya lebih kecil biasanya ia berkenaan dengan hanya satu
daripada objektif strategik ataupun sebahagiannya sahaja. Rancangan ini lebih spesifik
menentukan masa untuk setiap tindakan yang hendak dicapai. lanya adalah rancangan
iangkapendek berbanding dengan rancangan strategik. Contohnya, rancangan bulanan,
mingguan dan harian adalah jenis rancangan ini dan ianya disediakan oleh pengurusan
peringkat pertengahan dan bawahan.
i. Tentukan objektif.
Semua rancangan dimulakan dengan objektif. Objektif adalah satu penyataan yang
memerlukan hasil. la merupakan satu penyataan kemana kita hendak pergi dan apa matlamat kita.
2.1 Pengenalan
Di dalam tajuk ini, kita akan pelajari bagaimana pembahagian proses dipanggil
struktur pecahan kerja (WBS). WBS adalah persembahan hirarki untuk sebuah projek.
Ia menunjukkan bagaimana untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan
pada permulaan dan akhiran projek. Kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik untuk
menentukan aktiviti-aktiviti yang merangkumi sebuah projek yang telah digunakan dengan
meluas. Konsep WBS ini mudah dan cepat difahami dan dipelajari. la mengambarkan
projek sebagai hirarkisasaran, objeltif, aktiviti, sub-aktiviti dan pakej kerja. Hirarki
pecahan aktiviti-aktiviti ini bersambungan sehingga keseluruhan projek ditunjukkan
sebagai sebuah rangkaianyang mempunyai aktiviti-aktiviti yang jelas berasingan dan tiada
tindanan antara satusama lain. Setiap aktiviti mempunyai hanya satu tujuan, tempoh masa,
dan mudah diuruskan; anggaran masa dan kos mudah dikira, dan tanggungjawab untuk
masatamat projek perlu jelas diagihkan. WBS membantu aktiviti-aktiviti perancangan,
belanjawan, penjadualan dan kawalan untuk pengurus projek dan kumpulannya.
2.2 Ciri-ciri WBS yang baik
Rangkaian kerja ini merupakan alat kawalan utama yang digunakan oleh
pengurus projek untuk menilai banding antara perancangan dan progres sebenar
projek serta mengambil tindakan hasil dari penilaian tersebut. WBS mudah dipelajari
dan paling kurang kecenderungan membuat kesilapan. Ianya merupakan satu
persembahan secara grafikal yang mudah difahami bagi yang kurang arif dalam projek
tersebut.
Muka : 10 drp :
NO. KOD ETN503 / M03 / K1
10