You are on page 1of 2

Rumusan

Sally Randolph merupakan ketua kerani perubatan dan Mark Wiley pula merupakan CEO bagi
Syarikat American Medical Center. Sally dan Mark telah bekerjasama sebagai doktor yang tetap
dalam Syarikat American Medical Center ini. Mereka telah dinaikkan pangkat dalam syarikat itu.

Pada satu hari, Sally mendapat email dari Mark yang mengatakan bahawa Seminar Pengurusan
Berdasarkan Keterangan dibatalkan dengan segera. Sally merasakan terkejut dengan email
tersebut. Seminar yang diketuai oleh Sally telah dijalankan sejak tahun lepas ini bersama Harry
Bradshaw yang merupakan professor di Lucas Business School. Seminar ini dikenali EBMgmt
telah disertai 36 peserta. EBMgmt bertindak untuk menyelesaikan masalah pengurusan
berhadapan American Medical Center (AMC).

AMC perlukan penambahbaikkan dalam penghantaran dan pelarasan penjagaan pesakit di AMC.
EBMgmt telah mengenalpasti cara unutk menambahbaikkan AMC dengan cara penyusunan
semula rangka AMC. Berdasarkan keterangan bukti, peningkatan dari segi itu amat penting
dalam kajian dan pengajaran mereka.

Walaubagaimanapun, Mark tidak setuju dengan cadangan itu. Sally pula menganggap keputusan
Mark itu tidak menghormati EBMgmt. Sally mengadu pada Richard Lee iaitu salah seorang
peserta EBMgmt dan merasakan kecewa dengan keputusan Mark. Ini membuktikan bahawa
Mark akan menggunakan strategi baru iaitu Centers of Excellence. COE ini bertindak untuk
menarik ramai pesakit dan mengaut keuntungan dari pesakit yang menggunakan servis di AMC.
Manakala EBMgmt hanya bertindak menerima pesakit berdasarkan kepentingan penjagaan
pesakit.

Terdapat 90% daripada pesakit AMC merupakan orang-orang yang kurang pendapatan dan
penjagaan kesihatan mereka ditanggung oleh Medicare atau Medicaid. Sally telah berjumpa
dengan Harry Bradshaw dalam menanyakan pendapatnya. Harry berkata pada Sally bahawa
EBMgmt tidak mempunyai bukti dalam ROI. Harry memberkan nasihat kepada Sally
kemungkinan ada cara lain dalam pendekatan EBMgmt. Sally memikirkan semula pendapat yang
diberikan oleh Harry.
Semasa pulang kerumah, Sally mengadu kepada suami dia, Joe. Sally menceritakan semula apa
yang dikatakan oleh Harry. Sally pun memikirkan apa jalan yang terbaik untuk membuktikan
tentang keberkesanan EBMgmt kepada Mark.

Pendapat.

Pada pendapat kami, Sally perlu bina semula kes secara perlahan bagi EBMgmt supaya dia dapat
membuktikan yang cara pelaksanaan EBMgmt ini amat berkesan bagi AMC. Selain itu, Sally
boleh memikirkan strategi dalam penambahbaikan dalam EBMgmt. Malahan juga, Sally boleh
mengkaji lebih dalam tentang pelaksanaan EBMgmt bagi menunjukkan keberkesan yang lebih
hebat dari strategi Mark iaitu COE. Setiap pengurusan ada caranya tersendiri yang mungkin
Sally mampu menonjolkan apa yang terdapat dalam EBMgmt yang tiada pada yang lain.
Disamping itu, Sally boleh mencari ikhtiar yang lain bagi mendapatkan perhatian pihak atasan
dalam AMC sendiri mengenai EBMgmt.