Вы находитесь на странице: 1из 1

Bagaimanakah cara untuk memohon pengiktirafan melalui

kaedah ini?
Rabu, 06 Julai 2011 22:51

Hear this article/Dengar

Pekerja industri yang berminat untuk mendapatkan pengiktirafan bagi setiap pengalaman dan kemahiran yang dimiliki, hendaklah mengisi Borang
Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)[JPK/PPT/1001(P1)] yang boleh dicetak di www.dsd.gov.my. Setiap permohonan hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran bersama-sama dokumen sokongan lain yang ditetapkan, iaitu:

a) Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) [JPK/PPT/1001(P1)] yang telah lengkap diisi;

b) Bayaran permohonan;

c) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;

d) Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan;

e) Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika ada); dan

f) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

Permohonan melalui kaedah PPT hendaklah dikemukakan kepada JPK di alamat berikut :
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Aras 7&8, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 PUTRAJAYA
(u/p : Pengarah MOSQ)

Вам также может понравиться