You are on page 1of 4

Sjkt ladang sungai tekal

28050 kuala krau

Pahang darul makmur

KERTAS KERJA

PROGRAM
JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT SEKOLAH
2017

13 FEBRUari 2017
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
LADANG SUNGAI TEKAL
28050 KUALA KRAU, PAHANG
PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017
PERINGKAT SEKOLAH

1. PENGENALAN

Program Jom Ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antara


Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak
polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. RASIONAL

Komitmen antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui peranan


sekolah dan pihak PDRM membuktikan keberkesanan kedua-dua pihak dalam
usaha penguatkuasaan undang-undang dan mencegah salah laku dalam
kalangan murid. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak dapat memastikan
risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep
sekolah selamat dan Amalan Guru Penyayang. Kehadiran PPS melalui program
JOM KE SEKOLAH pada awal persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi
medan ke arah membentuk sahsiah diri murid yang lebih positif.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap di antara
pihak sekolah dan pihak PPS.

3.2 Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat
dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang
serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.

3.3 Membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid seperti yang telah
diarahkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2010
KP(BPSH- SPDK)201/005/01/ Jld.2(19) bertarikh 29 Julai 2010.
4. ANJURAN

. Program Jom Ke Sekolah merupakan program NBOS di antara KPM


(Bahagian Pengurusan Sekolah Harian) dan PDRM (Jabatan Pencegahan
Jenayah dan Keselamatan Komuniti), Bukit Aman.

5. TARIKH PELANCARAN

Program Jom Ke Sekolah akan dilancarkan secara serentak di peringkat Daerah Temerloh
mengikut ketetapan berikut :
5.1 Tarikh : 13hb Februari 2017
Hari : Isnin
Masa : 7.30 hingga 8.10 pagi

5.2 Pelancaran di peringkat sekolah akan disempurnakan oleh Pengetua/Guru Besar


dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Sekiranya PPS berkenaan
menanggung tugas lebih daripada satu sekolah, maka pelancaran boleh
ditangguhkan pada minggu berikutnya.

6. KEWANGAN

Penyediaan Peti Aduan Murid merupakan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
sekolah.

7. ATURCARA MAJLIS

7.25 pagi :Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), Guru Besar, Guru
guru dan murid-murid sekolah.
7.30 pagi :Perhimpunan sekolah
Bacaan Thevaram
Nyanyian Lagu
Negaraku
Lagu Negeri Pahang
Ikrar daripada wakil pelajar
Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara
Oleh Pegawai Perhubungan Sekolah
Bacaan Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia
Oleh Guru Besar
Perasmian Program Jom ke Sekolah dan
Pelancaran Peti Aduan Disiplin Murid
:Sesi Bergambar

8.05 pagi :Bersurai


9. PENUTUP

Kehadiran pihak Polis pada awal musim persekolahan akan dapat meningkatkan
kerjasama antara pihak sekolah dengan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).
Secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan usaha ke arah pembentukan
sahsiah diri murid yang lebih positif serta dapat meningkatkan kemenjadian murid.

Disediakan Oleh,

SJKT Ldg Sungai Tekal

Disemak Oleh,

(Encik Devan Nair A/L Balan)


Setiausaha

.....................................
(Cik Sharmila Sathasivam)
PK Hal Ehwal Murid
SJKT Ldg Sungai Tekal

Disahkan Oleh,

..............................................
(En Saravanan A/L Sadayar)
Guru Besar,
SJK Tamil Ladang Sungai Tekal,
28050 Kuala Krau,
Pahang.