Вы находитесь на странице: 1из 17

LATAR BELAKANG KUMPULAN

Nama dan Logo Kumpulan

Inovasi ini dijalankan oleh guru di SK Kampung Bungan, Dalat,


Sarawak menghasilkan Bahan Bantu Belajar (BBB) iaitu model
pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku yang mampu milik, mudah
diperoleh dan berkesan untuk diguna dalam sesi Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) Sains KSSR Tahun Lima SK. Bagi SJK,
bahasa pengantar pada model pembelajaran BDT diubah kepada
Bahasa Mandarin atau Bahasa Tamil.

Kumpulan ini diketual Cikgu Mohd Hafiz bin Mahammad


(Ketua Panitia Sains) dan dibantu oleh Cikgu Noor Hayati
binti Ibrahim (Penolong Ketua), Cikgu Rachael Grace binti Rambli
dan Cikgu Ahmad Faiz. Cikgu Hafiz merupakan Pembentang Utama dan Ketua Fasilitator,
Cikgu Noor Hayati (Pereka Grafik), Cikgu Rachael Grace (Persembahan) dan Cikgu Ahmad Faiz (Teknikal).

Luna dipilih sebagai nama KIK. Ini sebagai simbolik kepada produk
inovasi yang dihasilkan, iaitu model pembelajaran BDT: Bulan Di
Tanganku yang berikaitan dengan ilmu Sains Angkasa (Bulan).
Perkataan Luna menarik dan mudah disebut. Warna kuning pada
bentuk bulan sabit berkaitan dengan sifat Bulan yang memancarkan
cahaya Matahari ke Bumi pada waktu malam. Manakala bulan Sabit
adalah salah satu bentuk Fasa Bulan yang dipelajari oleh murid melalui
model pembelajaran BDT. Satu moto iaitu dalam Bahasa Melanau iaitu
Bei Bungan, Bei Lah Luna bermaksud KIK Luna ditubuhkan dan
projek inovasi ini dijalankan kerana wujudnya SK Kampung Bungan.

Pencapaian sebelum

s ebelum projek inovasi model pembelajaran BDT dihasilkan, beberapa ahli KIK Luna telah

mengambil bahagian dalam pertandingan inovasi ketika masih menuntut di IPGM. Contohnya, Cikgu Mohd
Hafiz telah menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik (secara kumpulan) dan
memperoleh pencapaian berikut; Naib Juara (2010) dan Juara (2011). Cikgu Mohd Hafiz juga telah mendapat
Anugerah Pingat Gangsa dalam Pertandingan Inovasi sempena Konvensyen Kebangssan Pendidikan Guru
bertempat di AFamosa, Melaka (2011). Cikgu Noor Hayati dan Cikgu Ahmad Faiz juga telah menyertai
Pertandingan Inovasi di peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dan IPG Kampus Ipoh masing-masing.
SIGNIFIKASI & PEMILIHAN PROJEK
Kaitan dengan fungsi / hasrat utama jabatan

Inovasi ini dijalankan menghasilkan Bahan Bantu Belajar (BBB) iaitu model pembelajaran BDT: Bulan
Di Tanganku untuk digunakan murid dalam pembelajaran Sains. Ini sesuai dengan sasaran utama pihak
sekolah iaitu meningkatkan kualiti penyampaian ilmu pengetahuan oleh guru kepada murid. Penggunaan model
pembelajaran BDT dapat memudahkan murid memahami apa yang diajar, berbanding kaedah lama. Kesannya,
PdPc menjadi lebih berkesan. Juga, projek inovasi ini merupakan hasrat sekolah untuk melahirkan pendidik
yang kreatif, inovatif dan kompetitif bagi memajukan diri masing-masing.

Hasrat pihak sekolah untuk meningkatkan jumlah akses murid dalam


pembelajaran dicapai melalui projek inovasi ini. Model pembelajaran BDT dapat
dihasilkan dengan banyak, jadi lebih ramai murid terlibat secara aktif dalam
aktiviti PdPc. Ini menarik minat mereka untuk belajar. Akhirnya, keberkesanan
pembelajaran dan pencapaian murid dapat dipertingkat.

Kehendak pelanggan dan stakeholder

Projek inovasi ini dibuat setelah timbul satu masalah iaitu bahan pembelajaran sedia ada bagi
mempelajari Sains tidak mencukupi. Projek ini bertujuan memudahkan pembelajaran murid dan meningkatkan
pencapaian murid dalam pentaksiran Sains di peringkat sekolah dan daerah. Inovasi ini juga usaha pihak
sekolah untuk mewujudkan jaringan dengan sekolah lain melalui penyebaran dan produk inovasi.

Kaitan dengan agenda nasional

Projek inovasi ini ialah titik mula bagi memupuk minat


murid belajar Sains, bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam
bidang pendidikan iaitu Dasar 60:40. Dasar ini mensasarkan
jumlah murid sebanyak 60% dalam bidang Sains dan Teknologi
serta 40% dalam bidang Sains Sosial dan Sastera.

Projek inovasi ini bertujuan melahirkan ramai pelajar yang berminat untuk meneruskan pembelajaran
dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Ini kerana peratusan pelajar dalam aliran
ini masih rendah akibat persepsi negatif bahawa mata pelajaran berkenaan sukar dipelajari. Jadi, projek inovasi
ini adalah langkah mula bagi menjadikan Sains sebagai mata pelajaran yang menarik untuk diterokai.

Kemahiran Berfikir secara Kritis, Kreatif dan Inovatif


(KBKKI) dapat dipupuk. Ini membolehkan guru menambah baik
kualiti pengajaran mereka, selaras dengan hasrat kerajaan untuk
Membudayakan Amalan Kerja yang Kreatif dan Inovatif dalam
kalangan penjawat awam. KBKKI dapat diterap dalam kalangan
murid, selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa

Inovasi ini dibuat bagi menghasilkan BBM yang bersifat inklusif; iaitu dapat diakses oleh semua murid
di seluruh negara khususnya murid di kawasan terpinggir. Ini disebabkan mereka (responden kajian) bersekolah
di kawasan pedalaman; mempunyai kemudahan utiliti dan pengangkutan yang terhad. Tahap sosiokenomi
keluarga yang rendah menyukarkan murid memperoleh bahan pembelajaran ekoran harganya sangat tinggi dan
hanya terdapat di bandar.
Bahan Kos (seunit)
Jumlah perbelanjaan untuk membeli bahan pembelajaran Kertas
Pin kecil
RM 1.50
RM 0.70
dapat dijimat apabila inovasi ini dibuat. Model pembelajaran Plastik laminasi RM 2.00
BDT berkos rendah dan boleh dihasilkan secara sendiri. Ini Pemegang RM 0.80
sesuai dengan keadaan ekonomi yang mencabar dan jumlah Jumlah RM 5.00
peruntukan yang disalurkan ke sekolah berkurangan.

TINDAKAN PENYELESAIAN
Cadangan Penyelesaian dan Strategi Pelaksanaan

Kaedah Desing Thinking diguna bagi mencari punca masalah berkaitan pembelajaran murid dalam
Sains bagi tajuk Fasa Bulan, seterusnya menghasilkan projek inovasi bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Fasa Butiran Tindakan Pelaksanaan


- Mencari dan memahami 1. Pemerhatian:
masalah yang dialami oleh Tahap Penglibatan Murid dalam PdPc Sains
murid dalam pembelajaran
Sains KSSR khususnya bagi
tajuk Fasa Bulan
Kurang Aktif
Aktif 33%
42%

Sederhana
25%

Empati : menganalisis pencapaian murid dalam Sains


Pencapaian bagi tajuk 'Fasa Bulan'
10
8
6
4
2
0
Faham Tidak Faham
2. Penglibatan dan Menyelami:
: fahami kekangan yang dihadapi murid ketika belajar dengan
menemu bual dan membuat soal-selidik

maklum balas temu bual:


- kurang bahan pembelajaran bagi tajuk Fasa Bulan,
aras bahasa soalan peperiksaan sukar difahami,
berminat untuk belajar Sains tetapi mempunyai
persepsi subjek Sains sukar dipelajari
[ Rujuk Lampiran 1 ]

- Kenal pasti latar belakang 1. Membuat analisis faktor mempengaruhi pembelajaran murid
dan persekitaran : tahap intelek - sederhana dan lemah (majoriti)
pembelajaran murid : lokaliti - pedalaman dan luar bandar
: taraf sosioekonomi - rendah (majoriti)
: bahan pembelajaran- terhad
: kemudahan utiliti - sangat terhad

Takrif 2. Mengenal pasti punca utama masalah


- Kenal pasti punca utama : Murid kurang faham pembelajaran bagi tajuk Fasa Bulan
masalah dihadapi murid = sukar ingat nama Fasa Bulan mengikut tarikh
= sukar melakar bentuk Fasa Bulan dengan betul
= sukar mengingat urutan Fasa Bulan dengan betul

: Minat murid untuk belajar Sains masih rendah

- Sumbang saran idea 1. Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan


penyelesaian kepada punca : menyenaraikan 2 idea penyelesaian
Jana masalah utama (i) menggunakan bahan pembelajaran seperti poster = Ditolak
(ii) menghasilkan bahan pembelajaran hands-on = Diterima

- Memilih prototaip yang 1. Menghasilkan prototaip projek inovasi


paling sesuai untuk Model BDT: Bulan Di Tanganku
dihasilkan : mempunyai nama dan tarikh bagi setiap Fasa Bulan
: bentuk Fasa Bulan terhasil pada bulatan di bahagian
Prototaip tengah model apabila penanda merah digerak mengikut
arah yang ditetapkan

- diterima: mampu milik, mudah dihasilkan dan dibawa,


menarik, berkos rendah dan tahan lama
[ Rujuk Lampiran 2 ]
- Membuat uji cuba prototaip 1. Menguji prototaip / produk inovasi melibatkan:
dan tindakan penyeragaman (i) SK Kg. Bungan, Dalat: 13 murid Tahun Enam

2. Membuat penyeragaman / penyebaran melibatkan:


(i) SK Sg. Rasau, Dalat : 11 murid Tahun Enam
- Mengubahsuai prototaip (ii) SK Sg. Kut tengah, Dalat: 12 murid Tahun Enam
berdasarkan maklum balas
dalam sesi uji cuba dan
penyeragaman

Uji Sesi penyebaran / penyeragaman di SK Sg. Rasau

Sesi penyebaran / penyeragaman di SK Sg. Kut Tengah

3. Menyebar luas dan membuat penyeragaman melalui:

Tahun 2016:
(i) Mini Konvesyen KIK Peringkat PPD Dalat, Sarawak
Tahun 2017:
(i) Cabaran Inovasi Inklusif Zon Pantai Timur, Terengganu
(ii) Pameran Pendidikan / Inovasi Semena Hari Guru
Peringkat Negeri Sarawak, Mukah
(iv) Pertandingan Inovasi Pendidikan (PIP) di UTLC,
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Pernyataan Output dan Sasaran Outcome

Projek Inovasi Outcome


Item
Menghasilkan bahan 1: Peningkatan kefahaman dan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains
pembelajaran bersifat 2: Penambahan jumlah murid kepada akses bahan pembelajaran
hands-on dalam mata 3: Peningkatan minat murid kepada mata pelajaran Sains
pelajaran Sains KSSR bagi 4: Penjimatan masa persediaan untuk aktiviti PdPc
tajuk Fasa Bulan 5: Penjimatan kos penghasilan dan pembelian bahan pembelajaran

14
12

Output
10
8
Setuju
Model pembelajaran Sains 6
Tidak Setuju
BDT: Bulan Di Tanganku. 4
2
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

Dapatan soal-selidik sesi penyebaran


model pembelajaran Sains, BDT: Bulan Di Tanganku
(responden : guru)

Tempoh Penghasilan Projek

TAHUN 2016
Penubuhan KIK Penjanaan idea Uji cuba prototaip Penyeragaman,
Sumbang saran &
& pencarian & pembinaan & penyediaan pembentangan &
pemilihan projek
Bul. M projek inovasi prototaip dokumentasi penghasilan
Tindakan: Tindakan: Tindakan: Tindakan: Tindakan:
semua ahli semua ahli semua ahli semua ahli semua ahli
1-
Mac
4
1-
Apr
4
1-
Mei
3
3
Jun
4
2-
Jul
4
1-
Ogo
4
1-
Sep
4
1-
Okt
4
1-
Nov
2
TAHUN 2017
Penyeragaman projek Penambahbaikan projek Pengkomersialan produk
Bul. M
Tindakan: semua ahli Tindakan: semua ahli Tindakan: semua ahli
Mac 4
Apr 4
1-
Mei
3
3-
Jun
4
1-
Jul
4
1-
Ogo
4
1-
Sep
4

KEBERHASILAN PROJEK - Outcome Projek

Penjimatan Kos

Model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku memerlukan kos penghasilan yang rendah. Guru dan
murid boleh menghasilkan model BDT dengan sendiri, jadi kos pengangkutan untuk keluar membeli bahan
pembelajaran dapat dikurangkan. Bahan yang diguna murah dan mudah diperoleh. Berikut ialah perbandingan
antara model pembelajaran BDT dengan model pembelajaran sedia ada:

Aspek Model pembelajaran BDT Model pembelajaran lain


Harga jualan RM 5.00 (seunit) RM 119.00 (seunit)
Beza harga (seunit) RM 119.00 - RM 5.00 = RM 114.00
Penjimatan kos RM 115.00
- Mudah diperoleh - Sukar diperoleh
Komponen bahan - Harga murah - Harga tinggi
- Senang digunakan - Sukar digunakan
Boleh dihasilkan dalam Sukar dimiliki dalam jumlah
Bilangan
jumlah yang banyak yang besar

Penjimatan Masa

Dengan mengguna model pembelajaran BDT, guru dapat menjimatkan masa persediaan bagi aktiviti
PdPc. Guru tidak lagi bergantung kepada bahan pengajaran yang memerlukan masa persediaan yang lama.
Model ini menjadi bahan pembelajaran alternatif, terutama bagi sekolah yang tidak mempunyai kemudahan
bekalan elektrik yang cukup.
Murid dapat menggunakan model pembelajaran BDT pada bila-bila masa; semasa pembelajaran di
dalam kelas mahupun di luar kelas. Ini membantu guru menjimatkan masa pengajaran kandungan mata
pelajaran kerana murid boleh mengulangi pembelajaran mereka secara sendiri di luar kelas dengan bantuan
model pembelajaran BDT. Ini mempercepat kefahaman murid dalam Sains.
[ Rujuk Lampiran 3 ]

Mudah digunakan (user-friendly)

Model pembelajaran BDT mudah dihasilkan oleh murid.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan untuk menggunakan model


pembelajaran ini ketika belajar tajuk Fasa Bulan. Juga, model
ia mudah disimpan dan dibawa kerana saiznya yang kecil
(sesuai dengan tapak tangan murid) dan ringan. Bentuk model
yang menarik dan info panduan yang disertakan membantu
murid memahami konsep Sains dengan lebih baik.
[ Rujuk Lampiran 3 ]
Model pembelajaran BDT

Peningkatan produktiviti

Di sini, produktiviti dilihat pada peningkatan kefahaman


dan pencapaian murid dalam pembelajaran Sains secara
formatif dan sumatif. Model pembelajaran BDT menjadikan
aktiviti PdPc Sains lebih interaktif, bersifat hands-on dan
berpusatkan murid. Ini mendorong murid mencuba sesuatu
yang baharu. Berbanding kaedah tradisional, murid menjadi
pendengar yang pasif pada komunikasi pembelajaran satu
hala oleh guru.

Inkuiri murid dalam Sains meningkat selepas menggunakan model pembelajaran BDT. Murid teruja
apabila terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran; bermula dengan membina model pembelajaran BDT
secara sendiri. Ini dapat diukur pada pencapaian dalam pentaksiran Sains; di mana peratusan murid menguasai
tajuk Fasa Bulan dan mendapat gred pencapaian Baik atau Cemerlang dalam pentaksiran Sains bertambah
[ Rujuk Lampiran 3 ]

Penglibatan murid yang aktif dalam sesi PdPc menggunakan model pembelajaran BDT
Nilai tambah (added value)

Perubahan bentuk
Bahan yang diguna untuk membina model pembelajaran BDT boleh diubah suai mengikut kesesuaian
bahan di sekolah; tanpa mengubah kegunaan asal model.

Perubahan tempat
Untuk perancangan masa hadapan, model pembelajaran BDT akan dikongsi dan dijadikan sebagai
sumber bahan PdPc Sains bagi sekolah rendah di seluruh Malaysia. Perancangan untuk mereka bentuk model
pembelajaran BDT dalam bentuk digital juga sedang diusahakan dengan mencari pihak berkepentingan yang
pakar dalam bidang TMK.

Perubahan waktu
Model pembelajaran BDT dapat diguna pada pelbagai keadaan; sama ada semasa sesi pembelajaran
formal atau sebagai sewaktu murid mengulang kaji pelajaran di luar waktu PdPc.

Perubahan pemilikan
Guru dapat menggunakan model pembelajaran BDT sebagai ABM dalam pengajaran Sains bagi tajuk
Fasa Bulan. Bagi murid, ia berfungsi sebagai BBB. Bagi orang awam, ia membantu mereka belajar ilmu Sains
Angkasa secara tidak langsung dengan ringkas. Ini menjadikan model pembelajaran BDT sebagai produk
inovasi multi-functional.

KEBERHASILAN PROJEK - Impak Projek


Impak kepada Jabatan

Projek inovasi menjadikan pengajaran guru lebih


berkesan dan sesuai dengan persekitaran murid. Guru
menjadi kompeten semasa mengajar. Murid berminat
untuk belajar dan kefahaman dalam Sains meningkat.
Ini dibuktikan dalam keputusan murid ujian yang dibuat.
Imej guru dan sekolah meningkat dan nama sekolah
lebih dikenali ramai.
Pameran Inovasi sempena Hari Guru Tahun 2017

Warga sekolah menjadi kreatif dan inovatif apabila menghasilkan projek inovasi ini. Ini selari dengan
transformasi yang dilakukan dalam bidang pendidikan iaitu menghasilkan guru yang kompeten, kreatif dan
mampu bersaing secara global. Ini menggalakkan guru mencetuskan idea baharu bagi menambah baik kualiti
pengajaran, seterusnya menambah baik penguasaan murid dalam pembelajaran Sains. Akhirnya, pencapaian
murid dalam pentaksiran utama seperti UPSR meningkat serta imej dan nama sekolah akan lebih dikenali.
Projek inovasi membolehkan guru berkongsi amalan
PdPc terbaik dengan sekolah lain di seluruh negara
bagi mata pelajaran Sains. Ini menaikkan imej guru
dan sekolah serta mewujudkan jaringan antara pihak
sekolah dengan sekolah dan agensi lain. Jadi, hasrat
kerajaan untuk menekankan pembelajaran ilmu dalam
bidang STEM menerusi Pembelajaran Abad Ke-21 dan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Sesi PAT Sains dan Inovasi di SK Sg. Rasau dapat dicapai.

Impak kepada Ekonomi

Sekolah dapat menjana pendapatan tambahan


daripada pengkomersialan model pembelajaran BDT
setelah mendapat geran kewangan SMECorp. Ini
berikutan KIK Luna telah memenangi pertandingan
yang dianjurkan oleh SMECorp.Ini membolehkan
model pembelajaran ini dipasarkan ke seluruh negara
dan memberi pendapatan kepada sekolah.

Sesi penyerahan mock-cheque


Johan Pertandingan Cabaran Inovasi Inklusif 2017

Sikap keusahawanan dapat dipupuk dalam kalangan guru dan murid melalui projek inovasi ini. Guru
mampu mendapat sumber kewangan alternatif bagi menghasilkan bahan pengajaran meskipun menghadapi
kekangan kewangan sedia ada. Bagi murid, ini selari dengan elemen Keusahawanan dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah; bertujuan melahirkan ramai usahawan muda di negara ini pada masa depan.

Impak kepada Pembangunan Negara

Projek inovasi dapat melahirkan masyarakat yang berminat akan Sains melalui pencetusan idea
inovatif dan kreatif seperti penghasilan model pembelajaran BDT. Ini membantu negara melahirkan lebih ramai
pendidik Sains bagi membangunkan negara dalam bidang Sains dan Teknologi. Tambahan, projek inovasi ini
dapat mencetus minat murid untuk mempelajari ilmu Sains Angkasa dengan lebih tinggi dan akhirnya dapat
melahirkan ramai penyelidik, saintis dan angkasawan negara pada masa depan.
PENGEMBANGAN PROJEK

Kesediaan Teknologi

Model pembelajaran BDT dirancang untuk dibuat dalam bentuk Kit DIY bagi memudahkan
pengguna boleh membina sendiri model mengikut manual yang disertakan pada masa hadapan. Cadangan ini
akan bermula setelah pihak sekolah mendapat geran kewangan dan kerjasama daripada pihak yang pakar
dalam bidang TMK.

Replikasi

Model pembelajaran BDT dapat direplikasi untuk diguna pada bila-bila masa. Replikasi telah
dijalankan dengan menggunakan bahan lain yang bersesuaian berdasarkan maklum balas yang diperoleh
semasa sesi penyeragaman, sebar luas dan pertandingan.

Penyertaan dalam Pertandingan / Konvensyen

KIK Luna telah menyertai beberapa aktiviti berkaitan inovasi seperti konvensyen, bengkel, siri jelajah
dan pertandingan inovasi bagi menyebar luas dan membuat penyeragaman model pembelajaran BDT dengan
pihak lain. Ini bertujuan mendapatkan maklum balas bagi meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan.
[ Rujuk Lampiran 4 ]

B. Tarikh Tempat Nama Pencapaian /


Penglibatan
11 Mini Konvensyen KIK Tempat Pertama
1 PPD Dalat, Sarawak
Nov 2016 Peringkat Daerah & Johan Pusingan
21 SK Sungai Rasau, Sesi Perkongsian Amalan Terbaik
2 Fasilitator
Feb 2017 Dalat, Sarawak (PAT) Inovasi dalam PdPc Sains
29 SK Sungai Kut Tengah, Sesi Perkongsian Amalan Terbaik
3 Fasilitator
Mac 2017 Dalat, Sarawak (PAT) Inovasi dalam PdPc Sains
28
4 Anugerah Harta Intelek Negara [AHIN] Penyertaan
April 2017
13 Kuala Terengganu, Program Business Training
5 Peserta
Mei 2017 Terengganu Cabaran Inovasi Inklusif
16 - 17 Kuala Terengganu, Cabaran Inovasi Inklusif Peringkat Johan
6
Mei 2017 Terengganu Kebangsaan Zon Pantai Timur (Kategori Awam)
7-9 Pameran Pendidikan / Inovasi Hari
7 Mukah, Sarawak Peserta
Jul 2017 Guru Peringkat Negeri Sarawak
25 Julai Pertandingan Inovasi Pendidikan [PIP]
8 UUM, Sintok, Kedah Finalis
2017 Peringkat Kebangsaan
9 Ogos 2017 Anugerah Inovasi Negara [AIN] Penyertaan
Pengkomersialan

Model pembelajaran BDT telah dipasarkan melalui beberapa cara iaitu jualan langsung / terus -
semasa pertandingan, konvensyen inovasi dan siri jelajah; dan jualan melalui aplikasi laman sosial - tempahan
atas talian. Setakat ini, hampir semua pihak yang telah membeli dan menggunakan model pembelajaran BDT
ini berpuas hati dengan kualiti dan penggunaannya. Untuk rancangan masa hadapan, model pembelajaran BDT
dirancang untuk dikomersialkan melalui aplikasi laman sosial dengan lebih giat dan melibatkan pengeluaran
secara besar-besaran oleh pihak pencetak setelah sekolah memperoleh geran kewangan daripada SMECorp.

Diharapkan agar projek inovasi model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku ini dapat

diperkembang ke peringkat yang lebih tinggi dan meluas ke seluruh negara. Moga hasrat murni untuk
membantu menambah baik pembelajaran baik pembelajaran murid tak kira di mana mereka berada dan
membangunkan negara dalam bidang Sains dan Teknologi dapat dicapai.
Lampiran 1

SOALAN TEMU BUAL PEMBELAJARAN MURID DALAM SAINS


Tajuk: Sains Tahun Lima: Bumi, Bulan dan Matahari (Fasa-fasa Bulan)
Jumlah responden: 13 orang murid

Analisis dapatan setiap soalan:-

1: Adakah kamu minat belajar Sains? 2: Ceritakan masalah semasa kamu belajar Sains.

Minat Murid untuk Belajar Sains Persepsi Murid pada Subjek Sains

Kurang
Minat
15%

Mudah
Minat Susah
Sangat 46%
23% 54%
Minat
62%

3. Bagaimana penglibatan kamu semasa belajar Sains? 4. Sejauh mana kamu faham tajuk Fasa Bulan?

Penglibatan Murid dalam Pdpc Sains Kefahaman Murid (Fasa Bulan)

Aktif
Faham
39%
38%
Kurang
Aktif Tidak
46% Faham
Sederhana
Sederhana 54%
8%
8%

5. Bolehkah kamu ingat nama setiap Fasa Bulan? 6. Adakah kamu dapat melakar setiap Fasa Bulan?

Kefahaman Murid (Fasa Bulan) Kefahaman Murid (Fasa Bulan)

Boleh
Tidak
38% Boleh
Boleh
Tidak 46%
Boleh
54%
62%
Lampiran 2
Penanda MULA -
menunjukkan Fasa Anak Bulan Tarikh fasa Bulan
terbentuk mengikut
Takwim Qamari
Jejari fasa Bulan

Nama fasa bulan

Arah mata angin


membantu menghasilkan
pusingan yang betul
(ikut fenomena alam)

Bentuk fasa Bulan yang


terbentuk mengikut tarikh

Anak panah -
arah gerakan penanda

Singkatan nama model


Bulan di Tanganku(BDT).

Pemegang

Gambar rajah berlabel model BDT: Bulan Di Tanganku


Lampiran 3
K KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) LUNA
SK SK KAMPUNG BUNGAN,
96300 DALAT, MUKAH, SARAWAK.

BORANG KAJI SELIDIK PENGGUNAAN MODEL PEMBELAJARAN BDT:BULAN DI TANGANKU

Sekolah / Jabatan : ________________________________________________________________________


Jawatan : _____________________________________ Tarikh : ____________________________________

KIK Luna dari SK Kampung Bungan sedang menambah baik kefahaman murid dalam pembelajaran Sains bagi tajuk Fasa-fasa Bulan
dengan menggunakan model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku. Bagi mencapai tujuan tersebut, kami mohon kerjasama pihak
tuan / puan untuk memberi respons dan cadangan menerusi borang kaji selidik ini.

Tandakan ( / ) bagi memberi respons untuk setiap item berdaarkan skala berikut:-
1 2 3
Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Bahagian Bil. Item 1 2 3


PEMBINAAN MODEL
1. Model mudah dibina
A
2. Model senang digunakan
3. Model menarik minat murid
PENGGUNAAN MODEL DALAM PdP
4. Model membantu mencapai Objektif Pembelajaran
5. Model menjadikan sesi PdPc lebih menarik
B
6. Guru dapat mempelbagaikan cara penyampaian
7. Guru dapat membuat persediaan PdPc dengan cepat
8. Pencapaian murid dalam Sains dapat dipertingkat

Komen / Cadangan:
_____________________________________________________________________________________________________________

- TERIMA KASIH -
SK KAMPUNG BUNGAN, SEKOLAH BERINOVASI

Analisis dapatan:-
14

12

10

8 Kurang Setuju

6 Setuju
Sangat Setuju
4

0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Item 6 Item 7 Item 8
Lampiran 4

Foto Sesi Penyeragaman / Penyebaran, Penyertaan dalam Konvensyen dan Pertandingan Inovasi:-

Sesi penghasilan model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku


di SK Kampung Bungan, Dalat

Sesi penyebaran / penyeragaman model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku


di SK Sungai Kut Tengah, Dalat

Sesi penyebaran / penyeragaman model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku


di SK Sungai Rasau, Dalat

Sesi pertandingan model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku


dalam Cabaran Inovasi Inklusif [ HIP 6 ] Tahun 2017 Peringkat Kebangsaan Zon Pantai Timur
di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Sesi penyebaran model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku
pada Pameran Pendidikan / Inovasi Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2017
di Medan Mall, Mukah.

Sesi pertandingan model pembelajaran BDT: Bulan Di Tanganku


pada Pertandingan Inovasi Pendidikan (PIP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2017
di UTLC, Universiti Utara Malaysia, UUM, Sintok, Kedah Darul Aman.

Вам также может понравиться