Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
MATEMATIK
LEMBARAN GANGSA
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
Soalan 1
SMK Padang Utara bercadang untuk mengadakan satu aktiviti tahunan sekolah, iaitu acara Merentas
Desa. Bagi memastikan murid melalui jalan yang telah ditetapkan, 15 tempat pemeriksaan (check
point) telah dikenal pasti sepanjang laluan larian merentas desa itu. Tempat pemeriksaan pertama
adalah 1 kilometer dari garisan permulaan. Selepas tempat pemeriksaan pertama, setiap tempat
pemeriksaan berikutnya adalah 500 meter lebih jauh daripada tempat pemeriksaan sebelumnya.
(a) Lukis gambar rajah bagi 4 tempat pemeriksaan pertama dengan menunjukkan jarak antara
tempat pemeriksaan tersebut.
(b) Berapakah jarak tempat pemeriksaan ke-6 dari garisan permulaan? Dengan menggunakan peta
pemikiran yang sesuai, terangkan bagaimana anda menyelesaikan masalah ini.
(c) Buat generalisasi pola bagi mewakili jarak setiap tempat pemeriksaan dari garisan permulaan.
(d) Berapakah jumlah jarak larian merentas desa tersebut? Tunjukkan langkah pengiraan anda.
POLA & JUJUKAN NOMBOR
01
LEMBARAN GANGSA
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
Soalan 2
Encik Lim bercadang untuk mengubah suai dapur
rumahnya. Dia meminta pandangan seorang pereka
hiasan dalaman untuk mereka bentuk corak jubin lantai
dapur tersebut. Pereka hiasan dalaman itu
mencadangkan susunan seperti berikut.
(a) Nyatakan pola bagi susunan jubin yang dicadangkan oleh pereka hiasan dalaman itu.
(b) Bagaimanakah anda yakin bahawa pola yang telah anda nyatakan di (a) adalah betul?
(c) Sekiranya pereka hiasan dalaman itu meneruskan susunan jubin mengikut pola di (a),
bagaimanakah bentuk jubin ini bagi susunan yang ke-8?
(d) Pereka hiasan dalaman itu ingin menggunakan 1 jubin hitam dan 45 jubin putih dalam
rekaan susunan jubinnya. Bolehkah dia membina susunan ke-15 berdasarkan pola di (a)?
Mengapa?
(e) Sekiranya pereka hiasan dalaman itu ingin menggunakan 1 jubin hitam dan 100 jubin putih,
susunan jubin maksimum keberapakah yang boleh dia bina? Mengapa?
POLA & JUJUKAN NOMBOR
02
LEMBARAN GANGSA
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
Soalan 3
Hadi mempunyai sejumlah bongkah kayu berbentuk kiub.
Dia bercadang untuk menyusun bongkah kayu tersebut
secara konsisten sehingga menghasilkan rekaan seperti
berikut.
(a) Terangkan pola yang anda perhatikan daripada ketiga-tiga susunan bongkah yang dibina oleh
Hadi.
(b) Dengan menggunakan pola yang sama di (a), bentukkan jadual yang menunjukkan bilangan
bongkah kayu yang digunakan untuk membina setiap 4 susunan bongkah yang berikutnya selepas
Tahap 3.
(c) Buat generalisasi bagi menunjukkan hubungan antara tahap susunan bongkah dan bilangan
bongkah kayu yang digunakan.
(d) Berapakah bilangan bongkah kayu yang diperlukan oleh Encik Mohan untuk membina susunan
bongkah Tahap ke-12?
(e) Sekiranya pembinaan susunan bongkah diteruskan, tentukan sama ada terdapat tahap yang
menggunakan sebanyak 130 bongkah kayu dengan tepat.
POLA & JUJUKAN NOMBOR
03
LEMBARAN KERJA
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
Soalan 4
(b) Pola apakah yang berubah pada setiap tahap susunan kain perca di atas? Bagaimanakah ia
berubah? Apakah pola yang tidak berubah?
(c) Sekiranya Puan Marina bercadang untuk menyambung rekaannya dengan membuat
penambahan kain perca secara konsisten, berapakah bilangan kain perca yang diperlukan bagi
tahap
(i) ke-4?
(ii) ke-10?
(iii) ke-15?
POLA & JUJUKAN NOMBOR
04
LEMBARAN GANGSA
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
(d) Bentukkan generalisasi tahap ke-n untuk menunjukkan hubungan antara tahap dan bilangan kain
perca yang digunakan. Dalam ungkapan anda, bahagian manakah yang mewakili kain perca
berbentuk segi empat sama? Bahagian manakah yang mewakili kain perca berbentuk segi tiga?
Terangkan jawapan anda.
(e) Berdasarkan generalisasi anda, tentukan bilangan kain perca yang diperlukan bagi tahap ke-30.
(f) Sekiranya Puan Marina menggunakan 58 kain perca berbentuk segi empat sama dan 3 kain perca
berbentuk segi tiga, tahap ke berapakah susunan kain perca yang boleh dibina olehnya?
Soalan 5
Johnny bermain satu permainan teka-teki
menggunakan komputer tablet. Dia memulakan
permainan pada tahap satu dan dia perlu
menyelesaikan teka-teki bagi setiap petak yang telah
disusun pada setiap tahap sebelum dibenarkan
bergerak ke tahap berikutnya. Rajah berikut
menunjukkan lima tahap pertama permainan teka-teki
itu.
(b) Berapakah bilangan petak yang perlu diselesaikan oleh Johnny untuk bergerak ke tahap
(i) 6?
(ii) 10?
(c) Teroka dan buat satu generalisasi tentang bilangan petak yang diperlukan oleh Johnny untuk
bergerak ke tahap-n. Terangkan jawapan anda.
POLA & JUJUKAN NOMBOR
(d) Teroka jumlah petak yang telah diselesaikan oleh Johnny jika dia bermain pada setiap tahap.
Apakah yang dapat anda perhatikan? Adakah keputusan ini benar bagi semua tahap?
Bagaimana anda tahu?
05
LEMBARAN GANGSA
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
(e) Berapakah bilangan petak yang perlu diselesaikan oleh Jonhny sekiranya dia ingin bermain
hingga tahap ke-10?
(f) Anda ingin mencipta satu permainan yang mempunyai pola tertentu yang hampir sama dengan
situasi permainan Johnny ini. Cipta permainan anda dan buat generalisasi bagi susunan tahap
ke-n.
Soalan 6
Bakhtiar bercadang untuk membuat jamuan makan
malam. Dia ingin memastikan semua tetamu duduk
dalam satu kumpulan besar. Dia melakar seperti rajah
berikut dengan bentuk segi empat sama mewakili
sebuah meja manakala bentuk bulatan mewakili
image**
sebuah kerusi.
(a) Berapakah bilangan tetamu yang boleh dimuatkan sekiranya hanya sebuah meja disediakan?
Bagaimana pula dengan 2 buah meja dan 3 buah meja?
(b) Terangkan perubahan bilangan meja berbanding dengan perubahan bilangan kerusi. Adakah
kedua-duanya berubah pada kadar yang sama?
(d) Sekiranya Bakhtiar ingin menempatkan seramai 30 orang tetamu, berapakah bilangan meja yang
perlu dia sediakan?
POLA & JUJUKAN NOMBOR
06
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
Soalan 1
Nombor-nombor dalam jujukan 4, 9, 14, 19, 24,... diperoleh dengan menambah 5 kepada nombor
sebelumnya. Nombor-nombor dalam jujukan 3, 9, 15, 21, 27,... pula diperoleh dengan menambah 6
kepada nombor sebelumnya. Nombor 9 terdapat dalam kedua-dua jujukan ini. Jika kedua-dua jujukan
ini diteruskan, apakah nombor serupa yang seterusnya yang terdapat dalam kedua-dua jujukan ini?
Soalan 2
Antara berikut, set bentuk yang manakah disusun mengikut pola yang sama seperti bentuk-bentuk di
atas?
D
POLA & JUJUKAN NOMBOR
07
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
Soalan 3
Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara x dan y.
x y
1 2
2 *
4 11
7 20
A 4
B 5
C 6
D 7
E 8
Soalan 4
Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan cara untuk mendapatkan nombor kedua bagi
setiap pasangan nombor di atas?
08
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
Soalan 5
(a) Lengkapkan jadual di bawah dengan menentukan bilangan segi tiga yang diperlukan untuk
membentuk Rajah 4 sekiranya jujukan bagi rajah di atas diteruskan.
(b) Jujukan bagi rajah di atas diteruskan sehingga Rajah 7. Berapakah bilangan segi tiga yang
diperlukan bagi membentuk Rajah 7 itu?
(c) Jujukan bagi rajah di atas diteruskan sehingga Rajah 50. Jelaskan cara untuk menentukan
bilangan segi tiga bagi Rajah 50 itu tanpa melukis rajah dan mengira bilangan segi tiga.
POLA & JUJUKAN NOMBOR
09
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
Soalan 6
3, 7, 15, 31,
Bermula dengan nilai 3, apakah syarat bagi jujukan nombor di atas?
Soalan 7
Siew Meng menyusun beberapa batang kayu seperti rajah berikut.
Tahap 1 Tahap 2
Tahap 3
Sekiranya pola tersebut diteruskan, berapakah bilangan kayu yang diperlukan bagi Tahap 10?
A 32
B 35
C 38
D 41
E 44
POLA & JUJUKAN NOMBOR
10
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
Soalan 8
Rajah berikut menunjukkan empat susunan tin susun pekat yang dibina oleh Ahlia.
(b) Susunan tin susu pekat itu diteruskan sehingga Rajah 7. Berapakah bilangan tin susu pekat yang
diperlukan bagi Rajah 7 itu?
(c) Rajah 50 bagi susunan tin susu pekat itu terdiri daripada 1275 tin. Tentukan bilangan tin susu pekat
bagi Rajah 51. Tanpa melukis Rajah 51 itu, tunjukkan bagaimana anda mendapat jawapan tersebut.
11
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
Soalan 9
Jadual di bawah menunjukkan waktu perjalanan bagi bas ekspres dari Ipoh ke Kuala Lumpur.
Kelas Waktu
Kelima
Jika pola seperti ini diteruskan, pada pukul berapakah waktu perjalanan bagi bas kelima?
A 3:00 p.m.
B 3:30 p.m.
C 3:45 p.m.
D 4:00 p.m.
Soalan 10
Rajah berikut menunjukkan segi empat yang dibentuk menggunakan beberapa segi empat sama yang
kongruen.
(a) Lengkapkan jadual di bawah dengan menentukan bilangan segi empat sama yang membentuk
setiap rajah di atas.
1 2
12
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
(b) Susunan rajah segi empat itu diteruskan sehingga Rajah 9. Berapakah bilangan
segi empat sama yang diperlukan bagi membentuk Rajah 9?
Soalan 11
Jamilah membantu Cikgu Hayati menyusun meja untuk melakukan aktiviti berkumpulan. Jamilah
melakar rajah berikut bagi memastikan susunan meja dan kerusi yang mencukupi bagi murid-murid di
dalam kelasnya.
Meja Kerusi
13
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN PERAK
(b) Dua rumus yang berikut boleh digunakan untuk menghitung bilangan kerusi dan meja bagi setiap
susunan.
Bilangan kerusi = n2
Bilangan meja = 8n
dengan n ialah bilangan baris bagi meja
Terdapat nilai n dengan keadaan bilangan kerusi sama dengan bilangan meja. Cari nilai n dan
tunjukkan bagaimana anda mendapat nilai tersebut.
(c) Jamilah ingin menambah bilangan baris meja. Apabila luas susunan meja semakin meningkat,
nyatakan sama ada bilangan kerusi atau bilangan meja yang paling cepat bertambah. Jelaskan
jawapan anda.
Soalan 12
Semua sebatian organik mengandungi unsur karbon, C dan hidrogen, H. Sebatian hidrokarbon berikut,
iaitu butana, mengandungi empat atom karbon yang diikat bersama oleh ikatan kovalen. Sebatian
molekul butana boleh diwakilkan dengan rajah struktur seperti berikut.
H H H H
H C C C C H
H H H H
(b) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat bagi menerangkan perubahan atom-atom C dan H?
14
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN EMAS
Soalan
Apakah1Rich Task ?
Pembiakan bakteria ialah pembahagian satu bakteria menjadi
dua sel anak yang dipanggil belahan dedua. Kedua-dua sel anak
yang terbentuk akan mempunyai kandungan genetik yang sama
dengan sel induk. Oleh itu, pembahagian sel ini menghasilkan
dua kali bilangan bakteria. Kedua-dua sel anak yang terbentuk
daripada pembahagian ini tidak semestinya hidup.
Walaubagaimanapun, jika bilangan bakteria yang hidup melebihi
pembahagian sel secara purata, maka bilangan bakteria akan
menjalani pertumbuhan secara eksponen. Andaikan Ramu
mengkaji pertumbuhan bakteria dalam kelas Sains dan dia
mendapati selepas berlaku belahan dedua beberapa kali, dia memperoleh data seperti berikut.
(b) Berdasarkan jadual yang telah lengkap, bina satu generalisasi tentang bilangan bakteria bagi n
kali belahan dedua berlaku.
(c) Cikgu Marina meminta Ramu menganggar bilangan bakteria bagi belahan dedua yang ke-10.
Berapakah anggaran bilangan bakteria tersebut?
15
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN EMAS
Soalan 2
Corak-corak islamik merupakan antara yang terunik di dunia dan sering kali menggunakan bulatan
sebagai asas.
Sekiranya anda melukis dua titik pada lilitan bulatan dan menyambungkan dua titik berkenaan dengan
suatu garis, anda akan memperoleh 2 kawasan pada bulatan berkenaan. Sekiranya 3 titik pada lilitan
disambung antara satu sama lain, maka anda akan mendapat 4 kawasan. Seterusnya penyambungan
titik-titik dapat menghasilkan kawasan seperti dalam rajah di bawah.
Bilangan titik
2 3 4 5
pada bulatan
Bilangan kawasan 2 4
(b) Bina konjektur tentang bilangan kawasan bagi bulatan yang mempunyai 6 dan 7 titik. POLA & JUJUKAN NOMBOR
(c) Bina generalisasi tentang bilangan kawasan yang dapat dihasilkan berdasarkan bilangan titik.
Berdasarkan generalisasi anda, uji sama ada konjektur yang anda bina di (b) adalah betul atau
salah. Terangkan.
16
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN EMAS
Arahan:
Anda perlu menyelesaikan soalan ini secara berkumpulan dan membentangkan dapatan anda kepada
rakan yang lain.
A B C
A B C
Cakera yang lebih besar mesti sentiasa berada di bawah cakera yang lebih kecil.
17
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR LEMBARAN EMAS
(a) Melalui penyiasatan, terangkan bagaimana anda dapat memindahkan 1, 2 atau 3 keping cakera
masing-masing dari tiang A ke tiang C berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.
(b) Teruskan penyiasatan anda dengan memindahkan 4 dan 5 keping cakera masing-masing dari
tiang A ke tiang C. Apakah pola yang anda dapat perhatikan?
(c) Buat generalisasi tentang bilangan pergerakan minimum yang diperlukan bagi memindahkan
kepingan cakera dari tiang A ke tiang C.
(d) Berdasarkan legenda Tower of Hanoi (pada asalnya dikenali sebagai Tower of Brahma; sebuah
kuil di Benares, India), sami-sami di kuil tersebut dipercayai cuba memindahkan sebuah menara
yang terdiri daripada 64 keping cakera ke sebuah tempat yang lain. Syarat bagi memindahkan
cakera tersebut adalah sama seperti syarat permainan Tower of Hanoi. Sami-sami tersebut
percaya bahawa apabila kesemua 64 keping cakera itu dapat dipindahkan, maka dunia akan
berakhir.
Apakah yang anda boleh katakan sekiranya legenda tersebut adalah benar? Adakah anda rasa
legenda itu munasabah? Jelaskan jawapan anda.
18
19
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN GANGSA
(c) Tn = 1000 + (n 1)d, dengan n mewakili tempat pemeriksaan dan d mewakili beza jarak antara
dua tempat pemeriksaan berturutan.
20
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN GANGSA
2. (a) Sebarang penerangan pola yang sesuai berdasarkan gambar rajah yang diberi. Murid
menggunakan ayat sendiri untuk mengkomunikasikan pola yang mereka lihat dan fahami.
Contoh jawapan: Mula-mula 1 jubin hitam ditambah 3 jubin putih. Kemudian, 2 jubin putih
ditambah pada setiap corak berikutnya.
(b) Pastikan pola yang betul dan penaakulan yang sesuai diberikan oleh murid.
1 jubin hitam + 3 jubin putih, 1 jubin hitam + 5 jubin putih, 1 jubin hitam + 7 jubin putih, ...
(c) Lukisan rajah yang betul atau penerangan secara lisan atau bertulis yang betul.
(d) Boleh.
Bilangan jubin hitam adalah nilai tetap. Pola bilangan jubin putih bagi 15 corak pertama ialah
3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 17, 19, 21, 23, 25, 27, 29, 31. Dia hanya memerlukan 1 jubin putih dan 31
jubin hitam untuk membina corak jubin ke-15.
(e) Corak ke-49. Terima sebarang penerangan, penaakulan dan perwakilan yang sesuai.
(f) T1 = 1 + 3 = 1 + 3(1) 0
T2 = 1 + 5 = 1 + 3(2) 1
T3 = 1 + 7 = 1 + 3(3) 2
T4 = 1 + 9 = 1 + 3(4) 3
.
.
.
Tn = 1 + 3n (n 1), dengan n mewakili corak.
POLA & JUJUKAN NOMBOR
21
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN GANGSA
3. (a) Sebarang penerangan pola yang sesuai berdasarkan gambar rajah yang diberi. Murid
menggunakan ayat sendiri untuk mengkomunikasikan pola yang mereka lihat dan fahami.
Contoh jawapan: Bilangan bongkah Tahap 1 adalah kurang 5 berbanding Tahap 2. Bilangan
bongkah Tahap 2 adalah kurang 5 berbanding Tahap 3.
(e) 5x + 1 = 130
x = 25.8
Tidak terdapat tahap yang menggunakan bongkah kayu sebanyak 130 secara tepat kerana 25.8
bukan integer.
(b) Pola bilangan petak berubah pada setiap tahap susunan. Pola bilangan petak berubah apabila
petak berbentuk segi empat sama bertambah bagi setiap tahap dan berubah mengikut pola 5, 10,
15, Pola bilangan petak berbentuk segi tiga tidak berubah.
22
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN GANGSA
penerokaan bagi tahap yang lebih besar untuk mengetahui sama ada keputusan yang dibuat
adalah benar atau tidak.
23
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN GANGSA
Bagi setiap penambahan sebuah meja, bilangan kerusi akan bertambah sebanyak 2.
Bilangan meja dan kerusi berubah pada kadar yang tidak sama.
(c) Bilangan kerusi tahap ke-n = 8 + (n 1)2, dengan n mewakili bilangan meja.
(d) 8 + (n 1)2 = 30
n = 12 buah meja
24
JAWAPAN LEMBARAN PERAK
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
1. 39
2. C
3. B
4. D
(b) 26
(c) Dengan menggunakan rumus 2 + 4(x 1), bilangan segi tiga bagi Rajah 50
= 2 + 4(50 1)
= 198
6. B
7. B
(b) 28
(c) 1326
Cara I:
n(n + 1), bilangan tin susu pekat bagi Rajah 51
Dengan menggunakan rumus
2
51(51 + 1)
=
2
= 1326
POLA & JUJUKAN NOMBOR
Cara II:
1275 + 51 = 1326
Cara III:
Jawapan lain yang betul.
25
JAWAPAN LEMBARAN PERAK
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
9. B
(b) 18
(b) n2 = 8n
n2 8n = 0
n(n 8) = 0
n = 0 atau n = 8
Maka, n = 8
Bilangan meja akan meningkat dengan lebih cepat kerana nilai n bagi bilangan meja
dikuasaduakan berbanding nilai n bagi bilangan kerusi yang hanya di darab dengan 8.
Bilangan meja adalah kuadratik, manakala bilangan kerusi adalah linear. Jadi, bilangan
meja akan meningkat dengan lebih cepat.
26
JAWAPAN LEMBARAN PERAK
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR
12. (a) H H H H H
H C C C C C H C5H12
H H H H H
H H H H H H
H C C C C C C H C6H14
H H H H H H
H H H H H H H
H C C C C C C C H C7H16
POLA & JUJUKAN NOMBOR
H H H H H H H
(b) Atom C bertambah sebanyak 1, manakala atom H bertambah sebanyak 2 pada setiap
tahap seterusnya. Maka, perubahan bagi bilangan atom C dan H bagi tahap ke-n
boleh diwakili dengan CnH2n + 2.
27
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN EMAS
1. (a)
Bilangan kali belahan
1 2 3 4 5 6
dedua berlaku, n
Bilangan bakteria
2 4 8 16 32 64
(Juta)
(b) Tn = 2n
Bilangan kawasan 2 4 8 16
3. (a) Penyiasatan boleh dilakukan dengan menggunakan bahan konkrit seperti kepingan kad
berbentuk bulatan pelbagai saiz.
Lihat pada pola bagi bilangan pergerakan yang diperlukan bagi memindahkan 1, 2 atau 3 keping
cakera.
1 keping cakera:
POLA & JUJUKAN NOMBOR
A B C
28
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN EMAS
(1)
A B C
2 keping cakera:
A B C
A B C A B C A B C
3 keping cakera:
(1)
A B C A B C
A B C A B C A B C
A B C A B C A B C
29
POLA DAN JUJUKAN NOMBOR JAWAPAN LEMBARAN EMAS
(b) Bagi 4 keping cakera, 15 pergerakan diperlukan. Bagi 5 keping cakera, 31 pergerakan diperlukan.
(c) Dengan membina jadual, pola bagi bilangan pergerakan dapat diketahui.
T64 = 264 1
= 18 446 744 073 709 599 999 pergerakan
Sekiranya legenda itu benar dan menganggap 1 saat diperlukan untuk memindahkan sekeping
cakera, maka sami tersebut memerlukan
18 446 744 073 709 600 000
31 536 000
= 584 942 417 355.07 tahun
POLA & JUJUKAN NOMBOR
30