Вы находитесь на странице: 1из 2

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH 2016

NAMA : VEJAYA LETCHUMI A/P BALASUBARAMANIAM

SEKOLAH : SJKT BEKOK (JBD 7057)

BAHAGIAN A (MAKLUMAT DARIPADA BUKU REKOD MENGAJAR/e-REKOD)


TARIKH 14 Jun 2016
WAKTU 10.30 pagi 11.30 pagi
TAHUN 2
TAJUK KECEKAPAN BERKOMUNIKASI DALAM BAHASA
MALAYSIA
OBJEKTIF Murid murid dapat berkongsi idea mengenai
permainan tradisional.

REFLEKSI 1/3 murid Tahun 2 mempunyai masalah


berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia. Dia tidak
mempunyai sebarang dorongan untuk mencuba
bertutur dalam Bahasa Malaysia.

BAHAGIAN B (PELAKSANAAN TINDAKAN YANG DILAKUKAN)


LANGKAH 1

Saya telah mengenalpasti masalah murid ini sejak bulan April. Dia tidak suka
untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia dan dia sangat pasif dalam kelas
Bahasa Malaysia. Jika dipaksa untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia, dia
akan terus diam dan menunjukkan muka merajuk.

LANGKAH 2

Sebagai permulaan, saya cuba untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia dengan
murid tersebut dan bertindak seperti tidak memahami Bahasa Tamil. Murid
tersebut cuba menggunakan beberapa perkataaan Bahasa Malaysia yang
diketahui untuk memberitahu mengenai kehendak dia. Saya akan memuji dia
dan dia menunjukkan beberapa perkembangan dalam penggunaan Bahasa
Malaysia. Justeru itu, saya dapat membuat konklusi bahawa dia memerlukan
dorongan ekstrisik.
LANGKAH 3

Saya memperkenalkan Carta Saya Boleh (gambar rajah 1). Carta ini
merupakan sistem token di mana murid-murid akan diberi token berbentuk
sticker bagi setiap percubaan mereka untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Malaysia. Ini ialah berdasarkan kepada teori Piaget di mana pemberian
imbuhan dapat meningkatkan motivasi murid murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.

(Gambar rajah 1: Carta Saya Boleh)


LANGKAH 4

Selepas sebulan penggunaan sistem token, Carta Saya Boleh murid tersebut
menunjukkan peningkatan sebanyak 60% dalam penggunaan Bahasa Malaysia
daripada 10%. Sekarang dia mendorong rakan rakannya yang lain untuk
bertutur dalam Bahasa Malaysia.

BAHAGIAN C (HASIL PELAKSANAAN)

Pelaksanaan bagi kajian ini dijalankan secara kualitatif di mana saya hanya
menjalankan pemerhatian dan mencatat perkembangan murid tersebut. Selain
itu, pendapat guru lain yang mengajar kelas tersebut juga diambil kira bagi
mengenalpasti kemajuan murid tersebut dalam menggunakan Bahasa
Malaysia. Secara konklusinya, murid ini telah menunjukkan kemajuan yang
sangat drastic dalam penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan harian
dan kini dia menggunakan Bahasa Malaysia secara 100% dalam PdPc
walaupun penguasaan tatabahasa dan struktur ayatnya masih dalam tahap
memuaskan. Saya sebagai pengkaji telah berjaya mencapai objektif kajian
saya.

Вам также может понравиться