Вы находитесь на странице: 1из 17

VIA i-THINK MEMACU PRESTASI SAINS

Roosle Yahaya
SK Batu Empat 2, Kuala Lumpur

Suntingan Oleh
Dr. Rosnani Kaman
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands

ABSTRAK

Program Via i-Think dilaksanakan bagi membantu murid menguasai kemahiran belajar mata
pelajaran Sains dan seterusnya meningkatkan prestasi Sains. Kajian ini melibatkan seramai
20 orang murid Tahun 5 Gemilang, SK Batu Empat 2, Kuala Lumpur yang terdiri daripada
11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Keputusan kajian ini menunjukkan
terdapat enam (6) faktor yang menyebabkan pencapaian mata pelajaran Sains berada
ditahap tidak memuaskan. Enam faktor berkenaan ialah, (a) Murid tidak menguasai dan
memahami kemahiran proses Sains ; (b) Murid tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh
guru; (c) Murid tidak mahir teknik menjawab soalan Sains Kertas 2; (d) Murid yang gagal
sering tidak hadir ke sekolah; (e) Murid yang gagal sering bersikap pasif semasa pengajaran
dan pembelajaran dan (f) Murid kurang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Walau
pun ke enam-enam faktor didapati berpunca daripada murid, namun keputusan ujian
selepas intervensi, jelas menunjukkan bahawa P&P guru memainkan peranan penting bagi
memastikan murid berminat untuk belajar. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
menunjukkan peningkatan peratus murid lulus, iaitu daripada 50% kepada 90%.
Peningkatan pencapaian mata pelajaran Sains dalam kalangan 20 orang murid Tahun 5
Gemilang hasil intervensi Program Via i-Think menjelaskan bahawa P&P guru merupakan
faktor utama penentu pencapaian murid. Program Via i-Think ini sewajarnya diteruskan
untuk merangsang proses pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian
akademik murid.

1.1 Pendahuluan

Format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baharu diperkenalkan
sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi
pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), disamping membudayakan unsur-
unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Mata pelajaran Sains turut ditaksir dengan
format baharu dan soalan berbentuk KBAT menjadi dasar soalan ujian Sains UPSR.
Pendedahan berkenaan KBAT dan peta pemikiran i-Think kepada murid-murid adalah
penting untuk membantu persediaan murid menghadapi pembelajaran abad ke-21 dan
bersedia untuk menjawab soalan UPSR. Oleh itu, Program Via i-Think telah diperkenalkan

1
dalam kalangan 20 orang murid Tahun 5 Gemilang, SK Batu Empat 2, Kuala Lumpur,
sebagai usaha meningkatkan pencapaian murid, khususnya dalam mata pelajaran Sains.

1.2 Latar belakang

Dalam kajian ini, latar belakang sekolah dan latar belakang kajian dikemukakan bagi
memberi penjelasan berhubung kedua-dua aspek berkenaan.

1.2.1 Latar belakang Sekolah

Sekolah Rendah Kebangsaan Batu Empat 2, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (SKBTE 2) terletak
dalam kawasan Perumahan Taman Kok Lian. Berhampiran sekolah ini terletak Masjid
Jamek Kampung Batu (Masjid Abu Hurairah). SKBTE 2 berkongsi bangunan dengan
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu Empat 1 (SKBTE 1). SKBTE 2 dikelilingi oleh taman
perumahan, termasuklah dua blok 17 tingkat Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Ipoh, Kuala
Lumpur. Sebahagian kecil penghuni PPR tersebut belajar di sekolah ini. Pada tahun 2016,
enrolmen murid adalah seramai 117 orang dengan jumlah guru seramai 19 orang. Bilangan
murid semakin berkurangan akibat daripada pembukaan beberapa sekolah baharu di Zon
Sentul.

1.2.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini telah dijalankan dalam kalangan 20 orang murid Tahun 5 Gemilang di SK Batu
Empat 2, Kuala Lumpur. Sekolah ini mempunyai satu kelas tahun 5. Kelas 5 Gemilang
terdiri daripada 11 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Berdasarkan analisis
ujian UPSR untuk tempoh tiga tahun (2013, 2014 dan 2015), didapati pencapaian mata
pelajaran Sains semakin menurun. Oleh itu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk
menyelesaikan masalah ini agar pencapaian Sains dapat dipertingkatkan.

1.3 Masalah Kajian

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) SKBTE 2 bagi tempoh tiga tahun
(2013-2015) menunjukkan peratus kelulusan mata pelajaran Sains semakin merosot.
Peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sains bagi tempoh tiga tahun tersebut ialah 96.9%,
85.7% dan 84%. Analisis pencapaian ini ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Analisis Pencapaian UPSR 2013 hingga 2015

Tahun BM(Pem) BM(Pen) BI % MAT Sains Keseluruhan Gred


% % % % % Purata
Sekolah

2013 93.8 96.9 90.6 93.8 96.9 87.5 1.99

2
2014 92.9 92.9 64.3 89.3 85.7 57.1 2.43

2015 100 92.0 80.0 96.0 84.0 80.0 1.97

Jadual 2 pula menunjukkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sains yang semakin
merosot bagi tempoh tiga tahun berkenaan.

Jadual 2 : Analisis Gred Purata Mata Pelajaran Sains 2013 2015

Tahun Jumlah A B C D E GPMP


Murid
2013 32 12 11 8 1 0 1.94
2014 28 7 9 8 3 1 2.36
2015 25 6 9 6 2 2 2.40

Hasil temu bual dengan Guru Besar SKBTE 2 dan tiga orang guru Sains sekolah ini,
didapati antara punca kegagalan murid mencapai tahap minimum kelulusan mata pelajaran
Sains dalam UPSR ialah kurang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Berdasarkan
perbincangan dengan guru besar dan guru-guru mata pelajaran Sains, dirumuskan bahawa
kaedah P&P yang lebih menarik perlu dilaksanakan. Program yang berbentuk gaya
pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi abad ke-21 dicadangkan untuk dilaksanakan
dalam kalangan murid Tahun 5 Gemilang yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun
2017. Program ini diharapkan dapat meningkatkan minat murid untuk belajar secara lebih
kritis dan kreatif, di samping menerapkan kerjasama dalam kumpulan semasa melakukan
aktiviti P&P.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains 20 orang
murid Tahun 5 Gemilang, Sekolah Kebangsaan Batu Empat 2, Kuala Lumpur.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:


i). Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak menguasai
kemahiran mata pelajaran Sains.

3
ii). Untuk menilai keberkesanan program intervensi Via i-Think dalam membantu 20
orang murid Tahun 5 Gemilang menguasai mata pelajaran Sains (Proses Hidup
Haiwan-Kemandirian Spesis).

1.6 Persoalan Kajian

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan kajian yang berikut:

i). Apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak menguasai kemahiran mata
pelajaran Sains?
ii). Sejauhmanakah program intervensi Via i-Think dapat membantu 20 orang murid
Tahun 5 Gemilang menguasai mata pelajaran Sains (Proses Hidup Haiwan-
Kemandirian Spesis) ?

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran mata pelajaran
Sains bagi topik Proses Hidup Haiwan - Kemandirian Spesis dalam kalangan murid Tahun
5 Gemilang. Melalui program Via i-Think ini, diharapkan dapat meningkatkan minat murid,
khususnya dalam pembelajaran mata pelajaran Sains. Program intervensi ini juga
diharapkan dapat membantu guru Sains menggunakan pendekatan P&P yang menjurus
kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat
membantu pihak pengurusan sekolah dalam usaha mempelbagaikan teknik P&P berkesan
di sekolah.

2. Tinjauan Literatur

Pada masa ini soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan
di peringkat sekolah rendah terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Murid masih tidak
menguasai kemahiran berfikir dengan baik dan para guru perlu memandang serius untuk
mengembangkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Abdul
Fatah (1994), menyatakan bahawa guru tidak menggalakkan murid untuk berfikir dan guru
lebih suka memberikan fakta untuk dihafal. Akibatnya pemikiran murid tidak berkembang
dan tahap pemahaman murid terbatas.

Dapatan kajian Wong dan Amir Hamzah (2012), menunjukkan murid berasa bosan jika
pengajaran guru berbentuk nota yang panjang dan murid hanya mempelajari sebahagian
kecil daripada fakta yang mereka belajar. Selain itu, murid juga tidak berminat untuk
mengulangkaji jika menggunakan catatan nota yang panjang. Hyerle (2009), dalam
kajiannya telah mendapati bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan
tahap pencapaian dan kefahaman murid serta berjaya meningkatkan keupayaan murid
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.

4
Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
adalah satu teknik pengajaran yang diperkenalkan untuk menggalakkan murid berfikir dan
lebih berfokus dalam usaha memahami tajuk yang dipelajari (Hyerle & Yeager, 2007).
Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau
unit pelajaran. Peta pemikiran i-Think juga membantu merangsang pemikiran murid secara
aktif. Kaedah ini juga secara tidak langsung memperkembangkan potensi dan melahirkan
modal insan yang kreatif dan inovatif yang mampu berfikir pada aras tinggi (Muhamad
Sidek, 2013).

3. Metodologi

3.1 Reka bentuk Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif.

3.2 Responden

Kumpulan sasaran kajian ialah 20 orang murid Tahun 5 Gemilang yang terdiri daripada 11
orang pelajar lelaki dan 9 orang murid perempuan.

3.3 Teknik Pensampelan


Teknik Persampelan Bertujuan (Purposive Sampling) telah digunakan, iaitu dengan
melibatkan semua murid Tahun 5 Gemilang.

3.4 Teknik Mengumpul Data


Teknik pengumpulan data adalah seperti berikut:

i). Refleksi Awal


-Pemerhatian
-Pengumpulan data awal bagi mengenal pasti dan mengesahkan isu.

ii). Refleksi Sebelum (Ujian Pra)*

iii). Refleksi Semasa (Kuiz)

iv). Refleksi Selepas (Ujian Pasca)*


* Soalan ujian yang sama digunakan semasa Ujian Pra dan Ujian Pasca.

3.5 Teknik Analisis Data


Data dianalisis secara deskriptif.

3.6 Intervensi dan Aktiviti (Melaksanakan Tindakan)

5
3.6.1 Aktiviti Pertama (Minggu Pertama) : Refleksi Awal

Hasil pemerhatian semasa mengajar Sains di Tahun 5 Gemilang, pengkaji dapati


sebilangan murid tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat murid yang suka menggangu rakan sekelas dan tidak menghiraukan pengajaran
guru. Sebahagian kecil murid yang lemah dan sederhana akan bergerak ke meja kawan,
bermain dan memerhati ke luar bilik darjah. Latihan yang diberikan oleh guru tidak dapat
dijawab dengan tepat walaupun jawapan boleh diperoleh daripada buku teks. Pengajaran
Sains berbantukan buku teks diperhatikan kurang menarik minat murid. Seterusnya hasil
perbincangan dengan guru besar, mesyuarat bersama ahli Panitia Sains dan tinjauan
literatur yang dilakukan, diputuskan bahawa pendekatan pengajaran yang lebih menarik
minat murid perlu dilaksanakan. Sehubungan itu, Program Via i-Think yang berbentuk gaya
pembelajaran kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) abad ke-21 dicadangkan untuk
dilaksanakan.

3.6.2 Aktiviti Kedua (Minggu Kedua) : Refleksi Sebelum

Refleksi sebelum bagi mengesahkan dan mengenal pasti isu sebenar telah dilakukan.
Kelemahan penguasaan mata pelajaran Sains (Proses Hidup Haiwan-Kemandirian Spesis)
murid Tahun 5 Gemilang telah dikesan melalui pencapaian markah Ujian Pra seperti dalam
Jadual 3.

Jadual 3: Pencapaian Ujian Pra


Bil Nama Murid Jan Ujian Pasca
% Gred
1. Murid A P 75 B

2. Murid B P 70 B

3. Murid C L 66 B

4. Murid D P 62 C

5. Murid E P 59 C
6. Murid F L 58 C
7. Murid G L 56 C
8. Murid H L 44 D
9. Murid I P 44 D

6
10. Murid J L 42 D
11. Murid K P 37 E
12. Murid L P 35 E
13. Murid M P 30 E
14. Murid N L 30 E
15. Murid O L 38 E
16. Murid P P 22 E
17. Murid Q L 22 E
18. Murid R L 20 E
19. Murid S L 16 E
20. Murid T L 6 E
Purata Markah /Gred 41.1 D
Peratus Kelulusan / GPS 50% 4.
0

3.6.3 Aktiviti Ketiga (Minggu Ketiga) : Pelancaran Program Via i-Think

Pelancaran Program Via i-Think ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SKBTE 2
(Gambar 1). Pendedahan berkenaan teknik pembelajaran menggunakan i-Think
dilaksanakan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran mata pelajaran Sains (Proses
Hidup Haiwan-Kemandirian Spesis) murid Tahun 5 Gemilang. Aktiviti P&P dijalankan dalam
kumpulan kecil seperti Gambar 2.

7
Gambar 1: Perasmian Program Via i-Think oleh Guru Besar SKBTE 2

Gambar 2: Murid Melakar Peta i-Think

Teknik belajar menggunakan peta minda i-Think dalam kumpulan kecil diperhatikan
telah berjaya menarik minat murid untuk melakukan aktiviti di bilik darjah. Proses
pembelajaran berlaku secara aktif. Setiap murid bersemangat untuk melibatkan diri melakar
peta i-Think dan lebih cepat memberi respons terhadap soalan yang diajukan guru.
(Gambar aktiviti di Lampiran 1 dan 2).

3.6.4 Aktiviti Keempat (Minggu Keempat) : Refleksi Semasa

Intervensi Mari Tukar Peta i-Think dan Lagu Peta i-Think


8
i. Murid secara berkumpulan menukar peta i-Think
ii. Guru meminta murid memberi jawapan kuiz berpandukan peta i-Think
iii. Murid memberi jawapan sebenar berpandukan peta i-Think yang berada di meja
kumpulan berkenaan
iv. Murid menyanyikan lagu i-Think (Lirik Lagu di Lampiran 3)
Lagu i-Think SK BATU EMPAT 2 (SKBTE 2) boleh dilayari di alamat URL
https://www.youtube.com/watch?v=FI_fBKZppfI
v. Intervensi dan aktiviti pengukuhan ini bertujuan memastikan murid menguasai
kandungan pembelajaran serta belajar dalam suasana menyeronokkan.

Pemerhatian

Murid Tahun 5 Gemilang diperhatikan gembira kerana banyak mendapat tunjuk ajar dari
rakan selain daripada guru. Murid kelihatan lebih yakin bercakap semasa sesi perbincangan
dalam bentuk kuiz peta i-Think serta aktiviti nyanyian Lagu i-Think.

Refleksi

Aktiviti pengukuhan Mari Tukar Peta i-Think mewujudkan suasana pembelajaran aktif.
Murid kelihatan teruja dan bersemangat bertanyakan jawapan sesama rakan dan juga guru.
Murid gembira apabila mengenal pasti kesilapan kawan dan dapat membantu rakan
memberi jawapan kuiz yang betul dengan merujuk peta i-Think yang dilakar.

3.6.5 Aktiviti Kelima (Minggu Kelima) : Refleksi Selepas

Refleksi selepas dilakukan bagi mengukur keberkesanan Program Via i-Think. Peningkatan
penguasaan mata pelajaran Sains (Proses Hidup Haiwan-Kemandirian Spesis) murid Tahun
5 Gemilang telah dikesan melalui pencapaian markah Ujian Pasca seperti dalam Jadual 4.

Jadual 4: Pencapaian Ujian Pasca

Bil Nama Murid Jan Ujian Pasca


% Gred
1. Murid A P 90 A

2. Murid B P 85 A

9
3. Murid C L 85 A

4. Murid D P 83 A

5. Murid E P 83 A

6. Murid F L 80 A

7. Murid G L 78 B

8. Murid H L 70 B

9. Murid I P 73 B

10. Murid J L 65 B

11. Murid K P 63 C

12. Murid L P 63 C

13. Murid M P 60 C

14. Murid N L 55 C

15. Murid O L 50 C

16. Murid P P 45 D

17. Murid Q L 48 D

18. Murid R L 45 D

19. Murid S L 35 E

20. Murid T L 30 E

Purata Markah /Gred 64.3 C

Peratus Kelulusan / GPS 90% 2.55

10
Selepas empat minggu melaksanakan projek peningkatan prestasi Sains melalui
Program Via i-Think, terdapat peningkatan prestasi Sains murid Tahun 5 Gemilang. Dapatan
Ujian Pasca menunjukkan seramai 6 orang (30 %) telah mendapat Gred A, berbanding
semasa Ujian Pra, tiada yang memperoleh Gred A. Seterusnya, hanya 2 orang (10%)
sahaja yang tidak mencapai tahap minimum kelulusan (Gred E), tetapi menunjukkan
peningkatan pencapaian, berbanding 10 orang yang mencapai Gred E semasa Ujian Pra.

Pelaksanaan aktiviti dan intervensi Program Via i-Think, ditunjukkan dalam Carta Gantt
seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5: Carta Gantt Program Via i-Think SKBTE 2

Minggu Pelaksanaan
Bil Aktiviti
1 2 3 4 5 6 7 8
Perbincangan dengan Guru Besar SKBTE 2
1. berkenaan pencapaian Sains dalam UPSR (2013-
2015)

2. Temu bual guru mata pelajaran Sains

3. Mesyuarat Jawatankuasa Program i-Think

4. Kertas Cadangan Kajian Tindakan

5. Ujian Pra

6. Bengkel Peta i-Think untuk guru Sains

7. Pelancaran Program i-Think

8. Pelaksanaan Program i-Think

9. Ujian Pasca

10. Menulis Laporan

11. Pembentangan

11
4. Dapatan Kajian

Perbincangan dapatan kajian tindakan ini dikemukakan berdasarkan dua soalan kajian,
iaitu:
i). Apakah faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak menguasai kemahiran mata
pelajaran Sains?
ii). Sejauhmanakah program intervensi Via i-Think dapat membantu 20 orang murid
Tahun 5 Gemilang menguasai mata pelajaran Sains (Proses Hidup Haiwan-
Kemandirian Spesis) ?

4.1 Faktor-faktor Penyebab Murid Tidak Menguasai Mata Pelajaran Sains

Hasil temu bual dengan Guru Besar dan Tiga orang guru Sains SKBTE 2 ini, didapati antara
punca kegagalan murid mencapai tahap minima kelulusan mata pelajaran Sains dalam
UPSR adalah seperti berikut :

a) Murid tidak menguasai dan memahami kemahiran proses Sains


Murid yang mengalami masalah lemah daya ingatan tidak dapat mengingati fakta-fakta
penting serta tidak menguasai dan memahami kemahiran proses Sains. Ini menyebabkan
mereka sukar untuk memilih jawapan yang betul dalam Kertas 1 serta menulis jawapan
yang berkaitan dalam Kertas 2.

b) Murid tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh guru


Murid yang gagal adalah yang sering tidak menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.
Latihan ini sebenarnya dapat memupuk kefahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang
diajar tetapi mereka tidak mengambil peduli akan hal ini. Apabila menjawab peperiksaan,
mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi jawapan yang betul.

c) Murid tidak mahir teknik menjawab soalan Sains Kertas 2


Soalan Sains Kertas 2 memerlukan murid mengingat rumus tertentu. Murid yang gagal tidak
menghafal rumus yang diberi oleh guru. Ini menyukarkan mereka untuk menjawab soalan
Sains Kertas 2.

d) Murid yang gagal sering tidak hadir ke sekolah


Masalah ponteng atau sering tidak hadir juga salah satu faktor kegagalan murid dalam mata
pelajaran Sains. Mereka ketinggalan dari segi kemahiran dan isi kandungan Sains. Guru-
guru tidak dapat mengulangi topik yang sudah diajar kerana kekangan masa, seterusnya
menyebabkan murid berkenaan tidak mampu menjawab soalan peperiksaan.

e) Murid yang gagal sering bersikap pasif semasa pengajaran dan pembelajaran
Murid tidak berminat melihat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dipelajari, perkaitan antara satu konsep dengan konsep lain. Kelemahan ini menyebabkan

12
mereka gagal memahami sesuatu konsep seterusnya, mengakibatkan mereka gagal
menjawab soalan Sains semasa peperiksaan.

f) Murid kurang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif


Murid yang lemah dalam Sains selalunya kurang mahir mengendalikan kemahiran proses
Sains. Mereka juga gagal memilih strategi yang sesuai dan menukar kaedah yang yang
digunakan jika kaedah yang ada tidak sesuai dalam menyelesaikan kemahiran proses
Sains.

4.2 Keberkesanan Program Intervensi Via i-Think

Perbincangan mengenai keberkesanan Program Via i-Think adalah berdasarkan keputusan


Ujian Pra dan Ujian Pasca. Perbandingan telah dibuat berdasarkan keputusan berkenaan.
Jadual 6 menunjukkan pencapaian bagi kedua-dua ujian tersebut.

Jadual 6: Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Gred Ujian Pra Ujian Pasca


(Bilangan) (Bilangan)
A 0 6
B 3 4

C 4 5

D 3 3

E 10 2
Purata Markah 41.1 64.3
Peratus Lulus 50% 90%

13
Keputusan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan purata markah daripada 41.1 kepada
64.3. Peratus murid yang lulus juga meningkat, iaitu daripada 50% kepada 90%.
Perbandingan pencapaian murid diperjelaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca

5. Perbincangan

Dapatan kajian ini telah menjawab dua persoalan kajian yang dikemukakan. Keputusan
kajian menunjukkan terdapat enam (6) faktor yang menyebabkan pencapaian mata
pelajaran Sains berada ditahap tidak memuaskan. Enam faktor berkenaan ialah (a) Murid
tidak menguasai dan memahami kemahiran proses Sains; (b) Murid tidak menyiapkan
latihan yang diberi oleh guru; (c) Murid tidak mahir teknik menjawab soalan Sains Kertas 2;
(d) Murid yang gagal sering tidak hadir ke sekolah; (e) Murid yang gagal sering bersikap
pasif semasa pengajaran dan pembelajaran dan (f) Murid kurang kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Walau pun ke enam-enam faktor didapati berpunca daripada murid,
namun jika diteliti keputusan ujian selepas intervensi, jelas menunjukkan bahawa P&P guru
memainkan peranan penting bagi memastikan murid berminat untuk belajar.

14
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan semua murid mencatatkan
peningkatan skor selepas melalui intervensi Program Via i-Think. Peningkatan pencapaian
mata pelajaran Sains dalam kalangan 20 orang murid Tahun 5 Gemilang hasil Program Via
i-Think menjelaskan bahawa P&P guru merupakan faktor utama penentu pencapaian murid.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, intervensi yang dilaksanakan dalam kajian tindakan ini telah
memberi kesan positif ke atas peningkatan pencapaian murid. Sehubungan itu, Program Via
i-Think ini wajar diteruskan untuk membantu guru memperbaiki kaedah dan teknik
pengajaran bagi meningkatkan minat murid untuk belajar. Dalam proses pembelajaran
Sains, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang boleh merangsang pemikiran
beraras tinggi dalam kalangan murid. Penggunaan peta pemikiran i-Think didapati mampu
mengekalkan minat murid mempelajari Sains dan seterusnya meningkatkan pencapaian
akademik murid.

Rujukan

Abdul Fatah Hassan. (1994). Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Buzan, T. (2003). Mind maps for kids- the shortcut to success at school. London: Harper
Collins Publisher.
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). Thinking maps: A language for Learning. USA: Thinking
Maps Incorporated.

Hyerle, D. (2009). Visual tools for transforming information into knowledge (2nd Ed.).
Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Buku Panduan Program i-Think.


Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Muhamad Sidek Said. (2013). Aplikasi menggunakan thinking map dalam program
praktikum KPLD di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala
Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan,
Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013.

Tukiran, A. (2004). Kesan penggunaan peta konsep terhadap pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal. Tesis Ijazah Sarjana tidak diterbitkan. KUITTHO.

15
Wenning, C.J. (2005). Implementing inquary-based instruction in the science classroom: A
new model for solving the improvement-of-practice problem. Journal of Physics Teaching
Education Online, 2 (4).

Wong Leng Sim & Amir Hamzah Sharaai. (2012). Penggunaan peta minda untuk
meningkatkan daya mengingat dan minat mengulang kaji bagi pelajar tahun 4 dalam topik
pembiakan tumbuhan. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari.
Anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Pulau Pinang: Bukit Mertajam.

16
LAMPIRAN 3

Lirik Lagu Peta i-Think

Tanya sama kawan berapa peta i-Think


Tanya sama kawan apa yang keenam
Nanti jawab kawan 8 jawapannya
Nanti jawab kawan petalah alir
Tanya sama kawan apa yang pertama
Tanya sama kawan apa yang ketujuh
Nanti jawab kawan peta bulatan
Nanti jawab kawan pelbagai alir

Tanya sama kawan apa yang kedua Tanya sama kawan apa yang kelapan
Nanti jawab kawan petalah buih Nanti jawab kawan petalah titi
Tanya sama kawan apa yang ketiga Tanya sama kawan apa kamu rasa
Nanti jawab kawan buih berganda Nanti jawab kawan saya gembira

LIRIK CIPTAAN
Tanya sama kawan keempat
ROOSLE BIN YAHAYA
Nanti jawab kawan petalah pokok
PESERTA NPQEL
Tanya sama kawan apa yang kelima
Ambilan 1/2016
Nanti jawab kawan petalah dakap

17

Вам также может понравиться