You are on page 1of 9

Kaedah : KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN

KERAGUAN

Huraian Kaedah
Kaedah tersebut bermaksud sesuatu perkara yang telah diyakini berlaku, sebarang
keraguan yang datang kemudian untuk meragui keyakinan itu tidak diambil kira. Ia
boleh hilang dengan yakin sepertinya juga. Ertinya apabila telah sabit sesuatu
perkara atau keadaan yang yakin kemudian dengan tibatiba timbul syak tentang
wujud sesuatu yang menghilangkannya , maka perkara yang telah diyakini itulah
yang diambilkira hinggalah sabit benarbenar sebab yang menghilangkannya1. Iaitu
perkara asas dan yang yakin itu tidak boleh ditinggalkan hukumnya disebabkan
sebarang syak atau keraguan. Dalam ertikata lain, pada prinsipnya, yakin tidak
akan diketepikan hukumnya dengan semata-mata syak. Antara lain ia dibawa
dengan lafaz kaedah ; tanggungjawab apabila dibina atas keyakinan ia tidak
terlepas kecuali dengan yakin.
Dalil Kaedah
1. Al-Quran
Dan kebanyakkan mereka tidak menurut , melainkan suatu sangkaan sahaja
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak sesuatu
kebenaran (iktiqad) ( Surah Yunus : 36 ) Maka al-haq itu memberi erti hakikat
yang sebenar samalah seperti yakin .
2. As-Sunnah
Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a bahawa beliau berkata baginda Nabi
Muhammad s.a.w bersabda,
Apabila salah seorang kamu merasai sesuatu dalam perutnya kemudian timbul
keraguan ke atasnya, adakah telah keluar sesuatu darinya atau tiada , maka
janganlah dia keluar dari masjid (jangan berhenti dari sembahyangnya )
sehinggalah dia mendengar suara atau merasai angin keluar (Muslim) Dari Abu
Said al-Khudri, beliau berkata baginda Rasulullah s.a.w bersabda, Apabila salah
seorang kamu telah timbul syak dalam solatnya, tidak diketahui lagi berapa
(rakaatkah) yang telah dilakukan, tiga atau empat, maka hendaklah buangkan
yang syak (ragu-ragu), itu dan tunaikanlah atas apa yang telah diyakini. (Muslim)
Hadis tersebut membawa maksud, jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalam
mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah sembahyang,
iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat, hendaklah ia
menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yang meyakinkan,
dengan mengira tiga rakaat sahaja. Untuk itu, apa yang dimaksudkan dengan
keyakinan di sini ialah tiga rakaat kerana tiga rakaat itu sebelum empat.

3. Dalil Akal
Maka jelas sekali rasionalnya yakin itu lebih kuat dari syak, kerana pada yakin itu
wujud hukuman yang putus (qatiy) dan pasti maka ia tidak akan tanggal dengan
syak sahaja.
Kaitan kaedah
Sebenarnya kaedah asas tersebut dibawa dengan bentuk lafaz yang berbagai-
bagai oleh ulama mujtahid. Apa yang pentingnya pengertian dan maksudnya
adalah sama hampir atau sama , walaupun ibarat berlainan . Antaranya ialah :
1. al-Zarkasyi dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawaid membawa dengan
lafaz kaedah
Maksudnya : Apa yang ditetapkan dengan yakin tidak diangkat melainkan
dengan yakin.

2. Ibn Abd al-Barr dalam kitabnya al-Tamhid membawa dengan lafaz kaedah
Maksudnya : Yang yakin tidak dihilangkan oleh syak dan tidak boleh
dihilangkannya melainkan dengan yakin.

3. Sebagaimana lafaz kaedah


Maksudnya : Tidak ditinggalkan yang yakin asal wajibnya dengan perkara
baru yang diramal atau diandai.

4. Ibn Abd al-Barr dalam kitab al-Tamhid juga membawa lafaz kaedah :
Maksudnya : Yang syak tidak dipalingkan kepadanya atau tidak diambilkira
dan yang yakin diamalkan terhadapnya.

5. al-Khuttabi kitab Maalim al-Sunan membawa dengan lafaz kaedah :


Maksudnya : Syak tidak menghimpit yang yakin .

Sebagai rumusannya, kaedah-kaedah tersebut membawa maksud segala


yang telah tetap itu tidak tercabut dengan kedatangan syak terhadapnya .
Hal itu kerana perkara yakin tidak mungkin dilupuskan dengan perkara yang
lebih lemah daripadanya. Namun begitu, yakin itu hanya mungkin dapat
dilupuskan dengan perkara yang sama taraf dengannya atau yang lebih
kuat daripadanya.
Rumusan Kaedah

Kaedah tersebut dapatlah difahami bahawa seseorang itu dikatakan telah


meyakini sesuatu apabila ia berdasarkan bukti iaitu yang mana ditetapkan
samada melalui pancaindera ataupun dalil.

Sebagai contohnya, sseorang yang dapat merasakan terbatal wudhunya


atau berhadas dapat diyakini dengan keluar angin daripada duburnya atau
terasa pada deria kulitnya atau terdengar pada telinganya atau terhidu
baunya melalui hidungnya.

Berdasarkan kaedah asas tersebut, terbentuk daripadanya banyak masalah


dan hukum furu. Di mana Imam as-Suyuti menyatakan bahawa hukum
yang terbentuk daripada kaedah tersebut mencapai daripada hukum
fiqh.

Sebagai rumusannya , sesuatu yang sudah yakin tidak dapat dihilangkan


dengan sesuatu syak atau keraguan. Berdasarkan kaedah tersebut,
sekiranya seseorang itu telah meyakini sesuatu perkara dan ditetapkan
hukum terhadapnya, kemudian berlaku syak atau keraguan terhadap
kehilangan yakin tersebut, keyakinan asal itu masih kekal dan tidak boleh
beramal atau berpegang dengan perasaan syak yang baru mendatang
tersebut.

Perkara itu selaras dengan kaedah yang dibawa oleh Imam al-Qarafi dalam
al-Furuq
Maksudnya : Bahawa setiap yang diragui padanya dijadikan pada taraf
seperti tidak ada yang mana diputuskan dengan tiadanya.
Hukum Furu
Di antara hukum furu yang terbentuk daripada kaedah , khasnya
dalam masalah yang berkaitan dengan syak serta zann ialah :
1. Seandainya seseorang itu ragu yang mirip kepada syak berkaitan
dengan binatang yang ia sembelih, iaitu apakah binatang tersebut
masih ada tempoh hidup yang berterusan , iaitu hayat
mustaqirrah atau sudah tidak ada. Hukum sembelihan tersebut
adalah haram dimakan. Sekiranya keraguan itu adalah mirip
kepada zann, iaitu lebih kukuh kepada masih ada hayat
mustaqirrah, ia halal dimakan.

2. Seseorang yang menggunakan barang milik orang lain, seandainya


ia syak bahawa pemiliknya merelakan atau tidak, hukumnya ia
haram menggunakan. Sekiranya ia zann dan menduga pemiliknya
merelakan, hukumnya adalah harus menggunakannya.

3. Seseorang yang cukup syarat kemampuan serta ingin menunaikan


ibadat haji, namun ia syak samada selamat atau tidak di
perjalanan, tidak wajib hukumnya ia menunaikan haji tahun
tersebut. Sekiaranya ia zann selamat di perjalanan, wajib ia
menunaikan haji pada tahun tersebut.
Jenis-jenis Syak
Berdasarkan syak atau keraguan sebagaimana yang dijelaskan di atas, menurut
pendapat al-Syeikh Abu Hamid al-Isfiraini, syak dapat diklasifikasikan kepada tiga
kategori iaitu:
1. Keraguan atau syak yang lahir daripada atau sumber yang haram.
Sebagai contoh ialah binatang sembelihan yang di dapati dalam negara
yang mana penduduknya bercampur antara Islam dengan Majusi atau
Wathani , binatang sembelihan di negara tersebut tidak halal, sehinggalah
diyakini manakah binatang sembelihan orang Islam. Hal tersebut kerana
asalnya daripada yang haram atau diragui atau syak berkaitan dengan
sembelihan yang halal dimakan, kecualilah di negara tersebut
sembelihannya dilakukan oleh orang Islam. Yang mana ia menunjukkann
keadaan yang jelas harus memakannya .

2. Keraguan yang terbentuk atau lahir daripada asal atau dasar yang harus
Sebagai contoh seseorang mandapati air yang berada dalam sesuatu bekas
telah berubah dan perubahan ada dua kemungkinan, iaitu kemungkinan ia
disebabkan najis atau disebabkan lama tidak digunakan atau tidak
mengalir. Konteks tersebut, ia boleh bersuci dengan mengguna air tersebut
berdasarkan anggapan atau ijtihad bahawa air itu pada asalnya adalah suci
dan tidak bernajis.

3. Keraguan atau syak yang tidak dapat dipastikan asal atau sumbernya,
samada yang haram atau harus.
Sebagai contohnya, seseorang yang berurusan dengan orang yang mana
majoriti sumber pendapatannya daripada sumber yang haram, namun tidak
dapat dipastikan serta tidak dapat dibezakan juga tidak jelas samada wang
atau harta yang diambil daripadanya itu sumber yang haram atau halal.
Lantaran itu , berurusan dengannya adalah harus, namun makruh
hukumnya kerana dibimbangi terjerumus kepada yang haram.
Walaubagaimanapun, mereka yang warak lebih suka menjauhinya dengan
alasan bimbang terhadap sumber yang haram.
Pengecualian daripada Kaedah
Di antara hukum furu yang terkecuali daripada kaedah ialah :
1. Seseorang yang menyapu khuf merasa syak apakah tempoh yang diharuskan
masih ada atau telah habis, ia wajib membasuh kakinya, iaitu dikira tempohnya
telah tamat.
2. Seseorang syak samada ia menyapu khuf katika bermukim atau bermusafir, ia
hendaklah mengira ketika menyapu sewaktu bermukim.
3. Seseorang yang musafir syak samada ia telah sampai di tempat ia bermukim
atau belum, ia tidak boleh mengambil rukhsah seperti sembahyang qasar dan
jama
4. Seseorang musafir yang takbiratul ihram dengan berniat qasar di belakang
imam yang ia tidak mengetahui sama ada imam tersebut musafir atau bermukim.
Maka ia tidak boleh qasar sembahyangnya, sebaliknya sembahyang sempurna.
5. Perempuan istihadah yang tidak dapat membezakan di antara darah istihadah
atau haid, ia wajib mandi setiap kali hendak mendirikan sembahyang.
PECAHAN KAEDAH KEDUA
13 pecahan kaedah Keyakinan Tidak Boleh Disingkirkan Dengan Keraguan

-- Kekal sesuatu masalah berdasarkan apa yang asal


--Asal seseorang itu bebas daripada tanggungjawab
--Asal segala perkara yang baru muncul itu tidak ada
--Asal setiap yang berlaku diambil kira masa yang paling hampir

PENUTUP
RUJUKAN

1. Pengantar Syariat Islam Mohd Saleh Haji Ahmad Edisi pertama, 1994
Pustaka Haji Abdul Majid.

2. Ibrahim Ahmad Mahmud al-Hariri, al-Madkhal Ila al-Qawaid al-Fiqhiyyah


al-Kulliyyah,

3. Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh Ustaz Ab. Latif b. Muda dan Ustazah


Rosmawati Ali @ Mat Zin
4. https://pmiiabraham.wordpress.com/2012/04/25/al-yaqinu-la-yuzalu-bi-
5. Halil Thahir, M. HI JURUSAN USHULUDDIN PROGRAM STUDY TAFSIR HADITS SEKOLAH
TINGGI AGAMA ISLAM NEGERI (STAIN) KEDIRI
6. https://archive.org/stream/IslamkuIslamAndaIslamKitaAbdurrahmanWahid
/Islamku,%20Islam%20Anda,%20Islam%20Kita%20-%20Abdurrahman%20
Wahid_djvu.txt

Wahid I nst.it Hte ,Kata Pengantar: Dr. M. Syafri Anwar

7. Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 4 (Perubatan dan Politik)


8. https://books.google.com.my/books?id=jRhQCgAAQBAJ&pg=PA174&lpg=P
A174&dq=Keyakinan+tidak+luput+oleh+keraguan&source=bl&ots=tbrKeCT
TKp&sig=tUfyKBSglhgxIWoQbDupwscA8TU&hl=en&sa=X&authuser=1&redi
r_esc=y#v=onepage&q&f=false
YA! ISLAM ITU MUDAH BOOK