Вы находитесь на странице: 1из 3

SJK (T) LADANG HOLYROOD, SELAMA PERAK

MINIT MESYUARAT HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


BIL 1/2017

Tarikh : 13.11.2017 (Isnin)


Masa : 1.20- 2.20 tengah hari
Tempat : Bilik Guru
Kehadiran : 1. Josepine A/P Raipen (GB)
2. Moganavalli A/P Tan Keng Yu
3. Yuvaneswary A/P Thambiraja

1.0 Ucapan Aluan


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih kepada guru
yang telah hadir.
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan Hari
Anugerah Kecemerlangan tahun 2017.
1.3 Hari Anugerah merupakan satu majlis untuk memberi penghargaan kepada murid-
murid yang cemerlang dalam semua bidang.
1.4 Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya
terus cemerlang.
1.5 Pihak sekolah mengadakan majlis ini supaya murid berasa gembira dan dirinya
dihargai dan akan menunjukkan kecemerlangan dalam segala aktiviti pada masa akan
datang.
Makluman : Semua guru

2.0 Pemilihan masa dan tempat


2.1 Berikut adalah ketetapan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan :
Tarikh : 24.11.2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Pemulihan
Makluman : Semua guru
3.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa Hari Anugerah
3.1 Ahli mesyuarat sebulat suara melantik AJK Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun
2017 seperti berikut:
Pengerusi : Josepine A/P Raipen (Guru Besar)
Setiausaha : Moganavalli A/P Tan Keng Yu
Bendahari : Yuvaneswary A/P Thambiraja
AJK : Pn. Noor Aaisyah Binti Halif
Pn. Noor Hasniza Binti Hanib
En.Elmi Johar Bin Abd Hamid
Makluman : Semua guru

4.0 Kriteria Penyampaian Hadiah


4.1 Hadiah diberikan untuk pencapaian akademik cemerlang, perkembangan sahsiah
terbaik dan pencapaian kokurikulum cemerlang.
Tindakan : Semua guru

5.0 Persembahan
5.1 Setiap murid harus mengambil bahagian dalam persembahan Hari Anugerah.
Kecemerlangan.
5.2 Berikut adalah senarai persembahan:
5.2.1 Drama
5.2.2 Penyampaian Kavithai
5.2.3 Penyampaian Individu Murid
5.2.4 Persembahan muzik
Makluman : Semua guru

6.0 Anggaran Perbelanjaan


6.1 Ahli mesyuarat memutuskan untuk mendapatkan sumbangan guru-guru dan PIBG
demi menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2017.
Bil Perkara RM Jumlah (RM)
1 Hadiah RM10.00 X 6 unit RM60.00
2 Makanan RM3.00 X 10 orang RM30.00
3 Cake RM30.00 X 1 unit RM30.00
RM130.00
Makluman : Semua guru
7.0 Hal-hal lain
7.1 Tiada

8.0 Penutup
8.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan mesyuarat ditangguh pada pukul 2.20
petang.

Disediakan Oleh, Disahkan oleh,

................. .
(MOGANAVALLI A/P TAN KENG YU) (JOSEPINE A/P RAIPEN)
Setiausaha Guru Besar
Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2017 SJK (T) Ladang Holyrood
SJK (T) Ladang Holyrood

Вам также может понравиться