Вы находитесь на странице: 1из 13

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGENALAN 2

ANDALUSIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM 3-4

KEDATANGAN ISLAM KE ANDALUSIA 4

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI 5-7


ANDALUSIA

JALAN PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH 8-10

KESIMPULAN 11-12

LAMPIRAN 12

RUJUKAN 13

1
PENGENALAN

Maksud tamadun Islam yang diberi dari Dr Yusuf al-Qaradawi ialah tamadun Islam
memperhubungkan antara manusia dengan Tuhan, antara bumi dengan langit, antara dunia dan
akhirat, antara ruh dan badan, mengimbangkan antara akal dan hati, mengumpulkan antara
ilmu dan iman serta memelihara ketinggian akal budi. Secara umumnya, etimologi perkataan
tamadun ini berasal daripada perkataan arab iaitu Maddana yang merujuk kepada perbuatan
pembukaan bandar atau kota serta budi pekerti.

Terdapat beberapa asas tamadun Islam, yang pertama ialah Akidah. Akidah adalah
suatu bentuk kepercayaan yang dapat membentuk iman seseorang kepada Allah SWT, para
Rasul, para Malaikat, Kitab, Hari Akhirat serta Qada dan Qadar. Kedua ialah Syariah. Syariah
merujuk kepada peraturan dan system perundangan yang melengkapi pelbagai sudut kehidupan
manusia. Ketiga ialah Akhlak. Iaitu merupakan satu ajaran yang berkaitan dengan nilai
kehidupan manusia sama ada nilai kebaikan mahupun nilai keburukan. Asas tamadun Islam
yang terakhir ialah, Ilmu. Islam sangat mementingkan kepentingan ilmu pengetahuan dalam
usaha memenuhi keperluan spiritual.

Seterusnya, merujuk kepada sumber sumber tamadun Islam. Antaranya ialah Al-Quran.
Al-Quran ialah sumber utama tamadun Islam. Ia telah memberi garis panduan dalam
pembinaan tamadun. Tamadun yang diterima dan ditolak oleh Allah SWT dinyatkan dengan
jelas di dalam kitab suci Al-Quran. Sumber kedua ialah Sunnah atau Hadis. Sumber ini
memberi kefahaman mengenai tamadun iaitu Sunnah Rasulullah SAW dalam membina
masyarakat kerajaan Madinah. Sumber yang seterusnya ialash Ijtihad. Bermaksud usaha,
kreativiti dan inovasi para ilmuan dalam menengani keperluan umat Islam dalam bidang
kemajuan sains dan teknologi social. Akhir sekali, tamadun tamadun asing. Ini bermaksud
Islam tidak menolak mana mana sumber yang dating daripada tamadun lain yang tidak
bercanggah dengan nilai nilai Islam. Sesungguhnya Islam bersifat terbuka.

2
ANDALUSIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Andalusia atau Al-Andalusia adalah istilah yang diberikan oleh ahli geografi Islam semasa
abad pertengahan. Ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di semenanjung Iberia yang
meliputi Portugal dan Sepanyol moden. Pada kurun pertama Masihi di Andalusia datangnya
orang Romawi dan diikuti suku kaum Visigoth yang menerajui politik Andalusia sehingga
tahun 711M.

Ekspedisi kentetaraan yang diketuai oleh Musa b. Nusayr dan Tariz b. Ziyad telah menjadi
titik permulaan kepada penyebaran agama Islam di kawan semenanjung Iberia. Penyebaran
agama suci ini turut diperkukuhkan lagi dengan kewujudan pelbagai pemerintahan Islam di
wilayah tersebut.

Semasa pemerintahan Rom di Andalusia meraka membawa masuk bangsa Yahudi ini
menyebabkan sering berlakunya perselisihan faham dan perbalahan antara Yahudi dan
Kristian. Bukan itu sahaja bahkan sering berlaku perebutan kuasa untuk menakluki takhta
kerajaan Andalusia.

Ketika pemerintahan Visigoth kedaan masyarakat Andalusia amat teruk. Mereka


memerintah secara autokratik dan menindas golongan bawahan. Golongan bawahan ketika itu
tidak mendapat peluang untuk menerima pelajaran. Penindasan dan penyelewengan sangat
berleluasa sehingga masyarakat yang tinggal di Andalusia berasa tidak selamat.

Dari segi keadaan ekonomi di Andalusia ketika itu sangat malap dan tidak berkembang
maju. Ketika pemerintahan Visigoth, mereka mewarisi sistem perhambaan yang dibawa
daripada orang Romawi. Sistem pertanian Latifundia yang mengikat para pertanian dengan
tanah mereka masih diteruskan ketika itu.

Dari sudut politik pula, keadaan pemerintahan Visigoth sama buruknya dengan
pemerintahan Romawi. Roderick merupakan pemerintah terakhir Visigoth di Andalusia
sebelum kedatangan Islam. Beliau telah merampas kuasa daripada Witiza yang merupakan
pewaris takhta. Beliau menerima banyak tentangan hebat daripada penyokong Witiza. Count
Julian Gabenor Wilay Ceuta di Afrika turut menentang Roderick. Hal ini demikian
menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dengan golongan bawahan serta keadaan

3
ekonomi di Andalusia yang sangat mengecewakan dan menyebabkan negara berada dalam
keadaan tidak aman dan porak peranda.

KEDATANGAN ISLAM DI ANDALUSIA

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa Andalusia telah memainkan peranan utama di dalam
membawa perubahan kepada peradaban Eropah. Andalusia merupakan negeri pertama di
Eropah yang diperintah oleh orang Islam dan mencetuskan pelbagai perubahan.

Islam mula mendapat tempat di Andalusia bermula pada tahun 711M di bawah
kepimpinan Panglima Islam iaitu, Tharif bin Malik sebagai perintis dan diikuti Musa bin
Nusayr dan Tariq bin Ziyad. Mereka berjaya menakluki keseluruhan bumi Andalusia pada
tahun 711M. Hal ini menandakan berakhirnya penderitaan Yahudi di bawah pemerintahan Raja
Goth. Kedatangan orang Islam ke Andalusia merupakan satu rahmat kepada penduduk
Andalusia.

Islam membawa banyak perubahan kepada setiap aspek kehidupan masyarakat di


Andalusia daripada segi politik pentadbiran, ekonomi, social dan ilmu pengetahuan. Islam juga
berjaya merubah pandangan masyarakat terhadap Andalusia iaitu dari sebuah negeri yang
mundur kepada satu tahap ketamadunan yang tinggi serta dikagumi di mata dunia.

Umat Islam di Andalusia telah membuka mata dan minda masyarakat Barat daripada
leka seterusnya membawa mereka ke zaman kemajuan dan peradaban. Justeru, hal ini
mendorong warga sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam. Masyarakat di Andalusia
bukan sahaja hanya beragama Islam malah, mereka juga amat mementingkan nilai kehidupan
secara Islam. Merka membaca Al-Quran serta memahami isi kandungan ayat-ayat suci Al-
Quran dan bertingkah laku berlandaskan kitab suci Al-Quran.

4
FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN KEILMUAN DI ANDALUSIA

1) Gesaan al-Quran dan Hadis

Islam sangat menegaskan umatnya agar sentiasa mengambil berat terhadap ilmu pengetahuan.
Melalui al-Quran dan Hadis, umat Islam digesa supaya berusaha untuk menambah ilmu
pengetahuan yang sedia ada dengan menggunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah
SWT. Di dalam ayat al-Quran ada menyeru umat manusia supaya membaca dan menuntut ilmu
iaitu dalam surah (Al-Alaq; 1-5)

Maksudnya; Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia
telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha
pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia
apa yang tidak diketahuinya.

Disebalik penurunan ayat pertama iaitu Surah Al-Alaq kepada Nabi Muhammad S.A.W
sebagai wahyu pertama, jelas sekali menyuruh baginda membaca kerana dari membaca ini
maka segala ilmu pengetahuan akan mudah diperolehi.

Kehadiran Islam mencetuskan suasana keilmuan di bandar Andalusia. Dengan adanya


kerjasama dari pemerintah, umat Islam telah dapat membina sekolah di setiap bandar agar
kanak-kanak dari golongan miskin dapat diberikan pelajaran tanpa sebarang bayaran. Oleh itu,
Andalusia telah melahirkan ramai cendiakiawan yang tersohor. Sejarah ada menyatakan
bawaha di bawah pemerintahan Islam hamper tidak ada rakyat Andalus yang buta huruf.
Malah, pemerintahan Islam tidak berhenti disitu sahaja. Merek meneruskan perjuangan serta
bergabung tenaga ke arah kemajuan hidup yang lebih menyeluruh dalam segenap dimensi
spiritual, fizikal, dan intelektual.

2) Galakan pemerintah dan masyarakat

Kejayan dan kejatuhan sesebuah negara atau negeri bergantung kepada sistem pemerintahan
dan pentadbiran yang diatur orang pemerintah sendiri. Di Andalusia, galakan pemerintah yang
sangat mencintai ilmu pengetahuan telah mewajibkan rakyatnya untuk belajar dan telah
menyediakan pendidikan secara percuma kepada masyarakat sejak mereka masih kecil lagi.

5
Selain itu, pemerintah Andalusia ada menyediakan biasiswa khas kepada pelajar dan
masyarakat luar Andalusia. Kesan daripada hal itu, Andalusia berjaya melahirkan ramai para
ulama dalam pelbagai bidang ilmu seperti, ilmu fiqh, tafsir, hadis, sastera, matematik dan
kejuruteraan. Seterusnya, sikap positif yang di tampilkan oleh Abdul Rahman II yang sangat
menghargai sarjana dan merapatkan diri para sarjana. Hal ini menyebabkan lagi ramai rakyat
Andalusia yang ingin mempelajari ilmu pengetahuan. Pada zaman Abdul Rahman III atau lebih
dikenali sebagai Abdul Rahman al-Nasir, kestabilan bahasa Arab dan agama Islam sangat
mantap dan keterhadapan. Ia juga dikenali sebagai zaman keemasaan.

Selanjutnya, pada zaman al-Hakam II pula, pemikiran dan kebudayaan masyarakat


Andalusia mencapai tahap kemuncaknya. Andalusia pada ketika itu menjadi tumpuan penuntut
dari serata dunia terutamanya dari Eropah. Pada waktu itu, semua penduduk di Andalusia telah
pandai membaca dan menulis. Abdul Hakam II memberi galakan dengan menghulurkan
bantuan kepada kegiatan kesarjanaan dalam pelbagai bidang dengan mewujudkan sebuah
perpustakaan iaitu Perpustakaan al-Hakam. Di bawah beliau juga kegiatan pembelajaran semua
cabang ilmu berkembang subur. Pengajian ilmu bahasa juga berkembang hasil pengajian
tatabahasa al-Quran. Hal ini telah mempengaruhi rahib Yahudi untuk menyusun semula kitab
Taurat mengikut model pengajian bahasa Arab. Pengajian ilmu hadith pula telah mendorong
pengajian sejarah.

3) Kestabilan Andalusia

Kestabilan politik, ekonomi, dan sosial di Andalusia turut menyumbang kepada perkembangan
ilmu pengetahuan. Sikap dan corak pemerintahan yang tidak membezakan antara Islam dan
bukan Islam memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk memperoleh ilmu.
Kerjasama antara para ulama dan cendiakiawan serta penyertaan masyarakat meningkatkan
lagi kecermelangan ilmu pada ketika itu.

Pemerintahan turut mengalakkan dan memberi peluang kepada kaum wanita dalam aktiviti
keilmuan. Mereka diberi kesempatan untuk belajar daripada peringkat kanak-kanak hingga
dewasa. Antara yang terkenal ialah, Maznah, penulis kepada khalifah Nasirudindullah dan
Aisyah binti Ahmad Khadim, seorang yang mahir dalam bidang kesusasteraan dan seni khat.

6
Cendiakiawan bukan Islam turut mendapat pengiktirafan daripada pemerintah. Antarnya
ialah Moses ben Maimon dan Salomon ben Gabirol daripada bangsa Yahudi. Mereka
merupakan ahli falsafah yang telah banyak memberi sumbangan dalam aktiviti penterjemahan.

4) Peranan para ulama

Faktor yang turut mempercepatkan proses perkembangan ilmu di Andalusia ialah peranan dan
usaha gigih para ulama. Semasa pembukaan Andalusia, para cendiakiawan dan ulama Islam
telah sama sama datang sebagai tentera. Mereka membawa ilmu dan pengalaman masing
masing yang kemudiannya dikembang dan dicurahkan kepada penduduk Andalusia.

Berlandaskan al-Quran dan Hadis dan dipertanggungjawabkan sebagai para ilmuan


pada ketika itu para ulama bertungkus lumus menunaikan tanggungjawab menyebar ilmu
pengetahuan yang penuh di dada kepada seluruh rakyat Andalusia. Justeru, disini dapat dilihat
kesinambungan ilmu itu disampaikan melalui maha pencinta Allah SWT seterunya kepada
Rasul dan kemudian kepada umatNya.

Pada awalnya, para ulama bertugas menyiarkan akidah dan menyelesaikan persoalan
asas yang dihadapi oleh masyarakat seperti, ilmu syariat dan bahasa. Selepas itu, mereka turut
menyebarkan ilmu dan memberi galakan kepada masyarakat untuk menerima ilmu tersebut.

Ibn Hazm, merupakan ilmuan Islam agung di Andalusia. Beliau seorang ahli fikir,
sasterawan dan hakim. Beliau juga menguasai pelbagai bidang ilmu. Antara para ulama dan
cendiakiawan yang telah memberi sumbangan besar kepada perkembangan keilmuan ini ialah,
Ibn Firnas dan Yahya al-Ghazal.

7
JALAN PENYEBARAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH

1) Peranan Orang Mozarab

Mozarab diambil dari bahasa arab mustaribun yang bermaksud orang-orang yang diarabkan
iaitu orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan kebudayaan arab dan tamadun Islam.
Selain mempelajari bahasa Latin dan Romawi mereka turut mempelajari bahasa Arab yang
menyebabkan mereka terdedah secara langsung kepada ilmu dan kebudayaan Islam di
Andalusia. Dengan menguasai bahasa Arab mereka berpeluang membaca hasil karya orang-
orang Islam. Disebabkan penguasaan yang meluas terhadap karya Islam, golongan Mozarab
ini menjadi agen perantara memindahkan elemen tamadun Islam Andalusia kepada masyarakat
Kristian Eropah.

2) Pembukaan Pulau Sicily

Pulau Sicily memainkan peranan penting dalam pemindahan ilmu ke barat setelah berada di
bawah penguasaan Islam selama lapan ratus tahun. Pulau Sicily menjadi pusat intelektual yang
penting kerana kedudukannya yang strategic antara Eropah dan Afrika. Selain itu, proses
keilmuan juga berkembang kerana para guru yang mengajar di sekolah-sekolah dan masjid-
masjid dikecualikan daripada perkhidmatan tentera yang membolehkan mereka memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengajaran.

Seterusnya, pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha


memperkembangkannya juga menjadi faktor penting dalam proses penyebaran ilmu di Pulau
Sicily. Golongan pemerintah juga dikatakan aktif dalam bidang penulisan dan menjadi penaung
kepada ahli-ahli persatuam Sicily.

Semasa pemerintahan Islam pada abad ke-10 dan ke-11 Masihi,Qairawan muncul
sebagai pusat kegiatan ilmu imtelektual di Afrika Utara. Perkara ini membolehkan penduduk
Sicily menimba ilmu di bandar dan memperoleh guru-guru yang mahir serta terlatih untuk
mengajar di Sicily. Hasilnya ramai tokoh-tokoh ulama dan cendikiawan yang muncul di Sicily
seperti Hamzah al-Basri seorang ahli filologi dan sasterawan serta Abu al-Abbas yang mahir
dalam bidang hadis.

8
3) Kemunduran Eropah

Masyarakat eropah hidup dalam kegelapan dan kemunduran sebelum kemasukan ilmu daripada
tamadun Islam. Hamper keseluruhan suku bangsa yang memerintah merupakan dari bangsa
Barbarian yang bersikap biadap dan tidak bertamadun. Setelah itu, selama lebih kurang lima
ratus tahun keilmuan Eropah tenggelam dalam lautan kegelapan selepas kejatuhan Empayar
Romawi. Apabila berita tentang keilmuan dan kemajuan tamadun Islam tersebar, mereka
beramai-ramai telah berhijrah ke serata pusat tamadun Islam seperti Andalusia dan Pulau Sicily
bagi menuntut ilmu. Hasilnya, terlihat apabila kepulangan pendeta-pendeta yang telahbelajar
ilmu timur ke negara masing-masing di seluruh Eropah sekitar tahun 1100-1450 Masihi.
Antara ilmuan Barat termasyur dalam usaha membawa pulang ilmu Islam ke Eropah ialah
Adelard the Bath.

4) Hubungan Diplomatik

Hubungan diplomatik diantara Islam Andalusia dengan negara-negara di eropah wujud


disebabkan negara-negara Eropah ingin memajukan negara mereka. Hubungan diplomatik ini
bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Negara-negara Kristian Eropah
menggunakan peluang ini bagi menimba sebanyak mungkin ilmu dan kebudayaan masyarakat
Islam Andalusia. Mereka menghantar delegasi terdiri daripada pelajar-pelajar
bagi mempelajari ilmu sains,seni,pertukangan dan lain-lain. Mereka turut menghantar
pembesar serta putera mereka bagi menimba ilmu di Andalusia yang mendorong kemajuan
Andalusia. Universiti cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman merupakan antara universiti
terbaik ketika itu. Bukan sahaja pelajar Islam bahkan pelajar yahudi dan kristian dari seluruh
pelusuk dunia. Disebabkan itu secara tidak langsung Ilmu-ilmu Islam tersebar dengan cepat.
Elizabeth sepupu kepada Louis ke IV dari Perancis dan Putera Dubant dari England manakala
Jerman pula menghantar perutusan diketuai menterinya, William, merupakan antara
rombongan yang tiba ke Andalusia. Ketika pemerintahan Hisham I, Putera Phillippula
menghantar pelajar-pelajarnya untuk mempelajari teknik-teknik dan metodologi pembelajaran
setiap disiplin ilmu. Disebabkan itu, secara tidak langsung ilmu-ilmu Islam tersebar dengan
pesat dan cepat.

9
5) Hubungan Perdagangan

Dalam hubungan perdagangan, pedagang-pedagang Islam Andalusia membuat hubungan


dagang dengan Negara Kristian. Mereka menguasai kedua-dua jalan perdagangan iaitu darat
dan laut. Kesemua barang dagangan dari Andalusia menguasai pasaran setiap bandar besar di
Eropah, dengan ini tamadun dan kebudayaan Islam tersebar ke segenap penjuru Eropah, Asia
dan Afrika. Lumrahnya bangsa yang menguasai perdagangan akan mempengaruhi bangsa-
bangsa lain yang membuat hubungan perdagangan dengannya. Para pedagang Eropah telah
mengadakan aktiviti perdagangan antara Negara-negara Islam di Timur dengan Negara Eropah
di Barat. Mereka telah mendirikan pusat-pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti
Akka, Sidon dan Ladhikiyah. Daripada pusat perdagangan ini, mereka secara tidak langsung
telah mempelajari dan terpengaruh dengan ilmu dan system nilai dalam masyarakat Islam
untuk dikembangkan ke Eropah.

10
KESIMPULAN

Andalusia merupakan sebuah negeri yang meninggalkan kesan yang begitu besar di sepanjang
sejarah umat Islam pada awal perkembangan Islam di dunia Eropah. Hal ini demikian kerana,
di negara ini telah mendapat perhatian besar dari khalayak umat Islam. Hal ini bahawa kerana
penguasaan Islam terhadap semenanjung Iberia lebih khusus di Andalusia, telah menunjukkan
bahawa Islam telah tersebar ke negara Eropah. Sebelum kedatangan umat Islam, daerah Iberia
merupakan kerajaan Hispania yang dikuasai oleh orang Kristian Visigoth. Pada tahun 711M,
pasukan Umayyah yang sebahagia besar merupalan bangsa Moor dari Afrika Barat Laut,
menyerbu Hispania yang dipimpin oleh general Tariq bin Ziyad dan dibawah perintah
kekhalifahan Umayyah di Damaskus.

Islam masuk ke wilayah Andalusia atau sekarang ini yang disebut Sepanyol melalui
batu loncatan Afrika Utara dengan penaklukannya. Islam di Sepanyol memiliki beberapa
kemajuan dan diantaranya ialah kemajuan institusi pendidikan dan bangunan fizik, kemajuan
ilmu pengetahuan dan kemajuan Intelektual. Sepanyol adalah sebuah negeri yang subur.
Kesuburan itu mendatangkan hasil ekonomi yang tinggi yang memajukan negeri itu dan
menghasilkan banyak idea. Dalam bidang ilmu pengetahuan ada beberapa ilmu yang
berkembang di sini dan diantaranya ialah bidang falsafah, bidang sains, bidang fikh,
muzik(kesenian), dan bahasa(sastra). Masyarakat Sepanyol Islam merupakan masyarakat
majmuk yang terdiri daripada Komunitas-komunitas Arab(Utara dan Selatan), Al-
Muwalladun(orang-orang Sepanyol yang masuk Islam) dan Barbar(umat Islam yang berasal
dari Afrika Utara), Al-Shaqalibah(tentera bayaran yang dijual oleh Jerman kepada penguasa
Islam). Yahudi, Kristian Muzareb yang berbudaya Arab dan Kristian yang masih menentang
kehadiran Islam. Semua komunitas itu, kecuali yang terkahir, memberikan salam intelektual
terhadap terbentuknya lingkungan budaya Andalus yang memahirkan kebangkitan ilmiah, serta
pembangunan fizik di Andalusia-Sepanyol.

Antara penyebab kemunduran dari bangsa Islam di Sepanyol adalah konflik Islam
dengan kristian, tidak adanya ideologi permersatu, kesulitan ekonomi, tidak jelasnya sistem
peralihan kekuasaan dan keterpencilan. Dalam riwayat Islam terakhir pada awal abad ke-13.

11
Tanda-tanda berakhirnya riwayat perjalanan kaum muslimin di Andalusia mula terlihat.
Penguada akhir yang terkuat adalah Al-Murabitun Muwahiidun. Setelah keduanya hancur
kekuasaan Islam tinggal di Granada yang kini dikuasai oleh Bani Ahmar. Antara kejatuhan
Granada pasa 1492 sampai dekad yang pertama abad ke-17. Di perkiraan sekitar 3 juta orang
Islam dibuang atau di hukum mati.

LAMPIRAN

Peta Andalusia

12
RUJUKAN

1) Ramawan Ab. Rahman. (2011). Penghantar Tamadun dan Sejarah Pemikiran Islam.
Ayer Keroh, Melaka: Penerbitan Alambaca Sdn Bhd.
2) Mohd Nur Jusoh. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: Penerbitan
Sarjana Media Sdn Bhd.
3) Raghib As-Sirjani. (2013). Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, Jejak Kejayaan
Peradaban Islam di Sepanyol. Jakarta, Indonesia: Penerbitan Pustaka Al-Kautsar.
4) Salmah Omar. (2009). Andalus, Semarak Tamadun Di Eropah. Shah Alam, Selangor:
Penerbitan Karisma Publications.
5) Abdul Latip Talib. (2014). Runtuhnya Islam Andalusia. Batu Caves, Selangor:
Penerbitan Publishing House.
6) http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm
7) https://documents.tips/documents/jalan-penyebaran-Islam-ke-eropah.html
8) https://www.scribd.com/document/131907044/Jalan-Penyebaran-Tamadun-Islam-Ke-
Eropah
9) https://www.scribd.com/document/343153235/Sejarah-Perkembangan-Tamadun-
Islam-Di-Andalus-Dan-Pengaliran-Ke-Eropah-Safwah
10) http://mak-andak.blogspot.my/2013/12/sejarah-dan-tamadun-Islam-di-andalusia.html

13

Вам также может понравиться