Вы находитесь на странице: 1из 17

KPD6074-PRINSIP ANDRAGOGI

TAJUK

TEORI BEHAVIORISME
DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK PROGRAM

KUMPULAN KULIAH : A (M171)


PENSYARAH : DR.Abdul Kadir Bin Arifin
Tarikh Serah : 14.11.2017
1.1 ANDROGOGI

Androgogi ialah salah satu kaedah pengajaran yang merupakan antonim


bagi pedagogi. Tatkala pedagogi lebih menumpukan kepada ilmu dan kaedah
mengajar kanak-kanak, androgogi pula tertumpu kepada pengajaran terhadap
orang dewasa. Menurut Wikipedia, pelajar dewasa (Amerika Utara) atau pelajar
matang (United Kingdom ) adalah mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas
yang terlibat dalam bentuk pembelajaran. Terma androgogi digunakan pertama
kali oleh Alexander Kapp, seorang guru di sekolah tinggi di Jerman pada tahun
1833. Teori andragogi oleh Malcolm Shepherd Kowles adalah satu percubaan
untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang
dewasa.

Prinsip-prinsip asas dalam kaedah pengajaran andragogi ialah:


Orang dewasa perlu terlibat dalam perbincangan dan penilaian
pengajaran mereka
Pengalaman orang dewasa dijadikan asas kepada aktiviti pembelajaran
Orang dewasa berminat untuk mempelajari subjek yang mempunyai
hubungan dengan kerjaya dan kehidupan mereka
Orang dewasa berpusatkan masalah bukannya berpusat kepada isi
kandungan

Teori andragogi yang dicetuskan oleh Malcolm Knowles menegaskan


orang dewasa adalah terarah diri (self-directed) dan dijangka bertanggungjawab
atas keputusannya.
Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran:
a. Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari
sesuatu
b. Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen

2
c. Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian
masalah
d. Pembelajaran orang dewasa dianggap paling berkesan sekiranya topik
pelajarannya mempunyai nilai segera.

Pada peringkat ini, kebanyakan orang dewasa sudah mempunyai


pengalaman dalam proses pembelajaran mereka. Justeru, pensyarah atau pun
orang yang mengajar golongan dewasa ini lebih menjurus kepada menjadi
pemudah cara atau fasilitator dalam proses mencapai sesuatu ilmu pengetahuan
itu. Knowles mencadangkan bahawa pengajaran terhadap orang dewasa lebih
berbentuk instruksi (arahan) dalam proses pembelajaran berbanding isi
kandungan yang diajar. Oleh kerana orang dewasa mampu mencapai maksud
pembelajaran secara terarah diri, maka antara kaedah dan teknik pengajaran
yang boleh dipraktikkan ialah berbentuk:
Eksperimen
o Ujian atau penyelidikan, terutamanya yang dirancang untuk
membuktikan sesuatu hipotesis. (Wikipedia)

kajian kes
o analisis orang, peristiwa, keputusan, masa, projek, dasar,
institusi, atau sistem lain yang dikaji secara holistik melalui satu
atau lebih kaedah. (G.Thomas, 2011)

main peranan
o memerlukan pelajar memainkan peranan sama ada sebagai
dirinya sendiri atau individu lain.(Ragbir Kaur, 2008)

simulasi

3
o mewujudkan sesuatu situasi yang menyerupai keadaan sebenar
tetapi dalam skala kecil, dipermudahkan dan diringkaskan
supaya isu atau masalah berkaitan mudah diselesaikan.

penilaian kendiri
proses di mana konsep-diri sosial dirundingkan dan diubah suai. Ia
adalah satu hakikat saintifik dan budaya yang menilai diri bermotivasi.
Motif mempengaruhi cara di mana orang memilih maklumat yang
berkaitan dengan mereka, mengukur kebenaran itu, membuat
kesimpulan tentang diri sendiri dan membuat rancangan untuk masa
depan. Psikologi berorientasikan empirik-telah mengenal pasti dan
disiasat empat kardinal motif penilaian kendiri (atau motif diri) yang
berkaitan dengan pembangunan, penyelenggaraan, dan
pengubahsuaian pandangan diri.

Knowles memberi contoh bagaimana prinsip- prinsip androgogi digunakan


dalam reka bentuk latihan komputer peribadi:
Sebab sesuatu yang diajar itu perlu dijelaskan (contoh: arahan
tertentu, apa fungsinya, mengapa perlu belajar dan lain-lain).
Instruksi perlu berbentuk tugasan, bukannya hafalan dan menerima
secara bulat-bulat di mana aktiviti-aktiviti pembelajaran harus
berbentuk tugasan-tugasan yang perlu dilakukan
Arahan-arahan yang diberi bagi mencapai maksud pembelajaran perlu
mengambil kira latar belakang pelajar (contoh: bahan dan aktiviti
pembelajaran perlu disesuaikan dengan tahap pengalaman
menggunakan komputer yang berbeza antara satu pelajar dengan
pelajar yang lain).

4
2.0 SKINNER

Burhus Frederick Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di Susquehanna


Pennsylvania. Bapanya seorang peguam di bandar kecil itu. Skinner belajar di
Kolej Hamilton di Clinton, New York, di mana beliau mengkhusus dalam
kesusasteraan Inggeris. Beliau tidak mengambil apa-apa kursus psikologi tetapi
pernah memenangi hadiah kerana karyanya dalam bahasa Greek. Beliau mula
minat terhadap bidang psikologi apabila beliau menyedari bahawa beliau tidak
mempunyai fakta untuk menulis cereka dan seterusnya beliau melanjutkan
pelajaran dan lulus dalam bidang psikologi dengan harapan beliau dapat
mengatasi masalah tersebut.

Beliau, melanjutkan pelajaran di Harvard pada tahun 1928. Dalam masa


tiga tahun beliau telah dianugerahkan ijazah PhD, dengan menulis disertasi yang
cuba memperincikan undang-undang tingkahlaku untuk menerangkan perjalanan
sistem saraf pusat. Beliau terus berada di Harvard selama lima tahun selepas
mendapat ijazah. Ia melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian pelaziman.
Beliau membuat kajian yang cuba mengenal pasti undang-ungdang asas dalam
tingkah laku organisme. Satu daripadanya ialah mengaturkan seekor binatang
dalam alat itu boleh melakukan mekanisme yang dapat mendatangkan ganjaran.
Hal ini dapat dilakukan dengan menekan sebarang tuas yang ringkas. Dengan
menggabungkan ciptaan-ciptaan ini, gerakbalas menekan tuas itu dapat
dirakamkan secara automatik untuk menandakan kekerapan gerakbalas bagi

5
sesuatu organisme secara keseluruhan. Dengan ini lahirlah Kotak Skinner
yang sejak itu telah menjadi satu alat kebiasaan dalam kajiselidik psikologi.
Beliau berjaya menerbitkan sebuah buku berjudul, The Behavior of Organisms
(1938).
Mengikut Skinner (1972, 110-11), beliau minat terhadap aturan
pengukuhan adalah secara kebetulan. Pada suatu hari Sabtu, beliau menyedari
bahawa bilangan tempat makanan dalam alat itu tidak mencukupi bagi
seminggu. Oleh itu menukar cara supaya hanya satu gerak balas akan diberi
ganjaran bagi setiap minit. Dengan cara ini, beliau mempunyai bilangan tempat
makanan yang mencukupi. Beliau juga mendapati bahawa tikus-tikus itu lebih
stabil tingkah lakunyadalam jangka yang lebih teratur pula. Kemudian, beliau
terus mengkaji kesan jenis-jenis pengukuhan sebahagian pada kadar yang tetap
atau berubah ke atas jumlah penekanan tuas.

2.1 FALSAFAH BEHAVIORISME MENGIKUT SKINNER

Falsafah Skinner ini bersifat saintifik. Sifat saintifik itu pula adalah dalam bentuk
radikal. Beliau mahu mencari hubungan biasa antara kelas-kelas kejadian yang
boleh diperhatikan supaya pola sebab musabab dapat dipastikan. Dalam hal ini
beliau tidak mementingkan teori dalam erti kata yang biasa. Fenomena
pembelajaran yang paling baik dikaji adalah dari segi menganalisis hubungan-
hubungan fungsional antara gerak balas-gerak balas dan keadaan-keadaan
sebelumnya. Cara ini tidak memerlukan teori untuk mengetahui apa yang
berlaku di antara kedua-dua pembolehubah itu.

Sesuatu teori itu didapati penting dari segi membuat kenyataan ringkas
mengenai pola-pola hubungan yang dapat dilihat, tetapi tidak ada satu keperluan
yang merujukkannya kepada proses mental untuk menghuraikan tingkahlaku.
Tingkahlaku sentiasa dihuraikan dengan mengenalpasti keadaan-keadaan
penggerak objektif dari mana tingkahlaku itu timbul(termasuklah sejarah
pengukuhan organisme itu sebelumnya).

6
Skinner juga boleh dianggap sebagai pengikut operasionalisme yang
didefinisikan oleh beliau sebagai kebiasaan bercakap mengenai pemerhatian
yang dibuat oleh seseorang, tatacara manipulatif dan perkiraan yang terlibat
dalam membuat pemerhatian, langkah-langkah logik dan matematikal yang hadir
di antara kenyataan yang sebelum dan sesudah, serta tiada yang lain ( Skinner
1972, hal. 370 ).

Kebaikan yang paling utama dalam operasionalisme yang dilihat sebagai


sesuai dalam psikologi mengikut Skinner terdapat dalam isi keempat iaitu ia
menolong kita mengetepikan hal-hal yang tidak perlu dalam usaha untuk
mewujudkan sains objektif. Setengah variasi operasionalisme menganggap
bahawa kejadian-kejadian umum ( kejadian yang boleh diperhatikan secara luar
dan disahkan ) sebagai sesuai untuk analisis saintifik. Skinner pula berpendapat
bahawa sebahagian daripada kejadian sulit juga boleh dijadikan bahan. Isunya
bagi beliau bukanlah perbezaan antara umum dan sulit tetapi sama ada
kejadian-kejadian itu boleh diperhatikan.

Dalam karya Beyond Freedom and Dignity , Skinner memperlihatkan


dirinya bukan sahaja sebagai ahli sains yang berkebolehan dan sebagi pengikut
sesuatu cara yang tertentu untuk membuat sesuatu yang saintifik tetapi beliau
juga memperlihatkan dirinya sebagai ahli falsafah yang mengenai hal ehwal
manusia. Ini tidaklah menghairankan kerana tema-tema yang beliau utarakan
merupakan hal-hal yang dijumpai di makmal psikologi.

7
Menurut Skinner, untuk menyelasaikan masalah manusia kita perlu
menerapkan apa saja jenis teknologi. Masalah tingkah laku manusia tidak boleh
diselesaikan oleh teknologi fizikal dan teknologi iaitu teknologi tingkah laku.
Ramai orang menentang bahawa teknologi tingkah laku juga diperlukan. Mereka
menentangnya kerana mereka berfikir teknologi ini tidak boleh memberi kesan,
dan mereka menentangnya kerana mereka fikir teknologi ini tidak diperlukan.
Kedua-dua tentangan ini boleh dikaitkan dengan konsep manusia autonomous
iaitu idea bahawa terdapat suatu kejadian dalaman yang bertindak sendiri untuk
menyebabkan berlakunya tingkah laku. Oleh kerana tingkah laku itu mempunyai
sebab dalaman, maka idea ini begitu teguh sehingga mereka merasakan
teknologi tingkah laku itu tidak mungkin memberikan kesan. Atau sebaliknya,
walaupun sekiranya ia boleh memberikan kesan, tetapi ia tidak diperlukan
kerana ia akan merosakkan nilai-nilai penting mengenai kebebasan dan
kemuliaan seseorang itu.

Mengikut Skinner, analisis tingkah laku secara ujikaji tidak membenarkan


kita mengutarakan idea mengenai kejadian dalaman. Sebaliknya kita dapati
tingkah laku dikawal oleh keadaan-keadaan sekitaran. Konsep-konsep
kebebasan dan kemuliaan mungkin lebih difahami dalam erti kata penentuan
sekitaran daripada dalam erti kata pernyataan sesuatu yang secara dalaman
bersifat autonomous. Pergelutan untuk kebebasan merupakan tingkah laku
haiwan yang cuba mengelak atau bebas daripada keadaan-keadaan yang
merbahaya. Kederiaaan dan kemuliaan merupakan suatu yang diatribusikan
individu, ataupun apa yang diatribusikan individu pada dirinya kerana keadaan
berlakunya tingkah laku itu tidak dapat difahami sepenuhnya. Kehendak kepada
kebebasan itu akan terhapusnya keadaan-keadaan yang merbahaya, dan digniti
menjadi tidak perlu apabila tingkah laku dapat dihuraikan secara terperinci.
Namun, tidak ada sebab untuk melihat kebebasan dan digniti sebagai hasil
daripada kuasa dalaman.

8
Teknologi tingkah laku bukanlah suatu mimpi. Mengikut Skinner, ia sudah
berada dalam proses perkembangan. Kuncinya boleh didapati dalam kontigensi
pengukuhan. Ke arah matlamat apa hendak kita bentuk tingkahlaku itu? Bagi
Skinner jawapan yang senang ialah untuk menyediakan pengukuhan positif yang
tekal berikutnya boleh dikategorikan kepada tiga jenis nilai atau barangan iaitu
benda-benda yang menjadi barangan kerana ianya membantu penerusan hidup
biologi, benda-benda yang menjadi barangan kerana ianya membantu yang lain,
dan benda-benda yang menjadi barangan kerana ia membantu sebuah budaya
untuk terus hidup.

Kedua-dua kategori yang pertama itu tidak begitu konversial seperti yang
ketiga. Tetapi bagaimana boleh kita membantu budaya untuk berterusan?
Menurut Skinner, kita perlu memesatkan lagi perkembangan praktis yang akan
mengambil kira juga keputusan-keputusan yang jauh ( Skinner, 1971, hal. 143 ).
Seperti juga dalam proses biologi di mana jenis-jenis organisme yang lebih
sensitif kepada keputusan tindakannya akan lebih senang untuk terus hidup,
maka dalam evolusi budaya juga bentuk-bentuk itu akan terus hidup dan akan
mengawal manusia dalam semua bidang keputusan tingkah laku mereka. Hal ini
boleh dijadikan prinsip yang membimbing reka bentuk atau reka bentuk kembali
keseluruhan sesuatu budaya itu.

Dalam kesemua hal ini, kita tidak perlu mengkhuatiri konsep kawalan .
Setiap kali kita bertindak secara sistematik ke atas persekitaran untuk memberi
kesan kepada perkara lain, maka kita telah menguatkuasakan kawalan.
Masalah utama ialah kita perlu lebih jelas mengenai objektif kawalan itu dan
bertindak dengan lebih berkesan dalam memilih cara-cara mengawal.

Manusia tidak hapus. Ia terus hidup sebagai satu jenis dan sebagai
seorang individu. Tingkahlakunya pula tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang

9
datang dari dalam. Ia dilihat sebagai menjadi fungsi kepada keadaan-keadaan
sekitaran.
3.0 TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

3.1 Kotak Skinner.

Rajah 1

3.1.1 Langkah pertama

Skinner telah menjalankan satu eksperimen dengan menggunakan tikus. Dalam


kajian Skinner ialah beliau meletakkan seekor tikus yang lapar ke dalam kotak
Skinner seperti pada Rajah 1. Kotak Skinner tersebut mempunyai alat penekan
pada dindingnya. Seperti kucing dalam teori Thorndike, tikus juga dibiarkan
berlari secara rawak dalam kotak tikus Skinner. Kemudian secara tidak sengaja,
tikus tertekan alat penekan dan birin makanan akan keluar. Tindakan ini diulang-
ulang sehingga tikus belajar bahawa Jika alat penekan ini ditekan, makanan
akan diperoleh. Ini bermakna tikus telah belajar cara memperoleh makanan

10
dengan menekan alat penekan tersebut. Ini dikatakan pembelajaran melalui
pelaziman.
3.1.2 Langkah kedua

Seterusnya, Skinner telah memutuskan hubungan makanan dengan alat


penekan. Apabila tikus menekan alat penekan tersebut, makanan tidak akan
keluar. Ini bermakna, apabila ganjaran ( makanan ) dihentikan, tikus pun
berhenti menekan alat penekan tersebut ( gerak balas terhapus ). Peringkat ini
dikenali penghapusan.

3.1.3 Langkah ketiga

Kemudian Skinner memasukkan lampu dalam kotak tikus beliau. Apabila lampu
menyala, tikus menekan alat penekan dan bijirin diperolehi. Manakala, jika
lampu tidak menyala tetapi tikus menekan alat penekan, maka bijirin tidak akan
diperolehi. Lama-kelamaan tikus belajar untuk menekan lat penekan hanya
apabila lampu menyala. Dengan langkah ini, tikus belajar konsep diskriminasi,
iaitu dapat membezakan masa yang paling sesuai untuk menekan alat penekan
untuk mendapatkan makanan.

3.2 Eksperimen Skinner dengan burung merpati

3.2.1 Langkah pertama

Eksperimen kedua Skinner ialah dengan melibatkan burung merpati. Dalam


kajian ini, Skinner cuba mengajar burung merpati untuk bermain ping pong.
Langkah pertama kajian beliau ialah Skinner cuba membentuk tingkah laku
burung merpati secara berperingkat-peringkat. Apabila burung merpati
menghampiri bola ping pong, ia diberi peneguhan dalam bentuk kacang hijau.
Langkah ini diulang-ulang sehingga burung merpati dilazimkan dengan
peneguhan.

11
3.2.2 Langkah kedua.

Apabila burung merpati tersebut mematuk bola ping pong, ia diberikan


peneguhan berbentuk kacang hijau. Dengan peneguhan ini, burung merpati
terus mematuk bola ping pong tersebut.

3.2.3 Langkah ketiga.

Kemudian, apabila burung merpati berjaya mematuk bola ping pong ke sebelah
jaring dengan paruhnya, ia juga diberi peneguhan positif dalam bentuk kacang
hijau.

3.2.4 Langkah keempat.

Seterusnya, beliau memberikan kacang hijau kepada seekor burung merpati lagi
yang berada di sebelah jaring yang lain, sehingga kedua-duanya burung merpati
berjaya bermain ping pong.

4.0 PRINSIP-PRINSIP TEORI BEHAVIOURIS.

Ciri dari teori ini adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian kecil, bersifat
mekanisma, menekankan peranan lingkungan, mementingkan reaksi atau tindak
balas, menekankan pentingnya latihan,mementingkan mekanisma hasil belajar,
mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah
hasil perilaku yang diinginkan. Pada teori belajar ini sering disebut S-R psikologis
ertinya bahawa tingkah laku manusia dikendalikan oleh ganjaran dan penguatan
atau dari lingkungan. Dengan demikian dalam tingkah laku belajar terdapat
jalinan yang erat antara reaksi-reaksi tingkah laku dengan rangsanganya. Guru

12
yang menggunakan pandangan ini berpandapat bahawa tingkah laku remaja
merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah laku adalah hasil belajar.
Skinner (1977 ) memfokuskan penelitian tentang perilaku dan
menghabiskan karirnya untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia
percaya bahawa perkembangan keperibadian seseorang, atau perilaku yang
terjadi adalah sebagai akibat dari respond terhadap adanya rangsangan dari
luaran. Dengan kata lain, kita menjadi seperti apa yang kita inginkan kerana
mendapatkan hasil dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi Skinner (1977 ) hal
yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalah melalui
hasil dan hukuman. Pendapat ini tentu saja amat mengabaikan unsur-unsur
seperti emosi, pikiran dan kebebasan untuk memilih sehingga Skinner menerima
banyak kritik.

Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku


sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Seseorang
dianggap telah belajar sesuatu apabila ia mampu menunjukkan perubahan
tingkah laku. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang
dialami oleh siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara
yang baru sebagai hasil interaksi antara rangsangan dan respon.

Menurut teori ini yang terpenting adalah masuk atau input yang berupa
rangsangan dan keluaran atau output yang berupa respon. Sedangkan apa yang
terjadi di antara rangsangan dan respon dianggap tidak penting kerana tidak
boleh dinilai. Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran behavioristik
adalah faktor penguatan (reinforcement) adalah apa saja yang dapat
memperkuat timbulnya respon. Bila penguatan ditambahkan (positive
reinforcement) maka respon akan semakin kuat. Begitu juga bila penguatan
dikurangi (negative reinforcement) respon pun akan tetap dikuatkan. Pengkaji
behavioris menjelaskan bahawa belajar sebagai suatu proses perubahan tingkah
laku dimana penguat dan hukuman menjadi rangsangan untuk merangsang
pebelajar dalam berperilaku.

13
Pendidik yang masih menggunakan kerangka behavioristik biasanya
merencanakan kurikulum dengan menyusun isi pengetahuan menjadi bagian-
bagian kecil yang ditandai dengan suatu keterampilan tertentu. Kemudian,
bagian-bagian tersebut disusun secara hirarki, dari yang sederhana sampai yang
komplek (Paul, 1997). Pandangan teori behavioristik telah cukup lama diguna
pakai oleh para pendidik. Namun dari semua teori yang ada, teori Skinner
(1977 ) yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar
behavioristik.

Program-program pembelajaran seperti Teaching Machine, Pembelajaran


berprogram, modul dan program-program pembelajaran lain yang berpijak pada
konsep hubungan stimulus-respons serta mementingkan faktor-faktor penguat
(reinforcement), merupakan program pembelajaran yang menerapkan teori
belajar yang dikemukakan Skiner (1977 ).Teori behavioristik banyak dikritik
karena seringkali tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks,
sebab banyak variabel atau hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan dan/atau
belajar yang dapat diubah menjadi sekedar hubungan stimulus dan respon. Teori
ini tidak mampu menjelaskan penyimpangan-penyimpangan yang terjadi dalam
hubungan stimulus dan respon.

Pandangan behavioristik juga kurang dapat menjelaskan adanya variasi


tingkat emosi pembelajaran, walaupun mereka memiliki pengalaman penguatan
yang sama. Pandangan ini tidak dapat menjelaskan mengapa dua anak yang
mempunyai kemampuan dan pengalaman penguatan yang relatif sama, ternyata
perilakunya terhadap suatu pelajaran berbeza, juga dalam memilih tugas sangat
berbeza tahap perilakunya. Pandangan behavioristik hanya mengakui adanya
stimulus dan respon yang dapat diamati. Mereka tidak memperhatikan adanya
pengaruh pikiran atau perasaan yang mempertemukan unsur-unsur yang diamati
tersebut.

14
Teori behavioristik juga cenderung mengarahkan pelajar untuk berfikir
linier, konvergen, tidak kreatif dan tidak produktif. Pandangan teori ini bahwa
belajar merupakan proses pembentukan, iaitu membawa pelajar menuju atau
mencapai taraf tertentu, sehingga menjadikan pendidik tidak bebas berkreatif
dan berimajinasi. Padahal banyak faktor yang mempengaruhi proses belajar,
proses belajar tidak sekedar pembentukan. Skinner (1977 ) dan tokoh-tokoh lain
pendukung teori behavioristik memang tidak menganjurkan digunakannya
hukuman dalam kegiatan pembelajaran. Namun apa yang mereka sebut dengan
penguat negatif (negative reinforcement) cenderung membatasi pelajar untuk
berfikir dan berimajinasi.

Menurut Guthrie (1991) hukuman memegang peranan penting dalam


proses belajar. Namun ada beberapa alasan mengapa Skinner (1977 ) tidak
sependapat dengan Guthrie (1991), iaitu, pengaruh hukuman terhadap
perubahan tingkah laku sangat bersifat sementara, kesan psikologis yang buruk
mungkin akan terjadi bila hukuman berlangsung lama. Hukuman yang
mendorong si terhukum untuk mencari cara lain (meskipun salah dan berisiko)
agar ia terbebas dari hukuman. Dengan kata lain, hukuman dapat mendorong si
terhukum melakukan hal-hal lain yang kadangkala lebih buruk daripada
kesalahan yang diperbuatnya.

Skinner (1977 ) lebih percaya kepada apa yang disebut sebagai penguat
negatif. Penguat negatif tidak sama dengan hukuman. Ketidak samaannya
terletak pada bila hukuman harus diberikan (sebagai stimulus) agar respon yang
muncul berbeza dengan respon yang sudah ada, sedangkan penguat negatif
(sebagai stimulus) harus dikurangi agar respon yang sama menjadi semakin
kuat. Misalnya, seorang pelajar perlu dihukum karena melakukan kesalahan.
Jika pelajar tersebut masih saja melakukan kesalahan, maka hukuman harus
ditambahkan.

15
Tetapi jika sesuatu tidak menyenangkan pelajar (sehingga ia melakukan
kesalahan) dikurangi (malah bukan ditambah) dan pengurangan ini mendorong
pelajar untuk memperbaiki kesalahannya, maka inilah yang disebut penguatan
negatif. Lawan dari penguatan negatif adalah penguatan positif (positive
reinforcement). Keduanya bertujuan untuk memperkuat respon. Namun bezanya
adalah penguat positif menambah, sedangkan penguat negatif adalah
mengurangi agar memperkuat respons.

16
17

Вам также может понравиться