Вы находитесь на странице: 1из 14

SBP 2011- Tatabahasa

Bina 2 ayat bagi perkataan di bawah.

a). gamat

b). diam

c). bidang

SBP 2011- Tukarkan ayat-ayat majmuk kepada enam ayat tunggal.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari Internet seringkali menghabiskan masa
berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan
alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak
berfaedah.

SBP 2011- Kenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

a). Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang
berlaku oleh polis trafik.

1
b). Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga
tidak bimbang akan keselamatannya.

c). Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu
jam setengah.

SBP 2011- Kenal pasti kesalahan kata/ istilah dan kesalahan tatabahasa.

Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan
berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah
digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar
maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa
berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka
perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

SBP 2011- Nyatakan tiga peribahasa yang sesuai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) mengingatkan orang


ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-
undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu
memusnahkan sesebuah negara. Golongaan yang terlibat dalam gejala rasuah selama
ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa
nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu
disembunyikan daripada diketahui orang.

a).

b).

c).

2
SBP 2011- NOVEL

a). Jendela Menghadap Jalan

b). Songket Berbenang Emas

Berdasarkan sebuah novel, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.

Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu nilai yang terdapat dalam setiap novel.

3
SBP 2012- Tatabahasa

a). lama

b). berlama-lama

c). jauh

d). menjauh

e). kejauhan

SBP 2012- Tukar bentuk menjadi cakap pindah

Maria: Pukul berapa awak berangkat?


Ahmad: Pukul 3.00 petang, tetapi teksi yang akan menghantar saya ke lapangan
terbang akan tiba sebentar lagi.
Maria: Berhati-hati dalam perjalanan nanti. Pandai-pandailah jaga diri di tempat orang.
Oh, ya! Pasport sudah bawa?
Ahmad: Ada di dalam beg galas.

SBP 2012- Kenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

Setelah jalan raya dinaiktaraf menjadi lebuh raya, pengguna dapat menikmati berbagai
kemudahan sepanjang perjalanan. Bermula dari Bukit Kayu Hitam hingga Johor Bahru,
pengguna dapat mempergunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan
rawat. Di kawasan rehat dan rawat ini, pengguna dapat beristirehat bagi menghilangkan
rasa penat-lelah di samping menjamu selera di gerai makan yang mampu memenuhkan
cita rasa semua kaum.

4
SBP 2012- Kenal pasti kesalahan kata/ istilah dan kesalahan tatabahasa.

a). Pembentang kertas kerja-kertas kerja perlu mengirimkan biografi ringkas mereka
melalui e-mel.

b). Oleh yang demikian, pihak berkuasa wajar bertindak keras terhadap orang yang
mencuri air untuk memastikan masalah air dapat ditangani dengan segera.

c). Pengambilan pekerja mengikut jantina di dalam perusahaan itu berdasarkan had
yang ditetapkan oleh syarikat.

SBP 2012- Bina satu perenggan cerita yang menggunakan tiga daripada empat
peribahasa di bawah.

Bagai lebah menghimpun madu


Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Genggang bara biar sampai jadi arang
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

5
SBP 2012- NOVEL

a). Jendela Menghadap Jalan

b). Songket Berbenang Emas

i). Dalam sesebuah novel terdapat beberapa peristiwa yang menarik perhatian
pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.

ii). Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang
dipaparkan dalam setiap novel itu.

6
SBP 2013- Tatabahasa

i) Mengupas- mengelupas

ii) Bercanggah- berceranggah

iii) Menjajah- menjelajah

SBP 2013- Bina ayat berdasarkan pola ayat di bawah.

i) FN+FN

ii) FN+FA

iii) FN+FS

SBP 2013- Kenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

a). Syawal mudah mendapat pekerjaan di syarikat yang bernama itu kerana dia boleh
bertutur dalam dwi bahasa.

b). Dia melemparkan perasaan was-was terhadap pegawai baharu itu jauh-jauh setelah
pegawai itu membuktikan kesungguhannya untuk membangun dan memajukan
syarikat.

c). Petani moden itu menghadkan penggunakan racun serangga perosak terhadap
tanam-tanamannya demi kelestarian alam semulajadi.

SBP 2013- Kenal pasti kesalahan kata/ istilah dan kesalahan tatabahasa.

7
a). Walaupun ada label halal yang dicap di pembalut coklat itu, dia tetap tidak
membelinya kerana berasa curiga.

b). Saya sering menziarahi nenek kerana jauh antara rumah saya dan rumahnya kira-
kira 500 meter sahaja.

c). Rakyat jelata mematuhi titah perintah Sultan Abdul Fatah untuk mereka bersiap
siaga untuk menghadapi peperangan.

SBP 2013- Kenal pasti peribahasa dan isikan di tempat-tempat kosong.

Setiap kali pulang ke kampung, Encik Johan akan melalui jalan yang berliku-liku seperti
______________________________________________. Walaupun dia sudah biasa
melalui jalan itu, namun _________________________________________________

kerana pada suatu hari dia terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di selekoh yang
amat tajam. Sejak itu, dia begitu berhati-hati ketika melalui jalan itu kerana
_________________________________________.

SBP 2013- Novel

a). Jendela Menghadap Jalan

b). Songket Berbenang Emas

i). Unsur saspens dalam sesebuah novel dikemukakan oleh pengarang untuk
menimbulkan minat dalam diri pembaca agar menyudahkan pembacaan mereka.

Berdasarkan sebuah novel, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan unsure


saspens dalam novel tersebut.

8
ii). Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan satu perwatakan watak
sampingan yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.

SBP 2014- Tatabahasa

a). rumah ibu- ibu rumah

b). pokok pangkal- pangkal pokok

c). orang-orang tua- orang tua-tua

9
SBP 2014- Kenal pasti subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat berikut.

a). Hari Kebangsaan disambut meriah oleh warga Malaysia pada setiap tahun.

b). Kemenangan pasukan Jermandalam perlawanan Piala Dunia sudah dijangkakan


oleh semua.

c). Semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini.

d). Beruang panda yang dibawa masuk dari China itu sangat comel dan manja.

e).Mencapai kemenangan dalam pertandingan peringkat kebangsaan dengan mudah,


pasukan bahas yang berasal dari Seremban itu.

f). Ibu bapa diingatkan agar menjaga keselamatan anak-anak terutamanya semasa
membeli-belah.

SBP 2013- Kenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

a). Hidangan hari itu ialah mee kari dan ayam yang digoreng kekuning-kuningan
beserta sos istimewa sebagai pencicah membangkitkan seleranya.

b). Penggunaan internet memang mempercepat urusan namun tidak sesuai untuk
semua keadaan kerana terdapat juga keburukkannya.

c). Majlis itu dikriktik habis-habisan kerana perlaksanaannya tidak mengikut aturcara
dan tempoh masa yang ditetapkan.

SBP 2014- Kenal pasti kesalahan kata/ istilah dan kesalahan tatabahasa.

a). Kata-kata aluan buku program itu amat tepat sekali dengan objektif program kerana
penulisnya tidak sembarangan orang.

b). Para pekerja kontrak itu menetak dahan-dahan pokok hiasan di sepanjang jalan
raya utama itu hingga tidak mengganggu kelancaran lalu lintas.

c). Rakyat-rakyat negeri itu begitu teruja untuk menyambut kebarangkatan tiba baginda
sultan yang baru dilantik ke daerah mereka.

SBP 2014- Peribahasa.

a). Untung sabut timbul,


b). Masuk kandang kambing mengembek,
c). belum duduk,
d). Sekali air bah,

10
SBP 2014- Novel

a). Jendela Menghadap Jalan

b). Songket Berbenang Emas

i). Seorang penulis memberikan sumbangan yang besar kepada khalayak pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan sumbangan penulis tersebut
kepada pembaca menerusi novel yang ditulisnya.

ii). Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar masyarakat
yang terdapat dalam novel itu.

11
SBP 2015- Tatabahasa
a). meleret- mengheret

b). perantau- pemantau

c). pembakuan- pembekuan

SBP 2015-Nyatakan jenis-jenis ayat sama ada ayat larangan, ayat perintah, ayat
suruhan atau ayat silaan.

a).Jangan pijak rumput di kawasan itu.


b). Simpan wang demi masa depan kalian.
c). Hantar kerja rumah yang telah disiapkan kepada cikgu esok.
d). Minta semua pelajar berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.
e). Sila basuh tangan anda.
f). Tolong bersihkan kelas masing-masing sebelum kelas bermula pada setiap hari.

SBP 2015-Kenal pasti kesalahan ejaan dan kesalahan imbuhan.

a). Projek keretapi laju itu merupakan suatu usaha pihak kerajaan untuk memperkasa
sekor pengangkutan negara kita supaya setanding dengan negara maju.

b). Semua kegiatan ko-kurikulum yang diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun itu
telah dipamer di ruang legar bangunan Galeri Sejarah untuk tatapan umum.

c). Di perkarangan rumahnya, Pak Cik Jamal telah membuka membuka gerai yang
menjual pelbagai jenis makanan termasuk sate, mee goring, dan martabak untuk
menambah hasil pendapatan.

12
SBP 2015- Kenal pasti kesalahan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.

a). Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari
bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka
itu.

b). Ketika tangkapan dilakukan pemilik siber kafe itu mendakwa bahawa dia tidak tahu-
menahu tentang kegiatan judi haram yang dilakukan oleh pelanggannya.

c). Semua peserta pertandingan yang menepati syarat penyertaan telah dimaklumkan
yang mereka perlu membuat bayaran pendaftaran secara dalam talian secepat
mungkin.

SBP 2015- Peribahasa

a). Alang- alang mandi biar basah

b). Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

c). Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit.

SBP 2015- Novel


a). Jendela Menghadap Jalan

b). Songket Berbenang Emas

a). Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda
pelajari.

Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan
komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaikan.

13
b). Huraikan satu peristiwa yang menunjukkan wujudnya nilai kasih sayang antara
berdasarkan dua buah novel yang anda kaji.

14

Вам также может понравиться