Вы находитесь на странице: 1из 5

Laporan eksperimen peristiwa bercanggah

Tajuk : Amazing Water Trick

Masalah : Adakah air sejuk dan air panas bercampur?

Sasaran : Tahun 5

Peruntukan masa : 45 minit

Bahan-bahan : 2 balang kecil yang sama saiz ( balang jam), air panas, air sejuk,

pewarna makanan (biru dan merah), kad indeks atau kertas lilin yang

berbentuk segi empat (mana-mana kad yang tidak menyerap air) dan

gunting

Langkah-langkah

Set A

1. Isikan satu balang kecil dengan air panas. Titiskan setitik pewarna makanan
merah ke dalam air panas.
2. Isikan satu lagi balang dengan air sejuk dan titiskan setitik pewarna makanan
biru. Perhatikannya selama seminit.
3. Guntingkan kertas lilin dengan ukuran 77 cm.
4. Air sejuk ditambahkan lagi ke dalam balang berwarna biru dengan perlahan-
lahan sehingga terhasil bonjolan air atas bibir balang.
5. Letakkan kad lilin dengan berhati-hati ke atas balang biru. Tekan kad lilin dengan
perlahan-lahan sehingga ia menjadi kedap udara.
6. Terbalikkan balang biru dengan cermat dan perlahan-lahan. Kad lilin tersebut
tidak perlu dipegang lagi kerana air boleh menahan kad tersebut daripada jatuh.
7. Letakkan balang biru yang diterbalikkan di atas balang merah.
8. Seorang perlu memegang kedua-dua balang manakala seorang lagi
mengeluarkan kad lilin dengan perlahan-lahan dan cermat.
9. Perhatikan perubahan yang berlaku dalam balang di atas dengan balang di
bawah.
Set B

1.Ulangi langkah-langkah1 hingga 8 tetapi letakkan balang biru yang berisi air sejuk
di bawah dan letakkan kad di atas balang yang berwarna merah yang diisi dengan
air panas. Seterusnya, terbalikkan balang berwarna merah dan letakkan ke atas
balang berwarna biru.

2. Perhatikan perubahan yang berlaku.

Langkah berjaga-jaga

1. Pastikan air panas dituangkan dengan perlahan-lahan dengan bimbingan cikgu.


2. Jangan terbalikkan balang dengan cepat kerana berkemungkinan air dalam
balang itu tumpah.
3. Jangan mencucuk kertas lilin dengan jari semasa menekannya pada bibir
balang.
Pemerhatian

Air Kadar keterlarutan pewarna makanan


Air sejuk Pewarna larut dengan lambat dalam air sejuk.
Air panas Pewarna larut dengan cepat dalam air panas.

Jadual 1

Set Kedudukan balang merah Pemerhatian


A Balang merah diletakkan di Air panas berwarna merah
bawah dan balang biru dengan air sejuk berwarna
diletakkan di atas biru bercampur
B Balang merah diletakkan di Air panas berwarna merah
atas dan balang biru dan air sejuk berwarna biru
diletakkan di bawah tidak bercampur

Jadual 2
Perbincangan

Pewarna makanan larut dengan lambat dalam air sejuk kerana molekul di
dalamnya tidak bergerak bebas. Oleh itu, molekul-molekul itu tidak berupaya
memecahkan molekul pewarna untuk melarut. Manakala, pewarna makanan cepat larut
dalam air panas kerana air panas mempunyai molekul-molekul yang bergerak bebas.

Dalam set A, air berwarna merah berada di bawah dan air berwarna biru berada
di atas. Daripada set A didapati bahawa air panas berwarna merah dan air sejuk
berwarna biru bercampur. Air panas mempunyai molekul-molekul yang bergerak bebas
dan pantas. Hal ini menyebabkan molekul-molekul menghasilkan ruang di antaranya. Isi
padu air panas berkurangan serta mempunyai bilangan molekul yang sedikit.
Fenomena ini menyebabkan jisim air panas kurang daripada jisim air sejuk yang
mempunyai isi padu yang sama. Oleh itu, ketumpatan air panas menjadi kurang
daripada air sejuk. Keputusannya, apabila air panas berada di bawah dan air sejuk di
atas, air panas tersebut akan naik ke atas dan bercampur dengan air sejuk serta
menghasilkan warna ungu.

Dalam set B pula, air berwarna merah berada di atas dan air berwarna biru
berada di bawah. Daripada set B didapati bahawa air panas berwarna merah dan air
sejuk berwarna biru tidak bercampur. Apabila air sejuk berada di bawah, air panas tidak
perlu menaik ke atas kerana air panas sudah berada di atas. Hal ini kerana ketumpatan
air panas adalah kurang daripada air sejuk dan air panas seharusnya berada di atas.
Keputusannya, air sejuk berwarna biru kekal di bahagian bawah dan air panas
berwarna merah kekal di bahagian atas.

Cara melanjutkan eksperimen

Eksperimen ini boleh dijalankan dengan sebalang air garam yang diterbalikkan ke atas
sebalang air biasa tanpa garam di bawah. Gunakan pewarna makanan untuk
membezakan air biasa dengan air garam. Perhatikan perubahan yang berlaku.
Gambar

Вам также может понравиться