Вы находитесь на странице: 1из 4

ULASAN KRITIS

Overview
Kajian ini telah dilaksanakan oleh Nor Adibah Binti Ismail dari Jabatan Pengajian
Melayu. Tajuk kajian ini adalah Meningkatkan Kosa Kata Untuk Membina Ayat Mudah Dan
Minat Murid Tahun 4 Dengan Menggunakan Teknik Permainan Bahasa Bijak Kata. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji peningkatan kosa kata untuk membina ayat mudah bagi murid Tahun
4 dengan menggunakan teknik permainan bahasa Bijak Kata. Kajian ini dilaksanakan terhadap
sepuluh orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah pengkaji berpraktikum.

Metadalogi
Dalam menjalankan sesebuah kajian, metodologi kajian merupakan satu pendekatan
yang khusus di mana ia adalah amat penting untuk kajian. Menurut pengkaji, beliau telah
menggunakan dua pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengumpulan data iaitu
secara kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji telah melaksanakan kaedah temu bual bagi
mengetahui sejauh manakah tahap kosa kata peserta kajian dalam Bahasa Melayu. Menurut
Rosinah Edinin (2012), pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi
responden dalam kajian yang dijalankan. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian untuk
melihat sejauh manakah minat mereka dalam melaksanakan aktiviti permainan bahasa iaitu
Bijak Kata. Menurut Yin (1994), kaedah analisis dokumen ini untuk menyokong dan
menambah bukti data pemerhatian, temu bual dan lain-lain data. Manakala nota lapangan
merupakan catatan hasil pemerhatian yang dijalankan. Pengkaji telah menggunakan analisis
dokumen dan nota lapangan untuk melihat sejauh manakah tahap pencapaian peserta kajian
dalam intervensi yang telah dijalankan.

Seterusnya bagi data kuantitatif, kaedah yang digunakan adalah soal selidik. Pengkaji
melaksanakan soal selidik dengan menggunakan borang soal selidik yang disediakan untuk
mndapatkan maklumat yang dikehendakinya. Pengkaji juga telah melaksanakan ujian pra dan
pos sebelum intervensi dijalankan dan selepas intervensi dijalankan. Daripada ujian pra
pengkaji dapat mengesan kelemahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta kajian.
Manakala bagi ujian pos pula, pengkaji dapat mengumpul data sebenar selepas
mengaplikasikan teknik permainan bahasa tersebut.

PERSOALAN KAJIAN
Menurut pengkaji bagi kajian ini, ia berfokuskan kepada murid-murid yang mempunyai
masalah kosa kata yang terhad dan tidak dapat membina ayat dengan menggunakan kosa kata
yang baharu. Pengkaji dapat meninjau masalah yang dihadapi oleh murid-murid melalui sesi
pembelajaran dan melalui latihan yang diberikan. Pengkaji juga telah berpendapat bahawa
murid-murid kurang didedahkan dengan kosa kata yang pelbagai sehingga menyebabkan
mereka kurang berminat untuk membina ayat yang diberikan.
Daripada kajian ini didapati bahawa pengkaji tidak menyatakan persoalan kajian tetapi
telah menyatakan tiga objektif khusus kajian. Pengkaji telah merangka objektif khusus dan
terlepas pandang terhadap persoalan kajian. Dalam sesebuah kajian, persoalan kajian
seharusnya selaras dengan objektif kajian. Manakala dalam kajian ini pengkaji hanya
menekankan kepada objektif kajian sahaja. Objektif kajian yang pertama adalah, meningkatkan
kosa kata murid dalam mata pelajaran bahasa Melayu melalui teknik permainan bahasa.
Objektif kajian kedua, meningkatkan keupayaan mengaplikasi perkataan baharu dalam ayat
yang dibina oleh murid melalui permainan bahasa. Objektif kajian ketiga, meningkatkan minat
dan sikap murid dalam proses pembelajaran melalui teknik permainan bahasa.

Oleh kerana pengkaji tidak menyatakan tentang persoalan kajian bagi kajian ini, maka
saya terpaksa berfokuskan kepada objektif kajian untuk menilai keberkesanan pengumpulan
dan penganalisisan data. Kaedah pengumpulan dan penganalisisan data yang digunakan oleh
pengkaji relevan dengan objektif kajian. Pengkaji telah mengaitkan dapatan kajiannya dengan
setiap objektif kajian. Ujian pra dan pos telah dilaksanakan berdasarkan objektif kajian yang
pertama iaitu meningkatkan kosa kata murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan
membuat perbandingan antara hasil dapatan kajian daripada ujian pra dan pos, pengkaji telah
menyatakan dengan jelas tentang peningkatan pencapaian murid.
Seterusnya, bagi objektif kajian kedua pula pengkaji menitikberatkan tentang hasil
dapatan kajian dari analisis dokumen bagi aktiviti bijak susun ayat dan perbandingan dengan
soal selidik pra dan pos. Kemudian, untuk objektif kajian yang ketiga pengkaji telah
menggunakan borang semak pemerhatian untuk melihat minat murid selepas intervensi
dilaksanakan. Walaupun pengkaji tidak menggunakan persoalan kajian dalam kajian ini,
pengkaji telah menggunakan ketiga-tiga objektif kajian untuk membantu kaedah pengumpulan
dan penganalisian data dan boleh dikatakan bahawa ia sangat relevan dan sesuai dengan
dapatan kajian.
Daripada pemerhatian kajian ini, saya berpendapat bahawa rumusan kajian ini
munasabah dengan penggunaan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data yang telah
dinyatakan oleh pengkaji. Hal ini demikian, intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji telah
memberikan impak yang cukup baik dalam membantu murid-murid meningkatkan kosa kata
dalam membina ayat melalui permainan bahasa bijak kata. Kaedah pengumpulan dan
penganalisisan data juga memainkan peranan yang penting dalam mempamerkan
keberkesanan penggunaan teknik permainan bahasa oleh pengkaji. Ia menjelaskan bahawa
pelaksanaan teknik permainan bahasa sangat berkesan di kalangan murid maka dengan ini
dikatakan bahawa kajian ini boleh diterima.

Daripada kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa kelemahan iaitu tentang
persoalan kajian dan temu bual. Pertama pengkaji tidak menyatakan persoalan kajian tetapi
menyatakan objektif kajian. Dengan menggunakan persoalan kajian, pengkaji boleh
mendapatkan jawapan bagi sesuatu kajian yang hendak dilaksanakannya. Bagi kajian ini pula
pengkaji hanya berfokuskan kepada objektif kajian. Kelemahan seterusnya adalah, pengkaji
telah menjalankan sesi temu bual dengan guru kelas murid-murid yang hendak dikaji. Maka,
murid-murid mungkin berasa segan dan takut untuk meluahkan punca masalah yang dihadapi
dalam pembinaan ayat. Pengkaji seharusnya menjalankan sesi temu bual dengan
perseorangan supaya mengenal pasti masalah murid.

Daripada kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa isu etika yang relevan dengan
pelaksanaaan sesuatu penyelidikan tindakan. Pertama tentang hak kerahsiaan, pengkaji telah
mematuhi dengan hak ini iaitu beliau telah merahsiakan identiti murid-murid. Pengkaji hanya
melabelkan peserta kajian dengan murid-murid sahaja dan tidak mengeluarkan sebarang
identiti mereka. Kemudian, pengkaji juga telah menjaga tanggungjawabnya sebagai pengkaji
dalam menjaga masalah murid-murid yang terlibat dalam penyelidikan. Dengan itu, pengkaji
juga tidak mengesan tentang kesalahan ejaan yang berlaku dalam kajian yang dihasilkannya.

IMPLIKASI
Daripada artikel ini saya dapat mengenal pasti beberapa implikasi yang berkaitan
dengan Kursus Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Daripada buku Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, saya dapat mengenali bahawa pengkaji
dalam kajian ini telah memahami Kod Etika dan Akauntabiliti Keguruan dengan lebih baik.
Beliau telah menyedari tentang tanggungjawabnya terhadap pelajar. Pengkaji telah
mengutamakan kebajikan, bersikap adil dan merahsiakan maklumat peserta kajian dengan
cermat.

Selain itu, pengkaji juga telah memahami Peranan Guru Sekolah Rendah tentang guru
sebagai pengamal reflektif. Di akhir kajian tindakan ini pengkaji telah menyatakan tentang
refleksi keseluruhan mengenai kajian yang dilaksanakannya. Beliau telah mengemukakan
kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan daripada kajian yang telah
dilaksanakannya. Dengan ini, beliau dapat meningkatkan prestasi yang hendak dicapainya
dengan mempelajari daripada amalan reflektif ini. Beliau juga akan memahami diri sendiri
dalam penyampaian pengajaran yang berkesan.

Akhir sekali, pengkaji telah mengenal pasti Perkembangan Profesional Guru dalam
kepentingan penyelidikan tindakan. Pengkaji memahami bahawa penyelidikan tindakan ini akan
menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) kendiri guru. Beliau telah
memfokuskan kepada suatu kajian yang spesifik iaitu meningkatkan kosa kata untuk membina
ayat mudah. Bagi tajuk ini beliau telah mengumpul maklumat yang berkaitan untuk mencari
pendekatan bagi penyelesaian masalah ini. Secara kesimpulannya, pengkaji tidak terlepas
daripada pengamalan Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru dan ia telah
terbukti daripada pembacaan dari artikel inii.

Вам также может понравиться