Вы находитесь на странице: 1из 1

Bidang Tugas Ketua Guru Disiplin SK Bandar Easter

Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun
berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam
bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan
permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman,
sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan
para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau
didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh
pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru
penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke
semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari
persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah
dan tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi
oleh para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan
kenyataan dan di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada
penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada
pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan
masalah pelajar.
14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk
menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan
majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan
mengumumkan kelas yang paling kotor.

Вам также может понравиться