Вы находитесь на странице: 1из 9

UNIVERSITY KUALA LUMPUR

MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE

RAKAN MASJID 1 (MPU 2442)

ASSIGMENT 1

PERANAN MASJID DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT


MUSLIMIN

NAMA: MUHAMMAD ASYRAFF BIN ABD HALIM


ID: 54105314035
NAMA PENSYARAH: USTAZ AZHAR BIN AZIZ
PENDAHULUAN

Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah Institusi


Masjid, maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke
hadapan dan menjadikan madsjid sebagai Pusat Pembangunan Islam
yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai
ibadah. Institusi Masjid haruslah mempunyai pelbagai peranan
antaranya;

1.PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat


perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya
bermula dan berkembang dari masjid.
2.MASJID SEBAGAI LAMBANG
KEAGONGAN ISLAM

Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar


baru, kawasan perumahan, perhotelan, dan kompleks perniagaan
haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu
adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid
untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu.

3.PUSAT PERCAMBAHAN ILMU

Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu,


dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap
bukan sahaja membekalkan buku-buku agama, tetapi juga buku yang
berkaitan dengan ibadah dan muamalah. Begitu juga buku mengenai
ilmu social, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di
dalam perpustakaan masjid. Buku-buku ini boleh didapati secara
mudah dan murah sekiranya pemjimpin masjid itu sanggup meminta
dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahas dan pustaka,
syarikat percetakan dan sebagainya. Selain dari itu, Jawatankuasa
Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada
penduduk mukim atau daerah berkenaan.
4.PUSAT TAMADUN ISLAM
Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam,
maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh
dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi
terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang
mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun
Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu
Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan
sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan
sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.

5.PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk
mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar
dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan
untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk
mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.

6.RUMAH SUCI
Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang
kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang
bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam
kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana
masjid itu terletak.
7.PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT
SUCI
Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-
ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang
untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka.
Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan
kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam
boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca
terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi
Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.

8.PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN


TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-
Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita
menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran
kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi
tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat
suci.
9.PUSAT PENDIDIKAN
Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana
anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh
dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.

10.PUSAT PENGISIAN JIWA


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam
ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian
Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.

11.PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN


TAQWA
Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan
taqwa serta pusat pengukuhan rohani.
12.PUSAT PELENGKAP
Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan
di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH
dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan
sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan
"finishing school".

13.PUSAT SANTAPAN ROHANI


Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani
bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat
permulaan.Masjid daerah haruslah d reka dapat menghayati
kesucian Islam.

14.PUSAT EKONOMI
Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di
sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan
sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh
Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang
menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai
cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan
mukim.
15.PUSAT PENGGEDARAN PRODUK
DAERAH
Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah
hendaklah mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah
dijadikan salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang
yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadat.Dengan
cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.

16.MASJID SEBAGAI TAMAN


Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan
dipenihi dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah
mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas
sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin
kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan
sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan
tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai
pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang
indah
KESIMPULAN

Masjid boleh dikatakan satu institusi yang boleh dipercayai dalam


melaksanakan aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada umat
islam. Antara aktiviti-aktiviti masjid ialah tempat beribadah, tempat
penyebaran ilmu terutama pada zaman rasulullah dan sebagainya.
Peranan masjid ialah sebagai pusat pembangunan islam, pusat
tamadun islam, pusat percambahan pernilaian, pusat santapan
rohani, pusat penjagaan ayat ayat suci, pusat penyelesaian masalah
dan pusat kebajikan islam. Cabaran utama bagi institusi masjid ialah
ia datang dari umat islam itu sendiri. Masjid pada masa kini hanya
digunakan untuk beberapa aktiviti sahaja. Contohnya solat jumaat,
solat hari raya aidilfitri dan aidiladha sahaja yang kita nampak umat
islam berpusu datang untuk menunaikan solat secara berjemaah.
Oleh itu, kita perlu bertindak segera supaya budaya sembahyang
berjemaah perlu diterapkan di dalam hati anak-anak kita supaya
mereka menjadi penyambung budaya yang baik pada masa hadapan.
Insyaallah. .

Вам также может понравиться