Вы находитесь на странице: 1из 18

Pengaruh Transformasi Pembangunan Terhadap pola Jenayah

Daerah Papar, Sabah

Jaffly Jubili1, Shahiful Bahari Hisham2, Nor-Ina Kanyo3

Program Geografi

Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

Universiti Malaysia Sabah

Email: norina@ums.edu.my

ABSTRAK

Transformasi pembangunan merupakan proses perubahan yang dibentuk untuk


meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar. Di Malaysia, proses
perubahan ataupun transformasi pembangunan berlaku dengan pantas dan telah berjaya
merubah pelan pembangunan negara dan secara langsung telah memberi kesan positif
terhadap peningkatan penyediaan pelbagai kemudahan persekitaran sosial, ekonomi dan
politik. Transformasi ini turut mengubah landskap pekan kecil papar kepada sesebuah
bandar yang menyediakan pelbagai kemudahan sosial kepada penduduk setempat.
Transformasi pembangunan ini dilihat banyak membawa kesan positif namun ia juga turut
membawa kesan negatif khususnya kepada penduduk. Meneliti sejauhmana transformasi
pembangunan meempengaruhi pola pelakuan jenayah di daerah Papar Sabah. Kajian
akan dijalankan secara lebih terperinci dengan menilai dan melihat persepsi masyarakat
terhadap pola pelakuan jenayah di daerah Papar. Kajian ini mendapati bahawa
transformasi pembangunan telah mempengaruhi pola pelakuan jenayah di daerah Papar
khususnya kes curi dan penyalagunaan dadah. Walau bagaimanaapun, secara
keseluruhan kajian ini mendapati bahawa transformasi pembangunan ini telah berjaya
mengurangkan indeks pelakuan jenayah melalui peningkatan tahap kawalan keselamatan
di kawasan pekan Papar.

Kata kunci : Transformasi Pembangunan, Persepsi, Pola Jenayah, Papar Sabah

1
1.0 PENDAHULUAN

Secara umumnya, transformasi merupakan suatu proses mengubah kawasan yang


mundur atau kurang maju menjadi lebih baik dan menarik dengan menyediakan
kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Selain itu,
transformasi juga sering dikaitkan dengan pembangunan akibat pertumbuhan ekonomi
(Nurasyikin Miskam dan Haryati Shafii, 2013). Melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) pula,
kerajaan telah berusaha membawa pembangunan ke luar bandar untuk menggalakkan
kemajuan di sesuatu kawasan dan menyaksikan proses perbandaran luar bandar itu
bermula (Nurasyikin Miskam dan Haryati Shafii, 2013). Usaha ini dilakukan untuk
mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan penduduk bandar ke
luar bandar.

Transformasi pembangunan dilihat telah membawa kepada perubahan positif


tetapi dalam masa yang sama ianya turut memberi implikasi kepada sesebuah
pembangunan kerana ketidaktepatan perancangan ataupun kurangnya persediaan
penduduk tempatan dalam proses menerima perubahan akibat daripada pembangunan
(Nurasyikin Miskam dan Haryati Shafii, 2013). Oleh itu, sesebuah masyarakat itu perlu
bersedia dengan proses perubahan yang diterima kerana kadangkala kemajuan ekonomi
melebihi kemampuan persekitaran fizikal untuk mengekalkan kelestariannya.

Melihat kepada senario jenayah di daerah Papar pula, indeks jenayah semakin
berkurangan sebanyak 40 hingga 50 peratus bagi tempoh Januari sehingga Julai 2017
(Utusan Borneo (Sabah), 2017). Oleh itu, dapat dilihat transformasi pembangunan yang
dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu menyumbang dalam usaha penurunan indeks
jenayah di daerah Papar, Sabah.

2
2.0 KERANGKA TEORITIKAL

Pengaruh Transformasi Pembangunan


Isu Terhadap Pola Jenayah Daerah Papar, Sabah

Masalah Peningkatan Indeks Jenayah Tahunan


Negara

Cadangan

Penyelesaian Kerjasama Pihak Berkuasa dan Kerajaan


Dengan Komuniti

Matlamat
Mengurangkan Indeks Jenayah di Papar

Rajah 1 : Kerangka Teoritikan

3
3.0 ISU DAN MASALAH

Kegiatan jenayah merupakan masalah sosial yang paling ditakuti oleh masyarakat. Sejak
kebelakangan ini, isu jenayah semakin hangat diperkatakan di media-media massa,
akhbar, laman-laman sesawang seperti facebook, whatsapp, twitter, instagram dan
sebagainya. Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
(JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa indeks jenayah
sebanyak 38877 kes bagi tempoh januari hingga april sempana program Security Crime
Prevention Campaign dan Exhibition 2016 (Utusan online, 2016). Kes jenayah indeks
meningkat 4.6 peratus sehingga April 2016 (Utusan online, 2016). Keadaan ini akan
membimbangkan masyarakat setempat kerana suasana ruang persekitaran yang
merbahaya dan mudah terancam dengan kegiatan jenayah. Oleh itu, kepesatan
pembangunan dan kemajuan negara telah mempengaruhi perubahan pola pelakuan
jenayah.

Pembangunan dan pembandaran juga merupakan salah satu faktor yang


menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah di kawasan bandar (Nor-Ina Kanyo dan
Norizan Hj Md Nor, 2007). Hal ini kerana pembangunan yang tidak terkawal akan
meningkatkan lagi proses urbanisasi di kawasan bandar yang secara tidak langsung akan
meningkatkan kadar migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar. Pertambahan populasi
penduduk di kawasan bandar akan mewujudkan persaingan untuk mendapat pekerjaan,
tempat tinggal, makanan dan sebagainya. Golongan yang tidak dapat bersaing akan
menganggur di bandar dan mereka akan mencari peluang lain untuk memenuhi keperluan
hidup seperti mencuri, meragut, merogol, dan sebagainya.

Oleh itu, isu utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji Pengaruh transformasi
pembangunan kepada pola pelakuan jenayah di daerah Papar, Sabah. Terdapat beberapa
aspek yang digunakan untuk menilai pengaruh tersebut seperti aspek sosial, ekonomi dan
politik. Transformasi pembangunan secara umumnya merupakan salah satu inisiatif atau
usaha pihak kerajaan untuk membangunkan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat
luar bandar. Transformasi pembangunan ini memberi tumpuan untuk mengubah kawasan
luar bandar menjadi kawasan yang lebih baik dan menarik dengan menikmati semua
kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan sosial yang berkualiti. Menurut
Richardson (1973), berpendapat pendekatan pembangunan kawasan luar bandar secara
langsung mewujudkan suatu kawasan yang menarik dengan terdapatnya pelbagai

4
kemudahan asas yang mampu memenuhi keperluan sosial dan menjadikan penduduk
lebih selesa menetap di kampung halaman (Nurasyikin Miskam dan Haryati Shafii, 2013).

Meskipun transformasi dilihat membawa kepada perubahan positif tetapi dalam


pada masa yang sama, kadangkala ianya memberi implikasi sebaliknya kepada sesebuah
pembangunan kerana ketidaktepatan perancangan ataupun kurangannya persediaan
penduduk tempatan dalam proses menerima perubahan akibat daripada pembangunan.
Oleh itu, sesebuah masyarakat itu perlu bersedia dengan proses perubahan yang diterima
kerana kadangkala kemajuan ekonomi juga merupakan salah satu faktor penyumbang
kepada perubahan pola pelakuan jenayah di kawasan tersebut.

Oleh hal yang demikian, permasalah kajian yang dikemukakan dalam kajian ini
adalah berkaitan dengan pengaruh transformasi pembangunan terhadap pola jenayah.
Sehubungan dengan itu, pengkaji juga akan menilai persepsi umum tentang latar jenayah
di daerah Papar. Hai ini bertujuan untuk memahami lebih terperinci berkaitan dengan pola
pelakuan jenayah daerah papar.

5
4.0 SKOP KAJIAN

Daerah Papar merupakan sebuah kawasan yang terletak pada garis bujur pada koordinat
11555 T dan garis lintang pada koordinat 543 U. Papar merupakan sebuah daerah
yang terletak dalam Zon Pantai Barat Negeri Sabah dengan keluasannya sebanyak 1,233
km persegi bersamaan dengan 123,320 hektar. Daerah Papar bersempadanan dengan
Daerah Penampang di Utara, Daerah Tambunan di Pantai Timur Laut, Daerah Keningau
dan Tenom di Tenggara dan Daerah Beaufort di Selatan. Papar mempunyai keluasan 500
batu persegi yang mana sebilangan besarnya digunakan sebagai tanah untuk pertanian.

Penelitian ini telah dijalankan di kawasan perumahan dan pekan Papar. Dalam
kanjian ini, seramai 100 responden telah diambil untuk mewakili keseluruhan penduduk
Papar. Setiap responden diberikan soal selidik yang mempunyai item atau soalan yang
sama iaitu mengetahui tahap persepsi penduduk terhadap senario jenayah di daerah
Papar.

6
5.0 METODOLOGI

Kajian Awal
Pembentukan matlamat, objektif dan skop kajian

Pendekatan Kuantitatif

Pengumpulan Data

Data Primer Data Sekunder


Borang sial selidik (100 Buku Teknik Analisis
responden) Jurnal SPSS
Temu bual Internet Analisis Frekuensi
Pemerhatian

Analisis Data & Keputusan

Rumusan

Rajah 2 : Proses Pengumpulan Data

Berdasarkan rajah di atas, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam proses
mengumpul data. Dalam kajian ini, sebanyak 100 responden telah dipilih sebagai sempel
untuk mewakili keseluruhan penduduk di daerah Papar. Pemilihan persempelan adalah
secara rawak iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada orang yang ditemui berada di
sekitar kawasan perumahan dan pekan Papar. Selain itu, kajian ini juga menggunakan
kaedah temubual dan pemerhatian bagi menyokong data yang diperolehi melalui soal
selidik.

7
6.0 PENEMUAN KAJIAN

6.1 Persepsi Umum Senario Jenayah Di Daerah Papar, Sabah.

Jadual 1: Persepsi Umum Latar Jenayah Daerah Papar.

Tahap Persepsi

Item Sangat
tidak Tidak Tidak Sangat Jumlah
setuju setuju pasti Setuju setuju

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %


Adakah anda merasakan
kawasan di sekitar daerah 2 2.0 12 12.0 35 35.0 43 43.0 8 8.0 100
Papar ini selamat?

Adakah anda berpuas hati


terhadap tahap keselamatan 4 4.0 12 12.0 25 25.0 52 52.0 7 7.0 100
di kawasan ini?

Adakah daerah ini


berpotensi untuk berlakunya 2 2.0 20 20.0 37 37.0 33 33.0 8 8.0 100
jenayah?

Pada pendapat anda,adakah


kedudukan geografi kawasan 4 4.0 21 21.0 37 37.0 27 27.0 11 11.0 100
daerah papar strategik
berlakunya jenayah seperti
dadah dan sebagainya?

Sumber : Kajian Lapangan, (2017)

Dalam membincangkan hubungkait di antara transformasi pembangunan dengan pola


pelakuan jenayah di daerah Papar, kajian persepsi penduduk telah dijalankan di kawasan
perumahan dan pekan Papar. Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji hanya melihat
persepsi umum latar jenayah di daerah Papar. Antara persepsi umum yang dikenalpasti
ialah seperti berikut:

6.1.1 Keselamatan Daerah Papar

Berdasarkan penelitian ke atas keselamatan daerah Papar, sebanyak 43 responden


bersamaan 43 peratus responden menyatakan setuju bahawa kawasan daerah Papar
selamat dan bebas jenayah (Rujuk Jadual 1). Hal ini demikian kerana, penurunan kadar
jenayah di daerah Papar sebanyak 50 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai 2017
telah menggambarkan peningkatan tahap keselamatan di daerah Papar (Utusan Borneo
(Sabah), 2017). Penurunan kadar jenayah ini hasil daripada usaha pihak berkuasa yang

8
proaktif dalam membanteras gejala-gejala sosial yang boleh mengancam keselamatam
masyarakat. Antara usaha yang dilaksanakaan bagi membanteras jenayah seperti
penguatkuasaan undang-undang yang sedia ada, mengadakan rondaan berkala pada
waktu malam dan lain-lain. Pemasangan lampu jalan dan kamera litar tertutup (CCTV)
juga merupakan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi jenayah di
daerah Papar.

6.1.2 Tahap keselamatan

Penelitian tentang tahap kepuasan masyarakat Papar terhadap keselamatan, daripada


sejumlah 100 responden, seramai 52 orang (52 peratus) yang menyatakan setuju
berpuas hati terhadap tahap keselamatan di daerah Papar (Rujuk Jadual 1). Hal ini
demikian kerana, pihak kerajaan lebih prehatin dalam menjaga keharmonian dan
keselesaan penduduk dengan mempertingkatkan usaha mengawal kegiatan jenayah
daripada terus menular. Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan
untuk mengurangkan aktiviti jenayah, salah satunya ialah penambahan jumlah anggota
polis di daerah Papar. Menerusi Utusan Borneo (2017), keanggotaan Polis Daerah Papar
sangat komited untuk membendung kegiatan jenayah di daerah yang mempunyai kira-
kira 300 ribu penduduk. Menurut Timbalan Peseruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin
Husain yang menyatakan seperti berikut:

Penurunan jenayah akan berterusan melalui kepimpinan


kepolisan itu sendiri yang akan diteruskan dalam kalangan
masyarakat termasuklah pengurangan jenayah dan khidmat
komuniti di daerah ini (Utusan Borneo (Sabah), 2017).

Penambahan bilangan anggota polis yang berkaliber, berkepimpinan dan berjiwa rakyat
sudah tentu mampu membantu membenteras dan mengawal kegiatan jenayah yang
sememangnya boleh mengancam kebebasan masyarakat. Selain itu, pihak kerajaan juga
telah melaksanakan pelbagai program ke arah usaha mengurangkan kegiatan jenayah.
Antara program-program yang kerap dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti kempen,
ceramah, pendidikan informal dan formal dan sebagainya. Program yang dilaksanakan ini
telah memberikan kesedaran masyarakat berkenaan kesan buruk melakukan kegiatan
jenayah. Mereka juga takut melakukan jenayah kerana sistem kawalan keselamatan oleh
pihak polis yang sistematik. Oleh itu, transformasi pembangunan yang dilaksanakan di
daerah papar dilihat memberi kesan positif kepada penduduk setempat. Hal ini demikian
kerana, transformasi pembangunan bukan sahaja berjaya mengurangkan indeks jenayah
malah membantu penduduk tempatan meningkatkan taraf hidup mereka.

9
6.1.3 Daerah Papar Berpotensi berlakunya Jenayah

Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan kes jenayah semakin
membimbangkan kerana statistiknya yang semakin meningkat mengikut arus
perkembangan teknologi. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa indeks
jenayah sebanyak 38877 kes bagi tempoh januari hingga april sempana program Security
Crime Prevention Campaign dan Exhibition 2016 (Utusan online, 2016). Menurut beliau,
kes jenayah indeks meningkat 4.6 peratus sehingga April tahun 2016 (Utusan online,
2016). Dalam konteks transformasi pembangunan di daerah Papar, isu ini akan dilihat
sama ada transformasi pembangunan mempengaruhi pola pelakuan jenayah di daerah
Papar atau sebaliknya. Bagi pernyataan ini, seramai 37 orang yang menyatakan tidak
pasti tentang potensi daerah Papar menjadi tumpuan aktiviti jenayah. Timbalan
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain yang menyatakan seperti berikut:

Tahap ketakutan jenayah yang semakin berkurangan juga


disebabkan keperhatinan masyarakat itu sendiri dan ada ketika
mereka meninggalkan kereta tanpa dikunci dan tidak dicuri.
keadaan ini bukan disebabkan masyarakat tidak faham dengan
perlakuan serta bahaya jenayah tetapi ianya disebabkan keyakinan
masyarakat itu sendiri terhadap tahap keselamatan di daerah
Papar (Utusan Borneo (Sabah), 2017).

Peningkatan tahap keselamatan ini hasil daripada usaha dan komitmen pihak berkuasa
dan komuniti untuk membendung kegiatan jenayah. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
peningkataan tahap keselamatan ini secara langsung akan mengurangkan potensi dan
ruang untuk melakukan jenayah di daerah Papar.

6.1.4 Kedudukan Geografi

Kedudukan geografi mempunyai hubungkait dengan pola pelakuan jenayah. Hal ini
demikian kerana, faktor pencahayaan, faktor susun atur gunatanah dan sebagainya
merupakan antara elemen geografi yang mampu mempengaruhi perubahan pola
pelakuan jenayah. Faktor susun atur gunatanah di bandar mestilah mempunyai reka
bentuk yang banyak integrasi yang saling berhubung diantara satu dengan yang lain bagi
keseluruhan sistem bandar (Faizah Md Latif, 2017). Dalam konteks kedudukan geografi di
daerah Papar, seramai 37 orang daripada 100 responden yang menyatakan tidak pasti
sama ada kedudukan geografi mempengaruhi pola pelakuan jenayah atau sebaliknya. Hal
ini demikian kerana, mereka kurang tahu bagaimana kedudukan geografi mempengaruhi
pola pelakuan jenayah di sesuatu tempat.

10
Keadaan ini dapat juga dijelaskan dengan menggunakan teori asas perancangan
bandar iaitu Crime Prevention Through Environmental Design (Jeffery, 1977). Teori ini
akan menjelaskan bagaimana kedudukan geografi berhubungkait dengan pola pelakuan
jenayah. Hubungkaitnya dilihat dari pelbagai sudut sama ada dari luar ataupun dalam
bangunan melalui reka bentuk dan lokasi tingkap, lobi, pintu bangunan dan sebagainya
(Faizah Md Latif, 2017). Ia adalah perlu supaya ruang jalan sentiasa dilalui oleh orang
awam secara berterusan bagi memerhati ke arah jalan. Tiada akan ada tarikan
penjenayah sekiranya ruang atau persekitaran bandar digunakan oleh orang ramai dan
kebanyakkan orang awam untuk tujuan tertentu khususnya mereka yang suka
menjalankan aktiviti jalanan untuk menghibur masyarakat setempat. Peluang pengawasan
sebegini dapat mengawal dan menjamin aktiviti yang selamat dan secara tidak langsung
akan mengurangkan perasaan takut dan bimbang penghuni atau orang di kawasan
bandar.

Oleh itu, penurunan kadar jenayah di Papar sebanyak 50 peratus dalam statistik
bermula Januari hingga Julai 2017 (Utusan Borneo (Sabah), 2017). Penurunan kadar
jenayah sebegini dapat membuktikan bahawa kedudukan geografi daerah papar tidak
strategik berlakunya jenayah. Hal ini demikian kerana, tahap ketersampaian, jaringan
jalan raya, susun atur rekaan bangunan yang teratur dan sistematik telah menutup
peluang penjenayah melakukan jenayah. Menurut informan 1 (2017), yang menyatakan
bahawa pihak polis akan mengadakan rondaan berkala di sekitar pekan dan kawasan
perumahan Penduduk khususnya pada waktu malam. Hal ini menunjukkan, jaringan
pengangkutan yang sistematik telah memudahkan pihak berkuasa menjalankan rondaan.
Oleh itu, kedudukan geografi di daerah Papa tidak strategi berlakunya jenayah.

11
6.2 Pengaruh Transformasi Pembangunan Terhadap Pola Jenayah Di Daerah
Papar, Sabah.

Jadual 2 : Pengaruh Transformasi Pembangunan Terhadap Pola Jenayah di


daerah Papar, Sabah.

Tahap Persepsi
Item
Jumlah
Sangat
tidak Tidak Tidak setuju Sangat
setuju setuju pasti setuju
Adakah transformasi 3 7 24 51 15 100
pembangunan membawa
perubahan struktur fizikal daerah
Papar ?

Adakah transformasi 1 19 35 35 9 100


pembangunan membawa
perubahan kepada trend jenayah
daerah Papar?

Adakah transformasi 2 13 22 43 20 100


pembangunan mempengaruhi
peningkatan kos sarah hidup
penduduk?

Adakah transformasi 4 9 32 49 6 100


pembangunan mempengaruhi
hubungan sosial masyarakat?

Adakah tahap keselamatan 2 11 30 48 9 100


penduduk di daerah Papar
meningkat kesan daripada
transformasi pembanguna?

Sumber : Kajian Lapangan, (2017)

Dalam analisis ini pengkaji menggunakan skala likert iaitu sangat tidak setuju, tidak
setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Dalam proses menganalisis pengkaji telah
mengambil responden seramai 100 orang yang terdiri daripada penduduk yang tinggal di
sekitar daerah Papar.

12
6.2.1 Transformasi Pembangunan Membawa Perubahan Fizikal

Jadual 2 menunjukkan pengaruh transformasi pembangunan terhadap pola jenayah di


daerah Papar. Ini dapat dilihat apabila seramai 51 orang (51 peratus) yang bersetuju
bahawa transformasi pembangunan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
perubahan fizikal di daerah Papar (Rujuk Jadual 2). Berdasarkan pelan Rancangan
Malaysia Ke-10 (RMK-10), 2011-2015, hala tujuh pembangunan negara dengan menaik
taraf infrastruktur fizikal untuk meningkatkan akses dan ketersambungan,
membangunkan sistem pengangkutan awam yang mengutamakan rakyat dan menjana
pertumbuhan logistik dan fasilitasi perdagangan (RMK-10, 2010). Melalui RMK-10, usaha
menaik taraf kemudahan insfastruktur telah dijalankan dengan tujuan meningkatkan taraf
hidup penduduk. Oleh itu, perubahan yang berlaku di daerah Papar iaitu bermula
daripada sebuah kawasan pekan menjadi kepada bandar merupakan hasil pelaksanaan
RMK-10. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa terdapat
banyak bangunan yang sedang dibina di kawasan tersebut. Pembangunan yang
dilaksanakan juga mengambil berat aspek keselamatan masyarakat melalui pemasangan
lampu jalan, rekaan bangunan, ketersampaian jaringan jalan raya yang tinggi dan
sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan daerah papar selamat dan
bebas jenayah.

6.2.2 Perubahan Trend Jenayah

Berdasarkan penelitian ke atas trend jenayah di daerah Papar, kebanyakan responden


tidak pasti dan setuju iaitu sebanyak 35 orang (35 peratus) yang menyatakan bahawa
transformasi pembangunan telah membawa perubahan kepada trend jenayah daerah
Papar (Rujuk Jadual 2). Menurut informan 2, yang menyatakan bahawa trend jenayah
telah berubah mengikut masa. Beliau menyatakan trend jenayah semakin
membimbangkan masyarakat Papar adalah penyalahgunaan dadah dan kes curi. Walau
bagaimanapun, transformasi yang berlaku tidak semestinya mempengaruhi perubahan
trend jenayah secara langsung dan ianya disebabkan masalah individu itu sendiri yang
mengalami masalah kesempitan wang yang mendorong untuk melakukan jenayah.

6.2.3 Peningkatan Kos Sarah Hidup

Transformasi pembanguan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi peningkatan


kos sarah hidup. Bagi pernyataan ini, seramai 43 orang (43 peratus) daripada 100 orang
responden bersetuju bahawa transformasi pembangunan mempengaruhi peningkatan kos

13
sarah hidup (Rujuk Jadual 2). Hal ini sedemikian kerana jika sesebuah kawasan semakin
membangun maka ia akan turut meningkatkan kos sara hidup mereka. Berdasarkan
temubual informan 2 (2017), kemajuan yang berlaku di daerah Papar sangat
mempengaruhi kos sara hidup bagi penduduk di kawasan tersebut. Hal ini dapat dilihat
dengan jelas bahwa berlakunya kenaikan harga barang-barang keperluan penduduk yang
dijual dikedai-kedai runcit di kawasan tersebut. Selain itu, adakah peningkatan kos sara
hidup mempengaruhi pelakuan jenayah. Peningkatan kos sara hidup mempengaruhi
peningkatan pelakuan jenayah (Nor-Ina Kanyo dan Norizan HJ Md Nor, 2007). Menurut
Nor-Ina Dan Norizan (2007), menyatakan kepasatan perbandaran membawa pelbagai
kemajuan ke atas sesebuah negara dan wilayah yang menyebabkan peningkatan kos
sarah hidup penduduk kesan daripada perubahan dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.
Peningkatan kos sarah hidup di bandar akan menyebabkan tekanan hidup penduduk dan
secara tidak langsung mendorong kepada peningkatan kegiatan janayah di bandar. Walau
bagaimanapun, transformasi pembangunan dan proses perbandaran dilihat memberi
kesan ke atas peningkatan pola jenayah namun jika pelaksanaan tersebut mengambil
berat aspek keselamatan semasa merancang pelan pembangunan secara tidak langsung
kegiatan jenayah dapat diatasi.

6.2.4 Hubungan Sosial Masyarakat

Berdasarkan Jadual 2 menunjukkan transformsai pembangunan mempunyai pengaruh


dalam membentuk hubungan sosial antara masyarakat. Seramai 49 orang responden
yang bersamaan dengan 49% bersetuju dengan kenyataan ini (Rujuk Jadual 2). Hal ini
demikian kerana jika sesebuah kawasan itu mengalami transformasi kearah
pembangunan maka ia akan menarik lebih ramai penduduk ke kawasan tersebut untuk
mencari peluang pekerjaan dan seterusnya meningkatkan hubungan sosial antara
penduduk. Menurut informan 1 (2017), yang menyatakan bahawa hubungan sosial yang
berlaku ini juga mampu untuk mempengaruhi berlakunya jenayah. Hal ini sedemikian
kerana, dikawasan tersebut terdapat trend dimana salesman atau penjual barangan
yang kerap datang ke rumah-rumah penduduk bagi mempromosi dan menjual barangan
mereka dan kekerapan aktiviti tersebut turut akan mennyebabkan berlakunya kes
kecurian.

14
6.2.5 Tahap Keselamatan

Jenayah merupakan satu fenomena sosial. Menurut Mohd Reduan Aslie (1990),
mentakrifkan sesuatu perbuatan jenayah sebagai perbuatan atau sebarang kesalahan
yang membahayakan masyarakat dan segala perbuatan atau tindakan itu boleh disabit
kesalahannya di sisi undang-undang dan orang yang melakukannya bertanggungjawab
menerima hukuman denda atau penjara (Siti Rasidah Md Sakip dan Aldrin Abdullah,
2008). Peningkatan indek jenayah negara menimbulkan rasa kebimbangan dalam
kalangan penduduk ke atas keberangkalian berlakunya kejadian jenayah di kawasan
tempat kerja, perumahan dan sebagainya. Dalam konteks pengaruh transformasi
pembangunan terhadap pola pelakuan jenayah di papar pula, seramai 48 orang (48
peratus) responden yang bersesetuju terhadap tahap keselamatan di daerah papar
meningkat. Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain (2017),
indeks jenayah semakin berkurangan sebanyak 40 hingga 50 peratus bagi tempoh Januari
sehingga Julai 2017 (Utusan Borneo (Sabah), 2017). Keadaan tersebuat menunjukkan
peningkatan tahap keselamatan penduduk di daerah Papar. Menurut informan 3 (2017),
menyatakan kawasan daerah Papar masih di dalam kategori selamat disebabkan oleh
pihak berkuasa seperti Polis yang kerap melakukan rondaan berkala di sekitar kawasan
perumahan dan pekan Papar bagi mencegah berlakunya jenayah. Sebagai contohnya,
melalui Pelaksanaan Program Bandar Selamat yang menggunakan pendekatan
pencegahan jenayah seperti pemasangan rel penghadang dan CCTV meruapakan salah
satu langkah yang diamalkan dikawasan daerah Papar (Ainur Zaireen zainudin dan
Jalaluddin Abdul Malek, 2010).

15
7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan dan penelitian ke atas pengaruh transformasi pembangunan


terhadap pola jenayah di daerah Papar, jelas menunjukkan bahawa pembangunan
mempunyai pengaruh terhadap peningkatan tahap keselamatan penduduk daerah Papar.
Hal ini demikian kerana, pelaksanaan transformasi pembangunan di daerah Papar yang
lebih teratur, sistematik dan lestari dengan mengambil berat kesemua aspek termasuk
keselamatan masyarakat khususnya. Peningkatan tahap keselamatan ini juga disebabkan
oleh kerjasama pihak berkuasa dan kerajaan dengan komuniti Papar untuk menbanteras
kegiatan jenayah.

Walaupun indeks jenayah di daerah Papar dapat dikurangkan secara keseluruhannya


namun tidak dapat dinafikan bahawa sebilangan kes jenayah sukar ditengani dan semakin
mejadi trend masyarakat khususnya golongan orang mudah. Kes curi dan
penyalahgunaan dadah merupakan antara kes jenayah yang sukar ditengani dan ianya
mampu mengancam keselamatan masyarakat setempat. Hal ini demikian kerana,
golongan mudah merupakaan harapan untuk menjadi pelapis kepimpinan negara Malaysia
pada masa hadapan.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, masyarakat juga perlu terlibat dan memberi
kerjasama kepada pihak Berkuasa dan Kerajaan. Mereka hanya perlu menjadi mata dan
telinga penguatkuasa tanpa perlu mengambil tindakan apabila melihat sesuatu yang
mencurigakan dengan secara diam-diam menyalurkan maklumat yang berkaitan kepada
pihak polis. Pengamalan kaedah ini sudah pasti indeks jenayah khususnya kes curi dan
penyalahgunaan dadah di daerah Papar dapat diminimakan kepada suatu suasana rasa
tidak selamat masyarakat sebelum ini kepada sifar. Akhirnya matlamat mengurangkan
insiden jenayah, perasaan takut akan jenayah akan berkurangan dan secara tidak
langsung mewujudkan suasana yang harmoni dan selamat.

16
RUJUKAN

Abdul Samad Hadi. 1995. Panduan Penyelidikan Geografi. Kuala Lumpur:Percetakan


Watan Sdn. Bhd.
Abu (bukan nama sebenar). 38 Tahun. Pengusaha restoran. 20 Oktober 2017
(Informan 3).
Ahmad Mahdzan Ayob. 2007. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ainur Zaireen Zainudin dan Jalaluddin Abdul Malek. 2010. keberkesanan program bandar
selamat dari persepsi penduduk kajian kes: bandaraya shah alam. Jurnal
Teknologi, 53(Sains Sosial), 1334.
Dayang (bukan nama sebenar). 20 Tahun. Pekerja di Papar Box. 19 Oktober 2017
(Informan 2).
Faizah Md Latif. 2015. Ke Arah Pengurangan Indeks Jenayah Jalanan di Pusat Bandar
Kuala Lumpur. Dlm,
http://journalarticle.ukm.my/9214/. Akses pada 15 Nov 2017.
Faridatul Azna A. Shahabuddin. 2002. Impak Pembangunan: Kualiti Hidup dan
Persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Pablications & Distributors Sd. Bhd
Halima (bukan nama sebenar). 41 Tahun. Guru Smk Majakir. 20 Oktober 2017
(Informan1).
Hussain & Faridatul Azna A. Shahabuddin. 2002. Impak Pembangunan: Kualiti Hidup dan
Persekitaran. Kuala Lumpur: Utusan Pablications & Distributors Sd. Bhd.
Jeffrey. 1977. Crime Prevention Through Environmental Design. Sage Publication, Beverly
Hill, California.
Mohamed Zaini Omar. 2010. Pembasmian Kemiskinan di Malaysia. Pulau Pinang:
Penerbit Universiti Sains Malaysia
Nor-Ina Kanyo dan Norizan Hj Md Nor. (2007). Jenayah Dan Perbandaran: Satu Kajian Di
Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Dlm,
https://sssums.files.wordpress.com/2007/09/jenayah-dan-perbandaran-satu-
kajian-di-daerah-timur-laut-pulau-pinang. Diakses pada 5 Nov 2016.

Nurasyikin Miskam dan Haryati shafii. 2013. Transformasi Pembangunan Luar Bandar:
Kesan Ke Atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Rancangan Malaysia Ke-10, 2010. Dlm,
http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/RMK/RMK10_Mds.pdf. Akses pada 15
Nov 2017.

Utusan Borneo (Sabah). 2017. Dlm,

17
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-
sabah/20170729/281530816095350. Akses pada 15 Nov 2017.

Utusan online. 2016. Dlm,


http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kes-jenayah-indeks-meningkat-4-6-
sehingga-april-tahun-ini-1.319570. Akses pada 15 Nov 2017.
Yahaya Ibrahim. 2002. Proses Industrialisasi Luar Bandar: Impak Terhadap Komuniti Di
Tanah Rancangan Felda. Dalam Lukman Z. Mohamad, Abdul Aziz Jemin, Mohd
Yusof

18

Вам также может понравиться