Вы находитесь на странице: 1из 2

Dokumen Untuk Selenggara ICT Sekolah

X
Salam, Selamat Datang ke BTPN Selangor. Sila klik langgan suapan RSS kami atau melalui
email untuk berita terkini lagi sensasi.
Share

Dimaklumkan bahawa dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah adalah diperlukan semasa


proses permohonan dan pembayaran LO ke BTP. Pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai
perkara tersebut. Dokumen tersebut adalah seperti berikut:-

Permohonan LO (sebelum kerja penyenggaraan dilaksanakan)

1. Borang Permohonan Perolehan Perkhidmatan dan Kerja (Nota Minta) BTP/KEW-02 /


BTP/KEW-04 yang lengkap
2. Sebutharga (1 salinan asal)
3. Salinan surat SST (1 salinan)
4. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) (1 salinan)
5. Sijil Kementerian Kewangan (1 Salinan)
6. Sijil Pendaftaran Bumiputera (1 Salinan)
7. Borang PPP (1 salinan asal)
8. KEW PA-2 (1 salinan)
9. KEW PA-9 (1 salinan)
10. Log STS (1 salinan)

Pihak syarikat akan ke sekolah untuk membuat semakan dan menyediakan dokumen di atas.
Kerja penyenggaraan hanya akan dilaksanakan apabila pihak syarikat telah menerima LO.
Semua dokumen adalah lengkap diisi dan ditandatangani (tandangan asal).

Pembayaran (selepas kerja penyenggaraan selesai dilaksanakan)

1. Invois (1 salinan asal)


2. Borang PPP1 (1 salinan asal)
3. KEW PA-14 (1 salinan)
4. SPP (1 salinan asal)
5. SAP (1 salinan asal)
6. Penyata akaun bank (1 salinan)

Semua dokumen adalah lengkap diisi dan ditandatangani (tandangan asal).

Sehubungan itu, pihak sekolah hanya perlu menyediakan dokumen berkaitan iaitu Kew
PA-2, Kew PA-9, Kew PA-14 dan Log STS bersama dokumen lain yang disediakan oleh pihak
syarikat seperti di atas untuk dihantar ke BTP bagi tujuan permohonan LO dan pembayaran.
Perhatian dan kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Вам также может понравиться