Вы находитесь на странице: 1из 34

JABATAN PENDIDIKAN KEJURUTERAAN

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

LAPORAN KUMPULAN 2A: MOTOR ARUS TERUS (AT)


BBV 30203 MESIN ELEKTRIK

SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK


AHMAD AZRAN BIN AYUB DB140291
MOHAMAD ARIF BIN LUTPI CB140138
IDA ADILA BINTI AHMAD CB140057

PENSYARAH:

DR. NURHANIM SAADAH BINTI ABDULLAH


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


2.1 PENGENALAN 1
2.1.1 BINAAN ASAS MOTOR AT 1
2.1.2 BAHAGIAN UTAMA DALAM MOTOR AT 2

2.2 KONSEP PENUKARAN KUASA ELEKTRIK 4


KEPADA KUASA MEKANIKAL

2.3 PRINSIP KENDALIAN MOTOR AT 4


2.3.1 PETUA TANGAN KIRI FLEMING 5

2.4 MENUKAR ARAH PUTARAN MOTOR DAN DAYA 6


GERAK ELEKTRIK BALIKAN
2.4.1 MENUKAR ARAH PUTARAN MOTOR 6
2.4.2 DAYA GERAK ELEKTRIK (DGE) BALIKAN 7
2.4.2.1 PRINSIP DAYA GERAK 8
ELEKTRIK (D.G.E.) BALIKAN
2.4.2.2 PERSAMAAN DAYA GERAK 8
ELEKTRIK (D.G.E.) BALIKAN

2.5 MOTOR JENIS SIRI, PIRAU DAN GABUNGAN 9


2.5.1 MOTOR JENIS SIRI 9
2.5.1.1 CIRI-CIRI MOTOR SIRI 10
2.5.2 MOTOR JENIS PIRAU 11
2.5.2.1 CIRI-CIRI MOTOR PIRAU 13
2.5.3 MOTOR JENIS GABUNGAN 13
2.5.3.1 CIRI-CIRI MOTOR GABUNGAN 14
2.6 PERSAMAAN VOLTAN BEKALAN MOTOR ARUS 16
TERUS

2.7 PERBANDINGAN CIRI-CIRI MOTOR ARUS TERUS 18

2.8 DAYA KILAS ANGKER DAN DAYA KILAS ACI 19


2.8.1 DAYA KILAS ANGKER 19
2.8.2 DAYA KILAS ACI 19

2.9 MENGAWAL KELAJUAN MOTOR AT 19

2.10 PENGATURAN KELAJUAN 21


2.10.1 CONTOH PENGIRAAN PERATUSAN 22
PENGATURAN

2.11 KEHILANGAN DAN KECEKAPAN 25

2.12 PENGHIDUP MOTOR AT 26


2.12.1 BAHAGIAN UTAMA PENGHIDUP PLAT 27
MUKA
2.12.2 PRINSIP KENDALIAN PENGHIDUP PLAT 28
MUKA
2.12.3 JENIS-JENIS PENGHIDUP PLAT MUKA 28

2.13 KEGUNAAN MOTOR 29

RUJUKAN 31
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

MOTOR ARUS TERUS

2.1 PENGENALAN

Motor arus terus (AT) adalah merupakan mesin elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga mekanik. Motor AT berfungsi berdasarkan kepada prinsip dimana apabila satu pengalir
yang membawa arus ditempatkan di dalam medan magnet, ia akan mengalami satu daya mekanik
yang mempunyai arah yang mana ia boleh ditentukan menggunakan diberioleh Hukum Tangan
Kiri Fleming. Motor AT mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan seharian seperti
pengisar, kipas angin, pemamat udara dan sebagainya

2.1.1 BINAAN ASAS MOTOR AT

Dari segi binaan asas sebuah motor AT adalah sama dengan penjana AT. Binaan asas motor DC
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pemegun dan bahagian pemutar seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.1.

Pemutar

Pemegun

Rajah 2.1: Binaan Asas Motor AT

1
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Jadual 2.1 menerangkan tentang pemutar dan pemegun yang terdapat dalam sesebuah motor AT.

Perkara Pemegun Pemutar


Bahagian dalam motor yang Bahagian yang berputar dalam
tidak bergerak. motor elektrik
Dipasang pada rangka atau kuk Berada di tengah-tengah motor
Pengenalan motor iaitu ditempat pemasangan aci
Bahagian yang mempunyai
belitan medan untuk
menghasilkan fluks magnet.

Binaan

Jadual 2.1: Penerangan Ringkas Tentang Pemegun dan Pemutar

2.1.2 BAHAGIAN UTAMA DALAM MOTOR AT

Terdapat beberapa bahagian utama yang terdapat dalam sesebuah motor AT iaitu magnet kekal,
berus karbon, rangka utama, gegelung angker dan penukartertib. Rajah 2.2 menunjukkan binaan
bahagian-bahagian utama bagi sesebuah motor AT berserta penerangannya dalam Jadual 2.2.

2
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.2: Binaan Bahagian Utama Motor AT

Bahagian Utama Penerangan

Magnet Kekal Dipasang pada rangka utama


Terdiri daripada lapisan teras besi dan gegelung medan
Diperbuat daripada karbon
Berus Karbon Dipasang pada bahagian atas dan bawah penukartertib
Bekalan arus terus akan mula mengalir ke dalam berus ini
sebelum mengalir ke penukartertib
Dikenali sebagai yoke
Rangka Utama Berfungsi sebagai penyokong mekanikal dan penutup untuk
mesin serta menempatkan komponen lain
Elektromagnet akan terhasil dan berputar apabila arus elektrik
Gegelung Angker mengalir melaluinya.
Putaran ini disebabkan oleh prinsip kemagnetan iaitu kutub yang
berlainan akan menarik dan kutub yang sama akan menolak
Terdapat di dalam pemutar.
Berbentuk silinder
Terdiri daripada susunan ruas palang logam yang bertebat antara
Penukartertib satu sama lain.
Bilangan ruas bergantung kepada bilangan lilitan angker.
Pada hujung belitan angker dipateri pada palang logam tersebut
Pengaliran arus ke gegelung angker adalah melalui penukartertib
menggunakan berus karbon

Jadual 2.2: Penerangan Binaan Bahagian Utama Motor AT

3
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.2 KONSEP PENUKARAN KUASA ELEKTRIK KEPADA KUASA MEKANIKAL

Secara umumnya, motor elektrik merupakan peranti yang menukarkan tenaga elektrik kepada
tenaga mekanik. Motor ini menggunakan tenaga elektrik sebagai sumber yang terhasil melalui
tindak balas medan magnet dan pengalir yang mengalirkan arus elektrik. Rajah 2.3 menunjukkan
blok penukaran tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal.

Kuasa Elektrik Kuasa Mekanikal


Motor
Tenaga Elektrik Tenaga Mekanikal

Rajah 2.3: Blok Penukaran Tenaga Elektrik Kepada Tenaga Mekanikal

2.3 PRINSIP KENDALIAN MOTOR AT

Lazimnya, putaran yang berlaku pada motor AT diperoleh melalui paduan medan magnet yang
terhasil melalui medan magnet kekal dari kutub medan di pemegun dengan medan magnet
angker. Paduan dari kedua-dua medan ini menghasilkan daya kilas yang akan menyebabkan
pemutar berputar. Jadual 2.3 menunjukkan prinsip pergerakan motor AT.

Apabila bekalan kuasa diberikan ketika keadaan


gegelung dalam keadaan mendatar, litar lengkap akan
terhasil kerana penukartertib bersentuhan dengan berus
karbon.
Arus yang mengalir melalui gegelung akan
menghasilkan elektromagnet.
Medan magnet dari gegelung dan medan magnet dari
magnet kekal akan berpadu menyebabkan gegelung
berputar suku putaran mengikut arah jam.
Ketika ini, gegelung berada dalam keadaan menegak.

4
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Gegelung yang berada pada kedudukan menegak


menyebabkan berus karbon tidak bersentuhan dengan
penukartertib.
Oleh itu, arus tidak akan mengalir ke dalam gegelung
kerana litar tidak lengkap.
Kesan paduan daripada medan magnet menyebabkan
gegelung terus berputar suku putaran lagi menjadi
separuh putaran lengkap.
Ketika ini, gegelung berada pada kedudukan mendatar.

Apabila gegelung berada pada kedudukan mendatar


semula, litar lengkap akan terhasil kerana berus karbon
penukartertib saling bersentuhan.
Maka medan magnet terhasil di dalam gegelung dan
mewujudkan elektromagnet hasil paduan diantara medan
magnet dari magnet kekal dan gegelung.
Gegelung akan berputar suku putaran lagi.

Ketika ini, tiada arus mengalir ke dalam gegelung kerana


litar tidak lengkap disebabkan gegelung dalam keadaan
menegak.
Bagaimanapun, kesan daripada paduan medan magnet
akan terus memutarkan gegelung suku putaran lagi
menjadi satu putaran lengkap.
Proses ini akan berterusan untuk menghasilkan putaran
pada gegelung dalam motor elektrik dan akan berhenti
apabila bekalan kuasa diputuskan.

Jadual 2.3: Prinsip Pergerakan Motor AT

2.3.1 PETUA TANGAN KIRI FLEMING

Untuk mentukan arah pengaliran arus, daya dan fluks magnet bagi sesebuah motor AT dapat
ditentukan melalui Petua Tangan Kiri Fleming seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.4 di
bawah.

5
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.4: Petua Tangan Kiri Fleming

Ibu jari : Menentukan arah daya yang bertindak ke atas konduktor


yang membawa arus

Jari telunjuk : Menentukan arah medan magnet

Jari tengah : Menentukan arah arus yang mengalir dalam konduktor


pembawa arus

2.4 MENUKAR ARAH PUTARAN MOTOR DAN DAYA GERAK ELEKTRIK


BALIKAN

2.4.1 MENUKAR ARAH PUTARAN MOTOR

Arah putaran motor dapat ditukarkan melalui dua cara iaitu menyongsangkan sambungan belitan
di angker atau menyongsangkan sambungan belitan di medan.

6
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Songsangkan Songsangkan
Tukar Arah sambungan di belitan
sambungan belitan di Putaran
angker medan

Rajah 2.5: Cara Menukar Arah Putaran Motor AT

Cara untuk menyongsangkan sambungan belitan di angker dan di belitan medan bagi
menukarkan arah putaran dapat dilihat seperti dalam Rajah 2.5 di bawah.

Rajah 2.5: Cara Penyongsangan Sambungan Belitan Angker dan Sambungan Belitan Medan

2.4.2 DAYA GERAK ELEKTRIK (DGE) BALIKAN

(DGE) balikan ialah (DGE) yang terhasil dalam angker motor AT dan ia bertindak menentang
voltan balikan ketika angker berputar di mana belitan angker akan memotong fluks kutub medan
dan menghasilkan D.g.e atau voltan teraruh dalam angker. Oleh kerana voltan ini mempunyai
7
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

ciri menentang arah voltan bekalan seperti yang ditunujkkan dalam Rajah 2.5, maka ia
dinamakan sebagai daya gerak elektrik (DGE) balikan (Eb). DGE balikan berkadar terus dengan
kelajuan angker dan kekuatan fluks kutub medan. Melalui DGE balikan, arus sebenar yang
mengalir ke belitan angker dapat ditentukan. Penghasilan DGE balikan inilah yang
memungkinkan pertukaran tenaga dari elektrik kepada tenaga mekanik berlaku dalam motor AT.
Untuk menghasilkan arus di angker (Ia), voltan bekalan perlu menghadapi tentangan daripada
DGE.

Rajah 2.5: Arah DGE Yang Teraruh

2.4.2.1 PRINSIP DAYA GERAK ELEKTRIK (D.G.E.) BALIKAN

i. Arus masuk dan menghasilkan urat daya magnet pada pengalir.


ii. Urat daya pengalir bertindak balas dengan urat daya magnet utama. (Ketika
ini pengalir belum memotong urat daya kutub utama lagi)
iii. Maka terhasil daya kilas seterusnya pusingan motor.
iv. Pengalir yg berpusing ini memotong urat daya kutub utama seterusnya
menghasilkan d.g.e dalam pengaliryang berlawanan dengan voltan bekalan
bekalan.

8
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.4.2.2 PERSAMAAN DAYA GERAK ELEKTRIK (D.G.E.) BALIKAN

Persamaan Daya Gerak Elektrik (D.G.E.) Balikan (Eb) adalah seperti berikut.

Eb : D.g.e Balikan
P : Bilangan Kutub
= : Fluks Magnet
60
Z : Jumlah Bilangan Pengalir Angker
N : Kelajuan Angker
A : Bilangan laluan selari dalam angker

2.5 MOTOR JENIS SIRI, PIRAU DAN GABUNGAN

Terdapat beberapa jenis motor AT iaitu motor jenis siri, motor jenis pirau dan motor jenis
gabungan.

2.5.1 MOTOR JENIS SIRI

Angker dan belitan medan dalam motor jenis ini disambungkan secara siri seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.6 di bawah.
Oleh itu, arus yang mengalir melalui belitan medan adalah sama dengan arus yang
mengalir di dalam angker.
Ketika voltan bekalan mula dibekalkan, belum terdapat d.g.e balikan di angker. Hal ini
akan menghasilkan arus permulaan yang tinggi mengalir pada belitan medan dan belitan
angker. Oleh itu, daya kilas permulaan yang terhasil adalah tinggi .
Jika arus pada angker meningkat disebabkan pertambahan beban mekanikal maka arus
medan turut meningkat tetapi kelajuan motor akan berkurang.
Kelajuan motor jenis siri akan meningkat apabila nilai arus semakin rendah.

(Bird, 2014)
9
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.6: Belitan Medan Dan Belitan Angker Disambung Bersiri Dengan Punca Bekalan

2.5.1.1 CIRI-CIRI MOTOR SIRI

Jadual 2.4 di bawah menunjukkan ciri-ciri bagi motor jenis siri.

Spesifikasi Ciri-Ciri Motor Siri


Belitan medan dan belitan angker disambung secara bersiri dengan
Sambungan Belitan
punca bekalan
Daya Kilas Daya kilas tinggi kerana arus permulaan tinggi
Kelajuan mesin meningkat apabila arus berkurangan disebabkan
Kelajuan beban rendah.
Pada kelajuan rendah, daya kilas adalah tinggi dan memberikan
kecekapan yang baik.
Arus permulaan yang tinggi
Arus Arus medan dan arus angker dalam motor AT siri adalah sama dan
fluks yang terhasil adalah berkadar terus dengan arus angker (Ia).
Sesuai digunakan bagi aplikasi yang menggunakan beban tinggi
Kegunaan
pada permulaan kerja
Kren
Aplikasi
Pesawat angkat

Jadual 2.4: Ciri-ciri Motor Jenis Siri

10
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.5.2 MOTOR JENIS PIRAU

Bagi motor jenis pirau pula, angker dan belitan medan disambungkan secara selari seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.7 di bawah.
Motor jenis selari mempunyai arus medan yang malar.
Arus angker pula meningkat apabila beban yang dikenakan pada aci motor meningkat
rujuk pada graf dalam Rajah 2.8 namun kelajuan motor akan sedikit berkurang rujuk pada
graf dalam Rajah 2.9 dibawah. Oleh disebabkan pengurangan itu, maka motor arus terus
jenis pirau ini dianggap sebagai mesin yang mempunyai kelajuan yang malar (Bird,
2014).
Kelajuan motor pirau ini boleh dikawal melalui dua cara iaitu:
i. Memasukkan perintang angker (Ra) sesiri dengan gelung motor elektrik untuk
mengurangkan kelajuan. Pengurangan kelajuan selepas Ra dimasukkan dapat
dilihat pada graf yang ditunjukkan dalam Rajah 2.10.
ii. Memasukkan perintang medan (Rf) secara siri dengan belitan medan untuk
mendapatkan kelajuan yang berubah mengikut setiap perubahan beban.
Perubahan kelajuan yang berlaku selepas Rf dimasukkan dapat dilihat pada graf
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.11.
Motor AT pirau lebih sesuai digunakan apabila kelajuan malar diperlukan dan tidak
memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi.
Contoh aplikasi yang menggunakan motor jenis ini ialah perkakas mesin, penggilap dan
penyambur

Rajah 2.7: Bentuk Binaan Litar Motor Jenis Pirau

11
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.8: Graf Kelajuan Melawan Arus Angker

Rajah 2.9: Graf Daya Kilas Melawan Kelajuan

Rajah 2.10: Graf Kelajuan Melawan Arus Angker Dengan Memasukkan Rintangan Angker

12
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.11: Graf Kelajuan Melawan Arus Angker Dengan Memasukkan Rintangan Medan

2.5.2.1 CIRI-CIRI MOTOR PIRAU

Spesifikasi Ciri-Ciri Motor Siri


Sambungan Belitan Belitan medan dan belitan angker disambung secara selari
Daya Kilas Daya kilas permulaan yang kurang tinggi.
Kelajuan Kelajuan malar dan boleh dikawal
Arus medan malar
Arus
Arus angker meningkat apabila beban bertambah
Kegunaan Sesuai untuk aplikasi yang memerlukan kelajuan malar
Mesin Larik
Aplikasi
Kipas penghembus

Jadual 2.5: Ciri-ciri Motor Jenis Pirau

2.5.3 MOTOR JENIS GABUNGAN

Motor jenis gabungan ialah motor jenis siri digabungkan dengan motor jenis selari di
mana satu belitan medan disambungkan secara siri dengan angker dan satu belitan lagi
disambungkan secara selari dengan angker seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.12.

(Characteristic of Compound-wound motor, n.d.)

13
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.12: Sambungan Litar Motor Jenis Gabungan

Apabila beban meningkat dalam motor gabungan, kekuatan medan siri turut meningkat
manakala medan selari adalah berkeupayan untuk mengubah dan menstabilkan kelajuan
mengikut beban (malar).
Daya kilas bagi motor gabungan adalah lebih tinggi berbanding dengan motor pirau.
Menurut CS V (2014), kelajuan motor jenis gabungan berkurang apabila beban semakin
meningkat. Hal ini kerana apabila beban dinaikkan, fluks akan meningkat menyebabkan
kelajuan semakin berkurangan. Hasil gabungan ini menyebabkan motor AT Gabungan
mempunyai dua fungsi yang berlainan.
Motor AT Gabungan bertindak dengan lebih berkesan kepada perubahan beban lampau
daripada motor AT pirau yang disebabkan oleh peningkatan arus melalui lilitan medan
siri. Jika lilitan pirau ditambah pada motor siri dengan beban yang sedikit, motor siri
tersebut akan cenderung untuk beroperasi pada kelajuan yang lampau.
Motor AT Gabungan mempunyai dua jenis sambungan iaitu sambungan pirau pendek
(short shunt) dan pirau panjang (long shunt). Rajah 2.13 menunjukan Motor AT
sambungan pirau pendek manakala Rajah 2.14 menunjukan motor AT sambungan pirau
panjang.
Motor AT Gabungan ini biasanya digunakan dalam lif, pemampat udara, alat pengangkut
(kontena) dan banyak lagi.

14
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.13: Sambungan pirau pendek

Rajah 2.14: Sambungan pirau panjang

15
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.5.3.1 CIRI-CIRI MOTOR ARUS TERUS GABUNGAN

Spesifikasi Ciri-Ciri Motor Siri


Satu belitan medan disambungkan secara siri dengan angker dan
Sambungan Belitan
satu belitan lagi disambungkan secara selari dengan angker
Daya kilas permulaan yang lebih tinggi berbanding motor jenis
Daya Kilas
pirau
Kelajuan Kelajuan malar dan boleh diubah
Arus Arus meningkat apabila lilitan medan siri bertambah
Kegunaan Digunakan untuk beban lampau
Lif
Aplikasi
Mesin pengisar

Jadual 2.6: Ciri-ciri Motor Jenis Gabungan

2.6 PERSAMAAN VOLTAN MOTOR ARUS TERUS

Nilai voltan balikkan (Eb) adalah lebih kecil berbanding nilai voltan masukkan yang dibekalkan
(Vt) bagi motor yang sedang berkendalian. Berikut merupakan persamaan voltan bagi setiap
jenis motor AT.

Motor Siri

Persamaan Voltan;

= + ( + )

Oleh itu, persamaan bagi D.g.e balikkan adalah;

= ( + )

Rajah 2.15: Persamaan Voltan dan D.g.e Balikan Motor Siri

16
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Motor Pirau

Persamaan Voltan;

= +

Oleh itu, persamaan bagi voltan balikkan adalah;

Rajah 2.16: Persamaan Voltan dan D.g.e Balikan Motor Pirau

Motor Gabungan

Persamaan Voltan;

= + ( + )

Oleh itu, persamaan bagi D.g.e balikkan adalah;

= + ( + )

Rajah 2.17: Persamaan Voltan dan D.g.e Balikan Motor Gabungan

17
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.7 PERBANDINGAN CIRI-CIRI MOTOR ARUS TERUS

Ciri-ciri motor siri, pirau dan gabungan telah diringkaskan dan ditunjukkan seperti dalam Jadual
2.7 supaya perbandingan di antara ciri-ciri bagi tiga jenis motor tersebut dapat diihat dengan
lebih jelas.

Ciri-ciri Litar Siri Litar Pirau Litar Gabungan


Bentuk
Binaan
Litar

Daya Daya kilas tinggi Daya kilas permulaan Daya kilas permulaan
Kilas kerana arus yang kurang tinggi. tinggi berbanding motor
permulaan tinggi jenis pirau
Kelajuan Kelajuan meningkat Kelajuan malar dan Kelajuan malar dan boleh
apabila arus boleh dikawal diubah
berkurangan kerana Kelajuan berkurang
beban rendah apabila beban
meningkaat
Arus Arus permulaan yang Arus medan malar Arus meningkat apabila
tinggi Arus angker lilitan medan siri
Nilai If dan Ia sama meningkat apabila bertambah
beban bertambah

Kegunaan Sesuai digunakan bagi Sesuai untuk aplikasi Digunakan untuk beban
aplikasi yang yang memerlukan lampau
menggunakan beban kelajuan malar
tinggi pada permulaan
kerja
Aplikasi Kren Mesin Larik Lif
Pesawat angkat Kipas penghembus Mesin pengisar
Persamaan = + ( + ) = + ( ) = + ( + )
Voltan
Persamaan
Voltan = + ( + ) = + ( ) = ( + )
Balikan

Jadual 2.7: Perbandingan Motor Jenis Siri, Pirau dan Gabungan

18
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.8 DAYA KILAS ANGKER DAN DAYA KILAS ACI

2.8.1 DAYA KILAS ANGKER

Menurut Faris Mohd, (2015) kekuatan daya kilas bergantung kepada kekuatan magnet di
angker dan kutub magnet. Daya kilas (torque) angker merupakan daya yang dihasilkan
oleh angker. Daya kilas angker berkadar terus dengan fluks dan arus angker. Hal ini
bermaksud, semakin tinggi arus angker atau fluks, maka penghasilan daya kilas angker
juga semakin meningkat.

Semakin tinggi arus angker


60
= Nm atau fluks, maka penghasilan
2
daya kilas angker juga semakin
meningkat.

2.8.2 DAYA KILAS ACI

Daya kilas yang dihasilkan pada angker digunakan bagi mengatasi kehilangan besi dan
geseran yang mungin terjadi dalam motor dan daya kilas aci berfungsi sebagai penggerak
beban. Daya kilas aci dilabelkan sebagai TSH.

746
= Nm
2

2.9 MENGAWAL KELAJUAN MOTOR AT

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal kelajuan motor AT.
Antara kaedah yang boleh digunakan ialah:

a. Kawalan voltan ke angker.


b. Kawalan arus di medan.
c. Kawalan voltan bekalan.
19
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Bagi motor jenis pirau, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengawal kelajuan motor
iaitu:

i. Voltan amatur dikawal


Kaedah ini menghasilkan kecekapan motor yang tinggi kerana kehilangan kuasa
berlaku dalam keadaan yang minima dan menyebabkan kelajuan lebih stabil.
Kaedah ini hanya digunakan kepada bahagian kelajuan tanpa beban. Semakin tinggi
nilai voltan yang diberikan, maka kelajuan motor yang dihasilkan juga tinggi.

ii. Nilai rintangan dalam litar armature dikawal


Rajah di bawah menunjukkan bagaiman perintang boleh laras yang disambung
pada litar amatur yang berfungsi untuk mengawal kelajuan motor.

Rajah 2.20: Sambungan Perintang Boleh Laras Pada Litar Amatur

Ciri-ciri arus motor yang dikawal oleh perintang tetap dapat disimpulkan seperti
berikut:

20
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

iii. Penggunaan Modulasi Lebar Denyut (PWM)


Kaedah ini menggunakan denyut gelombang untuk mengawal kelajuan motor.
Apabila semakin lebar denyutan yang diberikan maka kelajuan motor yang terhasil
juga semakin tinggi. Perintang boleh laras digunakan dalam litar PWM sebagai
pengawal kelebaran denyut yang terhasil. Semakin rendah nilai rintangan yang
dikenakan kepada PWM, maka semakin lebar denyut yang dihasilkan. Rajah di
bawah menunjukkan contoh denyut keluaran yang dihasilkan oleh PWM.

Rajah 2.21: Contoh Denyut Keluaran Yang Dihasilkan Oleh PWM

2.10 PENGATURAN KELAJUAN

Pengaturan kelajuan adalah merujuk kepada perubahan kelajuan motor apabila daya kilas beban
yang dikenakan, sedang keadaan lain-lainnya dikekalkan (malar). Perubahan kelajuan yang di
maksudkan ialah pertukaran yang disebabkan oleh sifat yang dimiliki atau yang terwujud pada
motor berkenaan dan bukannya perubahan yang dilakukan melalui pelarasan alat atau peranti
kawalan kelajuan seperti reostart dan sebagainya. Pengaturan kelajuan motor ditakrifkan sebagai:
Perubahan dalam kelajuan apabila beban motor dikurangkan dari nilai kadaran kepada sifar, dan
diungkapkan dalam seperatusan kelajuan beban penuh.

21
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.10.1 CONTOH PENGIRAAN PERATUSAN PENGATURAN

Contoh 1

Sebuah motor pirau 240V berputar pada kelajuan 1000psm dan mengambil arus sebanyak 10A
pada keadaan tanpa beban. Jumlah rintangan angker dan medan masing-masing berjumlah
0.2ohm dan 120ohm. Kirakan kelajuan ketika berbeban dan mengambil arus sebanyak 42A.
Anggapkan fluks dalam keadaan malar.

Jawapan:

Persamaan yang akan digunakan ialah:



= (fluks berkeadaan malar)

Arus medan pirau:

240
= = 2
120

Arus angker pada keadaan tanpa beban:


= 10 2 = 8

Arus angker pada keadaan berbeban:


= 42 2 = 40

(a) Eb pada keadaan tanpa beban:


Ebo = V (Ia X Ra) = 240 (8 X 0.2) = 238.4 V

(b) Eb pada keadaan berbeban:


Eb = V (Ia X Ra) = 240 (40 X 0.2) = 232.0 V

22
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017


Oleh itu, N = No X

232.0
= 1000 = 973
238.4

Contoh 2

Rintangan litar angker sebuah motor siri 25hp (kuasa kuda) 250V berjumlah 0.1ohm. Rintangan
medannya pula berjumlah 0.05ohm dan ia mengalami kejatuhan berus sebanyak 3V. Apabila ia
mengambil arus sebanyak 85A, kelajuan putarannya ialah 600psm. Kirakan

(a) Kelajuan putaran ketika ia mengambil arus sebanyak 100A.


(b) Kelajuan putaran ketika ia mengambil arus sebanyak 40A.
(c) Kelajuan putaran (a) dan (b) sekiranya pelencing (diverter) 0.05ohm digunakan.

Jawapan

Formula yang digunakan ialah:


Eb2 Ia1
N2 = N1
Eb1 Ia2

Eb pada keadaan arus masukan 85A:


Eb1 = V Ia (Ra + Rs) kejatuhan berus
Eb1 = 250 85 (0.1 + 0.05) -3
Eb1 = 234.3V

a) Eb pada keadaan arus masukan 100A:


Eb2 = V Ia (Ra + Rs) kejatuhan berus
Eb2 = 250 -100 (0.1 + 0.05) -3
Eb2= 232V

Kelajuan putaran ketika arus masukan 100A:


232 85
N2 = 600 =506psm
234.3 100

23
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

b) Eb pada keadaan arus masukan 40A:


Eb3 = V Ia (Ra + Rs) kejatuhan berus
Eb3 = 250 40 (0.1 + 0.05) 3
Eb3 = 241V

Kelajuan putaran ketika arus 40A


241 85
N3 = X 40 =1260psm
234.3

Kesan penggunaan pelencong 0.05ohm ialah untuk mengurangkan arus medan siri (seterusnya
fluks) sebanyak 50% daripada nilai asal. Rintangan efektif medan siri dan pelencong ialah
0.025ohm.

a) Eb pada keadaan arus masukan 100A:


Eb2 = V Ia (Ra + Rsd) kejatuhan berus
Eb2 = 250 100 (0.1 + 0.025) -3
Eb2 = 234.5V

Kelajuan putaran pada keadaan tersebut ialah:


234.5 85
N2 = X = 1022psm
234.3 (100)
2

b) Eb pada keadaan arus masukan 40A:


Eb3 = 250 40 (0.1 + 0.025) 3
Eb3 = 242V

Kelajuan putaran pada keadaan tersebut ialah:


242 85
N3 = 600 X = 2630psm
234.3 (40)
2

24
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.11 KEHILANGAN DAN KECEKAPAN

Kehilangan yang berlaku dalam motor AT adalah sama sama seperti yang terdapat pada penjana
AT. Rajah 2.22 menunjukkan jenis-jenis kehilangan yang sering berlaku dalam motor AT.

Kehilangan

Kehilangan Kehilangan Kehilangan Kehilangan Kehilangan Yang


Tembaga Berus Mekanikal Teras Tidak Diketahui

Rajah 2.22: Jenis-jenis Kehilangan

Jenis Kehilangan Penerangan


Kehilangan yang berlaku di dalam angker dan belitan medan.
Kehilangan tembaga dapat ditentukan melalui persamaan berikut:
Kehilangan pada angker:
Kehilangan Tembaga = 2
Kehilangan pada belitan medan:
= 2

Kehilangan ini terjadi di antara komutator dan berus karbon.


Kehilangan Berus Kehilangan berus dapat ditentukan melalui persamaan berikut:
=
Kehilangan yang berlaku disebabkan oleh geseran dan rintangan
daripada angin.
Kehilangan geseran terhasil daripada geseran bearing dan geseran di
Kehilangan Mekanikal antara berus dan komutator.
Kehilangan rintangan daripada angin terhasil apabila berlakunya
geseran di antara bahagian yang berputar dengan udara di dalam
mesin AT

Kehilangan yang berlaku disebabkan histerisis dan arus eddy pada


Kehilangan Teras
bahagian logam sesebuah motor.
Kehilangan Yang Tidak Kehilangan ini berlaku selain daripada kehilangan yang telah
Diketahui dinyatakan di atas.

25
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Kuasa maksimum akan terhasil dalam motor apabila:

IaRa = V/2 = Eb

Dan kecekapan maksimum akan berlaku apabila jumlah kehilangan tembaga menyamai jumlah
kehilangan tetap, iaitu kehilangan magnet dan kehilangan mekanik (termasuk kehilangan
tembaga medan bagi motor pirau).

2.12 PENGHIDUP MOTOR A.T

Setiap motor AT memerlukan alat kawalan perlindungan. Tujuan alat kawalan perlindungan ini
ialah:

1 2 3 4
Melindungi motor Melindungi motor Melindungi motor
daripada kerosakan Menyediakan cara
daripada kerosakan daripada kerosakan
akibat litar pintas yang mudah untuk
daripada beban daripada arus
dalam peralatan mengawal kelajuan
dalam tempoh permulaan yang
operasi motor
jangka panjang berlebihan

Rajah 2.23: Tujuan Alat Kawalan Perlindungan

26
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.12.1 BAHAGIAN UTAMA PENGHIDUP PLAT MUKA

Perintang
Penghidup

Lengan
Geganti Tanpa
Voltan

Geganti Beban
Lampau

Rajah 2.24: Binaan Plat Penghidup Muka

No. Bahagian Fungsi

1. Perintang Penghidup Berfungsi sebagai penghad arus permulaan

Berfungsi sebagai penyambung litar di antara perintang


2. Lengan
pemula dengan pengubah nilai rintangan pengubah

3. Geganti Beban Lampau Berfungsi sebagai perlindungan ketika berlaku lebihan beban

4. Geganti Tanpa Voltan

Jadual 2.4: Fungsi Bahagian Utamadalam Binaan Plat Penghidup Muka

27
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

2.12.2 PRINSIP KENDALIAN PENGHIDUP PLAT MUKA

Prinsip kendalian penghidup plat muka adalah seperti berikut:

i. Sentuhan 1 - arus mengalir melalui R1, R2, R3 dan R4.


ii. Sentuhan 2 - arus mengalir melalui R2, R3 dan R4.
iii. Sentuhan 3 - arus mengalir melalui R3 dan R4.
iv. Sentuhan 4 - arus mengalir melalui R4.
v. Sentuhan 5 - arus mengalir terus ke angker.
vi. Tangkai dipegang oleh gegelung tanpa voltan.

2.12.3 JENIS-JENIS PENGHIDUP PLAT MUKA

Terdapat beberapa jenis penghidup iaitu plat dua muka, plat tiga muka dan plat empat muka.
Tujuan ini peralatan adalah:

Rajah 2.25: Penghidup Plat 3 Muka

28
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

Rajah 2.26: Penghidup Plat 2 Muka

Rajah 2.27: Penghidup Plat 4 Muka

2.13 KEGUNAAN MOTOR A.T

Motor AT mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan seharian. Jadual 2.5 menunjukkan
antara kegunaan motor AT mengikut jenis.

29
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

JENIS MOTOR KEGUNAAN


Mesin larik
Pirau Kipas penghembus
Pam salingan

Pengerak alat elektrik


Siri Kren
Pesawat angkat

Lif atau penaik


Gabungan Mesin penebuk
Mesin pengentam
Jadual 2.5: Kegunaan Motor Arus Terus

30
MESIN ELEKTRIK (BBV30203) 2017

RUJUKAN

Bird, J. O. (2014). Electrical circuit theory and technology. Routledge. Retrieved from
https://books.google.com.my/books?op=lookup&id=OKnpAgAAQBAJ&continue=https://b
ooks.google.com.my/books%3Fid%3DOKnpAgAAQBAJ%26pg%3DPA302%26dq%3Ddi
fferent%2Bbetween%2Btypes%2Bof%2BDC%2Bmotor%2Bcharacteristic%26hl%3Den%2
6sa%3DX

Characteristic of Compound-wound motor. (n.d.), 5770. Retrieved from


http://www.uobabylon.edu.iq/uobcoleges/ad_downloads/5_25422_628.pdf

CS V. (2014). Characteristic of Cumulative Compound Motor - My Tech Info. Retrieved from


http://www.mytech-info.com/2014/12/characteristic-of-cumulative-compound.html

Faris Mohd. (2015). Motor Arus Terus. Retrieved from https://documents.tips/documents/bab-2-


motor-arus-terus.html

31

Вам также может понравиться

  • CHAPTER 2 (Asas Mesin Elektrik 1)
    CHAPTER 2 (Asas Mesin Elektrik 1)
    Документ53 страницы
    CHAPTER 2 (Asas Mesin Elektrik 1)
    Noorfadhilah Binti Khairi
    100% (1)
  • KPK1 Motor DC
    KPK1 Motor DC
    Документ23 страницы
    KPK1 Motor DC
    Fairos Zakariah
    Оценок пока нет
  • Motor Arus Terus KHB Tingkatan 3
    Motor Arus Terus KHB Tingkatan 3
    Документ37 страниц
    Motor Arus Terus KHB Tingkatan 3
    LollyLolita Haji Mohd Yusof
    100% (1)
  • Motor Elektrik
    Motor Elektrik
    Документ14 страниц
    Motor Elektrik
    shimi mz
    Оценок пока нет
  • Kertas Penerangan ETE502
    Kertas Penerangan ETE502
    Документ28 страниц
    Kertas Penerangan ETE502
    Zunnur Zamzam
    Оценок пока нет
  • SPE1023PRINSIPELEKTRIK
    SPE1023PRINSIPELEKTRIK
    Документ366 страниц
    SPE1023PRINSIPELEKTRIK
    Hernani Hamid
    100% (1)
  • 2.1 DC Motor Calculation
    2.1 DC Motor Calculation
    Документ9 страниц
    2.1 DC Motor Calculation
    Syamil Shahul
    Оценок пока нет
  • IEC 60364 Pembumian
    IEC 60364 Pembumian
    Документ6 страниц
    IEC 60364 Pembumian
    mualim2
    Оценок пока нет
  • Perintang
    Perintang
    Документ16 страниц
    Perintang
    Alex Young
    Оценок пока нет
  • Bab 2 Motor Arus Terus
    Bab 2 Motor Arus Terus
    Документ35 страниц
    Bab 2 Motor Arus Terus
    Fairos Zakariah
    Оценок пока нет
  • As 1
    As 1
    Документ4 страницы
    As 1
    Zunnur Zamzam
    Оценок пока нет
  • IS - 2 Pepasangan Elektrik Satu Fasa
    IS - 2 Pepasangan Elektrik Satu Fasa
    Документ32 страницы
    IS - 2 Pepasangan Elektrik Satu Fasa
    ObOy S RIson
    Оценок пока нет
  • Nota Kuliah 4 Diode
    Nota Kuliah 4 Diode
    Документ19 страниц
    Nota Kuliah 4 Diode
    Afieza Tumijan
    Оценок пока нет
  • Asas Kemagnetan Siap
    Asas Kemagnetan Siap
    Документ54 страницы
    Asas Kemagnetan Siap
    Azman Jamaat
    0% (2)
  • Relay
    Relay
    Документ10 страниц
    Relay
    Abdul Shokor Abd Talib
    100% (1)
  • Laporan
    Laporan
    Документ14 страниц
    Laporan
    Aimans Sukri
    Оценок пока нет
  • Latihan Elektrik Soalan Objektif
    Latihan Elektrik Soalan Objektif
    Документ14 страниц
    Latihan Elektrik Soalan Objektif
    rusila
    Оценок пока нет
  • Kertas Penerangan ETE502
    Kertas Penerangan ETE502
    Документ36 страниц
    Kertas Penerangan ETE502
    Zunnur Zamzam
    100% (1)
  • Litar Pengguna
    Litar Pengguna
    Документ9 страниц
    Litar Pengguna
    maut79
    Оценок пока нет
  • PA - WS-2 Lukisan Pelan Susun Atur
    PA - WS-2 Lukisan Pelan Susun Atur
    Документ6 страниц
    PA - WS-2 Lukisan Pelan Susun Atur
    Azman Hanafiah
    Оценок пока нет
  • Ust3122 Bab 2 Elektrik
    Ust3122 Bab 2 Elektrik
    Документ38 страниц
    Ust3122 Bab 2 Elektrik
    GOVIN A/L MUTHULINGAM Moe
    Оценок пока нет
  • Jenis Kabel
    Jenis Kabel
    Документ6 страниц
    Jenis Kabel
    Aiman Raif
    Оценок пока нет
  • Kertas Penerangan La 1 - Low Voltage Ac Generator PDF
    Kertas Penerangan La 1 - Low Voltage Ac Generator PDF
    Документ18 страниц
    Kertas Penerangan La 1 - Low Voltage Ac Generator PDF
    Mohd Khairi Alwi
    Оценок пока нет
  • WS 4 - (Penyelenggaraan Motor)
    WS 4 - (Penyelenggaraan Motor)
    Документ11 страниц
    WS 4 - (Penyelenggaraan Motor)
    Jumrang Mendeng
    0% (1)
  • Pendahuluan Motor Elektrik
    Pendahuluan Motor Elektrik
    Документ20 страниц
    Pendahuluan Motor Elektrik
    mfitri83
    Оценок пока нет
  • Jenis Kapasitor
    Jenis Kapasitor
    Документ2 страницы
    Jenis Kapasitor
    Azliana Mohd Taib
    Оценок пока нет
  • PENDAWAIAN ELEKTRIK Assignmet.
    PENDAWAIAN ELEKTRIK Assignmet.
    Документ50 страниц
    PENDAWAIAN ELEKTRIK Assignmet.
    عزيزي أحمد نوردين
    100% (2)
  • Pentaksiran Teori (Kuiz 1) (02) Dea 2332
    Pentaksiran Teori (Kuiz 1) (02) Dea 2332
    Документ3 страницы
    Pentaksiran Teori (Kuiz 1) (02) Dea 2332
    Kero Malek
    100% (1)
  • Perintang PRESENT
    Perintang PRESENT
    Документ22 страницы
    Perintang PRESENT
    KhairulYaziq
    Оценок пока нет
  • Transistor
    Transistor
    Документ6 страниц
    Transistor
    Eiqa Qa
    Оценок пока нет
  • Aksesori Kawalan Pembekal
    Aksesori Kawalan Pembekal
    Документ13 страниц
    Aksesori Kawalan Pembekal
    Noresham Manaf
    Оценок пока нет
  • Kabel Dan Pengalir
    Kabel Dan Pengalir
    Документ33 страницы
    Kabel Dan Pengalir
    Noresham Manaf
    0% (1)
  • Pengenalan & Cara Menilai Kerosakan
    Pengenalan & Cara Menilai Kerosakan
    Документ13 страниц
    Pengenalan & Cara Menilai Kerosakan
    Ching Suit Li
    0% (1)
  • Bab 4 Motor Au 1 Fasa
    Bab 4 Motor Au 1 Fasa
    Документ17 страниц
    Bab 4 Motor Au 1 Fasa
    FADHLINA
    100% (1)
  • Ete 7023 NK Nota Kursus
    Ete 7023 NK Nota Kursus
    Документ94 страницы
    Ete 7023 NK Nota Kursus
    Syed Hakim
    Оценок пока нет
  • Generator
    Generator
    Документ38 страниц
    Generator
    Muhammad Syazwan
    100% (1)
  • KERTAS KERJA K1 DEA2313 Sub SwitchBoard
    KERTAS KERJA K1 DEA2313 Sub SwitchBoard
    Документ21 страница
    KERTAS KERJA K1 DEA2313 Sub SwitchBoard
    Roger John
    Оценок пока нет
  • Statistik Kemalangan Eletrik
    Statistik Kemalangan Eletrik
    Документ8 страниц
    Statistik Kemalangan Eletrik
    zamriabd
    Оценок пока нет
  • Litar Peka Cahaya 2
    Litar Peka Cahaya 2
    Документ24 страницы
    Litar Peka Cahaya 2
    Izlaikha Aziz
    0% (1)
  • 1.0 Identify Power Eletronic Devices-Dea4232
    1.0 Identify Power Eletronic Devices-Dea4232
    Документ37 страниц
    1.0 Identify Power Eletronic Devices-Dea4232
    safwanjamil
    Оценок пока нет
  • Nota RELAY
    Nota RELAY
    Документ7 страниц
    Nota RELAY
    mudahonline
    Оценок пока нет
  • Teknologi Inverter
    Teknologi Inverter
    Документ2 страницы
    Teknologi Inverter
    faizalexandaria
    Оценок пока нет
  • Litar Akhir
    Litar Akhir
    Документ31 страница
    Litar Akhir
    Amalin Rahim
    Оценок пока нет
  • Pencawang k6
    Pencawang k6
    Документ10 страниц
    Pencawang k6
    Muhammad Syazwan
    Оценок пока нет
  • Unit 9 Nota Dan Latihan
    Unit 9 Nota Dan Latihan
    Документ22 страницы
    Unit 9 Nota Dan Latihan
    Hanim Husaif
    50% (2)
  • Bab 3
    Bab 3
    Документ7 страниц
    Bab 3
    Hanif Riku
    Оценок пока нет
  • Bab 3 - Prinsip Susunan Pencawang
    Bab 3 - Prinsip Susunan Pencawang
    Документ54 страницы
    Bab 3 - Prinsip Susunan Pencawang
    MARZIAH91
    67% (3)
  • Motor Arus Terus
    Motor Arus Terus
    Документ3 страницы
    Motor Arus Terus
    fahmi_canaries
    Оценок пока нет
  • Pentaksiran Teori 1 (Kuiz)
    Pentaksiran Teori 1 (Kuiz)
    Документ2 страницы
    Pentaksiran Teori 1 (Kuiz)
    Noor Fazilla
    Оценок пока нет
  • Assignment MCC
    Assignment MCC
    Документ32 страницы
    Assignment MCC
    danishHM
    Оценок пока нет
  • Alat Pengukuran Elektrik 1
    Alat Pengukuran Elektrik 1
    Документ25 страниц
    Alat Pengukuran Elektrik 1
    Zunnur Zamzam
    100% (1)
  • Kertas Tugasan 2
    Kertas Tugasan 2
    Документ4 страницы
    Kertas Tugasan 2
    faizal
    Оценок пока нет
  • Pengenalan Kepada Kapasitor
    Pengenalan Kepada Kapasitor
    Документ4 страницы
    Pengenalan Kepada Kapasitor
    mimi
    Оценок пока нет
  • Sains Kejuruteraan 3
    Sains Kejuruteraan 3
    Документ21 страница
    Sains Kejuruteraan 3
    Tzaw S Chang
    0% (1)
  • Ac Motor 1 Fasa
    Ac Motor 1 Fasa
    Документ7 страниц
    Ac Motor 1 Fasa
    Evelin Mn
    Оценок пока нет
  • Dea 1323 K01 PP 01-04
    Dea 1323 K01 PP 01-04
    Документ34 страницы
    Dea 1323 K01 PP 01-04
    Nurul Rafiq
    Оценок пока нет
  • RBT T2
    RBT T2
    Документ14 страниц
    RBT T2
    CheetalakchumyBalu
    0% (1)
  • Modul 2 Motor
    Modul 2 Motor
    Документ14 страниц
    Modul 2 Motor
    ryannoe
    Оценок пока нет
  • Bab 2 Motor Arus Terus
    Bab 2 Motor Arus Terus
    Документ40 страниц
    Bab 2 Motor Arus Terus
    Faris Mohd
    60% (10)
  • Nota Kursus K01 NK-01-06
    Nota Kursus K01 NK-01-06
    Документ39 страниц
    Nota Kursus K01 NK-01-06
    jason6ohh6jason
    Оценок пока нет
  • 1.pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
    1.pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
    Документ1 страница
    1.pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет
  • Perkhidmatan Pegawai ATM
    Perkhidmatan Pegawai ATM
    Документ1 страница
    Perkhidmatan Pegawai ATM
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет
  • Asas Mesin Elektrik
    Asas Mesin Elektrik
    Документ5 страниц
    Asas Mesin Elektrik
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет
  • Asas Mesin Elektrik
    Asas Mesin Elektrik
    Документ5 страниц
    Asas Mesin Elektrik
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет
  • KANDUNGAN
    KANDUNGAN
    Документ8 страниц
    KANDUNGAN
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет
  • Slide PPT Rbi Santan
    Slide PPT Rbi Santan
    Документ8 страниц
    Slide PPT Rbi Santan
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет
  • Persampelan Strata
    Persampelan Strata
    Документ1 страница
    Persampelan Strata
    Khairul Annuar
    Оценок пока нет