Вы находитесь на странице: 1из 18

KOD KURSUS DAN KURSUS

PPPM 3213 - SISTEM PENTADBIRAN ISLAM

TAJUK TUGASAN

PENGURUSAN KONFLIK DALAM PENTADBIRAN ISLAM

DISEDIAKAN UNTUK

PROF. MADYA DR. ABDUL GHAFAR BIN DON

DISEDIAKAN OLEH

NUR SYAFIKA BT ZAHARI (A156263)

NURUL SYUHADA BT MOHD MUSTHAPAR KAMAR (A152747)


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT
1 PENDAHULUAN 1

2 DEFINISI KONFLIK 2

3 PERBEZAAN PENGURUSAN KONFLIK DALAM PERSPEKTIF 4


ISLAM DAN BARAT

3.1 Konsep Pengurusan Konflik Dalam Perspektif Barat


3.2 Konsep Pengurusan Konflik Dalam Perspektif Islam
3.3 Perbezaan Pengurusan Konflik Antara Barat Dan Islam

4 PUNCA KONFLIK 7

5 PRINSIP KAEDAH PENGURUSAN KONFLIK DALAM ISLAM 9


5.1 SYURA
5.2 SYARIAH
5.3 KEPIMPINAN
5.4 PEMBANGUNAN INSAN

6 KEPENTINGAN PENGURUSAN KONFLIK 13

7 PENUTUP 15

8 RUJUKAN 16
1

1.0 Pendahuluan

Setiap manusia amat mementingkan kesejahteraan, kedamaian, kerjasama, toleransi dan


kebahagiaan sama ada hidup secara bersendirian, berkeluarga, bermasyarakat atau
berinstitut. Setiap manusia pasti mempunyai impian untuk menikmati kehidupan yang
aman dan damai bagi meneruskan kehidupan mereka. Akibat dari kepesatan
pembangunan, perindustrian, kemajuan sains dan teknologi secara tidak langsung telah
menghakis sedikit demi sedikit impian setiap manusia untuk hidup dalam keadaan aman
damai, saling tolong menolong dan mewujudkan keamanan dan kesejahteraan sehingga
tercetuskan konflik.
Walaupun harapan dan impian setiap manusia adalah untuk mencapai kebahagian,
keharmonian dan kesejahteraan. Akan tetapi konflik akan terus berlaku dalam kehidupan
seharian kita. Malah, setiap manusia tidak akan mampu untuk mengelak dari berlakunya
konflik sama ada kecil mahupun besar atau secara langsung atau tidak langsung. Cuma
bentuk, jenis dan kesan daripada konflik yang berlaku itu berbeza-beza. Pada peringkat
yang paling kecil, konflik akan berlaku sama ada pada individu ataupun diantara individu
sesama individu. Manakala, pada peringkat yang besar, ianya melibatkan kelompok,
masyarakat, kaum dan negara di peringkat antarabangsa.
Justeru, apabila mengatakan atau bercakap mengenai konflik, secaratidak
langsung ianya telah memberikan satu gambaran yang negetif kepada masyarakat
sehingga setiap orang akan memberikan persepsi dan pentafsiran yang berbeza-beza
mengenai konflik. Maka, perkara yang mustahak untuk diketahui adalah bagaimana
konflik boleh berlaku sehingga memberikan kesan kepada kehidupan manusia.
Secara ringkasnya,konflik telah dilihat secara rasional sebagai sebahagian
daripada kehidupan manusia.
2

2.0 Definisi Pengurusan Konflik dalam Pentadbiran Islam

Konflik ini akan berlaku apabila dua atau lebih individu atau kumpulan yang bersaing
bagi mendapatkan sesuatu perkaradalam satu masa yang sama. Malah, perkara tersebut
mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama.

Konflik ini berasal dari perkataan Latin Conflictus yang merujuk kepada situasi
dimana suatu pihak yang berusaha melancarkan mogok secara kekerasan dan keadaan
yang membayangkan wujudnya ketidaksetujuan terhadap sesuatu perkara, perselisihan
dan pergeseran antara ahli dalam kumpulan.

Konflik menurut sudut pandang sarjana Islam pula lebih terperinci kerana wahyu
adalah perkara tunjang di dalam sesuatu pandang sasterawan Islam(Islamic Worldview).
Perkara ini disokong oleh beberapa tokoh sarjana dan pengkaji muslim dalam
mentakrifkan konflik. Menurut Bharuddin Che Pa dan Ajidar Matsyah (2013), ada
beberapa kalimah arab yang menunjukkan makna konflik iaitu dan . Secara
asasnya kedua-dua kalimat ini membawa makna yang sama iaitu konflik namun
sebahagian ulama cuba untuk membezakannya. Kalimat biasanya merujuk kepada
perbezaan pandangan atau konflik secara internal seperti yang disebutkan di dalam Surah
Hud ayat 88:

... ....

Maksudnya:
Dan Aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang
Aku larang
(Hud 11:88)

Penggunaan kalimat pada ayat ini menggambarkan tentang dakwah Nabi Syuaib a.s
kepada kaumnya yang mereka sama-sama dalam satu kelompok.
Manakala kalimat digunapakai untuk menggambarkan konflik dengan
kelompok lain secara eksternal seperti yang disebutkan di dalam Surah Maryam ayat 37:
3


...

Maksudnya:
"Maka berselisihanlah golongan-golongan (yang ada) di antara mereka.
(Maryam 19:37)

Umumnya, ungkapan khilaf dan ikhtilaf menurut pandangan kedua penulis tadi
menunjukkan bahawa konflik adalah iradah Allah SWT kepada manusia yang mesti
diterima sebagai suatu kemestian. Oleh itu, konflik ini dikenali dengan sifatnya yang
neutral tidak positif dan tidak pula negatif tetapi terserah kepada manusia bagaimana
mengendalikan konflik itu.

Menurut Cross Names dan Back (dalam Borisoff& Victor 1998) konflik juga
berlaku disebabkan terdapat perbezaan di kalangan individu itu sendiri. Walaupun
penjelasan mereka mengenai konflik agak sempit tetapi ianya masih memberikan
gambaran atau kefahaman awal bahawa konflik yang berlaku akan melibatkan sekurang-
kurangnya dua atau lebih pihak. Akan tetapi, tidak semua konflik itu berlaku melibatkan
pihak lain,tetapi boleh juga berlaku dalam diri seseorang. Walaupun Names dan Back
tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai perbezaan dalam definisi konflik,
tetapi kita boleh memahami dengan jelas bahawa konflik ini berlaku disebabkan
perbezaan dari segi matlamat, nilai, keperluan, kepentingan,dan kepercayaan.

Walaubagaimanapun, konflik merupakan suatu perkara yang sangat sukar untuk


dikenalpasti terutamanya pada peringkat awal. Hal ini terjadi kerana petanda-petanda
awal konflik itu sukar dicari dan sangat mendalam sifatnya. Menurut Dean Tjosvold
(1991), definisi mengenai konflik ini telah banyak diberikan oleh para sains social tentang
bagaimana cara terbaik untuk mendefinisikan konflik.

Secara umumnya, konflik dapat dilihat sebagai suatu fenomena yang bersifat
subjektif yang gagal dikesan pada peringkat awal kewujudannya sehingga ia menjadi
sesuatu yang bersifat nyata hasil daripada tindakan dan tingkahlaku mereka yang sedang
4

berkonflik. Kesan daripada konflik yang dihadapi ini membolehkan seseorang itu berubah
sikap, tindakan dan keputusan yang diluar jangkaan atau kata lainnya, manusia yang
normal seperti peramah, periang dan lain lain akan berubah menjadi manusia yang tidak
normal seperti pemalas, ganas, pemarah dan lain-lain. Maka, disebabkan oleh konflik,
kita selalu mendengar berita-berita yang buruk dan sebagainya. Jadi, secara sedar atau
tidak sedar kita sebagai manusia tidak akan boleh lari daripada konflik ini sama ada ianya
memberikan kesan yang positif mahupun negatif kepada seseorang individu.

3.0 Perbezaan Konsep Pengurusan Konflik Dalam Perspektif Barat Dan Islam

3.1 Konsep pengurusan konflik dalam perspektif barat


Menurut Malike Brahim (2008) pandangan McShane dan Von Glinow berpendapat
bahawa barat mengunakan kaedah pendekatan berstruktur yang berupaya dalam
meminimumkan konflik. Seterusnya, mengenalpasti sumber-sumber dan melakukan
pendekatan berstruktur pada setiap sumber-sumber konflik tersebut. Sebagai contoh,
dalam satu kumpulan akan wujud konflik yang melibatkan perbezaan pendapat atau
matlamat. Maka, pendekatan berstrukturnya adalah dengan mempertimbangkan kepada
matlamat superordinat. Matlamat superordinat ini merupakan suatu objektif biasa yang
dipegang oleh pihak-pihak yang berkonflik, yang mana ia lebih penting daripada
matlamat jabatan atau kumpulan dalam kumpulan itu. (Malike Brahim 2008:121).

Manakala, pandangan Thomas dan Kilman ini pula menyatakan bahawa


menguruskan konflik ini Berdasarkan 5 gaya;
1. Gaya Menang-Kalah
2. Gaya Penyelesaian Masalah
3. Gaya Bertolak ansur
4. Gaya Pengelakan
5. Gaya Penyesuaian Diri

Kelima-lima gaya ini mempunyai tahap ketegasan dan kerjasama yang berbeza.
Ketegasan disini bermaksud mencuba untuk mencapai kepuasan diri sendiri. Manakala,
5

kerjasama membawa maksud mencuba untuk mencapai kepuasan kepada pihak lain.
(Foad Sakdan 2005:274).

Oleh itu dalam usaha menyelesaikan masalah konflik ini, kita boleh memilih
diantara salah satu gaya yang paling sesuai dan akan memberikan kelebihan kepada diri
kita sendiri. (Malike Brahim 2008: 130).

3.2 Konsep pengurusan konflik dalam perspektif islam


Pendekatan islam dalam menguruskan konflik berkait dengan prinsip-prinsip dan nilai-
nilai islam sebagai satu cara hidup. Ianya merangkumi kelima-lima aspek penting iaitu;
Keadilan, Kesamarataan, Kebebasan, Pemikiran Kritikal, Berorientasikan Matlamat.
(Randeree dan El Faramawy 2011).

Islam menguruskan konflik ini dengan menjadikan model pengurusan gaya


rasulullah sebagai contoh utama. Gaya ini tidak jauh beza dengan gaya pendekatan barat
dalam mengurus konflik. Pandangan Randeree dan El Faramawy ini juga tidak
ketinggalan dalam mendatangkan model pengurusan konflik yang diambil dari penulisan
I. Noor pada tahun 2002 yang berjudul Prophet Muhammads Leadership the Paragon
of Excellence Altruistic Management: A Cross Application to Modern Management and
Leadership Practice. Berdasarkan buku ini, I.Noor menyatakan bahawa konsep pra
percubaan yang diambil dari pada kepimpinan Rasulullah terdiri daripada beberapa
langkah iaitu;
1. meninjau,
2. mendekati,
3. mendiagnos,
4. merancang,
5. bertindak,
6. appraise
7. penguatkuasaan.
6

Di dalam pengurusan konflik yang berkonsepkan Islam, soal niat dan


keperibadian sangat penting kerana disinilah segala sesuatu perkara ditentukan. Dari segi
implikasinya terhadap kerja seseorang, niat merupakan iltizam atau komitmen batin yang
serius dan bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu. Niat kerana Allah juga
membawa implikasi bahawa kesedaran tentang tuhan (God consciousness) timbul sejak
memulakan sesuatu amal dan berterusan hingga ke akhirnya (Akademi Pengurusan
YaPEIM 2011).

3.3 Perbezaan Pengurusan Konflik antara Barat dan Islam

Beberapa aspek telah dikenalpasti oleh satu kajian Sezai Ozcelik seperti rajah berikut;
(Zulkifli Muhammad et al 2010)
Barat Islam
Rundigan bersemuka Rundingan dengan orang tengah
Bersifat penyelesaian masalah Bersifat harmoni dan mengutamakan
perhubungan
Berorientasikan individu Berorientasikan berkumpulan

Persetujuan bertulis Persetujuan berlisan

Ikatan hubungan menurut undang-undang Ikatan hubungan secara sosial/moral

Berasaskan kepentingan masing-masing Berasakan nilai

Berdasarkan undang-undang sivil Berasaskan nilai dan norma agama

Komunikasi secara tidak langsung Komunikasi secara langsung


Penyelesaian dalam persekitaran peribadi Penyelesaian dalam persekitaran awam

4.0 Punca konflik.


7

Apabila disebut sahaja konflik atau masalah, yang menjadi punca lazimnya ialah
perbezaan. Ini kerana perbezaan memerlukan hujah dan perlu untuk dipertahankan.
Berlainan pula dengan persamaan yang tidak perlu berhujah dan tidak perlu
dipertahankan untuk mencapai perkara tersebut. Perbezaan ini biasanya merangkumi
aspek persepsi dan matlamat.

Setiap manusia memiliki persepsi yang berbeza. Persepsi yang berlainan inilah
yang menyebabkan konflik berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat kita
berada. Menurut Laurie (1986), kita melihat dunia dengan gambaran atau imej yang
tunggal dan tersendiri. Ini bermakna setiap individu mempunyai pendapat dan pandangan
yang berbeza terhadap semua situasi atau perkara di dunia (Foad Sakdan 2005). Seperti
yang kita ketahui, dalam menyatakan persepsi, tiada persepsi yang dianggap benar atau
salah. Maka untuk menanggani masalah perbezaan persepsi ini hendaklah dengan
mengamalkan nilai-nilai murni sesama ahli, mengelakkan suasana tegang, serta
berbincang dengan menggunakan rasional dan bukannya mengikut emosi semata-mata.

Selain itu, punca konflik yang lain ialah kerana mempunyai matlamat yang
berbeza. Ini kerana setiap individu mempunyai sudut pandang yang berbeza dalam
menilai sesuatu perkara. Mereka juga mempunyai hujah atau sebab-sebab yang tersendiri
dalam menyatakan matlamat apakah yang patut diberi perhatian. Sebagai contoh,
pengurus pengeluaran berhasrat bahagian pengeluaran mencapai kecekapan yang tinggi
dengan adanya peruntukan wang yang lebih banyak. Akan tetapi, pengurus pentadbiran
pula berpendapat bahawa bahagian pentadbiran yang paling penting dan inginkan
pencapaian yang tinggi. Maka, secara tidak langsung akan terjadinya konflik. Apabila
terjadinya perbezaan matlamat ini, setiap individu itu sendiri bertanggungjawab untuk
memahamkan dan menjelaskan mengapa sesuatu matlamat itu dipilih sebagai keutamaan.
Maka, pihak yang terlibat mestilah mempunyai fikiran yang terbuka dan senang untuk
menerima pendapat serta cadangan orang lain.
Sementara itu, Robbins (2003) pula berpendapat punca konflik dalam organisasi
boleh diklasifikasikan kepada tiga punca utama iaitu komunikasi, struktur organisasi, dan
juga kepelbagaian personal. Punca daripada komunikasi dikaitkan dengan situasi, seperti
8

arahan yang tidak jelas, ketidaksefahaman dan gangguan daripada aliran komunikasi, dan
kekurangan maklumat. Manakala punca struktural organisasi pula disebabkan oleh
beberapa perkara seperti birokrasi arahan dan tugas, struktur organisasi, sumber terbatas,
perbezaan saiz kumpulan, pengkhususan tugas, sistem ganjaran, dan kebergantungan
antara kumpulan. Bagi punca kepelbagaian personal pula berkaitan dengan hal-hal seperti
latar belakang, kelayakan akademik, nilai dan kepercayaan serta ciri-ciri yang dimiliki
oleh setiap individu (Sufean Hussin 2005).

Bagi faktor latar belakang antara cabangnya ialah faktor psikologi. Antara elemen
yang boleh dihubungkaitkan antara faktor psikologi dan konflik ialah personaliti.
Personaliti boleh dikategorikan daripada pelbagai dimensi dan antaranya ialah introvert
dan ekstrovert. Individu yang mempunyai personaliti introvert suka berdiam diri
untuk menumpukan kepada sesuatu perkara. Mereka selalu berhati-hati terhadap
maklumat yang diterima dan tidak menyukai ucapan yang dicelahi kenyataan tidak
berasas. Mereka juga suka berfikir banyak kali sebelum bertindak dan kadangkala tanpa
sebarang tindakan serta suka bekerja secara bersendirian. Manakala, mereka yang
berpersonaliti ekstrovert pula melakukan sesuatu dengan cepat dan tidak suka akan
prosedur yang rumit. Mereka juga sentiasa bertindak terhadap sesuatu tanpa
memikirkannya, menyukai sekiranya ada orang disekeliling dan sering kali banyak
bercakap dan bebas bercakap. Perbezaan personaliti ini akan membawa kepada perbezaan
amalan hidup, fikiran, dan nilai antara satu sama lain dan seterusnya akan mendatangkan
pelbagai konflik.

Faktor lain pula ialah faktor demografi. Antara komposisi demografi ialah unsur-
unsur jantina dan umur. Menurut Teori Malthus, umur yang tua mempunyai kadar konflik
yang lebih rendah berbanding umur yang muda. Hal ini disebabkan oleh para pemuda
lebih beremosi dan sukar mengawal nafsu serta panas baran mereka. Selain itu, beliau
juga ada berpendapat dengan mengatakan bahawa dalam unsur jantina pula, golongan
wanita akan mempunyai konflik yang lebih rendah berbanding golongan lelaki. Perkara
ini mungkin disebabkan oleh hormon yang berlainan antara kaum lelaki dan juga kaum
perempuan atau kerana wanita lebih penyabar berbanding lelaki. Sikap sabar perempuan
9

biasanya wujud dan terlatih dengan urusan rumah tangga contohnya kerana telah terbiasa
dengan karenah anak-anak yang mempunyai pelbagai ragam.

5.0 Prinsip Kaedah Pengurusan Konflik dalam Islam

Selain meneliti bentuk pengurusan konflik berlandaskan pendekatan budaya dan bangsa,
konflik juga boleh diuruskan melalui pendekatan agama lebih-lebih lagi konflik dalam
pentadbiran Islam. Dalam konteks ini, Islam telah menganjurkan beberapa cara bagi
mengelakkan berlakunya konflik. Maka jelaslah bahawa Islam ialah agama yang
menggalakkan keharmonian dan keamanan seluruh manusia.

5.1 Syura

Syura merupakan cara utama yang dipilih untuk menyelesaikan sebarang perbezaan
mahupun konflik yang wujud dalam Islam. Dalam Islam, setiap keputusan yang hendak
dilakukan oleh pihak pengurusan mestilah terlebih dahulu dilakukan perundingan,
perbincangan dan juga mesyuarat. Pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat juga
sistem ini telah dijadikan amalan.

Amalan syura ini sememangnya meluaskan penyertaan setiap ahli dan ahli akan
merasakan diri mereka penting dalam organisasi. Selain itu, amalan ini juga dapat
mengelakkan diskriminisi kerana setiap ahli turut mengambil bahagian. Pada prinsipnya,
syura bukanlah untuk memberi tekanan kepada golongan kecil yang berpengaruh dan
berkuasa. Walau bagaimanapun, dalam perkara yang tiada nusus dari al-Quran dan juga
as-Sunnah, keputusan seharusnya berdasarkan pendapat kumpulan terbesar, persetujuan
ramai ataupun pendapat masyarakat umum.

Dalam surah as-Syura ayat 38 Allah ada berfirman yang menjelaskan bahawa
maksudnya:
Dan bagi orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan tuhannya dan
mendirikan sholat sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah
10

antara mereka, dan mereka menafkahi sebagian dari rezeki yang kami
berikan kepada mereka.
(surah as-Syura:38)

Pandangan majoriti hendaklah dihormati dalam dasar dan kerangka yang sah.
Justeru itu, kaedah syura ini boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengatasi
konflik kerana cara ini mengambil kira pandangan orang lain dan menghormatinya.

5.2 Syariah

Dari aspek organisasi, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan banyak
menimbulkan konflik. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh ditanggani kerana Islam
mempunyai metodologi penilaian dan pertimbangan tersendiri yang unik dalam mengenal
pasti aspek-aspek yang berkonfllik. Kaedah kedua dalam penyelesaian konflik ini ialah
dengan berasaskan syariah Islam.

Kalau dilihat dari segi tujuan syariah ini ialah pertamanya menyempurnakan
persiapan seseorang baik badan, akal, dan juga budi akhlaknya dengan cara menerima
didikan dan ajaran syariat itu sendiri. Di samping itu, syariah juga amat menitikberatkan
kemaslahatan seluruh manusia dengan menegakkan keadilan. Maka, secara
keseluruhannya syariah Islam membawa kepada memelihara agama dan juga turut
membawa kebaikan kepada jiwa, akal, keturunan, dan juga harta kekayaan. Oleh itu,
tidak syak lagi bahawa syariah Islam mampu dijadikan prinsip dalam menyelesaikan
masalah dan juga konflik yang wujud dalam sesebuah organisasi dan pentadbiran lebih-
lebih lagi pentadbiran Islam.

Tokoh Islam seperti al-Ghazali dan al-Shatibi contohnya, telah mengemukakan


satu susunan keutamaan berdasarkan prinsip syariah sebagai rangka umum melihat
kepada keperluan kehidupan manusia yang berkait dengan prinsip menyelesaikan konflik
secara umum. Menurut al-Ghazali, keutamaan kepentingan adalah mengikut keperluan
asasi yang dipanggil daruriyat, diikuti keperluan hajiyat (dikehendaki), dan akhirnya
11

keperluan tahsiniyat (kesempurnaan). Keperluan asasi individu menurut al-Ghazali


meliputi agama, akal, harta, keturunan, dan jiwa yang kesemuanya hendaklah terjamin
bagi menyelesaikan semua konflik yang timbul (Foad Sakdan, 2005).

5.3 Kepimpinan

Penyelesaian konflik dari sudut Islam boleh dilihat dari segi kepimpinan dan merupakan
pendekatan yang penting dalam Islam. Dalam perspektif Islam, kepimpinan perlu kerana
tanpa kepimpinan yang berwibawa perbezaan pendapat di kalangan ahli organisasi akan
lebih cenderung menjadi konflik.

Prinsip ini diambil daripada saranan al-Quran yang menghendaki seseorang itu
taat terhadap ketua di kalangan mukmin selagi mana tidak melanggar hukum dan nilai
Islam. Seperti dalam surah an-Nisa Allah berfirman:










Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil
amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,
maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika
kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu
lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Surah an-Nisa:59)

Prinsip yang sama dapat dipertahankan atas dasar ajaran Rasulullah S.A.W yang
menghendaki sesuatu kumpulan orang Islam melantik seorang ketua sama ada dalam
sesuatu pertemuan atau perjalanan. Sabda Baginda;
12

Adalah tidak dibenarkan bagi tiga orang yang berada di tanah lapang
(berkumpul) tinggal tanpa ada ketua di antara mereka. Bila tiga orang berjalan
lantiklah seorang daripada mereka menjadi ketua.

Tujuan utama agama Islam menyuruh agar melantik ketua atau pemimpin adalah
untuk menyelesaikan sebarang masalah dan juga perbezaan pendapat yang boleh
membawa kepada konflik yang lebih besar. Kaedah memilih pemimpin ini juga haruslah
dengan cara bermusyawarah, iaitu berbincang antara satu sama lain dengan mengeluarkan
pendapat tentang calon pemimpin tersebut. Namun, harus dititikberatkan supaya memilih
pemimpin yang selayaknya. Pemimpin harus memberi arahan yang tidak mendatangkan
konflik dan juga cekap memahami keadaan serta situasi ahlinya supaya konflik dapat
dielakkan.

Dapatlah kita lihat bahawa dengan melantik dan mempunyai kepimpinan dan
pemimpin yang baik akan dapat mengurangkan masalah dalam sesebuah pentadbiran dan
juga organisasi. Pemimpin yang baik selalunya akan bertanggungjawab, tidak berdendam,
dan akan memelihara dan melindungi setiap ahlinya. Dengan adanya sifat ini, maka
pemimpin itu dapat mengurangkan konflik antara rakyat dengan pemimpin dan lain-lain
konflik yang timbul.

5.4 Pembangunan Insan

Dalam proses pembangunan diri dan masyarakat, Islam menekankan pembangunan insan
sebagai proses yang mesti dilakukan. Ini merupakan prasyarat untuk menjamin
keharmonian dan untuk mengelakkan gejala negatif yang boleh menyebabkan konflik.

Salah satu cara pembangunan insan ialah dengan cara solat berjemaah. Solat
berjemaah akan dapat membentuk sikap bekerjasama dan semangat kekitaan di samping
dapat menghapuskan sikap keji dan mungkar dalam kalangan ahli organisasi Islam.
Tambahan pula, dengan mendirikan solat secara berjemaah dapat mengajar manusia
tentang disiplin dan dapat mewujudkan asas motivasi yang berterusan dan hidup
13

bermasyarakat. Dalam al-Quran Allah memerintahkan agar ummat-Nya bersatu dalam


satu saf atau barisan yang kukuh. Sudah pasti barisan ini mempunyai kekuatan duniawi
dan ukhrawi dan kekuatan rohani dan jasmani yang tersendiri. Ini jelas menunjukkan
bahawa Islam menggalakkan ummatnya bersatu hati dan bukannya berpecah-belah
apabila berlakunya sesuatu konflik.

Selain itu ialah dengan cara amar maruf dan nahi mungkar. Pesan-memesan ini
boleh dilakukan melalui aktiviti ceramah, kaunseling dan sebagainya. Sifat ini dilakukan
dengan melihat pada kedudukan dan kemampuan kita untuk menasihati orang lain. Sifat
ini merupakan tanggungjawab kepada semua orang dan sekiranya semua ahli dapat
mengamalkannya, konflik akan dapat ditanggani dalam pentadbiran. Berpesan-pesan
kepada sesuatu yang baik adalah sangat dituntut dalam Islam. Umat Islam digalakkan
sentiasa untuk ingat-mengingati agar tidak lalai. Sebagai tambahan, sifat ini juga dapat
menyelesaikan masalah yang berlaku dan juga sebagai cara bagi mengelakkan berlakunya
konflik.

6.0 Kepentingan menguruskan konflik.

Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan apabila ahli organisasi mampu menyelesaikan


konflik yang mendatang dengan cara yang betul. Ini kerana, konflik boleh diibaratkan
seperti racun yang akhirnya akan melemahkan dan memusnahkan sesebuah organisasi.
Oleh itu, banyak kepentingan dan kebaikan yang akan diperoleh jika konflik diselesaikan
dengan baik.

Antaranya ialah melahirkan pekerja-pekerja atau individu yang professional dan


mempunyai nilai murni yang tinggi. Mempunyai masalah peribadi boleh menjadikan
seseorang bersifat matang. Mempunyai konflik dengan orang lain pula boleh memupuk
sifat kepercayaan, keterbukaan,kematangan, dan dapat memahami gaya penyelesaian
konflik yang sebenar. Nilai-nilai ini boleh dipraktikkan dalam menjalani kehidupan
seharian dan boleh digunapakai bagi menghadapi masalah yang mendatang. Individu
yang terlibat juga akan lebih bersifat professional, bertindak dan berfikir secara rasional.
14

Antaranya ialah mengekalkan keharmonian organisasi. Dalam mana-mana peringkat


sekalipun, masalah akan menjadikan keadaan tegang dan tidak ceria. Dan perkara-perkara
negatif juga pasti akan muncul susulan keadaan yang sebegini seperti kurangnya interaksi
dan masalah dalam komunikasi seperti maklumat tidak sampai. Perkara ini akan lebih
parah jika malah yang timbul melibatkan satu organisasi kecil contohnya dalam satu
pejabat atau bahagian. Secara psikologinya juga, keharmonian dalam organisasi antara
ahli akan melahirkan emosi yang stabil dan ceria sekaligus memberi kesan kepada
pekerjaan atau perkara yang dilakukan.

Kepentingan yang kedua ialah dapat menjamin kecemerlangan organisasi.


Cemerlangnya sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaannya mengekalkan
kesejahteraan persekitaran organisasi tersebut sama ada dari sudut dalaman atau luaran
(Zaleha Yazid). Jika terdapat konflik dalam membuat sesuatu keputusan, maka kata
sepakat dan keputusan yang terbaik tidak dapat dikenalpasti dan ini akan menjejaskan
prestasi kecemerlangan organisasi. Malah, jika konflik tersebut dapat diuruskan
sebaiknya, sikap berlapang dada dan berfikiran terbuka dipraktikkan oleh ahli yang
terlibat, maka semakin banyak idea dan pendapat boleh dipertimbangkan untuk mencapai
suatu keputusan yang terbaik sekaligus menjamin kecemerlangan organisasi.

Kepentingan seterusnya ialah bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi


(Azman 2008). Sebarang masalah akan membuatkan banyak proses dan juga gerak kerja
tergendala kerana konflik melibatkan seseorang individu dengan individu yang lain atau
lebih parah melibatkan antara kumpulan. Apabila konflik tidak diuruskan dengan baik,
kata sepakat tidak boleh dicapai dan kerja menjadi tidak sistematik tanpa kerjasama. Ini
akan memudaratkan organisasi dalam mencapai matlamat kerana jika berlaku masalah
antara pekerja, pekerja tidak lagi bekerja untuk organisasi tetapi hanya untuk diri sendiri.
Dan permasalahan tersebut juga dilihat perlu dipertahankan untuk kepuasan diri sendiri
dan bukan lagi untuk organisasi.
7.0 Penutup.
15

Konflik merupakan sikap semulajadi manusia yang perlu diakui kewujudannya. Setiap
individu sememangnya sentiasa mempunyai potensi untuk berkonflik sama ada secara
intrapersonal, interpersonal, interkumpulan atau organisasi. Menyedari hakikat bahawa
kita akan sentiasa berhadapan dengan konflik, maka langkah pencegahan perlulah diambil
terlebih dahulu.

Selain itu, kita juga telah meneliti bahawa konflik banyak dipengaruhi oleh
pelbagai faktor. Semua unsur yang terdapat disekeliling sentiasa mempunyai keupayaan
agar berlakunya konflik. Faktor-faktor ini pula ada yang dapat dikawal dan ada juga yang
tidak dapat dikawal. Ini bermakna, setiap organisasi atau pentadbiran sememangnya
terdedah kepada konflik dalam darjah keseriusan yang berbeza.

Menyentuh mengenai strategi pengurusan konflik, pelbagai cara boleh


dipraktikkan mengikut kepada kesesuian konflik itu sendiri. Secara keseluruhan,
walaupun kita faham tentang konflik, jenis konflik, dan gaya pengurusan konflik, namun
satu perkara yang tidak boleh diabaikan ialah peranan dan fungsi budaya dan agama yang
turut berperanan dalam membantu mencetus dan menangani konflik. Sebenarnya, apa
juga faktor konflik dan jenis konflik yang dihadapi kita seharusnya berfikiran dan
bertindak positif dalam menangani konflik tersebut dan bukannya berperwatakan dan
bertindak dengan tindakan yang negative kerana ianya tidak menyelesaikan masalah
malah akan menimbulkan masalah lain.
16

RUJUKAN

Al-Quran
Akademi Pengurusan YaPEIM. 2011. Pengurusan Islami: Menghayati Prinsip dan Nilai
Qurani. Akademi Pengurusan YaPEIM Sdn. Bhd.
Azman2020. 2008. Konflik Dalam Organisasi.
http://azman2020.blogspot.my/2008/06/konflik-dalam-organisasi.html
Borisoff, D. & Victor,D.A. 1998. Conflict management: a communication skills
approach (2nd edition). Boston; Allyn & Bacon.
Bharuddin Che Pa & Ajidar Matsyah. 2013. Konflik Politik dan Penyelesaiannya
menurut Perspektif Islam. Kertas Kerja Konferensi Antarabangsa Islam Borneo
VI. UiTM Sarawak. University of Malaya>my>repository (20 October 2015)
Kasim Randeree & Awsam Taha El Faramawy. 2011. Islamic Perspectives on
Conflict Management within Project Managed Environments. International
Journal of Project Management.
Mohd Foad Sakdan. 2005. Pengurusan Konflik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Foad Sakdan. 2005. Pengurusan Konflik. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.
Malike Brahim. 2008. Mengurus Konflik. Petaling Jaya. IBS Buku Sdn. Bhd.
Michael Pat. 2001. Thomas-Kilman Conflict Management Models. Consulting
Psychologists Press.
Tjosvold, D. 1991. The conflict-positive organization: stimulate diversity and
create unity. New York: Harper Collins.
Sufean Hussin & Alina Ranee. 2005. Pentadbiran dalam Pembangunan
Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Zaleha Yazid. 2015. Pengurusan Konflik Jamin Kecemerlangan Konf
https://www.researchgate.net/publication/289025206_Pengurusan_Konflik_Jamin
_Kecmerlangan_Organisasi

Вам также может понравиться