Вы находитесь на странице: 1из 7

2.

3 Pemasangan Struktur Konkrit Pra-Tuang ( Tinjauan Tapak Bina )

2.3.1 Pengenalan

Pemasangan adalah proses mengangkut struktur pra-tuang dari tapak


penyimpanan atau trailer, diangkat ke paras dan kedudukan yang betul serta
menyambungkan struktur pra-tuang dalam tapak bina. Penupangan sementara
diperlukan semasa pemasangan struktur pra-tuang. Perancangan seperti
tolorens dan kaedah haruslah dicatatkan dalam lukisan pemasangan.

Struktur yang dibina mungkin tidak stabil pada ketika kerja pemasangan
dijalankan, maka kerja tupangan sementara diperlukan. Perkara ini perlu
ditunjukkan dalam lukisan kejuruteraan untuk tujuan keselamatan dan juga untuk
pemasangan yang betul.

2.3.2 Jentera Pengangkat

Jentera yang biasa digunakan dalam pemasangan struktur konkrit pra-


tuang adalah kren bergerak berhidraulik, kren berantai dan kren menara. Jentera
digunakan mengikut kapasitinya mengangkat beban struktur pra-tuang.

Kapasiti kren diukur mengikut beban kapasiti minimum yang boleh


diangkatnya pada jejari kawasan itu. Kapasiti kren yang diperlukan dipengaruhi
graviti tengah struktur konkrit pra-tuang itu dan pergerakan kabel kren itu dalam
radius. Rajah di bawah menunjukkan radius kerja kren untuk ruangan untuk
pemerhatian, radius kawasan semasa elemen diangkat dan radius semasa
elemen telah siap dipasang.
Rajah Radius Pergerakan Kren

2.3.3 Persediaan Sebelum Pemasangan Struktur

Sebelum pemasagan dilakukan, perkara-perkara tertentu perlulah dibuat


pemeriksaan bagi membolehkan kerja dijalankan dengan lancer seperti :-

Memastikan struktur konkrit pra-tuang telah mencapai kekuatan yang


telah ditetapkan.
Laluan trailer pengangkut struktur perlu dipastikan selamat untuk
mengelak dari berlakunya kerosakan pada struktur konkrit pra-tuang.
Mendapat kepastian daripada jurutera agar platform pemasangan mampu
menanggung beban pra-tuang.
Dowel dan leveling shims telah diletak dengan betul.
Kawasan pemasangan telah diruangkan untuk perhentian kren.
2.3.4 Sambungan Dalam Struktur Pra-Tuang

Fungsi utama sambungan adalah untuk menyambungkan anggota-


anggota struktur pra-tuang yang berlainan dan merupakan salah satu bahagian
penting dalam pembinaan. Ia juga berfungsi memindahkan daya melalui
anggota-anggota struktur yang berlainan supaya satu interaksi pemindahan daya
yang selamat dapat diwujudkan. Kebebasan untuk struktur bergerak diperlukan
untuk mengurangkan kemungkinan untuk berlaku keretakan pada sambungan.
Spesifikasi campuran grouting, perincian sambungan dan kaedah perlaksanaan
kerja grouting perlu dirujuk pada Work Method Statement syarikat. Bahan untuk
grouting boleh dihantar ke tapak dalam bentuk ready-mix atau dicampur sendiri
di tapak. Komponen pra-tuang tidak boleh dikenakan sebarang beban sehingga
grout telah diawet sepenuhnya. Masa awetan bagi kerja grouting ini adalah
bergantung kepada rekabentuk campuran yang telah ditetapkan oleh pembekal.

2.3.5 Proses Pemasangan Di Tapak Bina

i). Pemasangan Tiang.

Setelah pembinaan rasuk tanah dan papak tanah siap di bina,


pemasangan tiang bolehlah dijalankan. Untuk memastikan tiang yang akan
dipasang berada tepat dikedudukannya, kerja ukur hendaklah dijalankan. Tiang
siap bina yang akan digunakan bagi projek Sekolah Menengah Cheneh ini
adalah jenis 2 tingkat. Tiang pasang siap yang telah dihasilkan di kilang, dihantar
ke tapak bina. Kren digunakan untuk mengangkat tiang tersebut secara
menegak menuju kedudukan yang akan dibuat pemasangan. Tiang tersebut
akan dimasukkan kepada besi tetulang pemula yang telah tersedia daripada
footing bangunan. Sebaik sahaja tiang berada di posisinya, pekerja hendaklah
memastikan ketepatan pemasangan secara menegak dan mendatar dengan
menggunakan alat ukur. Setelah tiang berada betul-betul dikedudukannya,
barulah tiang tersebut ditambat kepada lantai konkrit dengan menggunakan
tupang. Seterusnya lubang-lubang yang telah tersedia pada tiang akan dituang
dengan mortar secara gravity sehingga penuh.
Rajah Lakaran Sambungan Tiang

Rajah Kerja Pemasangan Tiang Sedang Dijalankan

Rajah Pemasangan Tiang Siap


ii). Pemasangan Papak Berongga

Papak berongga digunakan bertujuan menggurangkan berat anggota


dan meningkatkan sifat penebatan. Ketebalan papak berongga adalah antara
100mm hingga 200mm dan kelebaran 0.6m hingga 1.2m. Anggota lantai
biasanya tidak perlu ditupangkan. Anggota papak berongga diangkut dengan
menggunakan rantai dan ini menyebabkan ia tidak dapat diletakkan di lokasinya
dengan tepat. Oleh itu, anggota ini diletakkan ke lokasinya dengan
menggunakan salah satu bucunya dahulu sebagai titik rujukan. Kemudiannya
anggota papak akan disiram dengan air bersih. Penggisian turapan konkrit ke
dalam ruang antara anggota papak akan dibuat dengan konkrit beragregat kecil
dan mempunyai nilai keruntuhan lebih kurang 100mm. Operasi ini dibuat dengan
menuangkan konkrit siap campur ke atas lantai secara memanjang. Tetapi ianya
tidak harus melebihi 500m2 pada setiap kali operasi bagi tujuan kestabilan
sementara.

Rajah Lakaran Sambungan Lantai Berongga Dan Rasuk


Rajah Pemasangan Lantai Berongga Di Tapak Bina

iii) . Pemasangan Rasuk

Bagi projek sekolah ini, didapati penyambungan adalah menggunakan


corbel di mana tiang yang telah siap dipasang mempunyai tapak untuk rasuk
diletakkan. Corbel digunakan untuk meningkatkan keupayaan galas kepada
rasuk. Rasuk diangkat dan diletakkan pada tapak corbel di mana telah tersedia
bar pemula. Untuk meningkatkan kekuatan penyambungan ini, grouting
dimasukkan pada tempat yang telah disediakan. Bagi rasuk bumbung pula,
penyambungan antara tiang dan rasuk tidak menggunakan corbel.
Penyambungannya dengan memasukkan rasuk pada bar pemula yang telah
disediakan. Grouting digunakan untuk menguatkan penyambungan tersebut.
Rajah Penyambungan Rasuk Ke Tiang Menggunakan Corbel Dan Tanpa
Corbel

Rajah Kerja-Kerja Grouting Sedang Dijalankan

Вам также может понравиться