Вы находитесь на странице: 1из 7

KONSEP ASAS FALSAFAH

Falsafah bermakna pengetahuan yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai
dasar kepada ilmu-imu lain (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka). Berasal dari perkataan
Yunani iaitu pholien bermaksud cinta dan sophia bermakna kearifan, kebijaksanaan atau
hikmah. Menurut Plato falsafah ialah tidak lain daripada pengetahuan tentang segala yang
ada. Falsafah ialah kajian tentang masalah am berkenaan hal-hal seperti pengetahuan,
kewujudan, kebenaran, kecantikan, keadilan, kesahan, minda dan bahasa.

KONSEP CABANG-CABANG FALSAFAH

Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang seperti Ontologi/ Metafizik,


Epistemologi, Aksiologi dan Logik. Metafizik ialah cabang falsafah yang bertanggungjawab
ke atas kajian tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas. Metafizik
melibatkan segala benda yang wujud yang membincangkan sama ada dunia ini adalah
benar atau suatu ilusi. Metafizik ialah asas kepada falsafah, tanpa keterangan tentang dunia
sekeliling, kita tidak akan menangani realiti. Kita tidak akan dapat memelihara diri kita sendiri
atau mengekalkan kehidupan kita.

Epistemologi ialah kajian berkenaan cara untuk mendapatkan ilmu dan sifat
pengetahuan itu sendiri, penerangan tentang cara kita berfikir yang menjadi satu keperluan
untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada kesalahan.
Epistemologi diperlukan untuk mendapatkan ilmu di sekeliling kita. Tanpa epistemologi, kita
tidak dapat berfikir dengan waras dan tidak akan ada sebab untuk mempercayai sama ada
pemikiran kita produktif, betul dan sebagainya. Kita tidak boleh mengasingkan kebenaran
daripada kesalahan dengan berbekalkan epistemologi yang salah.

Aksiologi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud nilai atau dalam
bahasa Inggeris value/ worth, manakala perkataan logia merujuk suatu kajian tentang kualiti
atau nilai. Aksiologi termasuk etika dan estetik, iaitu bidang falsafah yang bergantung
kepada nilai dan ada kalanya dikaitkan dengan teori, nilai dan metanilai.

Logik ialah perkataan Greek, iaitu logos yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan
atau prinsip. Logik merupakan satu pengajian tentang prinsip kesahihan berkenaan sesuatu
sama ada secara inferens dan demonstrasi. Logik merujuk turutan cara mendapatkan
sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian kukuh dan pemikiran tepat. Logik
membantu seseorang berkomunikasi secara lebih berkesan dengan menggalakkan
pemikiran dilakukan dengan berhati-hati dan sistematik. Terdapat dua jenis logik yang asas,
iaitu logik deduktif dan logik induktif.
KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

Satu gagasan yang merumuskan seluruh sistem kepercayaan, pandangan hidup,


nilai dan sikap terhadap pendidikan dan peranan pendidikan. Falsafah pendidikan sesuai
diertikan sebagai suatu pendekatan atau teori pembelajaran yang menentukan cara
pendidikan boleh dilaksanakan pada pelbagai peringkat. Falsafah pendidikan diperlukan
sebagai panduan guru dan warga sekolah berinteraksi dengan murid, ibu bapa dan pihak
lain yang berkaitan. Falsafah pendidikan juga akan menentukan kurikulum dan cara
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah-sekolah.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlaq mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah sebagai suluh yang memberi
panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan,
menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara,
rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan Negara, bimbingan
untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan, dasar dan
pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi
pengajaran dan pembelajaran, pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar
pendidikan dan menghapuskan salah faham, keraguan atau pertengkahan dalam sebarang
usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Metafizik adalah kajian tentang kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas,
dan mempersoal tentang Apakah terdapat suatu badan pengetahuan sejagat untuk
dipelajari?, Adakah pelajar pada asasnya baik dan boleh dipercayai?. Ia ada hubung kait
dengan ciri-ciri FPK yang bertujuan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Bakat, potensi dan kebolehan yang ada dalam diri seseorang adalah sangat
berkait rapat antara satu sama lain. Potensi dari sudut intelek tidak boleh dipisahkan dengan
potensi kerohanian. Hal ini kerana, pelajar yang bijak tidak akan seimbang tanpa wujudnya
norma-norma kemanusiaan seperti kasih sayang dan menghormati orang lain. Maka
perkembangan dan peningkatan seseorang individu hendaklah merangkumi keempat-
empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berdasarkan cabang falsafah
Metafizik, kajian kewujudan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segala aspek.

Epistemologi ialah kajian berkenaan cara untuk mendapatkan ilmu dan sifat
pengetahuan itu sendiri. Epistemologi memberi jawapan kepada soalan, iaitu
bagaimanakah kita tahu ? Jawapan kepada soalan epistemologi membekalkan rasional
untuk pemilihan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada
pelajar. Adakah pengetahuan itu tetap atau berubah? Ia ada hubung kait dengan ciri-ciri
FPK yang bertujuan pendidikan suatu usaha berterusan untuk sepanjang hayat. Maka
Penyesuaian diri mengikut peredaran zaman dan perkembangan semasa amat penting,
cuba mencari cara untuk mengetahui apa yang wujud di alam semesta. Perubahan ilmu
akan menggalakkan perkembangan pengetahuan dan kemahiran diri dan penekanan
kepada pembelajaran sepanjang hayat.

Aksiologi adalah bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan ada kalanya
dikaitkan dengan teori, nilai dan metanilai. Topik-topik yang dibincang kan berkenaan
dengan soal moral, etika dan estetik, Apakah itu moral dan bukan moral?, Adakah
kehidupan mempunyai makna?, Bagaimanakah seseorang berkelakuan? dan lain-lain. Ia
ada hubung kait dengan ciri-ciri FPK, iaitu kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan serta
rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Penerimaan Tuhan sebagai Pencipta yang Maha Esa,
Kita patut bersyukur segala pemberian nikmat kurniaan-Nya dan menyedari bahawa setiap
individu bertanggungjawab ke atas diri dan segala tindakan yang dilakukan sama ada baik
atau buruk. Tambahan pula, rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun,
berbudi bahasa, jujur, amanah, berintegriti dan memgamalkannya dalam kehidupan
merupakan unsur yang melahirkan rakyat yang mampu berfikir, bertindak dan menilai
perkara yang baik dan buruk.

Logik membantu seseorang berkomunikasi secara lebih berkesan dengan


menggalakkan pemikiran dilakukan dengan berhati-hati dan sistematik. Cabang falsafah
tersebut selaras dengan ciri-ciri FPK yang melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan.
Rakyat Malaysia yang berketerampilan adalah mampu melaksanakan tugas dalam jangka
masa yang singkat tetapi juga dengan cekap dan sempura. Mereka akan lebih berpandang
jauh dan mempunyai sifat inisiatif yang tinggi apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.
Mereka akan memiliki kecakapan dan kompetensi yang tinggi dalam diri. Kompetensi yang
ada dalam diri akan membantu mereka dalam mengasah sesuatu bakat atau kemahiran.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Falsafah Pendidikan Guru (FPG) adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti
mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, dekokratik, progresif dan berdisiplin.

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi merealisasikan FPK. Secara dasar,
FPG menjelaskan jenis guru yang diperlukan oleh negara kita. Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan indidvidu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

ANALISIS FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Metafizik mempersoal tentang Siapakah yang sepatutnya membuat keputusan


tentang apa yang hendak dipelajari?, Adakah terdapat suatu badan pengetahuan sejagat
untuk dipelajari? Guru memainkan peranan yang penting untuk menjamin perkembangan
individu, memelihara masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Berdasarkan metafizik, peranan guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan
yang dinamik, cuba mengetahui apa yang ada di alam semesta.

Epistemologi ialah kajian berkenaan cara untuk mendapatkan ilmu dan sifat
pengetahuan itu sendiri. Setakat mana Epistemologi kita betul adalah bergantung kepada
tahap kefahaman realiti kita serta tahap ilmu yang boleh kita gunakan untuk merealisasikan
kehidupan dan matlamat hidup kita. Ia selaras dengan guru berpandangan progresif dan
saintifik. Elemen ini menekankan kita supaya berkembang mengikut peredaran zaman yang
kini memberikan penekanan kepasa sains dan teknologi. Sebagai guru semestinya
berusaha memajukan diri agar tidak ketinggalan dari segi profesional dan mahir dalam
penyediaan bahan p&p yang mampu menarik minat serta memotivasikan murid dalam
pelajaran. Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dapat menampilkan guru sebagai
seorang yang berpengetahuan luas dalam bidangnya, sejajar dengan sifat ilmu yang
dinamik dan sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan semasa.

Aksiologi adalah bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan ada kalanya
dikaitkan dengan teori, nilai dan metanilai, Bagaimanakah seseorang berkelakuan? Ia
berhubung kait dengan guru berpekerti mulia. Sifat berpekerti mulia merujuk seseorang
yang mempunyai perwatakan yang mulia dan berdisiplin agar menjadi contoh kepada murid.
Guru merupakan role model kepada murid-murid, setiap tingkah laku mencerminkan
keperibadian guru itu sendiri. Guru mesti mempunyai nilai sahsiah diri yang baik dengan
berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin, bermoral dan sebagainya.

Logik merupakan pengajian prinsip penaakulan, membuat generalisasi,


penghakiman, klasifikasi, aturan sistematik dan penaakulan yang betul. Ia selaras dengan
guru berpandangan progresif dan saintifik. Sebagai guru seharusnya penaakulan logik dan
peningkatan diri secara profesional demi menjamin mutu perguruan dan kualiti guru.

IMPLIKASI FPK DAN FPG TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

FPK menyumbang terhadap sistem pendidikan Negara dalam kurikulum sekolah.


Sukatan pelajaran diubah supaya bersepadu dan terdapat penyerapan nilai murni dalam
mata pelajaran yang diajar. FPK adalah dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan
terhadap sistem pendidikan negara serta matlamat pendidikan. Kandungan hendaklah
dihayati dan diusahakan oleh kaum pendidik. Garis panduan dan rujukan dalam
pelaksanaan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para
pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Oleh itu, sikap
pendidik perlu diubah supaya menjadi lebih profesional supaya tugas dapat dijalankan
sejajar dengan tujuan serta dasar FPK. Persekitaran pembelajaran juga perlu diubahsuai
agar memenuhi kehendak FPK. Pendidik seharusnya bersifat terbuka terhadap perubahan
yang pesat dalam bidang sains dan teknologi, bersedia untuk menimba ilmu dan kemahiran-
kemahiran baru, berani dan sanggup melaksanakan inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
RUMUSAN

Falsafah ialah satu pendekatan menyeluruh tentang kehidupan dan dunia. Falsafah
juga merupakan satu kajian mencari kebenaran dan nilai dalam dunia manusia. Falsafah
Pendidikan ialah satu bidang falsafah gunaan yang menggunakan bidang-bidang falsafah
tradisional (ontologi, aksiologi, epistemologi, logik dan lain-lain) serta pendekatannya untuk
menangani persoalan-persoalan berkenaan polisi pendidikan, pembangunan manusia dan
teori kurikulum dan sebagainya. Dengan erti kata lain, falsafah pendidikan ialah kajian
berfalsafah tentang pendidikan dari sudut makna, tujuan dan kaedah. Falsafah ialah suatu
kajian mengenai minda manusia secara semula jadi dan cara pendidikan dan masyarakat
saling berhubung antara satu sama lain. Para pendidik telah menggunakan Asas Falsafah
tersebut untuk mencipta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merupakan asas
kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Falsafah berperanan sebagai tumpuan kepada segala idea dan juga pemikiran
tentang pendidikan, menjelaskan halatuju kepada segala usaha untuk memajukan sistem
pendidkan Negara, menunjuk arah kepada pihak pelaksana seperti sekolah dan institut
pendidikan merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Tambahan
juga, falsafah memberi arah kepada pembuat dasar pendidikan bagi menentukan corak
sistem pendidikan Negara untuk maju jaya sistem pendidikan Negara dengan menghasilkan
individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
Rujukan

1. Noriati A Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin dan Zakiah Noordin. 2016.
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Selangor:Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2. Choong Lean Keow. 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Вам также может понравиться