Вы находитесь на странице: 1из 9

CHILDREN’S ALTERNATIVE CONCEPTS IN SCIENCE

(KONSEP ALTERNATIF KANAK-KANAK DALAM SAINS)

KSR 6013

TUGASAN 3

MODEL PERUBAHAN KONSEP DALAM PEMBELAJARAN SAINS


CONCEPTUAL CHANGE MODEL (CCM) IN LEARNING SCIENCE

TAJUK:
PEMBIASAN CAHAYA
SAINS TAHUN LIMA KSSR

PENSYARAH

PROFESOR MADYA DR. MARIA BINTI SALIH

DISEDIAKAN OLEH : SOLZAN@SOLAN A/L SIVANESAN – M20141000393

MUHAMMAD SALEHUDDIN BIN AHMAD – M20141000387


MISKONSEPSI SAINS DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 PADA KONSEP
PEMBIASAN CAHAYA DAN TINDAKAN MENGATASINYA DENGAN
MODEL PERUBAHAN KONSEP (CCM)

1.0 Pengenalan

Definisi Miskonsepsi dalam sains bermaksud ;salah tanggapan murid tentang sesuatu fenomena

atau perubahan yang diperhatikan dalam kontekstual harian . Miskonsepsi sains, menurut

Gunstone (1995) pula ialah idea dan kepercayaan yang berbeza tentang sesuatu perkara yang

dialami oleh seseorang murid .Idea yang dimiliki oleh seorang murid mungkin berbeza dengan

idea ahli sains. Salah tanggapan yang dipegang dengan kukuh oleh seseorang murid akan

menjadi penghalang dalam proses pembelajaran dan pengajaran sesuatu konsep sains yang

sebenar atau mengajar konsep nsains yang baharu .

Sekiranya, miskonsepsi sains ini tidak diperbetulkan dalam peringkat sekolah rendah ini akan

menjadi penghalang untuk murid menerima dan mengkonsepsikan secara salah sebarang

fenomena atau perubahan sains yang diperhatikan dalam situasi harian.

Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkait rapat dengan

Perubahan Konsep di kalangan murid sekolah rendah dapat membantu mengatasi masalah

miskonsepsi dalam pembelajaran Sains Sekolah Rendah.

Dalam tajuk pembelajaran Sains konsep pembiasan cahaya di kalangan murid tahun lima kami

telah menggunakan Conceptual Change Model (Model Perubahan Konsep) untuk mengatasi

miskonsepsi .
2.0 Kaedah Mengenalpasti dan Mengatasi Miskonsepsi Murid

Menurut pendapat beberapa ahli penyelidik; Miskonsepsi adalah andaian dan penerangan yang

kurang tepat tentang sesuatu fenomena yang dibentuk oleh individu melalui pengalamannya

(Martin et al 2000). Manakala Novak dan Gowin (1984) menyatakan bahawa miskonsepsi adalah

suatu interpretasi konsep-konsep dalam sesuatu pernyataan yang tidak dapat diterima.

Disebabkan penjelasan tentang sesuatu konsep tidak sama dengan penerangan yang diberikan

oleh ahli sains; maka idea murid tersebut akan dikenali sebagai miskonsepsi. Hancock (1940)

mentakrifkan miskonsepsi ialah ‘apa-apa kepercayaan yang tidak berasas atau bukti .

Barrass (1984) pula mentafsirkan miskonsepsi sebagai 'kesilapan' ,'salah faham' atau ‘idea yang

mengelirukan’ atau ‘penterjemahan yang salah’ tentang sesuatu fakta sains. Beliau mengatakan

bahawa guru dan murid boleh membetulkan kesilapan dengan kaedah berbincangan yang

berkesan tentang sesuatu konsep. Miskonsepsi juga mungkin dirujuk sebagai tanggapan

prasangka, kepercayaan bukan saintifik, pengaruh budaya, konsep bercampur, atau salah faham

konsep. Pada dasarnya, dalam pembelajaran sains, miskonsepsi di mana sesuatu konsep sains

atau apa yang murid tahu dan percaya tidak sama dengan konsep saintifik .

Model Perubahan Konsep (Conceptual Change Modal) dalam pengajaran konsep sains adalah

bertujuanuntuk mengubah pandangan atau tangkapan asal murid yang ada pada konsep

pembiasan cahaya kepada penjelasan yang dapat diterima oleh murid.

Dunlop (1999) mencadangkan supaya guru sains memberikan bukti konkrit atau ‘Hands-on’

untuk menerangkan sesuatu fenomena semula jadi.


Cara-cara yang telah digunakan oleh guru untuk mengatasi masalah miskonsepsi dalam

konsep Pembiasan Cahaya:

1. Guru menggalakkan murid menjalankan penyiasatan ke atas fenomena pembiasan cahaya

( Aktiviti Hands-on)

2. Murid menghubungkan fenomena, idea dan pengalaman baru dengan konsep sedia ada

mereka tentang cahaya yang bergerak lurus,pembentukan bayang-bayang dan pantulan cahaya.

3. Guru menggunakan teknik peyoalan untuk menggalakkan murid berfikir dan membina

konsep sains tentang fenomena pembiasan cahaya.

Teknik penyoalan yang digunakan adalah tiga hala:

i. Penyoalan murid-murid

ii. Penyoalan murid-guru

iii. Penyoalan guru-murid

4. Murid telah diberi peluang untuk menggunakan kemahiran manipulatif; melakarkan

pemerhatian yang dibuat dan melakarkan ilustrasi dimaginasi tentang pemerhatian yang

ramalkan (mengekstrapolasi idea sains) .

5. Perbincangan selepas penyiasatan sains telah digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran konsep pembiasan cahaya.


Sebagai penyelidik guru telah mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid manakala sebagai

pemudah cara guru telah membimbing agar murid dapat mempelajari sesuatu konsep sains

dengan bermakna.

3.0 Pengumpulan Data Miskonsepsi Murid :

HASIL AWAL (SEBELUM) PELAKSANAAN SESI PDP INTERVENSI)

JAWAPAN YANG BETUL JAWAPAN YANG SALAH

MISKONSEPSI BUKAN MISKONSEPSI

13 14 0

Murid dapat menerangkan Murid mempunyai idea Murid tidak menunjukkan idea
konsep pembiasan cahaya alternatif tentang pembiasan tentang pembiasan cahaya
melalui air daripada lukisan cahaya

Punca: Punca:

Pengalaman sendiri Konsep yang dipelajari


sebelum iaitu cahaya bergerak
Murid dapat mengaitkan lurus
pantulan cahaya.

Murid dapat menyatakan


bahawa cahaya boleh bergerak Murid tidak dapat mengaitkan
menembusi objek lutsinar. bahawa cahaya yang terpantul
dari objek membolehkan kita
Murid memakai kaca mata tahu melihat objek.
tentang perubahan saiz objek
yang diperhatikan.

Murid tidak didedahkan


dengan konsep ketumpatan
bahan.
4.0 Dapatan Sesi Pengajaran Model Perubahan Konsep Pembiasan Cahaya:

Pernyataan masalah yang digunakan oleh murid:

Bolehkah cahaya dibengkokkan?

1. Murid mempunyai miskonsepsi tentang sifat cahaya yang dibiaskan kerana murid

tidak dapat mengkaitkan cahaya yang bergerak lurus dan dibengkokkan semasa

melalui dua medium yang berlainan ketumptan.

2. Murid dapat menerangkan konsep pembiasan cahaya apabila murid melakukan

sendiri aktiviti penyiasatan dengan menggunakan objek sebenar.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyiasatan sains adalah langkah

berkesan yang dapat membantu murid tahun lima yang mempuyai miskonsepsi dalam konsep

sains pembiasan cahaya.

Kemahiran proses sains bukan sahaja bertindak sebagai penyokong untuk

aktiviti inkuiri-penemuan, malah ia memainkan peranan penting dalam membina

konsep sains secara bermakna dan berkesan.

Melalui pendekatan ini, murid berpeluang menggabungkan pengetahuan saintifik, kemahiran


proses sains dan kemahiran berfikir untuk memahami konsep pembiasan cahaya dengan
bermakna.

Dapat digunakan sesi perbincangan dan teknik penyoalan dapat membimbing murid ke arah
memperbetulkan miskonsepsi ,konsep sains pembiasan cahaya.
Apabila pelajar telah menguasai kemahiran proses sains, mereka boleh mencari jawapan serta
membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang fenomena sains.

Dengan ini murid dapat membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh mereka sendiri dan
membentuk semula konsep baharu yang selaras dengan konsep sains yang sebenarnya melalui
proses asimilasi dan akomodasi

5.0 Kesimpulan:

Sebagai refleksi kumpulan kami dapat membuat kesimpulan bahawa;

Miskonsepsi sains di kalangan murid-murid sekolah rendah, perlu ditangani secara bijak oleh
guru sains, jika tidak konsep yang salah akan dibawa hingga ke sekolah menengah.Pada masa
yang sama, konsep yang salah ini akan digunakan untuk membentuk kefahaman konsep
seterusnya yang salah.
Miskonsepsi dalam sains, akan memberi impak yang serius terhadap pembelajaran sains
sehinggalah ke dewasa atau ke peringkat tinggi.

Teknik melukis atau melakarkan idea awal murid sebagai illustrasi bergambar adalah salah
satu teknik yang berguna di mana guru dapat mengenal pasti miskonsepsi murid tentang sesuatu
konsep sains dengan mudah dan efektif.

Melakar pemerhatian :

Pensil yang dimasukkan ke dalam bikar yang tidak berisi air dan berisi air.

Penyiasatan Sains (Hands-on) atau Eksperimen Sains telah digunakan dalam sesi perubahan
miskonsepsi dapat memberi kesan positif yang bermakna di kalangan murid tahun lima.

Soalan yang bersiri(Teknik penyoalan) dapat mencungkilkan idea murid tentang sesuatu
konsep sains dan membantu murid membetulkan miskonsepsi yang ada pada mereka tentang
sesuatu kosep sains.

Perbincangan murid-guru-murid dan pendekatan reciprocal dalam pembelajaran sains


dapat membantu murid memperbetulkan konsep yang salah tentang Pembiasan cahaya.

Guru boleh menggunakan penyiasatan sains dalam sesi pengajaran sains,tetapi


perbincangan pada akhir sesi aktiviti penyiasatan sains adalah sangat penting dan
berkesan untuk murid mengubah miskonsepsi sains.

Langkah perbincangan ini juga akan membantu murid membuat kesimpulan tentang
sesuatu penyiasatan dan konsep sains.
SENARAI RUJUKAN:

1. Dokumen Standard Pembelajaran dan pentaksiran Tahun 5 Sains KSSR

2. Panduan PEKA ,Buku Amali Sains Tahun 5 KBSR

3. Journal

Source: Michael Orey. “Conceptual Change Instructional Model.” Introduction to

Emerging Perspectives on Learning, Teaching, and Technology. Boundless, 30 Oct.

2014. Retrieved 05 Mar. 2015 from

https://www.boundless.com/users/233409/textbooks/introduction-to-emerging-

perspectives-on-learning-teaching-and-technology/inquiry-strategies-changing-learners-

minds-4/conceptual-change-25/conceptual-change-instructional-model-193-14590/

4. Kamus Bahasa Melayu DBP (Edisi 2013)

5. Buku Rujukan Sains Sasbadi Sains Tahun Lima ( 2015)

Вам также может понравиться