Вы находитесь на странице: 1из 11

Game smart start

Tajuk: PANDANG PERTAMA

Objektif

 Saling kenal-mengenali diantara satu sama lain dan menjalinkan kemesraan.


 Mengenali personality antara satu sama lain.
 Mengetahui keupayaan dan kelemahan diri masing-masing.
 Boleh menerima perbezaan yang wujud pada pasangan.

Rasional
 Supaya peserta mengenali pasangan mereka secara mendalam.
 Mengenali personaliti masing-masing.

Peralatan
Kertas A4 ( maklumat personal dan profesional )

Arahan kepada fasilitator

Langkah pertama

1. minta peserta mendapatkan maklumat dan latarbelakang pasangan mereka (Nama,


asal,pekerjaan, anak keberapa, kesukaannya, kebenciannya, makanan yang dia
suka, warna yang digemari,tinggi, berat)
2. peserta diminta menerangkan maklumat yang diperolehi tentang rakan mereka ( 2
minit setiap peserta )
3. fasilitator menerangkan rasional aktiviti ini.

Games 2

Komunikasi

TAJUK : “IKUT AASAYA KATA”

Objektif
 memahami kepentingan komunikasi antara pasangan
 memahami punca dan kesan komunikasi satu hala.

Rasional

Supaya peserta tahu kepentingan komunikasi dua hala.

Kaedah permainan
1. edatkan kertas A4 pada para peserta dan tulis apa yang diarahkan oleh wakil
peserta yang dipilih oleh fasilitator.
2. peserta tadi diminta membacakan arahan yang telah diberi.
3. peserta yang lain diminta megikut arahan yang diberikan tanpa bertanya keada
paserta yang arahan tadi.

Gmbarajah yang hendak dilukis

as
Games 3. Cahaya kasih

TAJUK: “ GAMES ROCK (IMEJ DIRI)

Objektif:
Melihat kreativiti dan imej sebenar

Rasional
Supaya peserta dapat mempamerkan gaya sebenar mereka

Peralatan
Alat Audio/Radio Kaset
CD lagu rancak

Kaedah :

1. peserta diminta buat dua barisan mengadap.


2. fasilitator membunyikan lagu rancak sehingga sema peserta tamat menunjukkan
gaya mereka
3. peserta diminta berjlan dengan gaya mereka, permainaan akan batal sekiranya
peserta berjalan sama gaya dengan peserta yang sebelumnya.
4. fasiliator membincangkan tujuan games tersebut.

CANAI MINDA

TAJUK : UJIAN 3 MINIT

Objektif;

Untuk mengasah ketajaman minda peserta

Rasional

Supaya peserta faham dengan arahan dan patuh arahan tersebut.

Kaedah:

Peserta akan diberi kertas soalan dan peserta diminta menjawab.


Peserta yang telah dapat menjawab awal hendaklah menjeritkan jawapan mereka.

Ujian 3 minit

1. Baca semua soalan-soalan sebelum menulis jawapan-jawapan.


2. Tulis nama anda diruang atas sebelah kanan kertas soalan ini.
3. Bulatkan perkataan nama didalam soalan no 2.
4. Lukiskan lima segi empat sama diruang atas sebelah kiri kertas soalan ini.
5. Tandakan “X” didalam setiap segiempat.
6. Lukiskan bulatan disetiap segiempat.
7. Turunkan tandatangan anda dibawah kertas soalan ini.
8. Selepas tajuk soalan ini, tuliskan “ya, ya, ya”.
9. Lukiskan segitiga dibelakang kertas soalan in dan tandakan ‘X’ disekelilingnya.
10. Kira 70 x 30 dibelakang kertas ini.
11. Lukiskan bulatan diperkataan “kertas” di soalan nombor 4.
12. Laungkan nama anda sekuat yang boleh setelah membaca soalan ini.
13. Jika anda fikir anda telah mengikut arahan, laungkan ‘saya sudah’
14. Campurkan 407 dengan 348 dibelakang kertas ini.
15. Bulatkan nombor 18 di soalan nombor 18.
16. Dengan nada suara yang biasa, kira 1 hingga 10 terbalik.
17. Tebuk tiga lubang dengan menggunakan peta atau pensil anda pada tempat yang
bertanda ‘X’
18. Jika anda adalah seorang yang pertama menjawab hingga kesoalan ini, dengan
suara yng lantang, katakan ‘ Saya adalah orang yang selalu menurut arahan 1’.
19. Gariskan nombor-nombor yang ganjil.
20. Oleh kerana telah membaca kertas soalan ini secara terperinci, sila jawab hanya
soalan nombor satu dan dua sahaja.

Canai minda

Arahan:

Sambungkan kesemua sembilan titik dengan menggunakan pen atau pensil tanpa
mengangkat pen tersebut.
Aktiviti 1

1. TAJUK
INVENTORI SIFAT DIRI

2. FALSAFAH
2.1. Anda mengetahui sifat baik anda dari orang lain tetapi anda mengetahui
sifat buruk anda dari anda sendiri.

2.2. Orang yang bijak akan selalu mempelajari banyak perkara dari orang lain.

3. OBJEKTIF
Pada akhir sesi peserta akan dapat:-
3.1. Kesedaran mengenai aspek positif dan negative tentang personaliti
masing-masing.

3.2. Matlamat untuk perubahan pada masa akan datang.

4. MASA
4.1. 20-30 Minit.

5. BAHAN
5.1. Helaian aktiviti – INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF
(EDARAN LDK6/1-1).
5.2. Pen.

6. PROSEDUR
6.1. Para peserta mengisikan helaian Aktiviti – INVENTORI SIFAT POSITIF
DAN NEGATIF (EDARAN LDK6/1-1). Mereka diingatkan supaya
menumpukan perhatian kepada ruang sifat-sifat positif.
6.2. Para peserta dibenarkan supaya berkongsi inventori dengan seseorang
yang lain ataupun membentuk kelompok kecil yang terdiri daripaka 5 – 8
orang.
6.3. Fasilitator hendaklah mengemukan soalan seperti berikut:-
6.3.1. Sekiranya anda diminta untuk menghuraikan sifat positif yang ada
pada diri anda, bagaimanakah perasaan anda?
6.3.2. Apakah sebabanya sesetengah individu merasa lebih selesa
memberi fokus kepada sifat negatif mereka?
6.3.3. Apakah perasaan anda sekiranya anda diminta untuk
menghuraikan sifat positif yang ada pada diri orang lain?
6.3.4. Mengapa agak sukar untuk memberitahu orang lain mengenai sifat
positif mereka?
6.3.5. Secara berpasangan, peserta diminta untuk memberi respon
terhadap yang berikut:-

a. Dua sifat fizikal yang anda suka pada diri anda;


b. Dua ciri dalam personaliti anda yang anda suka;
c. Satu bakat atau kemahiran anda;
d. Satu percapaian anda yang memuaskan;
e. Satu perhubungan yang mesra di antara anda dan seorang
yang lain; dan
f. Satu fantasi terhadap diri anda yang paling
menyeronokkan.

Berkongsi respon-respon tersebut dengan pasangan anda.


Latihan ini akan mengambil masa 30 minit.

7. RUMUSAN
7.1. Penekanan kepada ruangan sifat-sifat positif adalah perlu supaya dapat
meningkatkan harga diri seseorang. Sekiranya ada di antara peserta yang
menghadapi masalah di dalam mengisikan ruangan sifat-sifat positif disyorkan
supaya peserta lain memberitahu pihak yang berkenaan mengenai kelebihan-
kelebihannya.

7.2. Di antara soalan-soalan yang dinyatakan termasuklah seperti berikut:


7.2.1. Adakah anda terkejut dengan sifat-sifat positif yang ada pada diri
anda?
7.2.2. Apakah keseimbangan di antara sifat-sifat positif dan negatif?
7.2.3. Bolehkah anda mengubah sifat negatif anda?
7.2.4. Adakah anda mempunyai sifat-sifat yang berbentuk positif pada
situasi-situasi tertentu dan negatif pada situasi-situasi yang lain?

Aktiviti ini boleh diulang semula pada akhir sesi latihan.


INVENTORI SIFAT POSITIF DAN NEGATIF

SIFAT POSITIF SAYA SIFAT NEGATIF SAYA


LDK 11: LATIHAN ASERTIF

AKTIVITI 1

1. TAJUK
LATIHAN BELON

2. FALSAFAH
2.1 Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan
terhadap orang lain
2.2 Jika anda hilang segala-segalanya, jangan lupa kerana anda masih mempunyai
masa depan.

3. OBJEKTIF
Ini merupakan latihan asertif untuk memperkenalkan tingkahlaku asertif.
Pada akhir sesi semua peserta akan dapat:-

3.1 Mengaitkan perasaan dan tindakan semasa menjalankan latihan belon dengan
berbagai tingkahlaku.

4. Masa
4.1 15 minit.

5. Bahan
5.1 Belon bagi setiap peserta.
5.2 Getah bulat bagi setiap peserta.
5.3 Papan putih.

6. PROSEDUR
6.1 Berikan 1 belon dan getah bulat kepada setiap peserta.
6.2 Arahkan supaya peserta meniup belon dan mengikat belon tersebut
menggunakan getah pada pergelangan kaki kawan.
6.3 Apabila telah selesai. Minta semua peserta berdiri dengan membentuk sebuah
bulatan.
6.4 Peserta diberitahu bahawa tujuan aktiviti ini ialah untuk memecahkan belon
rakan yang lain, pada masa yang sama menjaga supaya belon sendiri tidak
pecah. Sambil itu anda sebagai fasilitator, pijak dan pecahkan belon peserta
yang di sebelah anda.
6.5 Apabila semua belon telah dipecahkan, minta semua peserta berkumpul
semula di dalam kumpulan dan bincangkan mengenai aktiviti.

7. RUMUSAN
7.1 Catatkan respon kepada soalan berikut di atas papan putih:-
7.1.1 Bagaimana perasaan anda apabila belon anda dipecahkan?
7.1.2 Apakah yang anda lakukan?
7.1.3 Bagaimana perasaan anda bila anda dapat memecahkan belon rakan
yang lain?
7.1.4 Adakah anda merasa seronok dengan aktiviti ini?
7.1.5 Kenapa dan mengapa tidak?
7.2 Gunakan maklumbalas daripada peserta untuk mengenal pasti perkataan-
perkataan yang bersifat agresif dan submisif. Jelaskan bahawa aktiviti ini
boleh menimbulkan konflik antara peserta dan kita boleh mengenal pasti
tingkahlaku yang bersifat agresif dan submisif. Aktiviti ini juga
memperlihatkan bahawa kemenangan itu penting dan dalam hal ini ada orang
yang menang dan akan ada yang kalah.
7.3 Perkenalkan sifat asertif sebagai satu kaedah untuk berhadapan dengan situasi
konflik. Rujuk kepada maklumat penting.

AKTIVITI 2

1. TAJUK
KERUSI KOSONG

2. FALSAFAH
2.1 Persahabatan dibina melalui persefahaman, persefahaman bermula dengan
adanya rasa hormat-menghormati,, perasaan hormat wujud bila saling
kenal mengenali, adanya keikhlasan dan keterbukaan.

3. OBJEKTIF
Pada akhir sesi peserta akan dapat:-
3.1 Mengenali dan mengingati sekali lagi nama ahli lain di dalam kelompok.

4. MASA
4.1 Minit.

5. BAHAN
5.1 Tiada

6. PROSEDUR
6.1 Ahli kelompok duduk/berdiri di dalam bulatan. Seorang diminta keluar
dari bulatan dan duduk/ berdiri di tengah bulatan.
6.2 Ahli yang duduk/berdiri disebelah kiri tempat duduk yang kosong bermula
dengan mengatakan “Tempat duduk di sebelah kanan saya kosong. Saya
minta (nama ahli)…………….. mengisi tempat ini.
6.3 Permainan diteruskan sehingga setiap ahli berpeluang menyebut nama
ahli-ahli di dalam kelompok.
LDK 3 PENDEDAHAN KENDIRI DAN KOMUNIKASI

AKTIVITI 1

1. TAJUK
ANDA DAN NAMA ANDA.

2. FALSAFAH
2.1 Nama anda biasanya melambangkan peribadi dan perwatakan anda tetapi
nama tidak semestinya boleh menentukan cara hidup anda.
2.2 Nama yang ada pada kita boleh dijadikan panduan dan landasan dalam
kita menegakkan perjuangan hidup di dunia dan bersiap sedia untuk
kehidupan lebih abadi di akhirat.

3. OBJEKTIF
3.1 Melatih peserta berfikiran terbuka dan positif dalam menilai dan mencari
kelebihan dan kekurangan yang ada padanya berdasarkan nama yang
diberikan oleh ibubapa mereka;
3.2 Menggalakkan peserta bertindak berpandukan tafsiran namanya yang
melambangkan sifat positif; dan
3.3 Memberi panduan kepada peserta mencorakkan maklumat, falsafah,
harapan dan perjuangan hidupnya berdasarkan sifat-sifat positif yang ada
pada namanya.

4. BAHAN
4.1 Pen/pensil
4.2 Kertas A4

5. PROSEDUR
5.1 Fasilitator memastikan setiap ahli kumpulan diberi penerangan dan
kefahaman yang jelas mengenai aktiviti ini meliputi:-
5.1.1 Objektif aktiviti ini dijalankan sebagaimana yang ditetapkan di
sub-para 3.1 hingga 3.3;
5.1.2 Kreativiti untuk melahirkan perkataan dari setiap huruf dalam
nama peserta hanya dibenarkan menggunakan perkataan yang
bersifat positif;
5.1.3 Penggunaan bahasa diberi kelonggaran mengikut kebolehan dan
penguasaan bahasa peserta tetapi hendaklah dijelaskan ke dalam
bahasa yang mudah difahami oleh peserta lain semasa sesi
pembentangan; dan
5.1.4 Masa yang ditetapkan ialah 30 minit iaitu 10 minit untuk mentafsir
nama dan 10 minit untuk perbincangan.

5.2 Edarkan bahan-bahan yang perlu untuk menjalankan sesi ini;

5.3 Minta ahli kelompok menulis nama masing-masing di atas sekeping


kertas. Tulis dan susun huruf nama dari atas ke bawah;

5.4 Arahkan ahli kelompok berfikir sedalam-dalamnya apakah falsafah, matlamat,


perjuangan hidup, harapan, sifat positif dan sebagainya berdasarkan setiap
huruf pada namanya. Contoh seperti berikut:-

Nama : HASHIM

H- Husbandly
A- Ambitious
S- Smart
H- Hard-working
I- Intrinsik
M- Manly

5.5 Minta setiap ahli membentangkan hasil kreativiti mereka kepada kumpulan
secara bergilir-gilir; dan

5.6 Berikan galakkan dan sokongan kepada ahli untuk mendorong mereka
merealisasikan apa yang dihasilkan dari setiap huruf nama mereka.

6. RUMUSAN
Antara soalan-soalan yang boleh dikemukakan kepada kelompok atau ahli:-
6.1 Adakah nama anda melambangkan diri anda ?
6.2 Apakah perasaan anda terhadap nama anda yang diberikan oleh Ibubapa anda?

Вам также может понравиться